Pages

Wednesday, 25 September 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad) -bab7-


BAB 7




“YOON!!”
Jessica terus meluru kearah adik lelakinya dan memeluknya erat. Yoon hanya ketawa melihat keletah kakak yang amat dirinduinya ini. Tetapi, pelukan Jessica seperti ingin membunuhnya.
“err..kak..yoon..tak dapat bernafas!”
Jessica segera melepaskan adiknya lalu tersengih tanpa rasa bersalah. Yoon terbatuk2 kecil membuatkan kakaknya menepuk belakangnya, kuat.
“uhuk2, akak memang nak bunuh yoon ye?”
“haha, sori..akak teruje sangat..dah lame yoon tak balik!”
“sekarang yoon faham kenape sume boipren akak tinggalkan akak! Akak ni RAKSASA!!”
Jessica mencebik lalu mencubit lengan Yoon dengan kuat. Diingatkan, kuku jess ketika itu baru polish, tajam dan bersinar..
“adoi! Kenape cubit yoon pulak ni?!”
“ko tanye kenape…?” Jess mencubit lagi lengan adiknya. Yoon cuba mengelak tetapi tangan kakaknya lebih pantas!
“dah dah..jangan cubit lagi! Abes lebam! Nanti orang ingat yoon ni mangsa penderaan pulak!”
“sape suruh cakap akak macam tu! Hah yang kau takde angin takde rebut tetiba balik Malaysia ni ape cite?”
“ai..tadi die yang teruje..tup2 macam tak suke je orang balik..takpelah camtu..yoon balik paris sekarang jugak! Bonjour !”
“BERAMBUS KAU KE PARIS!!”
Tae tiba-tiba memecah masuk ke pejabat Jess dan terus menumbuk muka Yoon hingga hampir terjatuh ke belakang.
“Taetae, cukuplah!” Tiffany mengejar dari belakang diikuti Sunny dan Sooyoung yang sempat membeli sebungkus karipap sardine.
Jessica berkerut memandang Tae yang sedang berapi, dia terlupa perkara penting yang terjadi suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan adiknya membawa diri ke Paris.


Setahun yang lalu..

“Kak Fany, I LOVE YOU !”
Tiffany terkejut dengan luahan perasaan yang secara tiba-tiba itu. Biar betul budak ni?!
“kak fany, dengar tak ape yang yoon cakap ni?”
“hah?”
“Yoon cintakan kak fany! Sekarang terimalah cinta yoon yang suci lagi murni ini..” kata yoon lalu melutut dihadapan Tiffany dan menghulurkan sebentuk cincin.
“Yoon, are you serious?”
“mestilah yoon serius! Ape kak fany ingat cinta yoon ni cinta monyet ape?!”
Lagu bukan cinta monyet – tilu pun berkumandang.
“yoon, kite tak boleh bersame..”
“kenapa pulak? Sebab yoon ni lebih muda dari kak fany?!”
“bukan sebab tu je..”
“ape die, kalau macamtu biar yoon panggil kak fany, Tiffany!”
“Yoon!”
“Tiffany!”
Tiffany mengeluh perlahan. Dia tahu budak ini takkan mengaku kalah dengan mudah.
“..Jessica tahu tak tentang ni?”
“Tak! Yoon nak rahsiekan dulu, sampai kak fa, eh Tiffany terima cinta yoon baru yoon bagitahu satu dunie!!!”
“Yoon, kak fany..takkan terima cinta yoon..”
Yoon terduduk, hatinya terasa seperti dicucuk duri yang tajam. Dia memandang Tiffany dengan wajah yang kecewa.
“kenape? Tak cukup ke selama ni yoon buktikan cinta yoon pada kak fany?”
“bukan sebab tu..kak fany..dah ade teman lelaki!”
“APE?!”
--------------------
“WOI PERAMPAS!” jerit Yoon menolak Tae yang sedang duduk lalu tergolek jatuh kebawah kerusi.
“HOI KO SAPE?” tae bangun dan ingin menentang Yoon semula tetapi disebabkan fizikalnya yang lebih pendek, dia mengalami kesusahan sedikit.
“SEBABKAN KAU, KAK FANY TOLAK CINTA AKU!!!” Yoon ingin menumbuk muka Tae dengan sekuat hati sebelum dihalang Jessica dan Sunny yang datang tepat pada masanya.
“EI LEPASKAN YOON! BIAR YOON AJAR MAMAT PENDEK TU CUKUP2!!”
“Yoon, jangan jadi bodoh boleh tak?!” jerit Jessica, marah. Yoon terus berhenti bergelut dan memandang kakaknya.
“Ape maksud akak? Salah ke kalau yoon jatuh cinta pada kak fany?”
“SALAH! Sebab die cintakan aku!!!” jerit Tae mengundang amarah Yoon. Mereka sekali lagi ingin bertumbuk sebelum Sunny menghalang mereka.
“Tae kau diam! “ jerit Jessica yang kemudian menarik Yoon pergi dari situ.
Dalam kereta menuju perjalanan balik kerumah. Yoon hanya mendiamkan diri, tidak berani memandang wajah kakaknya yang sangat menakutkan ketika itu.
“Yoon cume rase..mamat pendek tu tak layak untuk kak fany! “
“Yoon, ko diam!”
“ta..tapi..”
“nak akak cakap hal ni kat ayah? Kau sengaja cari gaduh dengan orang kat tempat awam macam tu! Buat malu jelah!”
“cakaplah ape pun, yoon tak kisah! Biarlah semua orang kat planet ni menentang yoon! Yoon tetap cintakan kak fany!”
“berhenti mengarut boleh tak? Kau tak cintakan die! Itu semua hanya disebabkan hormone kau yang tak stabil, darah muda!”
“tak! Yoon cintakan die! Akak takkan faham!”
“kenape pulak akak tak faham? kau tu adik akak, tiffany tu kawan baik akak! Jadi akak faham semuanya! Kau tu yang salah faham, salah tafsirkan perasaan kau tu..kau sebenarnya tak cintakan tiffany pun!!”
“tak!! Akak bukannye boleh bace isi hati yoon!!!!”
Jessica menarik nafas panjang. Bercakap dengan adiknya yang ini memang perlukan banyak kesabaran. Dia sendiri sedar sejak kecil, Yoon cenderung untuk memiliki apa yang dia ade. Bile dia ade anak patung, yoon akan kate die suke main anak patung tu! Bile die main basikal, yoon akan minta basikal tu dari die! Bile die ke sekolah itu, yoon juga akan meminta ibu bapa mereka supaya bersekolah ditempat yang sama.
Adik lelakinya itu cenderung untuk menyukai setiap perkara yang ada di sekelilingnya, termasuklah Tiffany!

Sudah seminggu sejak kejadian itu, dan Yoon masih lagi merajuk dengan semua orang sehingga mengurung dirinya dan langsung taknak keluar dari bilik. Datuk Jung, ibu bapa mereka, sudah puas memujuk yoon supaya keluar tapi langsung tidak berhasil.
Akhirnya mereka meminta Jessica menyelesaikan masalah ini.
Tukk Tukk Tukk
“sudahla..JANGAN GANGGU YOON LAGI!!” jerit Yoon dari dalam bilik.
“Yoon…janganlah macamtu..”
“KAK FANY?!”
“ye…ini kak fany..” Tiffany cuba bercakap dengan lembut sambil memandang Jessica dengan risau.
“APE YANG KAK FANY NAK? PERGILAH KE PANGKUAN LELAKI PENDEK TU!”
“Yoon..kak fany minta maaf sebab terpaksa tolak cinta yoon..mungkin kite memang tak ditakdirkan untuk bersame..”
“ARGHH ALASAN!!”
“Hei yoon! Cinta mane boleh dipakse! Kalau orang tu dah taknak, tak payahla nak pakse die!” jerit Jessica. Dia sudah mula bosan dengan drama yang dibikin adiknya itu!
“KAK SICA JANGAN SIBUK HAL YOON!”
“jess..biar aku uruskan..” bisik Tiffany. Jessica memandang kawan baiknya itu dengan curige.
“are you sure?”
“yes…”
“DAH PERGILAH! BIARKAN YOON MATI SORANG2 DALAM BILIK NI!”
“Yoon..janganlah buat perangai macam tu..kak fany tak suke!”
“ADE YOON KESAH? KAK FANY TETAP PILIH LELAKI TU KAN?”
“yoon..okay macam ni, ingat tak yoon ade dapat terima tawaran dari datuk jung untuk uruskan bisnes dekat paris kan?”
“SEKARANG KAK FANY NAK HALAU YOON JAUH2 PULAK?!”
“ish..bukan macam tu..yoon tahu kan kak fany suke lelaki yang macam mane?”
“err..lelaki yang berkerjaya dan mampu menanggung keluarga?!”
“hm pandai pun. Tapi cube yoon lihat diri yoon..adekah yoon sudah cukup semua aspek tu?”
“err..tak..”
“jadi, cube yoon muhasabah diri..fikir2kan tawaran kerja di paris itu, bila yoon dah bina kerjaya yang kukuh, malah bersikap lebih matang..yoon boleh balik semula ke Malaysia..dan mase itu, mungkin kak fany akan pertimbangkan cinta yoon. Macammane?”
Yoon mendiamkan diri untuk seketika. Dia berfikir panjang mengenai semua tawaran itu.
“BAIKLAH. Yoon akan kembali selepas setahun! Dan mase itu, kak fany akan jadi milik yoon!!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“KAU JANGAN HARAP DAPAT RAMPAS TIFFANY DARI AKU!” Jerit tae sambil mengacukan penumbuknya pada Yoon yang mula tersenyum sinis. Yoon mengelap darah yang keluar dari bibirnya. Dia mengerling tajam kearah tae.
“Bagus, sekarang kau dah cederakan aku..”
“bukan takat cedera! Bunuh kau pun aku sanggup kalau kau berani sentuh tunang aku!”
“taetae, jangan cakap macam tuh!”
“tapi ppani-ah..”
“Oh, jadi kak fany dah bertunang lah dengan mamat pendek ni..hrm..langsung tak tunggu yoon kan?” kata-kata yoon yang penuh nada sindiran membuatkan Tiffany rasa serba salah pula..
“Korang, cukupla tu! Jangan nak bergaduh lagi..cube korang setelkan hal ni macam orang dewasa! Cuba bawa berbincang!” Sunny mula membebel.
Yoon berjalan mendekati tae sambil tersenyum membuatkan Tae semakin berjaga-jaga.
“Encik Kim, aku balik sini bukan nak rampas tunang kau..”
“kau jangan nak memperdayakan aku pulak!”
“kak sica cakap betul..yoon tak cintakan kak fany, itu cume mainan perasaan yoon sendiri..” kata Yoon pada Jessica kemudian menoleh kearah Tiffany.
“kak fany, yoon nak minta maaf kalau selama ni yoon menyusahkan kak fany dengan perangai yoon yang tak matang langsung tu..”
Tiffany tersenyum sehingga matanya terpejam dan menepuk2 bahu yoon dengan mesra.
“sekarang kak fany rase yoon memang dah jadi lelaki yang matang…bukan macam orang tu yang membuta tuli nak serang orang lain…”
Tiffany sengaja menyindir tunangnya sementara Tae sudah mula rasa malu dengan perangai nya sebentar tadi. Dia hanya tersengih pada Yoon dan menarik Tiffany jauh dari pemuda itu. Yoon membeliakkan matanya pada Tae, Jessica menarik nafas lega setelah hal itu selesai, dia duduk semula di kerusinya. Sunny pula terus ketawa.
“ai, macam drama lah korang tadi! Tae komain nak jadi hero!”
“ha.ha.ha” tae pure2 ketawa apatah lagi bile dirinya dijeling tiffany dengan geramnya.
“tapi kenapa kau balik tibe2 yoon?” tanya sunny.
“eh, kan Nicole nak kahwin nanti..lagipun yoon dapat cuti sebulan..ape salahnye balik kampung jenguk family?!”
“tak salah..haha”
Sooyoung melihat semua orang dengan riak muka yang tak puas hati.
“kenape aku asyik tak dipedulikan je hari ni? aku ni wujud ke tak sebenarnye?!”
Yoon melihat kearah Sooyoung dan tersenyum penuh muslihat. Uhh..gadis ayu!
“awak wujudlah..saye dengar ape awak cakap..”
Sooyoung terperanjat. Dia menoleh kearah Yoon yang tersenyum2 seperti pakcik dalam iklan ‘senyum tak perlu kata apa2’ tuh!
“kau ke yang cakap dengan aku tadi?!”
“saye Jung Yoon A. Adik kepada Jessica. Awak kawan kak sica ke? Selamat berkenalan..”
“kau pun boleh cakap melalui minda macam dorang jugak  ke? Kau pun ade kuase tu jugak?!”
“bukan kuase lar..kite berdua sedang berada di frekuensi yang sama, itu je..”
“tak habis2 dengan frekuensi! Ape sebenarnye tu?!”
“Tak tahu. Tapi ianya seronok kan? Oh ye nama awak sape?”
“soo..sooyoung!”
“owh, cantik name tu..secantik orangnye..”
Sunny perasan yang Sooyoung dan Yoon sejak tadi merenung antara satu sama lain. Dia berkerut dan mula berfikir yang Yoon ingin merampas teman wanitanya pulak!
Aku taknak jadi macam tae!
“Sayang!” tegur Sunny sambil mencuit lengan Sooyoung membuatkan gadis itu sedar semula dari pukauan Yoon…
“Oww, Kenapa ni?” pertanyaan Soo tidak dibalas malahan Sunny terus menarik sooyoung pergi dari situ. Seakan-akan Yoon menjadi satu ancaman padanya!
“Bye, sooyoung..jumpe lagi!”
“berhenti bercakap dengan aku!!”
Yoon ketawa kecil melihat sooyoung yang masih keliru dan sunny yang cemburu! Dia kemudian menoleh pada kakaknya yang sudah mengangkat kening ala2 ziana zain.
“akak tak rase kau belajar ilmu perniagaan di paris tu..”
“…yoon belajar ilmu memikat perempuan..” kata Yoon sambil mengenyitkan mata pada Jess yang sudah tergelak.
Tae, sun..baik korang berhati-hati! hahah!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yuri yang baru menghabiskan shif kerjanya menyimpan barang ke dalam loker, dia sempat mengerling kearah cermin yang terdapat dalam lokernya. Kemudian mengambil cermin itu dan terus menelek wajahnya yang sedikit berkedut.
“aku kacak? Oh yeah..Haha”
Beep.
Yuri mengambil HP nya dan membuka mesej yang baru masuk itu.
From Soo
Yul, jum dinner luar. Aku amek kau.
To Soo
K
Yuri segera berkemas dan menyiapkan dirinya dengan pakaian kasual, selepas mengucapkan selamat tinggal pada beberapa rakan sekerjanya, dia terus berjalan ke perkarangan hospital dan melihat kawan baiknya itu sudah melambai2 kearahnya.
“Yul, cepatlah!!” jerit soo. Yuri hanya ketawa kecil.
“kalau bab makan memang kau tak boleh menyabar kan?”
Di dalam kereta..
“kite nak makan kat mane ni? kau belanja kann? Kan?”
“Yul, kau baru kenal aku semalam ke? Aku tak akan, TAK AKAN belanja orang lain makan!”
“ah, kau memang! Kedekut taik idung masin…”
“ala jangan risau..ni GIRLFRIEND kau yang nak belanja..”
“girlfriend aku?!”
“ala jess lah! Hadoii..”
“ohh..lupe lak..yelah..die kan girlfriend aku..haha”
“kau macam suke lagi seronok je menyamar jadi boyfriend die…”
“Yeke? Biase je..”
“biase je? Nampak sangat kau teruje!”
“aku teruje?!”
“kau ingat aku tak perasan, sejak malam tu..kau suke tengok muke kau kat cermin pastuh puji diri sendiri kacak!”
“err..ha.ha. aku pun tak tahu kenape, aku rase..bile aku jadi Kwon Yul..aku macam dapat satu keyakinan baru.”
“..selama ni doctor yuri tak yakin ke orangnye?!”
“hm, camner nak jelaskan kat kau..die macam perasaan bile kite ade identity lain dalam hidup. Dan dengan identity lagi satu tu, kite boleh buat banyak perkara yang kite tak boleh buat sebelum ni…”
 “ouh..macam sebelum ni kau tak dapat ngurat awek..bile jadi kwon yul baru boleh..kan? haha”
“bukanlah, sengal! Maksud aku..aku macam ade kehidupan lain selain menjadi doctor yuri…”
“..yang bosan, sukakan herba dan buat yoga tetapi tetap mendapat kedut di muka…”
“WO KAU MEMANG NAK KENA KAN?!” Yuri sengaja menggeletek Sooyoung menyebabkan minah tu geli lalu hilang kawalan dalam pemanduan.
SKREETTTT
“Arghhh!!!”
BOOM!!!
Tamat.
“gile lah kau ni. nasib baik kite tak eksiden taw!” marah soo sambil mengelap peluh dingin di dahinya. Dia siap terbayang jika keretanya jatuh gaung dan meletup!
“haha, sorry sorry”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiffany tergelak2 apabila Jess bercerita bagaimana datuk jung dan ibu bapanya sudah berkenan dengan teman lelakinya, Kwon Yul dan tak habis2 memuji ‘jejaka’ itu.
“Habislah kau jess…”
“tulah, atuk siap ajak die bercuti dengan kitorang!”
“yeke? Haha..habislah yuwree…”
“habis kenape?” sampuk Yuri.
“Eh, Yuwree!!!”
“err hai korang, lame tunggu?” sapa soo dan terus duduk di hadapan tiffany manakala yuri duduk dihadapan Jessica.
“hai makwe!” gurau Yul tersengih2.
“hai pakwe! Hihi” Jess pula melayan je..Tiffany dan sooyoung membulatkan mata antara satu sama lain.
‘Hai sooyoungie..^^”
“hai tippani..<3”
“perlu ke korang buat camtu?” tegur jess. Mereka pun ketawa.
“mane yang lain? Tae, sun?” tanya Yuri sementara si soo dah heboh memanggil pelayan untuk mengorder. Lagi2 mereka berada di restoran yang terkenal masuk rancangan Jalan2 Cari Makan dan orang nak belanja pula tu!
“dorang datang lambat sket kot. Alah tak payah datang pun takpe..jimat duit saye!”
“awak baik sediakan wang yang banyak..budak soo ni makan tak ingat dunie!”
“hamboi, kutuk aku nampak?!”
“oh yeke? Kalau macam tu, saye belanje awak jelah yul..soo bayar sendiri!”
“ei ape ni? TAK ACI!!!”

to be continued....
credit to: 
http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/




5 comments: