BAB 6
Di lapangan terbang KLIA,
Seorang pemuda yang tinggi memerhatikan
sekeliling kawasan lapangan seperti mencari seseorang. Dia menarik beg
bagasinya dan mula berjalan keluar darii kawasan check out. Dia kemudian
membetulkan topinya, menampakkan wajahnya yang kalau masuk Idola Tampan sure
mesti menang! Sekumpulan gadis berjalan dihadapannya dan mereka masing2
berbisik sambil memandang kearahnya.
“ei, comel kot mamat tu!”
Pemuda itu tersenyum, bangga.
“Terima kasih!”
“hah? Die dengar ke?! Arh malunyeee….”
Pemuda itu kemudian ketawa kecil dan
menarik nafas panjang. Lalu melepaskannya dengan kuat.
“arhh, welcome back to KL, Yoon!”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuri duduk di bangku dalam bilik rehat
sambil termenung panjang. Sudah 30 minit dia berkeadaan sebegitu. Dr. Erma
Fatima pula sudah 10 minit mengerutkan kening melihat rakan setugasnya itu
merenung dinding. Dia duduk di sebelah Yuri dan melihat dinding dihadapan
mereka untuk memastikan jika ada sesuatu yang menarik berlaku di dinding itu.
“Takde ape pun kat dinding ni! eh nanti dulu,
ade tulisan kecil…hrm..lonely? call me at 01..EH APE NI?!”
Dr.Erma Fatima tergelak sendiri dengan
tingkah lakunya yang mula menjadi aneh. Dia memandang semula pada Yuri, yang
masih termenung. Dr.Erma menghayunkan tangannya berulang kali di depan muka Yuri
namun masih tiada respons.
“API! API! TOOLOOOONGG!!” Jerit Dr. Erma
ditelinga Yuri.
“Hah?! Api! Mane?! Mane?!”
Dr. Erma terus tergelak2 sementara Yuri
memandangnya aneh.
Apahal orang tue ni? buang tebiat ape?
“takde api pun..ish doctor ni buat saye cuak
je.” Ngomel Yuri. Ketawa Dr.Erma masih lagi bersisa.
“Kamu ni yang buat saye curige! Komain
termenung sampai ke utara sane! Fikir pasal ape hah?”
“fikir ape….?”
Yuri sendiri tak dapat menjelaskan apa yang
dia sedang fikirkan..mungkin kerana sepanjang 30 minit itu dia cuba mengimbas
kembali apa yang sudah terjadi malam tadi.
Seluruh Keluarga Jung kemudian keluar ke
halaman rumah yang luas seperti taman bunga yang indah untuk melihat bintang di
langit. Malam itu cerah jadi datuk Jung mengajak semua orang menyertai nya
melihat keindahan alam semesta ini.
Jessica berjalan berpimpinan tangan dengan
Yuri kemudian mereka duduk di gazebo yang berhadapan dengan kolam sementara
yang lain juga duduk melepak di lokasi masing2. Biasalah dah rumah pun besar
dan luas! Orang kaye katekan..
Jessica tersenyum memerhatikan dirinya.
“asal? Saye nampak pelik ke?”
“eh mane ade! Cume saye masih rase kagum
dengan rupa awak sekarang..”
“haha, saye sendiri pun tak percaya bile
saye tengok cermin! Rase macam nak terjatuh cinta kat diri sendiri pun ade
jugak!”
“…sekarang boleh tak saye nak ucapkan
terima kasih?”
“hm, boleh!” kata Yuri, ketawa kecil.
“Terima kasih, yul..”
“same-same..”
“Betul saye cakap ni saye tak pernah jumpe
perempuan yang sporting, baik hati, cool dan paling penting..memahami.. macam
awak ni..”
“haha, janganlah puji lebih2
sangat..hohoho” hidung Yuri sudah mula kembang kempis akibat terlampau gembira
dipuji.
“alamak, menyesal lah pulak puji! Haha”
”amboi, ni ikhlas ke tak puji ni?” mereka
berdua sama-sama ketawa.
“saye rase saye perlu balas budi baik awak
tolong saye ni…awak nak ape? cakap je!”
“eh tak payahla balas2 ni! kite kan KAWAN!
Ape gunenye kawan kalau tak boleh nak tolong satu sama lain?” kata-kata Yuri
menusuk ke kalbu jess.
“Kawan….?” Kata jess dengan air mata
bergenang ala macam dalam komik tu..
Yuri mengangguk dan melemparkan senyuman
yang ceria membuatkan Jessica juga ikut tersenyum.
“kalau awak nak tahu..sebenarnye..sejak
kecil saye tak ramai kawan…kawan saye cume Tiffany dan sunny je..” kata Jessica
perlahan lalu memandang Tiff dan Sun yang sedang duduk di bangku bersama
Seohyun sambil minum jus.
“hm, bagi saye..tak kisahla kawan kite ade
satu atau due..yang penting, mereka sayang dan setia pada kita. Well,
persahabatan ni macam perkahwinan juga, perlu ada komitmen, kasih sayang dan
kesetiaan. Dan saye nampak, mereka berdua ade semua cirri-ciri tu.”
Jessica mengangguk setuju.
“saye rase tae pun baik jugak
orangnya..kawan yang baik.” Sambung yuri lagi.
“tae? Hm..bolehla…die cume nak ambil hati saye
je..yelah, sape yang nak kahwin dengan tiffany mesti dapat restu saye dulu!”
“haha, awak ni macam mak tiffany pulak!”
“agakla…kitorang kalau mase kecik dulu main
mak2, mesti saye jadi mak, sunny jadi bapak dan tiff akan jadi anak perempuan
yang comel..”
“haha, comelnya bile bayangkan korang mase
kecik..seronokkan, persahabatan yang korang bina sejak kecil berkekalan hingga
dewasa.”
“kitorang siap dah pakat nanti nak jodohkan
anak masing2 supaya boleh jadi besan!”
“itu kena tunngu lame lagi lar..yelah awak
pun macam lame lagi je nak kahwin…”
“tahu takpe! Lainlah kalau awak nak kahwin
dengan saye..hihi” gurau Jessica sambil
memukul bahu Yuri manja.
“Mentang2 lah saye ni memenuhi criteria
lelaki idaman awak! Cume satu je kurang….”
“ape die?”
“haha, saye takde benda yang kat bawah
tu..”
“ei yul! Jijik lah awak ni!!” Jessica
memukul Yuri dengan kuat.
“Ouch sakitlah! Main kasar ye?” Yuri pun
membalas pukulan jess dengan mencubit pipi minah tu.
Selepas itu mereka berdua pun ketawa
serentak. Macam budak2 pula!
“jadi yul..ape pula cirri lelaki idaman
awak?”
Yuri mengangkat kening dan membuat gaya
berfikir.
“hm..seorang yang nampak dingin, tapi
sebenarnya mesra..cool tapi kadang2 boleh jadi comel! Oh ye dan juge kaye!”
Yuri tersengih2 seperti orang nak minta
penampar lalu menolehh kearah jess yang mendengar dengan teliti kemudian buat
muka aneh.
“macam saye je..”
“yeke? Macam awak? Takdela..awak mane
comel!” gelak yuri lalu kepalanya ditolak dengan brutalnya oleh Jess yang
sebenarnya dalam diam ada bakat menjadi gangster.
“k fine! Walaupun tak comel..saye tetap
jelita!”
“oh yeke?” gelak yuri lagi. Seronok pulak
mengusik awek ni. tibe-tibe die rase perbualan mereka macam remaja yang baru
dilamun cinta!
Jessica memandang wajahnya dengan mendalam.
“oh saye lupe nak tanye, siapa yang tolong
kacakkan Kwon Yul ni?”
“haha, kacak ke? Mesti semua awek kalau
nampak akan jatuh hati kan?”
“hmm..semua awek tu tak pastilah..tapi,
kalau saye..saye akan jatuh hati.”
Mereka berdua terdiam seketika.
“eh, awak tak jawab lagi..sape orangnye?!”
Jessica tiba-tiba bersuara, bagi menghilangkan situasi yang kekok sebentar
tadi.
“Oh ye ye, Hyo! Dia memang sangat hebat dan
berbakat!”
“Hyo?”
“Dia make-up artis..ala..adik kembar Tae!”
“Tae ade adik kembar?!”
“hrm!..tinggi diorang pun lebih kurang jek!
Haha”
“ei mesti adik die tu jijik jugak macam
abangnye kan?”
“ntahla.. tapi saye rase die okay je.. awak
jumpelah die nanti. Mesti awak suke!”
“ei taknakla..dah terbayang dah muke tae
ade due…URGHHH…”
“haha, kenapa awak dengan sunny anti sangat
dengan si tae tu?”
“..sebab die rampas tiffany dari kitorang
kott…”
Yuri memandang Jess pelik. Jess kemudian
ketawa.
“mane ade..gurau jelah!”
Mereka pun ketawa bersama lagi, disamping
itu jess pun sengaja baring di bahu Yul..
“EHEM!”
Mereka berdua terkejut dengan suara yang
muncul tiba-tiba dan serentak menoleh ke tepi.
“Belum kahwin.. mane boleh.. duduk rapat2..
macam tu!”
“eh atuk, jemputlah duduk..”
Datuk Jung ketawa kecil dan duduk ditengah2
antara mereka berdua. Dia menoleh kearah Yul dan menepuk bahunya.
“Yul,.. jage cucu atuk.. elok2 ye?”
Yul tersengih. “baiklah, atuk..”
“minggu depan, keluarga kite.. akan pergi
bercuti...jessica, kamu ajaklah yul sekali!”
“eh, tak perlu lah susah2 atuk.yul sibuklah
kat hospital..” jess memberi alasan. Datuk jung berkerut.
“yul,.. kalau.. atuk yang ajak, kamu.. akan
ikut kan?” nada Datuk Jung nampak sangat macam mendesak dan siap buat pandangan
‘kalau kamu tolak, atuk akan kecik hati!’
Yuri hanya tersenyum paksa dan mengangguk
perlahan.
----
“Helo, Dr.Yuri?”
“Ye saye!”
“ish kamu ni asyik mengelamun je..sudahla,
mase rehat pun dah habis..jom kite jenguk pesakit!” ajak Dr.Erma Fatima lalu
menarik tangan Yuri supaya bangkit dari bangku. Yuri hanya mengikut tanpa
banyak soal.
“oh ye yuri?”
“ye?”
Dr. Erma Fatima menunjukkan jarinya kearah
kaki yuri.
“saye tak rase hijau dan merah warne yang
matching untuk stoking..”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jessica termenung seketika menghadap kertas
kerjanya. Fikirannya melayang pada adegan malam tadi. Dia betul rasa seronok
berbual dengan Yuri.
Kalaulah Yuri tu betul2 Kwon Yul…
Tapi itu bukan masalahnya sekarang, apa
yang lebih menggangu fikirannya ialah apa yang dikatakan Seohyun padanya.
Malam itu, selepas semua tetamu pulang
mereka pula masih stay kat rumah datuk. Memang sudah menjadi tradisi setiap
minggu, sekurang2nya sehari mereka semua akan bermalam di rumah datuk jung.
Sepanjang malam itu Jess perasan Seohyun memandangnya
dengan penuh tanda tanya. Dia faham. Kerana seohyun pasti mengenali siapa kwon
Yul yang sebenarnya..
“Kak sica, Kwon Yul?! Cepat jelaskan pada
seo sekarang juga!”
“err,,seo..akak…”
“macammana kak yuri boleh jadi teman lelaki
akak?! Kwon Yul?!”
“panjang ceritanya seo…pokoknya, akak harap
seo boleh simpan rahsie ni..”
“bukan masalah simpan rahsie ke ape..tapi
akak sedar kan akak dah tipu semua orang?!”
Jessica hanya mendiamkan diri dan
menundukkan wajahnya kebawah. Bila Seohyun dah naik tocang, siapa yang boleh
lawan?
“akak terpaksa seo..kau kena faham..”
“seo tetap tak faham kenapa teman lelaki
akak tu kak yuri! KAK YURI! SHE’S A GIRL!”
“That’s because I didn’t find any right
guy, and that girl suits my ideal!”
Bila adik beradik itu sudah mula berbahasa
inggeris, itu petanda perang akan meletus! Nasib baik mak mereka sempat
mengetuk pintu suruh mereka tidur, agaknya intuisi seorang ibu dapat merasakan
sesuatu.
“Fine, akak taknak gaduh dengan seo..akak
harap seo faham! Itu je..lagipun akak malas nak speaking banyak2 nanti
pembaca(anem) tak faham!”
Seohyun cuba bercakap sebelum dipintas lagi
oleh kakaknya.
“Tak kisahla, yuri cume menyamar untuk
malam ni je..”
“malam ni je? Habis untuk hari yang
seterusnya? Atuk sendiri ade ajak KWOON YUULL tu pergi bercuti dengan family
kite kan? Abes camne kak yuri nak terus menyamar? Pernah akak fikir semua tu?!”
Jessica tunduk, tak berani bertentang mata
dengan seohyun. Kelakar, Jessica Jung yang terkenal dengan renungan
mautnya..boleh juga kalah dengan adik sendiri.
Jessica terpaksa akui apa yang Seohyun
cakap itu ade betulnya.
“itu..kitorang akan fikirkan caranye…”
“tengok, akak dan kawan2 akak akan menipu
lagi. Betullah kate orang, bile kite dah menipu sekali..kite akan terus tipu
dan tipu lagi! Kemudian sampai akhirnya pun akak akan terus menipu keluarge
kite!”
“SEOHYUN, CUKUP!!!” Tangan Jessica hampir
sampai ke muka seohyun. Seohyun sudah memejam mata seperti bersedia dengan apa
yang akan menimpanya. Tetapi tiada apa yang berlaku. Dia membuka matanya
perlahan dan melihat kakaknya sudah duduk di atas katil, menangis.
Siapa yang rapat dengan Jessica akan faham
, apabila Jessica marah, dia akan menangis. Seohyun berasa serba salah. Dia
sendiri sedar percakapannya tadi sudah agak melampau.
“kak…seo minta maaf….” Kata seohyun
perlahan lalu memeluk kakaknya erat. Jessica kemudian mengesat air matanya dan
tersenyum tawar.
“Tak..apa yang seo cakap memang betul. Akak
tahu akak salah..tapi..tolong jangan libatkan kawan2 akak..diorang cume nak
tolong akak je..” perlahan Jessica membalas.
Seohyun menggangguk. “maafkan seo sebab
cakap macam tu....”
---------------------------------
“kenape diorang macam bertekak je? Adekah
sebab boipren kak sica tu? Mesti ade yang tak kena dengan doctor tu.. Sebab tu
seohyun macam marah? Hehe…aku kena bagitahu Nicole ni!” bisik Hara seorang diri
dengan mimic muka yang penuh niat jahat…
Yoon berjalan dengan penuh yakin dan
berkarisma kearah sebuah kereta Mercedes yang telah lama menanti di luar
bangunan.
“Encik Yoon, apa khabar?” sapa pemandu
keluarganya yang kemudian mengambil bagasi dari tangan Yoon untuk diletakkan
dalam bonet.
“baik, Pak Ali.” Balas Yoon, mesra. Dia
menanggalkan jaket dan topinya dan meletakkannya sekali dalam kereta.
“Pak Ali, mak dan ayah yoon mane?”
“Tuan dan Puan Jung tak dapat datang sebab
ada hal, tapi mereka tunggu encik yoon di pejabat.”
“Kak sica?”
“Dia juga berada dipejabatnya..”
“hrm nampaknye semua orang sibuk ye? Seobaby
pulak mesti sekarang tengah kat kolej..”
Yoon tersenyum sinis.
“oh Pak Ali, ambil barang Yoon ni semua
hantar kat rumah dulu ye?” kata Yoon dan terus berlalu pergi.
“Eh Encik yoon nak ke mane tu? Tuan Jung
sedang tunggu dipejabatnye”
“takpe, ayah mesti faham punye..Yoon nak
jalan2 kejap.. ambil angin KL NI!” jerit Yoon yang sudah berlari masuk ke
sebuah teksi dan kebetulan lagu MR.TAXI pun berkumandang..
Yoon mengeluarkan HPnye dan mendail
seseorang.
“Helo?”
“helo, kak fany…I’m back..”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiffany berjalan ulang alik dengan wajah
yang agak panic. Sunny yang baru datang selepas ditelefon Tiffany berkerut.
“Tiff! Duduk diam boleh?”
“Sorry! Aku dah berjangkit dengan penyakit
jess pulak!”
“Jadi hal penting ape sampai kau suruh aku
datang cepat2 ni? tahu tak tadi aku dan sooyoung tengah breakfast same2?!”
“sorry lar ganggu! Tapi ni memang urgent!”
“ape die yang urgent sangat?” sooyoung
tiba-tiba menyampuk dengan mimic muke yang kurang baik. Dia paling pantang
kalau masa makannya terganggu!
Tiffany hanya tersengih pada sooyoung dan
kemudian berbisik pada Sunny.
“DIE APE?!!”
“Ish tak payahla jerit2, sun!”
“haha, aku pun dah kena penyakit
jess..apepun, betul ke die balik?!”
Tiffany mengangguk lemah, dia melepaskan
keluhan kecil dan memandang sunny dengan pandangan ‘apa yang kite nak buat
sekarang?’
“kau pasti ke die dah balik, jess tak cakap
ape pun.”
“die sendiri yang telefon aku tadi!”
“hello, korang tengah bincang pasal ape
niii…??”
Malangnya 2 kawan baik itu langsung tidak
mepedulikan kewujudan Sooyoung. Soo yang bengang terus memukul belakang Sunny
dengan kuatnya!
“ouch sakitlah, sayang!”
“siape suruh tak pedulikan I?!”
“I’m sorry sayang, nantilah I cite kat you
ye?” pujuk Sunny dengan mimic muke urghh yang biase die buat tuh..memang takde
modal lain! Nasib baik si soo ni suke muke macam tu. Dibuatnye soo ni jess dah
lame sun dapat penampar.
“Kau dah beritahu Tae?” sunny menyambung
perbincangannya bersama Tiff selepas berjaya merasuah Soo dengan nasi lemak
yang kebetulan ade kat atas meja Tiffany.
“belum…”
“kenape nak rahsie pulak..bagitahu je die!”
“bagitahu aku ape?!”
Kemuculan Tae yang tiba-tiba itu
mengejutkan mereka berdua, tak termasuk soo yang sedang asyik menikmati
kelazatan nasi lemak mak joyah, Cuma muka sooyoung masih lagi tertanya-tanya
mengenai hal apa yang terjadi ketika itu.
“err,,takde ape lah taetae..”
“Ppani-ah! TELL ME WHATS THE PROBLEM” Tae
dah mula speaking London dengan mukanya yang serius. Sesiapa yang sudah lama
mengenali Tae pasti rase ingin tergelak kerana mamat tu sangat jarang jadi
serius.
Sunny menggeleng kepala, dari masalah jadi
makin rumit baik dia berterus terang saje.
“Yoon dah balik!”
to be continued...
credit to: http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment