Pages

Monday, 16 September 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad)



BAB 3


“Dr. Kwon, bersiap sedia, 2 buah ambulans dalam perjalanan ke hospital.” Kakak jururawat mengingatkan Yuri yang baru sahaja selesai merawat seorang kanak-kanak yang jatuh dari atas pokok dan patah tangan.
“hah, kes ape?”
“kemalangan jalan raya, seorang budak lelaki berumur 10 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan ibunya juga mengalami kecederaan teruk di seluruh badan!”
“kalau begitu pergi sediakan bilik OR sekarang” kata Yuri tegas lalu terus menuju ke pintu utama hospital menanti kedatangan ambulan sementara kakak jururawat segera berlari menyiapkan tugasannya.
“dah datang ke?”
Walaupun suasana ketika itu riuh dengan bunyi bising tetapi Yuri masih dapat mendengar suara Nickhun dengan jelas di belakangnya.
“belum… Kejap lagi. Er.. Saya akan uruskan anak, awak rawat emaknya ye?”
“baiklah. Hmm Yuri…”
“Ye?”
“hati-hati ok? Budak kecil selalu ade banyak implikasi lain dalam kecederaan dan semasa pembedahan..”
“saye tahu lar..” Yuri mengerling sedikit kea rah Nickhun. Jejaka yang suatu ketika dahulu pernah memasuki carta hatinya, tetapi hanya kerana desakan keluarga, mereka terpisah. Walaupun mereka masih bekerja di tempat yang sama, bagi Yuri..dia tak mahu ada kaitan apa-apa lagi dengan Nickhun. Dia yakin dalam hatinya, tidak lagi tertulis nama Nickhun. Dia yakin, dia sudah melupakan kisah hati mereka, sepenuhnya.
2 buah ambulans dengan kelajuan 100km/jam pun tiba dan berhenti betul2 di hadapan mereka. Paramedik dan atendan bergegas mengeluarkan mangsa dari dalam ambulans tersebut dan membawanya menuju ke bilik pembedahan. Yuri yang membaca carta keadaan mangsa juga ikut berlari tetapi dia terdengar seseorang memanggil namanya.
“Yuri, FIGHTING!!” jerit Nickhun dari belakang. Yuri tersenyum dan mengangkat tangan tanda semangat dan terima kasih. Walau apa pun kisah silam mereka, mereka tetap rakan sekerja, dan rakan sekerja perlu sentiasa menyokong satu sama lain!

-----------------------------------------
“Darahnya tak boleh berhenti, nurse ambilkan saya scalpel dan peralatan lain, saya perlu menutup luka di kepala budak ni dengan cepat sebelum dia kehilangan lebih banyak darah!”
Yuri yang sibuk menghentikan darah mengarahkan kakak jururawat, mereka kemudian menolak budak yang berada di atas katil troli itu menuju ke bilik pembedahan.
“err..doktor, dia akan selamat ke?”
Yuri terkejut dengan suara yang mucul tiba-tiba dari belakang. Dia menoleh sekejap dan melihat seorang gadis yang kelihatan sangat risau berdiri di situ.
“siapa dia?” tanya Yuri pada kakak jururawat.
“Budak perempuan ini yang selamatkan ibu dan anaknya keluar dari kereta sebelum kereta yang dipandu mereka itu terbakar!.. dan dia juga yang menelefon pihak ambulans”
“dia ade luka-luka tu, boleh tak minta tolong doctor pelatih mane2 rawatkan die?”
Kakak jururawat mengangguk perlahan dan menarik tangan gadis itu untuk menerima rawatan yang sepatutnya.
“adik, jom ikut akak, kita rawat dulu luka adik ni.”
“tapi..budak tu..dan mak die akan selamat ke?”
Yuri menoleh kearah gadis itu dan tersenyum, lalu berkata
“Jangan risau, kami di sini akan cuba sedaya upaya menyelamatkan mereka.”
“…terima kasih doctor..”


----------------------------------------------------------
Gadis tersebut sabar menanti di hadapan bilik pembedahan untuk mengetahui keadaan mangsa. Dia yang setia duduk di bangku hospital tidak berhenti berharap dan berdoa agar 2 beranak itu selamat namun di samping itu dia juga berkeras untuk tidak menerima rawatan kerana dia tidak mahu menyusahkan pihak hospital yang kelihatan begitu sibuk sekali. Lagipun dia hanya mengalami luka-luka kecil sahaja.
“kenapa kamu taknak terima rawatan?”
Gadis itu mendongak ke atas dan melihat Yuri berdiri tegak dihadapannya, dia kelihatan letih tetapi tetap tersenyum.
“sa..saya tunggu berita keadaan mereka dulu…”
“jangan risau, mereka selamat. Keduanya selamat!”
“syukurlah…”
“sekarang ni kamu yang perlu dirisaukan! Mari sini biar saya cuci luka kamu..”
Yuri terus duduk di sebelah gadis itu dan mengambil kapas untuk membersihkan luka di tangannya.
“hari ni..kamu adalah hero, cik…?”
“Seohyun..”
“seohyun,kamu telah menjadi hero pada hari ini! Mereka beritahu saya apa yang awak sudah lakukan untuk selamatkan anak beranak itu.” Puji Yuri dengan senyuman yang menawan (walaupun ada serpihan cili terselit kat gigi sebab pagi tadi lepas sarapan lempeng dengan sardine dia lupe nak gosok gigi)
Seohyun berkerut sedikit, terasa pedih semasa Yuri menyapukan ubat di lukanya.
“Terima kasih..tapi sesiapapun yang berada dalam situasi saya akan buat perkara yang sama. Doktorlah hero yang sebenarnya”
“eh kenapa cakap saya pula?”
“Doktor yang selamatkan budak tu.”
“Itu memang dah tugas saya, saya dibayar setiap bulan untuk buat benda macam tu. Tapi kamu ni, tidak..perbuatan kamu ini yang layak digelar hero..tahu?”
Yuri selesai merawat luka di tangan Seohyun dan mendapati gadis itu tidak berhenti dari tersenyum, Yuri berasa hairan sedikit.
“kenapa kamu ni tersenyum2? Ade cili ye kat gigi saye?”
“saya gembira sebab saya baru menjumpai seorang doctor yang sangat baik..^^”
Yuri tersipu-sipu malu apabila dipuji sebegitu. (ohhohoho, gembiranya!)
“Eh, Dr. Yul.. ini adik awak ke?” tegur Dr.Erma Fatima yang baru keluar dari wad pesakit.
“eh, adik?”
“yelah adik awak kan ni? Amboi..muke korang memang nak same! Hm adik name sape?”
“nama saya seohyun..”
“ohh..sohiun? kakak awak ni memang seorang doctor yang berdedikasi. Bagus ade kakak macam ni, okay lah saya pergi dulu..”
“err.. bye dr.erma!” balas Yuri dengan muka pelik.
Yuri dan Seohyun memandang satu sama lain, kemudian mereka serentak ketawa.
“eh same ke muke kita? Tak sangke ade orang ingat kite adik beradik..” gelak Yuri lagi.
“Tapi saya suka kalau ada kakak macam doctor ni..”
“kalau macam tu tak payah panggil saya doctor, tapi panggil kak Yuri je..”
“Kak Yuri? Sedap bunyinya..”
“eh seohyun, kamu dah call sape2 ahli keluarga kamu?”
“hm sudah…”
“SEOBABY !!!!”
Jessica berlari di lorong hospital dan meluru kea rah Seohyun dan memeluknya dengan erat tanpa mempedulikan semua orang di hospital yang memandangnya dengan pandangan aneh. Seohyun mengaduh kesakitan kerana dipeluk terlalu erat.
“err..cik, kamu sedang menyakiti seohyun sekarang.” Tegur Yuri dari belakang yang sebenarnya terkejut dengan situasi tersebut. Jessica pula tidak perasan pun akan kewujudan Yuri.
“huh seo, ko ade luke kat mane? Teruk ke? Kau Okey tak?”
“akak.. seo okay je ni..dah jangan risau sangat..”
“hm baguslah, buat orang terkejut je taw tadi! Tibe2 call dari hospital!”
“haha, maaflah..tapi seo okay je ni..kan kak yuri?”
“huh?! Kak yuri?!!”
Seohyun memalingkan badan Jessica kearah Yuri yang sedang mengorek cili di celah giginya.
“akak, perkenalkan..ini doctor yuri..dialah yang rawat seo tadi..”
“ouhh..hai, saye Jessica..kakak kepada seohyun.”
“haha jadi awak nilah kakak sebenar seohyun! Saye yuri. Selamat berkenalan..” sapa Yuri sambil tersenyum dengan yakin dan menawan.
Tinggi, berkulit gelap sket, senyuman menawan, rupa yang menarik, macam kelakar orangnya, lagipun doctor!
“kak sica! Ape yang akak tengah fikirkan tu?”
“ohh sorry2, haha” jess terasa malu pulak sebab merenung Yuri dengan lama.
 Yuri pula terus tersenyum gembira (sebab die berjaye buang cili tu).

-----------------------------------------------------------------------------------------

3 jam sebelumnya…

Tiffany and the gang sedang bersiap sedia dalam projek segar mereka yang dipanggil ‘temujanji bersama Jess untuk mencari Mr.Perfect’. Taeyeon yang beri nama tu dan Tiffany setuju dengan gembira manakala Sunny terpaksa melayan kerenah 2 orang yang merepek itu walaupun dia sebenarnya merindui seseorang..
“ohh sooyoungie <3”
“psst, sunny!”
“ape?”
“sape sooyoungie?”
“awek aku lah! Yang korang sibuk baca minda aku ni kenapa pulak!”
“dah terdengar..nak buat camne, kan ppani-ah”
“taetae..ppani tak suke taetae hari ni..”
“tiidaakkkk!! Kenapa?!”
“ppani tak suke taetae ade misai..tak suke..”
“misai ni untuk menyamar..taetae kan macam detektif hari ni.. kacak kan?”
“ppani tetap tak suke..taetae cepat tanggalkan misai kontot tu!”
‘lanun misai berus gigi! Misai?!?”
“taetae! Ei bencilah macam ni..”
“ala ppani, tae cume gurau je..okeke..tae cabut!OUCHHHH!!!! Hah, dah buang pun misainye..”
“hm macam nilah baru comel..”
“kalau comel, nak kiss kat pipi?hehe”
“ala ngade2 la taetae ni…mmmuaahh”
“YAHHHHH!!!”
“UPS.sorry”
“MANE JESS NIE?!!!”
Sunny mula rase bengang, sudahla dia kena hadap pasangan yang lovey dovey lagi annoying ni, si watak utama pulak tak muncul2!!
“Guys, maaf aku lambat! Lewat bangun tadi..hehe..” Jess terpacul tiba-tiba dibelakang mereka bertiga.
“Grrr…”
“Ala rileklah sun..ha.ha.ha.”
Mengambil lokasi  café di hotel sebagai tempat bertemujanji, mereka bertiga sudah mengambil tempat masing2. Tiffany dan Jessica duduk di meja yang berhadapan cermin dan mempunyai pemandangan menarik, manakala Taeyeon dan Sunny pula duduk jarak 3 meja dari mereka berdua.
“Taetae to ppani, taetae to ppani”
Taeyeon cuba menguji walkiee talkie yang dibelinya dari kedai serbaneka carine chia dengan harga rm9.90.
“ppani to taetae..hihi..”
“ppani, I love you..”
“love u too..”
“ppani-ah..i miss you..”
“miss u too…”
“YAHHH!!! AKU PECAHKAN WALKIE TALKIE NI NAK?!”
“okay, kitorang berhenti..kenapa nak marah je? Kau datang bulan ke sunny?!”
Sedang Sunny menumbuk Taeyeon dengan geramnya, Jess hanya toya sambil minum cappuccino manakala Tiffany berdebar-debar menanti kehadiran calon2 yang mereka pilih itu. Kenapa pula Tiff yang berdebar itu kita tidak tahu.
“Eh, orang tu dah datang! Syhhh!!”

Calon pertama.
Nama : Aaron Aziz



“Hai, saya Aaron. Saye yg telefon semalam tu..” Aaron memandang Tiffany tanpa berkelip, dia kemudian menghulurkan tangan pada Tiffany.
“Awak mesti Jessica kan? Awak nampak cantik sekali..”
Aaron Aziz pun mencium tangan Tiffany dan tidak mempedulikan langsung kewujudan Jessica di tepi.
“EHEM. SAYA JESSICA !”
Aaron Aziz menoleh kearah Jessica dan serta merta melepaskan tangan Tiffany  yang sudah tersenyum rasa bersalah, terutama apabila dia memandang kea rah Sunny yang sedaya upaya menghalang Taeyeon dari bangun dan menuju ke meja mereka.
“LEPASKAN AKU! BIAR AKU BUNUH LELAKI SASA TU!!!”
Tiffany memandang Taeyeon dengan muka ‘sorry taetae..’ dan memberi isyarat pada Sunny supaya mengikat Taeyeon dengan tali di kerusinya. (mana sunny dapat tali masih menjadi satu misteri)
“Oh im sorry, saye keliru sekejap, awak berdua betul2 buat saya rase kagum !”
“kagum sampai nak cium tangan kawan baik saye?”
Aaron Aziz terbatuk kecil. Tiffany menyiku Jessica dan memberi isyarat supaya meneruskan perbualan. Jessica membeliakkan mata, menyampah.
“awak tahu kan saya mencari orang yang ade cirri-ciri same dalam iklan tu kan?”
“ye, dan saye ade semua cirri! Saye berkulit sedikit gelap, saye kacak, saye kelakar! Dan saye selalu bersenam di gym. Tengoklah badan saye ni. Sasa bukan? Oh senyuman saye juga sangat menawan”
Aaron Aziz menunjukkan senyumannya yang bersinar-sinar seperti iklan ubat gigi di televisyen tetapi sedikit pun tidak menarik hati Jess.
“ye, watever…”
“whatever? Hello cik, bukan saye yang terdesak nak cari pasangan kat sini. Tapi Awak!” kata Aaron Aziz sedikit terasa dengan muka Jess yang nampak tak berminat langsung dan lagi buat dia geram apabila Jess menguap ketika itu.
Tiffany terpaksa menyampuk perbualan.
“Err Encik Aaron, kami akan mempertimbangkan, apabila sudah dapat keputusan kami akan telefon encik. Terima kasih atas kerjasama encik!!”
Aaron Aziz hanya mengangguk dan terus berdiri lalu meninggalkan mereka berdua dengan riak muka agak bengang, mulutnya pula terkumat kamit sesuatu (mencarut agaknye!)
Tiffany mengekori pemergian dia kemudian memandang balik kawannya itu.
“Dia dah 95% cirri yang kau nak! Kenapa reject pulak?!”
“Dia ngurat kawan baik aku..urghh not my taste”
“Oh Jess kau hero aku! aku akan belanja kau lunch tiap hari!! Oh yeah!”
“oi tae kau diam je boleh tak?” kata Sunny lalu mengetatkan ikatan di badan Taeyeon.
Tiffany memerhatikan gelagat budak berdua itu dan ketawa kecil, Jessica pula menongkat dagu mengeluh.
“sorang fail! Tinggal lagi 6…”

Calon kedua.
Nama : Chef Riz


“Awak nak ape?!!!”
Jessica menjerit selepas mendengar dialog Chef Riz. Well, lelaki dihadapannya ni memang mempunyai cirri-ciri yang baik, seperti tinggi, senyuman menarik, suka berjoging, dan lain2. Cuma dia bukan seorang doctor tetapi bekerja sebagai tukang masak. Tetapi itu bukan penyebabnya kenapa Jessica terkejut sangat sampai menjerit (yg bunyinye mcm dolphin dlm cite horror movie fctory tu). Tiffany menutup telinga kerana berasa bingit.
“Macam yang saya cakapkan tadi, walaupun saye tukang masak, tapi saye nak pasangan saya yang memasak untuk saye nanti setiap hari.. dan paling penting.. saye memang sangat sukakan timonn! Cool kan?”
“Jess..memasak?! Timonn?! Perghh…dunia nak terbalik!”
“Diamlah Taengoo! Atau kau nak aku bagi nombor telefon Tiffany kat mamat ni?!”
“Jangan! Ok aku akan diam!!”


Calon ketiga
Nama : Beto Khusyairi



Jessica seronok berbual bersama Beto, dia agak kelakar walaupun kurang dari segi bersukan dan..badan kurus. Mamat ni juga pandai mengambil hati dia dengan jenaka dan kata-kata puitis yang cukup meruntun perasaan.

“URGHH, perempuan memang mudah cair dengan ayat-ayat jiwang!”
“Taetae!”
“Kau nak aku tampal mulut die ni skali ke Tiff?!” jerit Sunny sambil mengetuk kepala Taeyeon.
“Oi korang janganlah bising nanti si beto ni dengarla…”
Jess sempat menyampuk ketika Beto memanggil pelayan untuk membayar minuman mereka.

“HAMBOI MAHALNYA! RM 15?! NI KEDAI APE CEKIK DARAH BETOLL!!!TAKDE DISKAUN KE?!”

Jessica membeliakkan matanya memandang Tiffany.

“kedekut nak mampus mamat ni!”
“tahu takpe! Tambah2  lagi kau dan family kau memang kuat berbelanja!”
“Tiff!”
“Ups. Sorry..haha OK OK JOM REJECT DIE!”

“ERR..Encik Beto, kami perlu pergi, panggilan kerja!”
Beto melihat mereka berdua dengan pelik.
“kerja?”
“kami kerja stesen minyak..”
 Beto tidak tunggu lama, selepas ucap selamat tinggal dia terus melarikan diri dengan cepat.
“wow, mamat tu mesti nak cari perempuan kaye je!” bisik Sunny pada Taeyeon.
“TAK KESAHLA,  LEPASKAN AKULAH!!”

Calon keempat
Nama: Akim AF7


“Terima kasih kerana datang ! Bye akim!”

Tiffany menepuk dahinya sambil memandang jess yang toya. Apa masalah kawan baiknya ini? Lelaki itu baru saja duduk lebih kurang untuk 3 minit dah direject?!
Jessica hanya mengangkat kening lalu merampas walkie talkie dari Tiffany dan memanggil Taeyeon.
“Ye jess?”
“BUDAK TU BARU 19 TAHUN! MACAMMANA KAU BOLEH PILIH DIA PULAK?!!”
“emm.err..”
“AKU MEMANG AKAN BAGI NO. TIFF PADA CALON YG SETERUSNYA!!!”
“Jangan! Dia tunang aku lah JUNG!”
“JADI JANGAN BUAT AKU BENGANG LAGI OK?!” ( lagu akim-bengang pun terpasang)
 Jessica mematikan walkie talkie dan memberinya semula pada Tiff. Taeyeon pula melihat Sunny dengan pandangan ‘tolong aku sunny…”
“salah kau sendiri taeng…”
“amboi, kau pun terlibat sama!”

Calon kelima
Nama: Tengku Syahran(bicara hati)


 Syahran seorang yang sangat sopan dan berbudi bahasa. Dia tinggi dan mempunyai gaya yang menarik, kacak juga orangnya, malah dia suka bersukan. Tambahan pula, dia anak kepada Tengku Ismail, salah seorang ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya! Sekarang, Jessica dah tak kisah pun jika syahran berkulit cerah dan bukan seorang doctor. Kau tunggulah Nicole!
“So Jessica... saye rase awak ni seorang yang sangat unik dan menarik. Boleh tak saye katekan yang..saye dah mula sukakan awak?”
Jessica mula tersipu-sipu malu.
“ermm..saye tak boleh nak cakap saye pun sukekan awak lagi…tapi saye rase kite berdua akan padan bersama..”
“betul tu. Awak ni cantik orangnye, saye pasti..mak saye akan sukekan awak.”
“a-ape? mak awak?”
Jessica hampir tersedak air mineral yang diminumnya tadi. Dia memandang Syahran untuk penjelasan. Syahran tersenyum.
“Mak saye asyik suruh saye berkahwin dalam mase sebulan ni. Yelah..saye ni je anak lelaki dia yang belum berkahwin. Oh dan mak saye dah tak sabar2 nak timang cucu.”
“Hah?”
“Jadi Jessica, bile kite kahwin nanti, awak nak berapa orang anak?”

Wow, Syahran! Kau memang dah tersilap langkah!
Tiffany memberi isyarat pada Sunny untuk masuk campur.  Telefon bimbit Syahran tiba-tiba berdering. Dia pun mengangkatnya.
“Hello?”
“Hi Tengku Syahran, saya Ali dari syarikat insurans. Mengenai kereta tengku yang kemalangan tempoh hari..”
“ye, kereta saye.. “
“insuransnya telah diproses, jadi tengku diminta datang ke pejabat kami SEKARANG untuk tandatangan dokumen.”
Syahran memandang Jessica seperti meminta kebenaran untuk pergi dari situ. Jessica mengangguk dan tersenyum membenarkannya pergi.
“Baiklah, saya datang sekarang!”

Sunny tergelak lalu bertepuk tangan dengan Taeyeon apabila melihat Syahran terkocoh kacah pergi dari situ.
“Bagus Sunny! Tapi macammana kau tahu..?”
“well, aku barulah detektif sebenar!”


Calon keenam
Nama: Razif (bicara hati!)

“Tiff, aku nak reject sekarang!”
“Eh Jess, dia baru datang! Tunggulah dulu..cuba berbual dengan dia dulu!”
“tengokla rambut dan muka dia yang tak terurus tu..mesti orang miskin!”
“jess..tak baik menilai buku dari kulitnya..”
“k fine!”

“Hai, saya Jessica”
“saya razif, dan saye datang sini bukan sebab saye sukekan awak tapi..buah hati saye zahlia..dah berkahwin dengan lelaki lain! Sanggup dia tinggalkan saye?’
“jadi?!”
“saye tahula saye ni anak yatim piatu, harte takde, rumah kereta semua saye takde! Berpenyakit pulak tu! Saye sedar saye ni serba kekurangan tapi tak layak ke saye memiliki sebuah cinta? Tak layak ke saye bercinta?”
“memang tak layak.”
“JESS?!”
“APE? SALAH KE?”
Razif memandang Jessica dengan marahnya.
“ape kau cakap tadi?! Aku tak layak?! Oh mentang2 aku ni miskin jadi aku tak layak lah.. hoi, perempuan! Kau fikir kau tu bagus sangat?!”
Razif bangun lalu mencengkam kolar baju Jessica. Jessica terkejut dengan perbuatan yang secara tiba-tiba itu dan terus kaku di situ. Tiffany pula mula ketakutan tetapi tetap memegang tangan Jessica.
“Woi, mamat. Tak gentle betul kau ni! Lepaskan kawan aku tu sekarang..atau..” Kata Sunny tegas sambil menggumpal penumbuk kearah Razif.
Belum sempat razif menumbuk Sunny, penumbuk Taeyeon sampai dulu di mukanya!
Selepas pergelutan itu, Razif dibawa pergi oleh pengawal keselamatan dan diberi amaran supaya tidak memunculkan diri dihadapan Jessica lagi.
“OMG, Taetae..my hero!” jerit Tiffany lalu memeluk Taeyeon manakala Sunny pergi menenangkan Jess yang sedikit trauma.
“kau ok tak jess?”
“hm aku okay..cume..ei saiko betul orang tu!”
“nasib baik aku dan tae ade!”
“yelah..terima kasih korang..”
Taeyeon hanya tersenyum dan mengangguk. Dia sebenarnya dah takut..kalau-kalau Jessica naik angin sebab dia pilih calon2 yang pelik. Jadi sebenarnya, ini semua salah dia juga sebab dia yang pilih si mamat saiko(razif) itu untuk temujanji. Dia dalam diam berdoa agar Jessica tak perasan tentang hakikat itu.
“Jess, lepas ni ade seorang lagi calon..” Sunny mengingatkannya.
“ade lagi? Serius aku belum habis penat lagi dengan tadi. Malas lah nak jumpa yg ke-7 ni!”
“eh jess, sayangla..tinggal yang terakhir ni..kau pun masih belum buat keputusan nak pilih siapa kan? Lagipun nombor 7 selalunya bertuah..” Tiffany memujuk perlahan.
“Hmm pape jelah..”


Tiba-tiba Hp Jessica berdering.
‘bring the boys out! We bing the boys out, be bing the boys out’
“Hello, seobaby..kenapa?”
“kak sica! Boleh tak ambil seo?”
“seo kat mane sekarang?”
“hospital…”
“APE?! HOSPITAL?!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Kembali pada masa di hospital tadi…

“Jadi, korang ni adik beradik tiri?”
“saye KAKAK KANDUNG dia. Ade masalah ke?”
“haha, takdela..cume muke korang tak same langsung!”
“ouhh.., saye ikut muke mak..seohyun ikut muke bapak,,tulah lain!”
“oh begitu..apepun, korang ade satu persamaan.”
“ape die?”
“due due pun cantik orangnya..haha..” gurau Yuri, Jessica pula tersipu-sipu malu. Walaupun dia dah jenuh mendengar orang memuji dia cantik sejak dari tadi..tapi dia tak pernah rase bosan! Namun apabila perempuan yang memujinya, dia rase sedikit pelik.
“alah doctor ni, puji ke sindir tu!”
“eh betullah, saye maksudkannye tau!”
Jessica memerhatikan Yuri yang memakai t-shirt biru dan sut putih, stetoskop tergantung di leher, rambut panjang yang ikal berwarna hitam dibiarkan lepas melebihi bahu. Walaupun uniform doctor itu kelihatan lama, tetapi nampak bergaya pada pemakainya.
“Doktor pun ape kurangnye..lawa betul! Macam model..” puji Jessica tiba-tiba. Diingatkan, Jessica Jung jarang memuji seseorang kecuali dirinya sendiri!
Yuri ketawa mendengar pujian itu.
“Model? Saye jalan pun macam ketam! Model hapenye..”
Mereka berdua pun serentak ketawa kecil
“ERR..dah puas berbual?” Seohyun menyampuk tiba-tiba.
“Oh sorry seobaby! Dah jom kite balik..”
“Seohyun, jangan lupa sapu ubat kat luka kamu tu setiap hari sampai sembuh!”
“baiklah kak yuri, terima kasih..”
“same-same. Hati-hati memandu,”
“saya minta diri dulu, doctor terima kasih ye jage adik saye..”
“Yuri, panggil saye yuri.”
“terima kasih yuri..^^”
“same-same, Jessica…”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunny, Taeyeon dan Tiffany mengendap Jessica di belakang pasu yang terletak berdekatan bilik pembedahan di mana Jessica, seohyun dan seorang doctor berbual di situ.
Taeyeon tiba-tiba bercakap, memecahkan suasana.
“kalau doctor tu lelaki, Jessica baru saje jumpe Mr.Perfect die!”
“Oh, aku pun fikir perkara yang same! Doktor tu memang same dengan cirri lelaki idaman Jess!” balas Sunny, cuba meneropong wajah doctor  perempuan tersebut.
“Boleh tahan hensem!” kata Tiffany.
“ppani-ah?!” Tayeon mencebik dan membuat muka anak anjing (yg macam nak kena tendang. Agaknya tae belajar dari sunny kot nak buat muke jijik macam tu)
“Tapi..Taetae lebih berganda hensemnya!” Tiff bercakap dengan muka yg tak ikhlas sambil matanya difokuskan kearah doctor itu. Manakala Taeyeon mula berasa gembira kerana dipuji hensem..
“ppani-ah pula wanita paling cantik seluruh dunia…haha”
Tiffany terus memandang Tae.
“ape? tak dengarla..ulang balik?”
“oh Tippani, my love…wanita tercantik seluruh dunia..” nyanyi Tae.
Tiffany tersenyum sampai matanya terus terpejam, dia pun memuncungkan bibirnya seperti ingin mencium Tae. Tetapi belum sempat pasangan itu melakukan adegan yang cuma ade dalam filem amerika, Sun telah menolak kepala mereka berdua.
“OI Inikan tempat awam! Korang cube jangan nak ngade2 kat sini boleh tak?!”
“yelah..pape je..jeles!”
Sunny cuba meneropong lagi.
“Siapa doctor tu ye?”
“KWON YURI”
“ouh..kwon yuri..” mereka bertiga bercakap serentak sebelum berasa terkejut dengan suara yang datang tiba-tiba itu.
Sun menoleh ke belakang dan melihat seorang gadis yang tinggi lampai memandang mereka dengan pandangan ‘ape yang korang buat terhendap2 kat sini ni?!’.
“SAYANG?!”
“Ape you buat kat sini?!”
“siapa gadis yang jelita ini?”
“taetae!”
--------------------------------------------------------
“Korang, perkenalkan girlfriend aku, sooyoung..”
“biar betul sun?! Awek kau ni? PERGHH..hebat-hebat..” kata Tae sambil matanya tak berhenti menatap Sooyoung yang jelita dan mempunyai pinggang yang ramping serta kaki panjang yang menawan.
“Taetae! Cube jangan nak menggatal!” marah Tiffany lalu memulas telinga Tae hingga merah. Sun dan sooyoung hanya ketawa melihat pasangan tersebut.
“Eh,tapikan macam pernah nampak lah awak ni kat mane2..” tanya Tiffany pada sooyoung selepas selesai menyekeh kepala Tae dengan ekstrem.
“oh..sooyoung ni model, dia selalu muncul dalam majalah!” jelas Sun, bangga.
“ouh ye! Ye! Dah ingat. Sooyoung yang jadi front page cover untuk majalah ELLE bulan nie kan ?! Wow..bile tak pakai make up susah sket nak cam.. haha” borak Tiffany.
“tapi tak pakai make up pun tetap jelita!” sampuk Tae. Tapi kali ini dia bukan saja disekeh Tiffany malahan diterajang Sun sekali!
Sooyoung pula terus tergelak melihat keletah mereka bertiga.
“Eh tunggu, korang tak jawab lagi, ape korang buat kat sini, mengendap kawan baik saye!”
“..doktor tu kawan baik awak?”
“Ye, kami tinggal serumah..”
Sooyoung mula berasa seram sejuk apabila melihat 3 orang itu tersenyum muslihat pada stu sama lain dengan pandangan muka mereka yang penuh misteri.. hehehehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, di bilik Jessica. Dia sedang membaca buku dengan tenang. Tiba-tiba ingatannya kembali pada sume mamat hampeh yang dia jumpa tu. URGHHH agaknya memang susah nak jumpa lelaki idaman kan? Tanpa disedari dia memikirkan tentang doctor Yuri.
“kan bagus kalau dia tu lelaki…” Jessica berkerut apabila merasakan dirinya aneh untuk mengharapkan Yuri menjadi lelaki! Dia mula merasakan rancangan ini takkan berjaya. Dia takkan dapat membawa teman lelaki untuk makan malam itu. TIIIDAAAAKKK!!!
My my my sweet delight, mesej masuk.
“Jess, tinggal 3 hari untuk family dinner..GOOD LUCK “
Jessica  membalasnya dengan pantas dan muke yang sangat geram.
“Thanks. Tak sabar nak tengok muke terkejut kau! XP”
My my my sweet delight
“hah, takkan terjadi! Sebab ape? teman lelaki kau tak wujud pun..hahahahahahaha”
Jessica mengetap giginya lalu mencampak telefonya ke atas katil.
“SIAP KAU NANTI, NICOLE!!!”


to be continue...

credit to: http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/





No comments:

Post a Comment