Pages

Saturday, 14 September 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad)







BAB 2




Jessica tak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Dia rase risau dan tertanya-tanya. Taeyeon dan Tiffany berjanji padanya untuk menunjukkan design iklan tersebut padanya hari ini. Bukanlah dia seorang yang cerewet atau ape, tetapi kerja sebagai arkitek buat dia sering mementingkan rekaan yang terbaik untuk apa jua perkara. Bukan salah dia, salahkan pekerjaannya.
“asal diorang ni lambat sangat? Buat satu iklan je pun..”
Dia menyilangkan tangannya dan berjalan ulang alik dari meja ke pintu. Ulang alik. Sunny yang berada di situ sejak dari tadi berasa rimas dengan Jess yang tak boleh duduk diam.
“Jessi, boleh tak kau duduk diam2 sementara tunggu dorang berdua tu datang? Meh sini duduk dengan aku kat sofa ni.” Ajak Sunny. Jessica hanya memandangnya dengan toya dan sambung berjalan ulang alik.
“aigoo, jess..kau nampak macam terdesak gile sekarang ni, tahu?”
“aku terdesak? Toolonglah~ “
“ye, kau terdesak!”
“takde”
“ye”
“takde”
“ye”
“takde”
“takde”
“ye”
“haha aku menang!” jerit Sunny gembira kerana berjaya membuatkan Jessica berkata ‘ye’. Sunny mula menari tarian pelik dan Jessica menepuk dahinya perlahan.
“lantak kau lah pendek…”
Sunny mencebik (buat muka aegyo die yg URGHHH tu) dan cuba menjentik dahi Jessica tetapi Jessica berjaya mengelak kemudian dia pula yang memukul lengan Sunny lalu pemuda kampung itu pun mengaduh kesakitan.
“pendek pun comel! Kau tu pun same je pendek!”
“aku perempuan, pendek pun tak ape! ah ape2 jelah, mane budak 2 orang ni?!!”
“cik Jung, En. Kim dan cik Hwang ingin berjumpa dengan cik.” Kedengaran suara setiausaha Jessica  di intercom.
Jessica dan Sunny terus memandang  intercom itu dengan ganasnya.Sunny menunjukkan isyarat supaya Jessica cepat menjawab intercom tersebut. Jess berlari kea rah mejanya dan tanpa disedari terlanggar bucu meja.
“Ouch!”
“err..cik Jung, awak okay?”
“hah ye ye..cepat suruh mereka masuk!”
Jessica mengaduh kesakitan selepas itu manakala Sunny ketawa kecil,
“Bukti  Jessica terdesak, melanggar meja hanya untuk menjawab intercom. Haha”
Jessica mengeluarkan bunyi ‘grrrr…’ dan melemparkan pandangan laser pada Sunny yang asyik tergelak tetapi kemudian terus berhenti selepas merasai kemarahan ice princess. Sunny pun pure-pure batuk kecil. Taeyeon dan Tiffany terus masuk ke bilik pejabat Jessica dengan senyuman yang terpampang di wajah mereka. Melihatkan situasi itu, Jessica mengandaikan berita yang baik akan sampai.
“Jadi, mana design iklan tu?”
“oh, kitorang dah iklankan pun!”
“Ape?!”
Jessica yang terkejut dan separut menjerit itu membuatkan Tiffany sedikit takut. Dia menyorok di belakang Taeyeon manakala si Tae pula menelan air liur, juga berasa gentar.
“Ape?kau.. macam..tak gembire je Jess!”
“Korang dah iklankan?! Ape yang dah jadi dengan ‘hei, kitorang tunjuk dulu kat kau’ tu?hah?”
“Ohhh…”
“Matilah korang berdua…” Sunny menyampuk dengan senyuman kejahatan di mukanya. Taeyeon pura-pura ketawa, Tiffany pula menarik lengan Taeyeon. Dia berbisik sesuatu.
“Taetae…kan ppani dah cakap jangan iklankan dulu..”
Taeyeon melangkah kehadapan dengan Tiffany yang masih berpaut lengan dengannya. Dia cuba memberanikan diri melawan kuasa ice princess..
“Jess…kau nih terlebih emosi lah..aku Cuma buat ape yang kau suruh. Itu je..”
“Bile mase aku suruh? Kau sendiri yang nak buat kan?”
“ye betul tu!  Aku yang nak buat jadi aku dah buat yang terbaik. Sudahla..jangan risau..kau hanya perlu tunggu panggilan telefon saje, okay?”
Sunny rase ini masa yang sesuai untuk dia menyampuk lagi dan elakkan dari suasana jadi lebih tegang.
“Ye Jess..dorang dah tolong kau apa yang termampu..sekarang kau hanya perlu tunggu.. tunggu dengan SABAR.”
“betul cakap Sunny..janganlah nak marah aku dengan Taetae pulak…”
Jessica mengeluh perlahan.
“Fine, tunjukkan aku iklannye?”
“Tunggu, kau kena berterima kasih kat aku dulu jess..” Taeyeon tak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Tiffany menutup mulutnya dengan tapak tangan.
Taetae jangan buat dia marah lagi !
“fine!… terima kasih..dah sekarang tunjuk kat aku!”
Tiffany mengurut dada berasa lega, dia malas nak lihat tunang dan kawan baiknya ni bertekak lagi. Dia segera membuka lembaran akhbar itu dan mencari helaian yang sepatutnya.
“hah, ini die iklannye..”
“asal tak cantik, siap korang!”
“dijamin kau pasti suke, jess!”




 











“YAHHHH!!!!”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yuri terjaga selepas terdengar bunyi ‘beep’ dari pager hospital, dia mengambil pager tersebut dan meletakkannya di bawah bantal.
“5 minit lagi….”
Yuri memeluk bantal peluknya semula tetapi diganggu pula dengan jam locengnya. Daripada dia mematikan bunyi jam itu, Yuri terus mencampaknya ke dinding. Kasihan jam tersebut…
“hm.zzzzz”
Sooyoung pula membuat bising dengan mengetuk pintu biliknya dan menjerit sekuat hati.
“Yah Kwon Yuri, bangun cepat!! Atau kau akan terlewat pergi kerja!!!”
Sooyoung cuba membuka pintu bilik Yuri tetapi telah dikunci. Dia perlu segera ke tempat kerja kerana ada photoshoot yang harus dijalankan dan dia berharap untuk Yuri menghantarnya ke tempat kerja kerana keretanya berada di bengkel sekarang.
“Aish. Aku taknak naik taxi.. Yuri bangunlahhh!!!”
Masih tiada respon dari dalam bilik. Sooyoung putus asa dan terus berlalu pergi.
“oi Yul aku ade buat herba Ma kat dapur!! Bangun!!!”
Masih tiada respon. Kali ini Soo betul2 putus asa. Dia mengambil hp nya dan mendail seseorang.
“helo, Makcik?”

Dalam bilik..
Yuri yang tidak mempedulikan kawan baiknya itu seronok bermimpi bermain buaian bersama seseorang. Mereka seperti pasangan bercinta. Ahh yuri tersenyum gembira..
~ttutturuttuttuttu~

~kissing you baby~

~ttutturu ttuttuttu~

~loving you baby~
Yuri dengan mata yang masih terpejam mencapai hpnya di sebelah laci.
“Hello”
“Yuri, bangonn!!!!”
 “Mak?!”
“Ye mak ni!”
“er..hai mak”
“hai? Kau tahu tak dah pukul berapa sekarang ni?! Matahari dah tegak atas kepala pun tak reti nak bangun lagi?! Dah cepat siap pergi kerja!!!”
“Mak tak payahlah nak jerit2..nak Yul jadi pekak ke?”
“kalau ko taknak mak jerit2, membebel..cubelah kau bangun awal pergi kerja..ni nak sampai si soo report kat mak! Inilah sebabnye mak nak kau kahwin cepat! Tahu?!”
“ape ni mak..tibe2 cite pasal kahwin..takde kena mengena..”
“kenapa pulak takde kena mengena, kalau kau dah kahwin..barulah rase tanggungjawab dalam diri tu ade.. baru terurus sket hidup kau tu!”
“ala mak… Yuri ni sibuk kerja..mana ade mase nak fikir kahwin ni…”
“mak tak kire, sume adik2 tiri kau dah kahwin, jadi mak nak kau pun same! Jangan sampai jadi andartu pulak! Mane mak nak letak muke mak ni nanti?!”
“Tapi mak…”
“takde tapi-tapi, pokoknye kalau kau tak bawa calon jumpe mak dalam mase 6 bulan ni..mak akan carikan sendiri calon untuk kau! Faham?”
“Tapi mak…”
“6 bulan, Yuri..6 bulan!”
Mak Yuri meletak telefon dan Yuri berkerut memikirkan permintaan maknya yang agak melampau itu.
“6 bulan? Mengarut!”
Dia melihat jam di telefon dan mendapati dia hanya tinggal 15 minit untuk masuk kerja.
“Adoi, dah lambat! Mane lak budak shikshin ni bukan nak kejutkan aku!!!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang hari itu, Sunny, Taeyeon dan Tiffany membantu Jessica menjawab panggilan telefon berkenaan dengan iklan mencari pasangan pasangan hidup itu. Dalam tempoh 4 jam sahaja mereka telah mendapat berpuluh panggilan yang berminat dengan iklan tersebut tetapi mereka bertiga perlu menapis setiap orang dan hanya memilih yang terbaik untuk bertemujanji dengan Jessica esok.
“Wow, Jess. Popular ko sekarang! Syarikat suratkhabar tu boleh untung dengan iklan kau aje!” usik Sunny selepas dia selesai menjawab satu panggilan. Taeyeon ketawa kecil dan mula berasa bangga kerana dia yang membuat iklan tersebut. siapa sangka mendapat sambutan kan?
Mendengar percakapan Sunny membuatkan Jessica teringat sesuatu.
“weh tae, macam mane kalau keluarga aku dapat tahu atau terbaca pasal iklan ni?”
Tiffany menjawabnya bagi pihak Taeyeon.
“jangan risau..keluarga kau mane bace Kosmo..diorang kan bace Selangor Kini je kan? Jadi aku yakin 99% diorrang takkan tahu punye..”
“kau sure ni Tiff?”
“Percayalah..aku dah kenal sangat dengan keluarga kau tu Jess…”
Jessica terpaksa mengakui bahawa Tiffany memang sudah rapat dan cukup kenal dengan keluarganya termasuk apa yang mereka suka. Semuanya ada dalam genggaman Tiffany!
“Okay, ini antara yang terbaeekk kitorang pilih untuk kau jumpe esok” Taeyeon menghulurkan senarai nama dan maklumat diri kepada Jessica.
“7 orang?”
Semasa Jessica sedang khusyuk meneliti maklumat calon-calon, budak bertiga itu mula bermesyuarat sendiri .
“psst..psst Tae!”
“ade ape?”
Sunny suka menggunakan telepati apabila ingin berbincang sesuatu yang rahsia dengan Taeyeon dan kadang-kadang dengan Tiffany. Bukanlah mereka ini dianugerahkan kuasa membaca minda atau ape, cume agaknya mereka sudah berkawan lama dan berkongsi line komunikasi serta frekuensi yang sama. Siapa tahu kan? Namun Jessica dan Sunny mempunyai Line komunikasi yang berbeza jadi Jessica tidak dapat menyertai perbualan minda mereka ini. Sebenarnya itu lebih senang bagi Sunny dan Taeyeon kerana mudah bagi mereka untuk bercakap sesuatu di luar pengetahuan Jess.
“kau perasan tak yang kau terlupa nak letak jantina dalam iklan tu..”
“oh yeke?”
“lagipun ramai sangat orang pelik2 yang call..”
“yelah, orang pelik je yang akan berminat dengan iklan pelik tu!” Tiffany menyertai 2 budak pendek tu dalam bilik chatting minda mereka.
“sampai hati ppani kate iklan taetae pelik..nak merajuk lah macam ni..”
“alah taetae..bucuk2 intan payung..janganlah merajuk..ppani minta maaf okay?”
“taknak! Kiss pipi dulu..”
“alahai ngade2 lah taetae ni..mmuahh..”
“YAHHH!!!!”
“UPS sorry sunny..haha okay balik pada topic asal!”
“ala ppani..”
“woi tae aku tumbuk kau nanti nak?”
“haha, jeles lah tu..ha ko nak cakap ape sebenarnye sun?”
“aku rase…misi kite ni akan failed!”
“kenapa?”
“serius aku cakap..calon yang kita dapat semua tak menepati ciri2 Mr. Perfect si jess tu..”
“Kalau jess tak dapat orang yang dia nak tu..kita yang kena nanti! Habislah kite…”
“Taetae jangan takutkan ppani..”
“ppani, Jess akan bunuh taetae..selamat tinggal ppani. I love you!”
“tidakk..taetae jangan tinggalkan ppani..”
“selamat tinggal….”
“YAHHH!!!!” Sunny mengetuk kepala 2 merpati sejoli itu serentak.
Jessica menoleh kearah 3 makhluk yang berkelakuan aneh itu.
“Korang mesti bertelepati lagi la tuh!”
Mereka bertiga terus tersengih memandang Jessica yang sedang confuse.
“eh mana ade..kitorang tak de buat ape…” kata sunny dengan muka yang sememeh dan taeny yang tersengih macam kambing gurun.
“NI MESTI KORANG MENGUMPAT AKU KAT BELAKANG KAN?!”
Mereka bertiga serentak membalas “TAKDELAH!”
Jessica merenung muka mereka satu persatu seperti seorang bapak yang menyoal anak-anaknya sama ada mereka ada mencuri duit di tabung atau tidak.
“okay fine, jadi sape yang nak temankan aku date esok?”
Taeyeon mengangkat tangannya lalu membuatkan sunny dan tiffany terkejut  sebab Taeyeon bukanlah orang yang akan menawarkan diri untuk sesuatu selain orang yang memaksa dia melakukannya.
“ppani-ah akan temankan kau, aku dan sunny pulak jadi back up kalau ade ape2 masalah”
Tiffany tersedak mendengar cadangan Taeyeon. Sunny pula hanya buat muka sememeh dekat tepi tu.
“tapi..esok.. kerja..”
Jessica memandang Tiffany dengan pandangan ‘kau nak teman ke tak?’
“yelah2..esok aku ambil MC je..”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sooyoung asyik menukar saluran di TV, remote di tangannya dicampak ketepi. Fikirannya tidak tertumpu pada tv pun. Dia sibuk memikirkan sesuatu.
Kembali kepada adegan petang tadi di sebuah taman bunga dekat tasik putrajaya…
“sayang…”
Sooyoung menjeling kearah suara yang menjengkelkan itu.
“APE SAYANG2?!”
“ala..janganlah marah…I minta maaf k? bukan I sengaja lambat..tadi tibe2 ade urgent meeting..” rayu Sunny sambil memberi alasan dengan muka yang kononnya aegyo tu padahal URGHHH sangat sampai buat orang rase nak tumbuk je. Sooyoung hanya mencebik bibir dan memandang ke tempat lain. Dia sebenarnya takla marah sangat sebab sebenarnya dia pun baru je sampai..tapi dengan orang lelaki ni kena berlakon sket!
“ala sayang..please? senyumlah sket…I betul2 minta maaf. I janji I takkan lewat dan buat U tunggu lagi, ye?”  Sunny merayu lagi. Sooyoung yang memalingkan muka sudah tersengih2 nak menahan ketawa. Tapi dia masih nak berlakon merajuk lagi. Seronok pulak!
“Okey kalau U taknak cakap dengan I langsung, takpe..I boleh ajak orang lain pergi makan kat Restoran sate yang terkenal tu..hm..”
“ape?! sate!!!!”
“haha dah tahu U mesti tergode punye!”
“eleh! I cume suke dengar bunyi sate tu je!” balas Sooyoung yang dah tak dapat nak sembunyikan senyuman di wajahnya yang jelita.
“Hah senyum macam tu lah baru sejuk hati I tengok! Jom!”
“Jom makan!!!”
----------------------------------
“jadi, u meeting ape tadi?” tanye soo dengan daging penuh di mulut.
“ouh..pasal projek baru I dengan members..”
“projek ape?”
“ade larr…”
“eleh itupun nak rahsie…eh sate dah habis, u order lagi!!!”
Sunny menggeleng kepala melihat selera teman wanita yang sanagt besar itu, nasib baik aweknya ni cun melecun habis!
“er..u ade tak kengkawan yang masih single lagi?”
“kenapa? U nak ngurat diorang ke ape? jangan nak cube2 nak menggatal ye!”
“eh mane ade! Takdelah..ade kawan I ni..die dah terdesak sangat nak cari pasangan hidup..dalam masa seminggu pulak tu! Kalau u ade kenalan yang single dan berkelayakan, bolehla kenalkan kat kawan I ni..”
“hm I ade kawan yang single lagi..tambahan pula, mak die pun asyik paksa dia kahwin cepat2! Haha”
“oh, baguslah! Ni ade iklan kawan I, cube u bagi kat kawan u tu!”
“hmm, kay…eh lambat lagi ke sate tu nak siap? Grr…”

Berbalik pada masa sekarang.
“hm nak ke si Yuri tu? Die bukannye suke orang nak padan2 kan die dengan orang lain yang die tak kenal pun? Tapi cube jela..lagipun yang minta tolong ni kan Sunny oppa yang ku sayangi…ohhohoho” kata Sooyoung seorang diri sambil berguling di atas sofa.
“OI GILE KE?”
“Eh Yul…kau dah balik? Tak perasan pulak!”
“mane nak perasan kalau kau dah berangan sorang2 kat sofa ni! Dah aku ade beli lauk ni, pergi panaskan nanti kite makan same2! Aku nak mandi dulu…”
“baiklah, bos!..”
------------------------------
“hm sedap lah kuah lemak cili api ni..lain kali beli je la kat kedai tu” puji Yuri yang khusyuk mengunyah nasi. Tinggal serumah dengan shikshin menjadikan dia pun sangat suke makan!
“err yul…”
“ape? kan bahagian kau banyak lagi..nak minta aku punye pulak?”
“bukanlah!! Aku ade benda nak cakap..”
“ape? kau nak aku tambahkan nasi?”
“ish! Cube kau dengar dulu aku cakap?”
“yelah.. cakaplah..”
“kau nak tak pergi bertemu janji dengan kawan bf aku?”
“tak berminat!”
“ala yul..”
“aku sibuklah!”
“okey cube kau tengok iklan ni…”
“iklan? Hm bak sini..”

 







“wow, orang ni sedang mencari aku! serius.”
“kan? Cirri-ciri yang die nak semuanya padan dengan kau..”
“jadi kau nak aku buat ape dengan iklan ni?”
“buat ape?!telefon lah.. mane tahu jodoh kau di situ..nanti takdelah mak kau bising lagi!”
“hm sorry tak berminat!”
“yul..abes ampai bile kau nak single?”
“entah. Tengoklar..”
“takkan kau nak mak kau yang tentukan jodoh untuk kau? Aku tak rase kau jenis yang macam tu…”
“hm..jadi kau nak aku telefon?”
“ye! Telefon lah sekarang!”
“wekk taknak!!” jerit Yuri lalu terus berlari ke ruang tamu sambil tergelak-gelak.
“oi basuh pinggan kau dululah!!”




to be continue...




credit to:





No comments:

Post a Comment