Pages

Thursday, 12 September 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad)


watak-watak










BAB 1




Jessica Jung. 27 tahun. Seorang arkitek yang berjaya di sebuah syarikat pembinaan yang terkenal, mempunyai segalanya yang diimpikan setiap orang, rupa dan harta. Cuma satu perkara yang dia kurang. Teman lelaki. Dia pernah berpacaran semasa di zaman kolej dahulu iaitu dengan Lee Donghae, waris kepada syarikat Lee Corporation tetapi hubungan mereka tidak berkekalan selepas dia secara tidak sengaja ternampak Donghae berduaan dengan seorang janda anak tiga sebelum mereka ditangkap berkhalwat. Gile kan? Selepas itu, dia telah menerima pula cinta Ok Taecyeon. 4 bulan mereka berdating, jess terasa seperti berada di awangan, tetapi selepas itu..nak dipendekkan cerita, Taecyeon buat Donghae kelihatan tidaklah begitu teruk! Jess tertangkap Taecyeon berduaan dengan seorang jejaka, bermesraan di dalam kereta. URGHHH ! Jessica mengambil masa yang panjang untuk melupakan segala adegan YEKK itu, lebih dari masa yang dia gunakan untuk padamkan Taecyeon dari memorinya.
Namun ada perkara yang lebih teruk dari sejarah kapel dia yang menyedihkan itu iaitu hakikat di mana sepupunya yang sebaya tapi muda 5 bulan darinya, Nicole akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Jessica rasa geram bila memikirkan perkara tersebut. setiap kali ada ahli keluarga atau sedara mara mereka yang akan berkahwin, dia akan menjadi sasaran dan topic utama untuk ditujukan soalan “hang bila nak kawen?” atau “bilalah dapat merasa nasi minyak si sica ni” atau “tak takut ke kau jadi andartu??” atau “sica, nak tanya ni hang ada boipren ke ndak ni?” dan yang lebih teruk lagi..... 
                                      
”kak sica ni les ke?”
“Eh mane ade, kau ni mengarut jelah Hara!”
“ hara cume tanye je.. yelah kak sica macam tak suka lelaki je..”
Jess mencebik dengan muka yang sedikit bengang. Dia yang dipaksa maknya datang ke rumah sepupunya ini dan dengan hati yang langsung tidak rela duduk semeja bersama maknya, aunty mary dan 2 sepupu ‘kesayangannya’, Nicole dan Hara minum teh sambil berbincang hal-hal perkahwinan sebelum mereka sengaja menukar topic perbualan kearah dirinya yang masih lagi bujang, sampailah si Hara gendut tu bertanya soalan mengarut kepadanya.
“….bukan tak suke lelaki, Cuma berhati-hati memilih lelaki, itu je.”
  Nicole ketawa dengan penuh menjengkelkan lalu menongkat dagu memandang Jessica.
“berhati-hati memilih lelaki tu kau maksudkan donghae dan taecyeon ke?”
“ape maksud kau, Nicole?”
“yelah, due-due pun curang dengan kau..lagi kelakar sorang dengan janda dan..jangan sampai aku cakap yang lagi sorang tu..”
“Nicole, sayang..tak baik cakap macam tu. Aunty minta maaf ye sica.” Aunty mary menepuk lembut bahu Jessica. Dia tidak tahu perbuatan itu ibarat menyapu garam pada luka di hati Jessica.
Jessica melirikkan matanya kearah maknya.
‘mak, sica dah tak tahan ni..grrr..’
‘sabar je la sica…’
Jessica mengeluh perlahan dan mula menaip sesuatu di skrin telefon, menghantar mesej kepada kawan baiknya, Tiffany.
To : Tiff
Bulan depan Nicole kahwin tapi dorang sibuk cakap pasal aku single lagi. Si hara gendut ni sempat lagi kate aku les ! grr.. =.=
Jessica cuba untuk melapangkan fikiran dn pura-pura tidak mendengar perbualan mereka yang seterusnya. ‘my,my, my sweet delight~ *bunyi mesej* . dengan cepatnya Jessica membuka dan membaca mesej tersebut.
From : Tiff
Relax la Jessi, biarlah dorang nak cakap ape pun lantaklah sane..yg gay bukan kau tapi exxx ko ! >.<
Jessica melepaskan keluhan berat lalu memasukkan iphone nya ke dalam beg tangan. Hara memandangnya sambil tersengih-sengih.
“Jadi , siapa pasangan kak sica nanti untuk datang ke majlis perkahwinan Nicole?”
“Hara,ko  tak ingat ke? Dia kan masih single..biarlah, nanti kita boleh bagi tempat duduk tu untuk orang lain..”
Suara Nicole yang seperti mengejek itu menyakitkan cuping telinga Jessica. Kalaulah ada gam gajah kat sini, dah lame die curah2 kat mulut si Nicole ni..grrr…hara pun same, nak saje jess baling kedua sepupunya ini masuk gaung.
“tapi, takde siapa yang pergi ke majlis perkahwinan tanpa pasangan…kak sica patut cari seseorang sebagai teman nanti. Hara boleh kenalkan kak sica dengan kawan2 kat pejabat. Nak?”
Jessica sepantas kilat menggeleng kepala. Kawan sepejabat Hara sudah semestinya bukan taste dia. Selalunya lelaki dekat situ kalau tak yang dah berkahwin, kebanyakan nya cuma gatal dan ming saje.. err
“takpelah hara, aku boleh cari teman sendiri..lagipun jadi single kat majlis perkahwinan bukanlah teruk sangat pun..boleh je hidopp..”
Nicole ketawa sinis.
“hanya golongan yang menyedihkan saja yang akan bersendirian semasa majlis perkahwinan.”
Kata-kata Nicole itu sedikit sebanyak melukakan hati jessica. Dia baru saja hendak menghentak meja sebelum hp nya berdering.
‘bring the boys out! We bing the boys out, be bing the boys out’
Jessica menjawab panggilan tersebut lalu bangun dari tempat duduk dan beralih ke tempat yang jauh sikit dari yang lain.
“hello, tiff. Apahal?”
“jessi..asal dingin semacam ni..ade ape-pe yang menyakitkan hati kau ke?”
“Nicole. Dia mula lagi..pasal aku takde bf, single lagi..grr…”
“sabar jela.. masuk ni dah berape kali ye? 30-40? Haha”
“banyak sangat sampai dah tak boleh nak kire!ei geramnye aku!!”
“jessi.. aku dah kenal kau sejak sekolah lagi…bile bapak ko suruh ko sambung belajar di Australia, ko daftar ijazah kat Amerika. Mak kau suruh ko jaga rambut, ko pergi warnakan perang, bile orang suruh ko makan timun, kau belasah orang tu cukup2…”
“yelah, dah aku tak suke yang die nak paksa pahal pulak?”
“ape yang aku nak sampaikan kat sini..sejak bila kau kisah ape yang orang lain cakap?”
“huh?!”
“selama ni kau hidup dengan cara dan rentak kau sendiri, tanpa tertekan atas kehendak sesiapa pun..jadi kenapa sekarang kau kisah sangat dengan apa si budak Nicole tu cakap?!”
“err..aku pun tak tahu..cume…”
“jessi..kau hanya perlu jadi diri kau!”
“ye..betul tu! Ade aku kisah ape orang lain cakap kan? Lantaklah aku nak single ke ape! hidup aku!”
“hmm betul tu, inilah Jessica yang aku kenal! Tepuk tangan..”
“thanks tiff! Err..eh tapi kenapa kau call aku ni?”
“oh lupe lak, aku dalam perjalanan ke rumah cousin kau ni..nak amek kau, pasni kite lunch same2 !”
“bagus kau nak datang!”
“huh, ape pula agenda kau ni…?”
“kau hanya perlu menjadi saksi, bile aku cakap kat dorang..yang sibuk sangat nak campur hidup aku tu… ‘ade aku kisah?!’ haha”
“lantak kau lah..btw aku dah sampai ni..bye!”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ini hidup aku. jadi aku berhak tentukannya sendiri !”
Jessica menyilangkan tangannya, berdiri tegak di hadapan Nicole. Mereka semua tergamam dengan tindakan Jess yang tiba-tiba itu. Tiffany menepuk dahinya.
‘ape je yang budak ni nak cakap nanti..’
Jessica diam melemparkan renungan tajam kea rah Nicole yang sudah mula rasa gentar. (siapa yang boleh lawan renungan mata ice princess…)
“Sica nak jelaskan kat semua orang sementelah semua orang asyik sibuk bercerita tentang hidup sica.”
Aunty mary dan mak Jessica ketawa kecil.
“takde sape yang nak tentukan atau bercerita tentang hidup kamu sica… kami sedang berbincang tentang majlis Nicole ni.”
“Ade sica kesah?”
Hara dan Nicole melihat satu sama lain, tidak faham dengan situasi sekarang.
“kau Nicole. Berhenti dari mengejek dan bercakap tentang kehidupan peribadi aku!”
Nicole tidak mempedulikan Jessica dan berpura-pura menyelak katalog. Hara yang sudah rase seram dengan suasana tegang itu cuba mencelah.
“Jadi nak Hara carikan boipren untuk kak sica?”
Tiffany menepuk dahinya sekali lagi. Sengal ke ape budak Hara ni? kenape dia susah sangat nak faham?!  Dia bru saja menggali kuburnya sendiri!
“Tak. Tak perlu. Terima kasih, HARA(sambil menjegil biji mata dan cakap dgn geram)”
Nicole tersenyum sinis. Dia tahu ini masa yang sesuai untuk menyerang balik.
“Jangan cakap camtu, Hara. Jessica suka hidup bujang. Dia tak perlukan sebarang lelaki. Oh lupe pula, dia taknak pun bersama lelaki !”
“apa yang kau cakap ni Nicole?  aku dah ade teman lelaki okay?”
Dialog Jessica itu membuatkan mereka semua terkejut termasuk Tiffany. Dia tak ingat pula kawan baiknya ini bercinta?
Nicole cuba untuk tidak kelihatan terkejut. Dia cuba membalas semula pernyataan yang seperti bom mengejut itu.
“kau ade? Habis kenapa kau tak pernah nak kenalkan kat kitorang semua pun?”
Jessica menyumpah dirinya sendiri dalam hati. dia melihat Tiffany kalau-kalau boleh menolong tapi minah tu pun memandangnya seperti nak ditelan, dia cuba mengawal suaranya supaya tidak kelihatan seperti menipu.
“aku berkenalan dengan dia sejak 5 bulan yang lepas. Dia seorang lelaki yang baik dan berbudi bahasa.”
Aunty Mary dan mak Jessica kelihatan gembira mendengar berita itu manakala Nicole mula curiga. Dia meletak semula katalog yang dibelek tadi,
“cerita lah lagi pasal teman lelaki kau ni…ataupun..dia tak wujud pun…”
“Nicole! Kenapa cakap macam tu? Minta maaf pada Jessica sekarang !” Aunty Mary menegur.
“kenapa pula mama? Nampak sangatlah die ni menipu kan?”
Jessica mengetap giginya, geram.
“Teman lelaki aku tu wujud ! dia tinggi, berkulit gelap sikit, KACAK, rambut hitam yang bergaye, senyuman yang menawan, kelakar, memahami, dan paling penting pandai bersukan okay?”
Tiffany memang tahu perangai Jessica yang senang tercabar tapi takkanlah sampai dia sanggup menipu sejauh ini? Tiffany memandang Jessica dengan pandangan ‘ape yang kau katekan ni?’ dan Jessica membalas pula dengan pandangan ‘aku cuba nak selamatkan maruah aku je!’ balik pada Tiff.
“ouh, kalau camtu..apa kate bawa die makan malam dengan keluarga kita minggu depan kat rumah datuk? Semua orang akan berkumpul masa tu”
Permintaan Nicole yang tiba-tiba itu membuatkan Jessica teragak-agak sekejap.
Minggu depan? Sempat ke dia nak cari Mr. Perfect ni?
“err,,rasenye die susah nak datang..sebab die sibuk, maklumlah die tu kerja doctor..”
Bagus, lagi satu penipuan..matilah kau jess..
Nicole sedar betapa gemuruhnya Jessica ketika itu. Dia berdiri dengan senyuman kejam,
“jadi dia tak wujudlah kan?”
“Dia wujud!” balas Tiffany tanpa dia sendiri sedari.
Jessica mengerling kea rah Tiffany.
Ape yang kau cakap Tiff?
Nicole merenung Jessica menantikan jawapan dari mulutnya, setiap yang lain pun sama terutama aunty mary dan apatah lagi, maknya sendiri !
“Fine, minggu depan Sica bawa dia kenalkan pada semua…”

----------------------------------------------------


Yuri menarik nafas panjang sebelum dia merebahkan diri atas bangku hospital itu. Dia baru sahaja menghabiskan shif kerjanya yang sebenarnya digandakan pada hari itu disebabkan kekurangan doctor. Letihnya terasa sehingga ke urat saraf. Dia melakukan sedikit regangan dan yoga yang memang setiap hari dipraktikkan kemudian berjalan perlahan menuju ke loker dan menukar uniform doktornya ke pakaian biasa. baru sahaja dia melangkahkan kaki untuk keluar dari hospital dan pulang ke rumah,
“Dr. Kwon ! Tunggu !”
Yuri berpaling dan melihat kakak jururawat berlari kearahnya dengan cemas. Dia tahu bayangannya untuk berbaring atas katil empuk, di biliknya yang selesa..takkan menjadi kenyataan.
“Shif saya dah habis 30 minit yang lepas..sekarang saya nak balik rumah…”
“tapi doctor, ada budak 3 tahun yang cedera tertikam pisau dan doctor je lah pakar pediatric yang tinggal sekarang ni!”
Mata Yuri terbeliak mendengar insiden itu.
“budak tu kat mane?”
“bilik kecemasan !!”
“baiklah, ..”
-------------------------------------------------------------
“omo! Yuri!”
“hmm?”
“kenapa baju kau berlumuran darah ni? Kau bunuh orang ape?!” jerit Sooyoung terkejut sejurus dia membuka pintu rumah selepas kawan baik/housemate nya ini membunyikan loceng tanpa henti pada pukul 3 pagi!
“aku bunuh kau dulu soo kalau ko tak diam….” Balas yuri langsung tak bermaya. Dia berjalan dengan longlai ke ruang tamu dan terus baring di sofa.
“haha sorry..”
“aku tak sempat nak tukar uniform, budak tu dah parah sangat then aku buatlah rawatan kecemasan..sekali darahnya elok terpancut kat baju aku…”
“selamat tak budak tu?”
“hello, ni Dr. Kwon Yuri okay? Nasib baik budak tu berjaya diselamatkan…arh letihnya…”
“eh eh Yul..jangan tidur atas sofa sebelum kau mandi dan tukar pakaian. Nanti kotor lak sofa aku ni dengan darah..urghhh..”
“taknak2 taknak mandi…nak tido….”
“alala nak menggedik lak kat sini…cepat bangun…mandi! Yekk yekk bau busuk!”
“mandikan kite….” Yuri sengaja ingin bermanja dengan sooyoung dengan mendepakan tangannya seperti bayi yang minta didukung.
“alala baby-chan…meh sini mama dukung !” kata soo penuh jijik lalu menyeret yuri jatuh ke atas lantai sehinggalah ke pintu bilik air.
“YAHHHH !! SAKITLAH!!!!”
----------------------------------------------------------------
“hm aku rase nak ambil cuti lah.”
“cuti? Memang patut pun kau pergi bercuti yul.. kau ni kuat bekerja sangat..sampai risau aku dibuatnye”
“ala aku kalau nak pergi bercuti pun..bukannye aku ade sape-sape nak temankan.. pergi dengan kau?!”
“ape salahnye? Kau kan boipren aku..hehe”
“eh, sukati je..kenapa pulak aku yang kena jadi boyfriend?”
“yelah..kau ni kan kacak! Kau tak sedar ke?”
“hm aku memang dah lame sedar aku ni kacakk, bergaye pulak tu..”yuri pun membuat muka kacaknye sebelum mukenye ditolak soo kerana berasa yekk.
“pakwe aku lagi kacak kott..haha” kata Soo dengan muka URGHHHH.
“yelah..untunglah orang tu dah ade pakwe….”
“helo, kau tu pun boleh je ade pakwe kalau kau nak!..”
“…aku takde perasaan nak bercinta pun sekarang ni..”
“aku rase sekarang ni bukan mase kau kerja kuat lagi, kau ni pun dah makin tue, dah sesuai sangat nak kahwin.. jadi, baik kau cepat2 cari teman lelaki!”
“kau ni macam mak aku pulak..meleter kat aku suruh cari teman lelaki blablabla..aku malas nak fikir pasal lelaki sekarang ni. Serius.”
“takde sikit pun perasaan kat laki?”
“takde..”
“Nickhun?”
“….huh. Itu cerita lame.. kitorang dah takde ape-ape hubungan pun.”
“hm..sayang betul bile korang berpisah.. yelah dia pun tak boleh nak nak buat ape bile mak bapak die jodohkan die dengan perempuan lain..”
“yang lepas tu biarlah lepas…aku dah malas nak ingat lagi pasal dia atau hubungan kami..”
“dah takde jodoh kan?”
“hmm..”
“jadi….”
“jadi ape?”
“jadi..ape kate kite cuti esok, jalan- jalan?”
“jalan-jalan?”
“yelah..jalan-jalan cari pakwe ! hihi”
“maaf..tak berminat!”
“ala…jumlah…baby-chan !”
“eee…yekk!”




Jessica yang berjalan ulang alik sejak dari tadi cukup buatkan kepala Taeyeon jadi pening. Dia berdehem kecil dan menyiku gadis disebelahnya.
“ppani- ah~~, cube suruh kawan ppani tuh duduk diam kejap. Kepala taetae dah pening tengok die ulang alik macam tak tentu hala. Nanti taetae pengsan macam mane….”
Tiffany memandang tunangnya dengan pandangan ‘sabar jela!’.
“Taetae janganlah cakap macam tu.. fahamlah situasi jessi sekarang niew…”
Taeyeon membeliakkan matanya, bangun dari tempat duduknya dan berjalan kearah Jessica.
“Jess, kau cube bertenang siket? Kalau kau terus berkelakuan macam ni, aku telefon Nicole dan cakap kat die perkara sebenar. Nak?”
“Yah Kim Taeyeon, kau nak mati ke?!”
“ppani-ah~~ tengok jess ni, dia nak biar awak jadi balu..”
“eh hello, tae kau tak kawin lagi pun dengan kawan baik aku tu, okay?”
“memanglah, sebab die nak tunggu kau.. nak kahwin same2 dengan kau! Aishh..tak faham dengan perempuan…”
“dah dah yang korang berdua ni bertekak kenapa pulak? Taetae cube jangan nak ungkit pasal tu…”
“tapi ppani…”
“yang kau ni pun satu jess. Betul juga kate taetae,, cube kau bertenang sket? ”
“ tolonglah selamatkan aku…”kata Jess perlahan.
Taeyeon mengangguk sambil menongkat dagu.
“bukan selamatkan kau, tapi maruah kau..kenapa kau tak mengaku je yang teman lelaki kau tu tak wujud pun? Susah sangat ke?”
Jessica memukul lengan Taeyeon dengan kuat lalu memberi pandangan laser ke Taeyeon yang sedang mengaduh kesakitan.
“Dia wujud! Kita hanya perlu mencarinya!”
“Kita?”
Sekali lagi lengan Taeyeon dipukul kuat Jessica. Taeyeon pun sengaja menggedik pada Tiffany supaya mengusap lengannya yang konon sakit itu.
“Ye Tae, kite! Kau, aku dan Tiffany!”
“Yo guys! Korang bincang ape ni?” Sunny muncul secara tiba-tiba di pintu sambil memegang senakshah surat khabar.
“oh termasuk Sunny juga!”
“hah? Kenapa dengan aku? ape celop?”
“Sunny, ko blah ke tepi dulu. Wei jess kenapa aku pun terlibat sama?”
“sebab tunang kau yang dicintai ini yang cakap orang itu wujud” balas Jessica geram lalu mengetuk belakang Taeyeon pula. Tae menjerit kesakitan tetapi tersengih gembira kerana Tiffany mengusap lembut belakangnya. (err miang)
“tapi jessi..kau yang cakap dulu..aku cume lengkapkan aje…”
“okay,sekarang macammana kita nak cari lelaki yang kau gambarkan tu..dalam masa 1 minggu?”
“kita carilah walau dengan cara ape sekalipun. Sebab kalau tidak, habislah aku! habiss!”
Sunny mengambil surat khabar yang terletak di atas meja sambil cuba memahami apa yang kawan-kawannya itu sedang berbincang. Otaknya cuba menganalisis masalah yang dihadapi Jessica dan tiba-tiba muncul mentol di kepalanya.
“aku tak pasti sangat ape yang berlaku, woi jess baik ko terangkan kat aku nanti..tapi aku ade idea untuk selesaikan masalah ni..”
“macammana?”
“korang nak cari teman untuk jess kan?”
“hah pandai pun si pendek ni..” kata Tae spontan.
“oi sape yang ko kate pendek?, pendek!”
“taetae, sun dah jangan nak start gaduh kat sini..jadi ape die idea nya?”
“kita buatlah iklan.”
“iklan? Wait..aku tak faham sile terangkan.”
Sunny menyelak surat khabar  Kosmo dan menunjukkan ruangan iklan.
“Kita boleh iklankan cirri-ciri lelaki idaman si jess ni dan..mane tahu ade yang tersangkut? Macam tu?” kata Taeyeon cuba menerangkan maksud Sunny.
“Taetae, you so genius~~~” teriak Tiffany gembira.
“hamboi, aku yang bagi idea, tae yang dapat nama? Baguss…”
“ala merajuk pulak die.. janganlah marahh..” Tiffany pun menggedik kat Sunny lalu buat Teyeon rase bengang.
Jess mengangkat kening, cuba memikirkan idea tersebut.
“boleh berjaya ke rancangan ni? Aku cume ade seminggu je tahu?”
“jangan risaulah Jess..biar aku uruskan hal ni.” Balas Taeyeon sambil menepuk bahu Jess perlahan.
Akhirnya Jessica boleh menarik nafas lega. Sekurangnya satu masalah sudah selesai, Cuma menanti keputusannya saje. Nasib baik lah dia ada kawan-kawan yang memahami dan boleh diharap. Sekarang dia Cuma berharap agar tuah menyebelahi dirinya dan dia berjaya survive segala penipuan itu.
“okay, guys jom aku belanja korang lunch!” tawar Jessica.
“orait!! Lets go”
“eh, sorry aku ade date dengan awek aku lepas ni..” kata Sunny, bangga.
“pendek macam kau pun boleh ade awek?”
“ko apahal tae?! Si Tiff pun lagi tinggi dari kau!”
“kitorang same tinggi larr.. kan ppani-ah~~~ <3”
“ape-ape ajelah korang berdua memang si pendek pun.. dahla tiff jangan dilayan mamat 2 orang ni!” jerit Jess sambil ketawa kejam lalu menarik tangan Tiffany dan melarikan diri dari situ.

to be continue...


credit to:


No comments:

Post a Comment