Pages

Thursday, 26 September 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad) -bab8-


BAB 8



4 orang gadis itu seronok berbual dan bergelak ketawa, apatah lagi dengan pinggan yang penuh bertindih di atas meja mereka..
“sebab tulah die tak suke minum susu…”
“haha patutlah tak membesar! Soo, kau kena pakse juge bf ko tu minum susu lepas ni!”
“Takpe..aku suke die pendek..comel sangat..uh my sunny bunny!” kata Soo ceria lalu menyumbat sesudu nasi kemulutnya yang berminyak.
“kitorang tak pernah sangke sun yang selenge tu boleh dapat awek cun macam kau, soo”
“time kasih..” balas Soo membuatkan Tiffany tergelak lalu menepuk2 tangannya manakala Jess mula buat muka pelik.
“camne ko boleh sangkut dengan mamat tu? Cite sket”
“ala..diorang berkenalan kat facebook!” kata yuri dengan muka selamba lalu menyanyikan lagu cinta muka buku.
“Kita berkenalan hanya dlm laman muka buku, kau hantar pesan suruh aku terima kamu”
“oh oh ohhh..hatiku rase sesuatu!” sambung tiff sambil ketawa dengan matanya yang terpejam.
“dan bile kau kata kau suka aku, ku terdiam tak tahu mana nak tuju” soo juga menyertai mereka.
“cinta di muka bu..ku..” sambung jess dengan sayu.
“oi asal kau tamatkan lagu tu tibe2?!”
“saje, hobi…”
“eh kejap, kalau korang kenal melalui FB..maksudnye..kau nilah CIK SHIKSHIN? Yang gune gambar burger sebagai profile picture tu kan?” Tiffany teruja dengan fakta tersebut.
“hah mane korang tahu ni?”
“ohh jadi kau nilah minah pelik yang sun selalu ceritakan tuh!!”
“hah aku lah tu kott. Hamboi, sape minah pelik?!”
mereka semua ketawa terbahak2 lalu membuatkan orang sekeliling memandang mereka dengan risau. Takut2 diorang ni sebenarnya pesakit mental yang terlepas dari tanjung rambutan.
“sun selalu cite pasal CIK SHIKSHIN kat kitorang..” kata jess sambil buat muke jijik sebab kat sebelah pinggan cicah asam tu ade timon…urghh..
“die kate ape je?” tanye yuri dengan muke yang sedikit spastic.
“err..tak ingat sebab banyak kali jugak die cite tapi aku paling ingat satu ni.‘woi korang nak tengok minah pelik tak? Sume photos die gambo makanan pastu status die mesti tulis. Argh laparlah nak makan ape eh? Haha lawakkan minah ni!’ pastuh die gelak mengilai cam pontianak.” Cerita tiff siap mengajuk gaye cakap sunny.
“SIOT PUNYE SUNNY!!! Die kutuk aku kat belakang rupenye! Tak aci camni, aku kena ngumpat die jugak! Wei jum kutuk dan hine boipren kite biar dorang tersedak sampai mati”
Mereka bertiga terdiam dan memandang sooyoung dengan wajah simpati.
“kejamnye kau…kesian…”
“APE MAKSUD KORANG SEBENARNYE HAH?!”
“takde ape. ha.ha.ha.”
“then bile korang jumpe..kau terus jatuh cinta ke? ” tanya tiff seperti wartawan majalah hiburan.
“jatuh cinta lagi, lagi2 ku jatuh cinta,kenapa bah kau berubah kenapa bah” nyanyi yuri lagi tanpa menyedari lagu yang dinyanyikan takde kena mengena langsung! Dia mesti tingin sangat nak karaoke!
“takla, lepas aku tahu die tu anak kepada CEO Green Global – syarikat penternakan dan perladangan terbesar kat M’sia.. barulah aku jatuh hati”
Jess dan Tiff terkejut dengan jawapan yang sangat jujur itu. Sooyoung tersenyum melihatkan reaksi mereka itu.
“AKU GURAU JELAH!”
“ouh..kalau betul pun tak ape..kitorang tak kesah..asalkan kau sayangkan die pun dah cukup baik”
“betul tu..as his bestfriends, kitorang cume harap dia dapat pasangan yang baik, yang dapat bahagiakan die..dan kitorang dapat rase die bahagia bersama kau soo..”
“betul korang rase macam tu?”
Jessica dan Tiffany serentak mengangguk. Yuri pula hanya tersenyum dan menepuk2 bahu kawan baiknya itu.
“Walaupun sun kadang2 suke membebel dan menjengkelkan, dia seorang yang boleh diharap, bertanggungjawab dan sangat setia orangnya. Jadi kitorang nak kau jage die baik2. Jangan sampai terlepas kat tangan orang lain. Faham?” Kata Tiffany lagi, sooyoung tersenyum manis dan mengangguk dengan ceria.
Dia teringat semula pertemuan pertama mereka..
“err..awak ke PEMUDA KAMPUNG?”
“…YE.awak..CIK SHIKSHIN?”
“ha’ah. Awak comel jugak ye. Saye bayangkan awak ni maskulin..yelah, name pun PEMUDA KAMPUNG!”
“WAIT, awak tak perlu nak menyamar kat sini, mane cik shikshin yang sebenar? Keluarlah !”
“eh, ape masalah awak ni? sayelah cik shikshin! “
“Dengar ye? Saye tak kisah langsung pasal paras rupe atau luaran..saye sukekan ‘cik shikshin’ seadanya. Jadi, awak tak perlulah nak menyamar kat sini. Keluarlah, cik shikshin!”
“haha, kenapa awak taknak percaye yang sayelah cik shikshin?!”
“err..awak terlalu jelita untuk menjadi shikshin..”
“time kasih…tapi saye memang shikshin tu!!”
“tak, awak jangan nak menipu saye!”
“betullah!! Saye lah orangnye!!!”
“tipu!!!”
Soo tersenyum mengingatkan kejadian itu semula.
Oh Sunny Bunny memang comel sangat ^^
“tapi jangan risau, takde sape nak rampas sun dari kau, soo..”kata yuri selamba.
“eh,mase dulu budak sun tu boleh tahan juga popular dengan gadis kalau kau nak tahu! Kan jess?”
“yep, sebab die urghh comel kott..tulah popular..tapi tak sepopular budak ni hah..” kata Jess sambil menepuk pipi tiffany lembut.
“haha, Tiff memang ade gaye budak popular..”
“eh, tiff! Camner lak kau boleh berkenalan dengan tae? Cerita lah..”
Jess terus tergelak apabila cerita itu ingin dibangkitkan membuatkan soo dan yuri lebih teruja untuk mendengarnya.
“yelah, tiff! Ceritalah..” jerit jess.
Tiffany hanya tersenyum dan meletakkan tangannya di dagu, seperti ingin mengumpul semua memori lamanya bersama tae.
“okay…semuanya bermula sewaktu…”
Tiffany, Jessica dan Sunny berada di zaman kolej. Mereka bertiga merupakan geng pelajar yang popular – kaya dan berpengaruh. Semua pelajar mengagumi mereka bertiga – yang sebenarnya sebab dorang anak orang kaya.  Mereka bertiga akan ke kolej menaiki kereta sport Jessica, mereka mempunyai tempat parking sendiri, loker khas sendiri, meja sendiri di cafĂ© kolej, malahan Jessica mempunyai katil khas sendiri di bilik sakit untuk dia tidur nanti.
Itulah untungnya datang dari keluarga yang kaya.
Selain dari kekayaan dan pengaruh, mereka juga mempunyai gaya dan rupa paras yang menarik terutama Tiffany.  Tiffany juga mempunyai peminat yang sangat ramai disebabkan dia seorang yang bukan sahaja cantik malah baik hati dan mesra.
Tiffany terlampau popular di kolej mereka sehingga tertubuh kelab peminat FANYSTATIC. Kelab itu bertanggungjawab untuk mengumpulkan semua surat2 dan hadiah dari peminat untuk dihadiahkan pada Tiffany. Selain itu kelab itu juga bertujuan untuk menjaga serta melindungi kebajikan Tiffany dari diganggu peminat yang tidak berdaftar serta terlampau agresif.
Kelab FANYSTATIC juga mempunyai blog rasmi sendiri iaitu FANYfied. Blog itu mengandungi beribu gambar Tiffany yang diambil secara curi2 mahupun terang-terangan. Malah terdapat forum, news, dan jadual belajar  Tiffany. Peminat juga sudah sedia maklum tiffany sangat rapat dengan Jessica dan sunny lalu peminat membuat nama couple untuk mereka seperti JeTi dan 2NY. Peminat yang ekstrem pula akan cemburu dengan Jessica dan Sunny lalu mereka menubuhkan kelab anti HATE SUNSIC FOREVER. Antis akan selalu mencari masalah dengan mereka berdua seperti memancitkan tayar kereta jess ataupun menyembur cat di loker sun.








“WO dahsyatnye bebudak kolej korang!”
“awak tak tahu, saye dan sun siap kena pasang bodyguard! Ni semua tiff punye pasallah!”
“TAK KESAH LA, BILE TAE NAK MUNCUL?!”
“sabarla soo! Biar tiff minum sirap bandung die dulu..”
“ahh air warne pink rase yg terbaekk, okay. Sampai mane tadi?”
“…kelab!!!”

Selepas diselidik, mereka bertiga berjaya mengesan siapakah pengerusi kelab Fanystatic, kelab anti sunsic dan juga pengasas blog Fanyfied.
Orang itu ialah..







KIM TAEYEON.




“LOL, BIAR BETOL?!” Soo dan Yuri terus ketawa terbahak2.
Jessica hanya ketawa kecil lalu memandang Tiff yang sedang tersenyum.


“Jadi kau lah yang tubuhkan kelab mengarut tu semua?!” Jerit Jess menolak Tae kebelakang. Lagaknya seperti ahli kongsi gelap yang nak mengutip hutang. Sun pula merentap kolar baju Tae dengan kasar. Mereka sengaja memanggil Tae kebilik stor lama itu untuk memberi amaran!
“aku taknak ko ganggu hidup tiffany lagi! Ko faham tak?!”
Tae hanya mendiamkan diri sambil matanya mengerling ke tepi.
“Kau dengar ke tidak ape aku cakap ni?!” Sun hampir menumbuk muka Tae, sebelum..
“Berhenti!!”
“Tiff?”
“Tolong jangan bergaduh dIsebabkan aku..!!”
“Tapi, mamat ni yang selalu ganggu privasi kau kan? Die ni STALKER!!”
Taeyeon merenung kearah Tiffany dengan wajah yang sayu.
“Ye, saye memang stalker awak. Awak boleh hukum saye kalau awak nak!” kata Tae tenang.
Tiffany menggelengkan kepalanya. Dia mendekati jejaka tersebut.
“Tak, bukan awak..tapi saye…SAYE YANG STALKER!”
Imbas kembali, pada hari pertama kuliah bermula.. Tiffany mencari Jess dan Sun kerana dia telah pun sesat. Maklumlah kolej itu besar dan dia masih tidak biasa dengan kawasan di situ. Tiba2 dia terlanggar seseorang. Pandangan mata mereka saling bertaut.
Saat itu, Tiffany merasakan dia sudah jatuh cinta.
Siapa lelaki itu?
Apa nama die? Die ambil jurusan ape? Die tinggal di mana?
Tiffany ingin mengetahui segala-galanya mengenai lelaki itu. Dia ingin mengetahui apa yang lelaki itu buat setiap hari, apa yang lelaki itu suke.. lalu dia mengupah seorang penyiasat persendirian.
Walaupun sudah mempunyai banyak maklumat mengenai lelaki itu, dia hanya dapat memerhatikan dari jauh, dia tak berani untuk meluahkan perasaannya.
“hah? Kau stalker?! Ape yang kau mengarut tiff?!”
“selama ni aku rahsiekan hal ni dari korang berdue..tapi ye, aku juga seorang stalker! Aku dah lama perhatikan die..sejak hari pertama kite di kolej!!”
“APE?!!!”
Kreekk kreekkk
“Tippani!!!” Tae terus melindungi Tiffany dengan badannya dari ditimpa barang2 lama yang terjatuh dari atas rak yang tinggi. (ala macam adegan biase hero selamatkan heroin..tsk)
“...Taeyeon! awak ok ke?!”
“saye ok..”
“tapi awak dah cedera! Cepat bawa ke hospitalll!!!” Tiffany cuba memimpin Tae yang sudah berdarah akibat dihentak objek keras yang jatuh tadi bangun dan berjalan keluar dari bilik stor itu.
“tippani…saye..”
“awak jangan bercakap lagi..sun dan jess akan datang dengan kereta kejap lagi!”
“saye tahu sebab ape saye selalu stalker awak..dan sebab ape awak pun stalker saye..”
“…sebab ape?”
“sebab kite mencintai antara satu sama lain..”


“Err..sorry to say, tapi bagi aku..itu bukan cinta. Itu OBSESS!” Komen Soo dengan nada bergurau. Yuri pula dari tadi asyik ketawa je. Baru die tahu sebab ape Jess dan Sun anti betul dengan Tae!
“nampak sangat pun kan? Korang berdua..Tae dan Tiff. Memang obsess antara satu sama lain!” sambung Yuri setelah puas ketawa. Dia memandang Jessica seperti meminta persetujuan.
“ memang! So lovey dovey and sometimes..too gross!”
Tiffany hanya tergelak dengan komen yang diberi kawan2nya itu. Dia sendiri cuba mengelak dari terlampau manja dengan Taetae tapi setiap kali dia memandang wajah insan yang dicintainya itu, dia tak boleh mengawal dari menjadi lovey dovey.
“…sebenarnya aku dan sun selalu cemburukan korang berdua..” kata jess perlahan. Tiff memandangnya meminta penjelasan.
“Kitorang selalu berharap dapat merasai cinta yang indah dan bahagia, macam kau dan tae..tapi sun dah khianati aku bile die jumpe dengan puteri die ni..” jess memandang kearah soo dengan senyuman yang tawar. Soo ketawa kecil membalas senyuman itu.
“jangan risau jess..aku yakin putera kau pasti ade, masih menunggu kau untuk berjumpa dengannya.”
Yuri mengangguk setuju.
Jessica merenung kearah yuri.
“hihi, yul..awak nak tak jadi putera saye?”
“….boleh ke?”
“tentulah boleh…”
“ouh kalau macam tu..okay je!”
Sooyoung dan tiffany memandang mereka berdua dengan pandangan yang aneh dan sedikit urghh.
*Beep
From Taetae My love <3.
Ppani-ah…miss u sooo much! >.< ppani-ah rindu taetae tak? Takpe..jap lagi taetae sampai k? dengan sun dan hyo skali ^^
p/s mmmuaaahhhh ;)
Tiffany tersenyum seorang diri.
Betul juga cakap dorang, aku dan taetae lovey dovey sangat..hm, mungkin aku patut jadi dingin sedikit. Mesti seronok kan?
Tiffany menyimpan semula HPnya kedalam beg tangan tanpa membalas mesej Tae.
“girls, the boys are coming~~”
“Tae and sun?”
“ouh, Hyo pun ade skali ^^”
“Hyo adik Tae tu eh?”tanya jess.
“Jess, kau belum pernah jumpe die lagi ke? Die boleh tahan hensem..” puji soo.
“hensem lah sangat…entah2 my yuri lagi hensem kan?”
Yuri ketawa dengan kata2 jess dan menunjukkan sign good.
“jess..kau kena cakap terima kasih kat hyo nanti. Sebabkan dia juga plan kite hari tu berjaya..”
Yuri dan soo mengangguk setuju.
“Fine,watever …”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Seobaby...Jom main dengan abang?!!!”
Yoon mengintai pintu bilik adiknya tetapi hampa kerana tiada seorang pun di situ melainkan koleksi patung keroro, beberapa kotak sweet potato, poster Johnny depp, koleksi pisau di dinding  dan himpunan,lambakan,segerombolan buku2 ilmiah. Dia menjengkit keluar dengan segera.
“Seobaby…where are youuuu…..??”
“abang? I’m here.”
“eh?” Yoon mendengar suara adiknya dari bilik Jessica. Dia terus masuk kedalam.
“ape seo buat kat bilik kak sica ni?”
“seo nak cari buku seo yang kak sica pinjam tu..tapi tak jumpe2..”
“buku ape?”
“tajuknye SAINS,SEJARAH,DAN POLITIK”
“wah bunyinye membosankan..ape kejadahnye kak sica nak pinjam buku tu”
“seo pun tak tahu..abang tolong carikan sekali ye?”
“okayyyy…” Yoon melihat bilik kakaknya sekeliling. Rak buku, rak buku, poster Daniel Henney, rak buku..
Kenapa kakak dan adik aku suka sangat membaca?!
Mata Yoon mula berpinar melihat buku yang banyak dan tersusun rapi. Seingatnya kali terakhir dia ke perpustakaan adalah semasa dia darjah satu. Itupun sebab die takde kawan dan terpaksa ikut Jessica ke mana sahaja.
“Yay, dah jumpe!” jerit seo gembira. Yoon tersenyum lega dan berjalan mendekati adiknya.
“cepatlah amek, lepastu kite pegi main ye?”
“abang tolongla ambilkan..seo tak sampai lah..”
Perlu ke kak sica letak buku tu tinggi2 padahal dia pendek?!
Yoon yang sememangnya tinggi lampai terpaksa menjengkit sedikit dan mengambil buku tebal berwarna hitam itu. Tanpa disedari sebuah buku lain ikut meluncur keluar dan jatuh diatas kepalanya.
“hadoi!!”
Seohyun mengutip buku itu dan menyelak halamannya sambil lalu.
“JAPAN ART BUILDING? Ni buku kerja kak sica..eh?”
Di halaman tengah buku itu terdapat sekeping foto yang betul2 menarik perhatian Seohyun.
“abang, cube tengok gambar ni..”
“gambar kak sica…dengan.. siape lelaki ni?”
 “Ingatkan abang tahu..seo tak pernah pula nampak lelaki tu sebelum ini.”
“kekasih gelap kak sica kott…”
“ish ape la abang ni ke situ pulak die..kak sica kalau ade kekasih die mesti bagitahu seo..tapi die tak pernah cerita pula pasal orang dalam gambar ni..”
“tulah abang kate kekasih gelap..haha”
“ape2 jela..”
“eh betul ke kak sica dah ade boyfriend sekarang?”
Seohyun berasa serba salah sama ada ingin memberitahu perkara sebenar atau tidak.
“err..ha’ah. doctor…”
“pergh, keje doctor? Kak sica memang pandai cari boyfriend..TAK SABAR NAK JUMPE DIE”
“abang nak jumpe die? Kenape?”
“eh mestilah abang kena jumpe! Itukan dah jadi satu tradisi keluarga! HABISLAH DIE NANTI..hehe”
Seohyun hanya mampu tersenyum walaupun dalam hatinya sudah berasa risau.
Sampai bila penyamaran ini akan bertahan?
“dahla, jom ikut abang turun bawah main game! Bosan main sorang2 tahu?!!”
Seohyun hanya memerhatikan Yoon yang berlari keluar dari bilik dengan cerianya. Dia menatap semula gambar itu sebelum meletakkannya kembali di tempat asal.
“……memang nampak macam kekasih gelap.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ppani-ah….” Jerit Tae meluru kearah tiffany sebelum tersadung kerusi dan hampir tergolek jatuh.
“Taetae!”
“Tiff tu tak lari ke mane..kau cubelah perangai elok sket!” marah Sun yang memang suke membebel terutama pada Tae.
“Yelah, makcik!”
“APE KO PANGGIL  AKU TADI?!”
“Korang ni macam anjing dan kucing lah, asek nak bertekak je!”
“Aku nak jadi kucing! Sebab ppani-ah sukekan kucing!!!”
“LANTAK KAULAH NAK JADI APE PUN”
Sun terus duduk disebelah Sooyoung manakala Tae sudah menggedik disebelah Tiffany yang kalau kita nampak time tu, dingin semacam.
“Eh, mane Hyo?” Tanye Yuri.
“Ouh die parking kereta tadi..hah tu die!”
Hyo berjalan dengan tenang menuju kearah mereka berenam sambil tersenyum mesra.
“Hai guys,”
Serentak Tiffany, Yuri dan Sooyoung membalas sapaannya. Melainkan Jessica.
Mata Jessica terbeliak melihat Hyo. Dan anehnya, Hyo juga mempunyai ekspresi yang sama.
“KAU?!”
 “eh, korang dah kenal ke?”
Jessica membeliakkan mata pula kearah Tae yang bertanya tadi.
“TAK! TAK KENAL LANGSUNG!! TAK PERNAH JUMPA PUN SEBELUM NI!!!”
“ye, ini baru pertama kali kitorang berjumpe..” sambung Hyo teragak-agak.
“kalau baru berjumpe, ape kate korang berdua berkenalan!”
Jessica dan Hyo memandang satu sama lain – atau lebih tepat, merenung satu sama lain sambil berlawan sinaran mata laser!
“… Jessica Jung!”
“Kim Hyoyeon, selamat berkenalan..”

Jika ditanya siapa orang yang Jessica tak mahu jumpa semula seumur hidupnya, jawapannya mungkin merujuk pada jejaka dihadapannya kini.


‘Bagus!’



to be continued....
credit to:  http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/





2 comments: