Pages

Monday, 23 September 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad) -bab5-

BAB 5



Jessica menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Dia kini berada di rumah datuknya, berseorangan. Bukanlah maksudnya dia datang seorang diri – sebab dia datang bersama ibu bapa dan adiknya. Maksudnya seorang, tanpa teman lelakinya. Dia cuma berharap agar heronya akan cepat muncul. Jika tidak, semu orang akan tahu yang dia ini penipu, membuatkan keluarganya akan kecewa dengan dirinya. Dipandang hina, serta tak lupa diejek,gelak,dan pelbagai lagi aktiviti menyakitkan hati yang Nicole akan buat padanya,..
“kau betul Nicole…aku ni mane ade boyfriend…”
Membayangkan dirinya bercakap begitu saja sudah cukup buatkan Jess rasa seram sejuk. Perlahan-lahan Jess melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah. Mengharapkan agar malam itu bukanlah satu mimpi ngeri baginya..
GOOD LUCK, JESSICA !

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 jam yang lalu…
Tae tersenyum bangga melihat dirinya di cermin. Dia kelihatan bergaya dengan cermin mata hitam yang dia tak sengaja terjumpa di bawah meja. Berposing ala-ala model, Tae ketawa terkekek2 kerana kagum dengan diri sendiri. dia mengambil sikat dan mula menyikat rambut pula.
“wow, kacaknye aku!”
Tiffany yang terdengar tunangnya bercakap seorang diri dan perasan kacak hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala.
“ai nasibla aku dapat tunang perasan macam ni..”
“ape ppani cakap tadi?!”
“taetae kuat perasan!!!”
“hah? Amboi..pandai kutuk taetae ye? Nak kena ni!”
“ah taetae, janganlah!!”
Tae pun sengaja mengejar Tiffany yang sudahpun lari dengan penuh manja dan menggoda! Pasangan merpati dua sejoli itu saling berkejaran di dalam studio tetapi belum sempat Tae menangkap Tiff dari belakang, sebuah kusyen hinggap di kepalanya.
“OUCH SAKITLAH!”
“padan muke! Cube jangan nak buat perangai gedik kat sini boleh?” marah Sunny sambil bercekak pinggang.
“ppani-ah…sakeett..” Tae merengek meminta simpati.
“alala..siannya taetae..” pujuk Tiff mengusap lembut kepala Tae yang seperti biasa akan tersenyum2 (miang)
“ei serius aku bosan dengan aksi korang yang lovey dovey sangat ni!” ngomel sunny, bersedia untuk membaling sebiji lagi kusyen pada Tae.
“ALA MENGAKU JELA YANG KAU JELES DENGAN KITORANG!!” jerit Tae, sengaja mengundang kemarahan kawannya itu.
PUKK!
Sebiji bantal betul2 terkena tepat pada muka Tae. Sunny bersorak gembira dan melakukan tarian pelik sebagai meraikan kejayaannya.     Sooyoung yang sibuk mengunyah pizza memandangnya dengan penuh makna.
“you jeles dengan pasangan tu? Kenapa?” tanya sooyoung dengan wajah selamba.
“helloo..bile mase I jeles dengan diorang?! Buang mase je!” sunny membela dirinya. Sooyoung tersenyum penuh muslihat.
“you jeles sebab I tak pernah buat macam ni kat you kan?” bisik sooyoung dan terus mencium pipi sunny dengan cepat kemudian melarikan diri kearah yuri dan hyo,.
Sunny tergamam dan  mukanya terus merah keranna terlampau gembira! Hahah!
----------------------
“ok, duduk kat kerusi ni ye, encik yul..”
“encik yul?!
 “yelah, awak kan nak jadi lelaki lepas ni..kenalah guna gelaran encik kan?” kata hyo dengan senyuman yang ceria.
“suka hati awaklah..”
Hyo membuka sebuah peti yang penuh dengan alat2 make-up dan pelbagai jenis aksesori rambut, muka dan lain-lain. Yuri memerhatikan setiap satu dengan rasa kagum.
“Pertama kali saye jumpe lelaki yang mahir dalam bab mekap2 ni! Selalunye perempuan je suke benda2 macam ni..” kata Yuri lalu membuatkan Hyo ketawa kecil.
“ saye sendiri pun rase pelik kenapa saye suke buat benda ni..”
“Haha, awak pasti ke boleh mekapkan saye nii??” gurau Yuri.
“jangan diperkotak katikkan kebolehan saye okay, tahu tak saye ni make-up artis untuk ramai artis terkenal seperti Fasha Sonda, Maya Karen, dan kumpulan SNSD!
“wah biar betul? SNSD?!!”
“saye kan selama ni kerja kat luar Negara..saye kerja dengan mereka lah..awak kenal ke kumpulan tu?”
“saye ade sorang pesakit ni yang minat sangat dengan grup SNSD tu.. “
“budak tu suke SNSD?!!! BUKAN DIBO KE?!” Soo tiba-tiba datang menyampuk.
“Kite pun suke grup tu. Diorang comel..terutama yang pandai menari tu, ape name die Hoyon?” sambung Tiffany sambil tersenyum dengan trademark mata terpejamnya. Hyo ketawa.
“aku suke yang imej tu, dia selalu berlakon drama..ape namenye?” tanya Tae pada Hyo dan Yuri.
“Yuna!” Serentak mereka menjawab.
“oh ye Yuna..dia lawa sangat!”
“taetae…..(dgn nada yang sangat geram)” Tiff pun menarik telinga Taeyeon sampai merah. Kalau mereka kahwin nanti sah2 tae kena control je! Padan muke!
“Ei..yekk aku tak suke grup tu..gedik je lebih! Bukannya cun sangat pun, sume tuh plastic surgery je.. lagi2 yang pendek name Bunny tu. sooyoungie aku lebih jelita dari diorang sume..” kata Sunny yang muncul secara tiba-tiba.
“sun..kau ni makin lame makin kuat membebel aku tengokk..macam perempuan!  kau datang bulan ke?” tegur Tae dengan mimic muke URGHHH.
“KEPALA HOTAK KAU!”
“korang sehari kalau tak gaduh boleh tak? Dah jangan kacau hyo buat kerja..jum kite main kat luar je” ajak Tiffany lalu menarik lengan Tae dan Sun keluar dari situ.
“Yuri, nak aku temankan kau kat sini ke?”
“takpelah..mesti lame kat sini..kau pegila dengan sunny oppa kau tu”
Sooyoung hanya ketawa kecil dan mengucapkan selamat tinggal sebelum mengikut 3 orang yang lain. Kini tinggal Yuri dan Hyo sahaja di dalam studio itu.
Hyo membersihkan muka Yuri terlebih dahulu sebelum menyapu ratakan bedak asas ke seluruh mukanya.
“cantik kulit awak…”
“haha, thanks.”
“kulit cantik kurang sesuai untuk lelaki. awak sure nak jadi lelaki ni..?”
“maksudnya awok ni pun bukan lelaki lah! Kulit awak tu lebih cantik,putih dan licin dari saye!!” kata Yuri sambil menolak muka Hyo. Geram. Hyo ketawa sehingga menampakkan barisan giginya yang bersinar.
“oh, kasarnye! orait memang sesuai jadi lelaki !”
“Lelaki jambu!”
Mereka berdua tergelak serentak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua orang berbual antara satu sama lain dengan gembira di ruang tamu sementara menanti waktu makan malam. Kecuali Jessica. Dia sejak tadi hanya mendiamkan diri dan berharap orang lain tidak perasan akan kewujudannya kerana dia tahu bila dia cuba saja untuk membuka mulut, orang lain pasti akan bertanya mengenai Mr. Perfect aka teman lelakinya yang dia dakwa wujud itu.
Tapi Nicole takkan terleka.
“so… mane doctor tu, hah papan?”
Jessica terasa tekaknya disekat dengan sesuatu benda. Dia memandang Nicole dengan geram. Boleh tak dia ambil garfu kat dalam mangkuk buah tu dan cucuk kat mata Nicole. Boleh?
Seohyun menjeling kearah Nicole.
“kak Nicole, kenapa suka hati gelar orang begitu? takde rasa hormat langsung”
“Eleh Seohyun, kau pun budak kecik je..patut hormat kitorang!!!”
Suara Hara yang kasar itu meningkatkan lagi rasa menyampah di hati Jessica..dan Seohyun.
“saya hanya akan hormat orang yang hormat saya.”
“hamboi…”
“Biarlah Hara, aku tak perlukan sepupu yang kurang sopan untuk hormat pada aku..”
Seohyun mengambil pisau kecil dalam mangkuk buah yang sama Jessica ambil garfu tadi dan ingin meluru kearah Nicole dan Hara sebelum dihalang Jessica. Jess memandang Seohyun dengan pandangan ‘jangan masuk penjara sebab orang macam ni’. Seohyun melepaskan keluhan kecil dan meletakkan pisau kecil itu semula.
Ahli keluarga yang lain telahpun berkumpul di ruang makan kecuali mereka berempat yang merenung satu sama lain seperti nak terkeluar biji mata.
“akak, mak dah panggil kita, marilah.” Bisik Seohyun lalu menarik tangan Jessica menuju ke ruang makan. Nicole tersenyum gembira.
Hari ini Jessica akan dimalukan depan semua orang.

Dan dia amat sukakannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Jadi Jessica, mana.. teman lelaki yang kamu.. nak kenalkan tu? Atuk.. tak sabar.. nak tengok.”
Datuk Jung tersenyum sambil meneguk segelas air masak manakala Jessica terus bermandi peluh.
Yuri, mane kau?! Sengal punye Nicole!
Jessica hanya mendiamkan diri buat seketika.
“Jessi..atuk kan tanye tu..hm, aku pun excited nak jumpe boipren kau tu!”
Nicole yang duduk disebelah tunangnya tersenyum sinis. Dia tahu takde maknanya lah teman lelaki Jessica akan datang sebab minah muka sememeh macam papan tu tak mungkin ada orang suka! Dan semestinya dialah individu yang paling tidak menyukai Jessica. Sejak kecil Jessica telah menarik perhatian seisi keluarga dengan siri kejayaan cemerlangnya dalam akademik, tak termasuk dialah orang pertama dalam keluarga yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara, menjawat jawatan tinggi dalam syarikat dan selalu berlagak cantik macam puteri! Tsk! Biarlah malam ini Jessica yang dibanggakan itu mengecewakan hati semua orang! Kegagalan Jess mungkin menjadi kemenangan terbesar buat Nicole.
Ibu bapa Jessica pula merasa teruja dengan berita bahawa anak perempuan sulung mereka ini sudah mempunyai teman. Cuma mereka tertanya-tanya siapakah gerangannya pemuda itu kerana Jessica sudah lama tidak memperkenalkan seorang lelaki pun pada mereka. Sejak Taecyeon dan Donghae.. Lelaki yang mereka kenal berkawan rapat dengan Jessica cuma Sunny, itupun kerana ibu bapa Sunny juga berkawan rapat dengan mereka. Pernah juga mereka terfikir untuk menjodohkan Sunny dan Jessica tetapi ditentang keras tuan empunya diri dengan alasan “kitorang kawan baik lah mak!”. Jadi mereka cuma berharap agar anak perempuan mereka ini cepat bertemu jodoh. Itu sahaja.
Datuk Jung yang memang berasa gembira tidak berhenti dari tersenyum. Semua orang memang sudah jelas bahawa Jessica merupakan cucu perempuan sulung dan yang paling disayangi oleh datuk. Tambahan pula, malam itu Datuk Jung sengaja menyuruh Jessica duduk disebelahnya di meja makan. Dia menepuk bahu Jessica perlahan dan berbisik.
“atuk gembira.. kamu.. akhirnya mempunyai teman, ini masanya.. untuk kamu hidup bahagia..”
Jessica mengangguk lemah dan tersenyum tawar. Dia tak dapat mengelak dari rasa bersalah yang amat. Bagaimana dia mahu jelaskan pada semua orang, terutama datuk tentang Mr.Perfect dia yang tak wujud itu?
Ding Dong!*bunyi loceng pintu
“eh ade orang datang!” tegur Hara.
“Seohyun, boleh kamu.. bukakan pintu.. dan tengok siapa.. yang datang?” suruh Datuk Jung dan tanpa membuang masa seohyun pun berjalan menuju ke pintu utama.

“oh, Kak Tiffany! Eh, abang Sun pun ade?”
“hai Seohyun! Mane kakak kamu? Kitorang ade bawak hadiah special untuk dia..”
“hadiah? Ape?” Seohyun menjengukkan kepalanya ke luar pintu tetapi tidak melihat sebarang bungkusan hadiah pun. Apa yang dia nampak hanyalah seorang jejaka yang sangat segak berdiri di situ dan tersenyum ke arahnya.
“kak Sica! Kawan akak datang ni…” laung Seohyun tanpa matanya berganjak dari memandang jejaka misteri itu.
Macam kenal je lelaki ni…
“kak Sica? Dengar ke tidak orang tua ni?” kata seohyun terus berlari ke ruang makan untuk memanggil kakaknya.
----------------------------------------------------
“JESS!”
“TIFF!!! Datang jugak korang!!!” jerit jess dengan muka yang hampir menangis. “eh, mane die…?”
“Hai, Jessica..”
O.M.G Kacaknye! Sape mamat ni!!
Jessica terpaku melihat jejaka tersebut membuatkan Tiffany dan Sunny yang berada disebelah ketawa.
 “A..awak..yu..yu.”
“Ye, saye Yuri .haha” Yuri ketawa kecil melihat reaksi Jessica. Sekurangnya reaksi itu masih lagi okay berbanding reaksi yang dia dapat sebelum ini…
“WOW, YUWREEEE ~!!!!” jerit Tiffany sambil menarik2 mukanya.
“YUL?! KACAKNYE KAU!!! KAHWINLAH DENGAN AKU!!!” Jerit Sooyoung lalu memeluknya dan cuba menciumnya!
Dan reaksi paling jijik..dari Tae..urghh tak sanggup dia nak ingat semula…
“Woi, sudah2 la tu kau renung die! Macam nak telan je anak orang tu..” bebel Sunny.(mcm perempuan)
Jessica tersedar dari perbuatannya. Dia tersenyum malu dan kemudian tersedar lagi!
“Eh korang! Jom, KITA BUAT DIORANG SUME TERNGANGA!”
--------------------------------
Jessica masih lagi memandang Yuri sepanjang perjalanan mereka ke ruang makan. Dia betul kagum dengan transformasi baru itu. Rambut Yuri yang panjang ikal mayang itu kini pendek dan bergaya. Ala-ala fesyen rambut pelakon korea pun ade juga! Dia memakai seluar jeans, kemeja putih dan tali leher berwarna hitam serta sepasang jaket kulit berwarna coklat. Kelihatan cool untuk seorang perempuan..err..lelaki? Bentuk badannya yang memang 100% feminine itu pula kelihatan maskulin secara tiba-tiba! Siapakah individu yang mampu melakukan jenayah sebegitu?!
“suke tak?”
“suke ape?”
“yelah, lelaki idaman awak dah ade kat sini..” gurau Yuri membuatkan Jessica tersipu malu.
“suke sangat! Terima kasih ye yuri..terima kasih banyak2 sebab sanggup tolong saye.”
“ape ni jess..kite belum main pun lagi permainannya. Simpan terima kasih awak tu untuk pengakhiran cerita.okay? dan panggil saye YUL.”
“YUL? Abang yul~~~”
“Haha, eii gediknye..”
Jessica menggengam tangan Yuri erat dan menghayunkannya gembira. Sunny dan Tiffany dibelakang memandang dengan pandangan ‘amboi macam real la pulak!’

-------------------------------

“Inilah teman lelaki sica, Kwon Yul..”
Semua ahli keluarga Jung terkaku. Nicole tersedak dan buah yang dimakannya hampir terkeluar. Tunangnya pula tersedak air sirap! Ibu bapa Jessica hampir menitiskan air mata kegembiraan. Datuk Jung tersenyum bangga. Aunty Mary dan suaminya tak berkelip memandang Yul. Hara, kalau lah dagu dia tak melekat dengan muka, dah lama dagu dia jatuh sebab ternganga terlampau beso. Semua terlampau kagum apabila melihat Yul..kecuali Seohyun. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena dengan semua ini. Dia memerhatikan kakaknya, Jessica yang tersenyum disamping lelaki itu. Kwon Yul?
Tetapi mereka yang paling girang tak lain tak bukan, 2NY!
“kan aku dah kate idea aku memang boleh pakai!”
“kau memang otak genius, sunny!!”
“hah tolong cakap begitu dengan tunang kau ye tiff?”
“ish, tak faham aku kenape korang ni tak abes2 nak bertekak!”
“kau perempuan, mane nak faham hal lelaki!!”
“hm..yelah..ape2 je..”
“Eh, ape lagi? Jemputlah.. duduk..” ajak Datuk Jung. Tetapi sebelum itu, Yuri pun bersalaman dengan datuk jung, ibu bapa Jessica, ibu bapa Nicole dan hara dan juga tunang yang Nicole banggakan sangat itu. Melihatkan situasi itu, Sunny dan Tiffany juga mengikut perbuatan yuri.
Golongan tua di situ pun tersenyum, bangga.
“Bagusnye..sudahla kacak, berbudi bahasa pulak tu..” puji mak Jessica. Yuri tersenyum mendengar pujian itu. Membuatkannya teringat dengan kata-kata hyo.

“awak ni nak jadi lelaki, tahu tak gaye dan tata tertibnya?”
“ape susah, cakap cool, gaye kasar, jalan macam urghh..cukuplah”
“SALAH! Itu lelaki tak beradab!”
“abes, camne gaye lelaki ‘beradab’ sangat tu..”
“pertama sekali, bila jumpe orang tua…SALAM DIE!!”
“err..okay..”

Jessica tersenyum memandang yul. Dia kemudian melepaskan genggaman tangannya dan menjemput Yul untuk duduk.
“Jemputlah makan, semua.”
------------------------------
Golongan pakcik2 sibuk berbual tentang bisnes,politik,golf.. manakala makcik2 pula heboh bercerita tentang gossip terbaru manakala golongan muda mudi hanya mendiamkan diri dan makan dengan tertib. Terutama sekali Yuri. Dia sudah lama perasan Hara dan sudah semestinya, Nicole merenung kearahnya seperti dia salah satu bahan pertunjukan! Mata mereka tidak henti memerhatikan segala tingkah lakunya. Yul rasa betul2 terancam. Dia terpaksa duduk dengan penuh cermat dan gerak gerinya mula menunjukkan dia tidak selesa. Jessica yang sedar tentang keadaan itu merapatkan dirinya pada Yul dan berbisik.
“Yul, kenapa? Ade ape-ape tak kena ke?”
“sepupu awak tak henti merenung saye..seram tahu?!”
Jessica terus melemparkan renungan maut level 21 nya kepada 2 sepupunya itu dan mengeluarkan pandangan ‘oi berhenti pandang boipren aku okay?!’. Hara cepat2 memandang makanan dipinggannya manakala Nicole pura-pura menyendukkan lauk untuk tunangnya. Sunny yang memerhatikan pertarungan laser mata antara sepupu itu hampir tersedak apabila melihat Hara dan Nicole kalah serentak. Tanpa disedari, dia tercekik nasi.
“uhuk,uh,,a,,air..”
Tiffany terus memberikan Sunny segelas air. Sunny menghabiskannya dalam satu teguk sahaja. Tiffany menepuk belakang Sunny perlahan-lahan.
“Sun, makanlah elok2..”
“Terima kasih, tiff..”
Aunty Mary memandang mereka berdua dengan penuh minat.
“Jadi, kamu berdua ni bercinta?”
“hah? Siape?”
“kamu berdua lah. Pure2 tak tahu pula..baguslah kalau kamu berdua pun bersama, macam Jessica dan Yul..betul tak kate aunty ni?” kata Aunty Mary merujuk pada Sun dan Tiff kemudian memandang Jess dan Yul.
Mereka berempat pula serentak pure-pure ketawa. “ha.ha.ha.ha.”
“eh mane ade aunty..saye, sun dan jessi kekal sebagai kawan baik lah..lagipun saye dah bertunang. Dengan lelaki lain..aunty ingat tak?” lembut Tiffany menerangkan situasi sebenar pada Aunty Mary yang memang suka bergosip lalu sering memaksa mak Jessica melayan cerita2 nya yang dikatakan panas itu.
“Oh ye, aunty lupe pulak! Maaf ye..baru teringat kamu bertiga ni serupa macam drama pelangi kasih, haha, oh makan makan.” Gelagat Aunty Mary membuatkan semua di meja pun ikut ketawa – yang sebenarnya gelakkan makcik tu dan dalam hati masing2 cakap ape orang ni mengarot?
Sunny yang tak henti ketawa memandang kearah Tiffany dengan penuh makna.
“kalau tae tahu kite bercinta..haha! aku nak tengok reaksi die time tu”
“ape ni sun..mengarut je. Jangan cakap ape2 kat taetae..nanti die cemburu pulak!”
“biarkan die cemburu!”
“ape2 jelah kau ni..”
“kalau aku tahu, patut dari dulu aku ajak kau kapel..kan..tiff…<3”
“haha, kapel? Dengan kau?”
“yelah..sekali sekala curang ape salahnye!”
“kebetulan kan? Sekarang ni sooyoungie yang kau sayangi tu bersama taetae..ape la yang diorang tengah buat agaknye ye?!”
“yelah!! Tiiiidaaaaakkkkkk!!!!”
Sunny hampir2 menjerit sebelum mulutnya dicekup Tiffany yang terus tersenyum sampai matanya terpejam! Erkk, sekali lagi sunny tercekik nasi!
Seohyun membeliakkan matanya, menggeleng kepala melihat telatah 2 kawan baik kakaknya ini. Dia mengurut dahinya perlahan.
“Macammana lah kakak aku boleh berkawan dengan  2 orang pelik ni?”
“Oi, Seohyun, abang dengarlah!”
“eh, abang sun?”
“Kita dalam frekuensi yang sama lar seo! Jangan sampai abang cakap kat Jess hal ni..”
“hah? Ta..tapi?”
“ye seo, akak pun dengar juga! Kak sica mesti marah kalau dapat tahu kamu cakap kawan2 die pelik..”
“macam mana kak tiff dan abang sun boleh baca minda seo pulak ni? Ini semua mengarut!”
“kami memerhatikan kau, seobaby…”
Seohyun mengeluh perlahan dan teruskan menyuap mulutnya dengan makanan. Apa yang terbaik untuk dia pada masa itu adalah tidak mempedulikan apa yang 2NY hendak lakukan. Malang sekali kakaknya berada di frekuensi yang berlainan. Dia mungkin boleh menyelamatkan kakaknya sebelum terlambat.
“Jadi Yul, Jessica beritahu pakcik yang kamu ni doctor. Kepakaran ape?”
Bapa Jessica yang tiba-tiba menyoal Yuri membuatkan dia sedikit gementar tetapi dia tetap tersenyum dan menjawabnya dengan sopan.
“Ye saye. Saya pakar pediatric.”
“Doktor residen?”
“Ye. 2 tahun. Saya jadi pelatih di hospital banting sebelum dipindahkan ke sini.”
“baguslah.. kamu doctor, keluarga ni.. dah penat.. dengan usahawan je..” gurau Datuk Jung.
“kak sica kate doctor pandai bersukan? Sukan ape yang doctor main?” tanya Hara teruja.
“ouh. Saye selalu juga berjoging dan buat yoga..tapi sukan paling saye mahir ialah berenang.”
“kebetulan..kat dalam keluarga ni ramai yang tak pandai berenang. Bolehla kamu tolong ajarkan nanti ye?” sampuk aunty mary lagi. Yul hanya mengiakannya sahaja.
“Kamu tak main.. golf, yul?” tanya Datuk Jung.
“err..golf?!”
“ouh die memang hebat main golf!” balas Sunny dengan yakin.
Aku  tak pernah main golf pun!
“Iye? Kalau Yoon ade, mesti die suke..ade kawan nak main golf nanti..” kata Mak Jessica.
‘Yoon?”
“haha, anak lelaki makcik, adik jess yang lagi satu..dia selalunya akan ajak teman2 lelaki Jessica ke padang golf!”
“kenapa mesti..’golf’?”
“mungkin dia nak uji kekuatan bakal abang ipar die dulu agaknye..siapa tahu ape yang budak yoon tu fikirkan..sayang die kat paris sekarang ni..”
*sebenarnya terdapat beberapa insiden pedih terjadi dipadang golf semasa teman2 lelaki jess yang dulu pergi bermain bersama adiknya seperti bola golf yang dipukul tersasar ke tempat yang tak sepatutnya seperti…’bola’ mereka?*
“wah, Yoon tu seorang adik yang sangat baik dan ambil berat tentang kakaknya.” Puji Yul. Mereka yang lain hanya tersenyum mesra.
“kamu buat makcik hairan lar..”
“hairan kenapa makcik?”
Mak Jessica ketawa kecil. Yul memandangnya aneh.
“Hairan, macammana doctor yang baik macam kamu ni boleh jatuh cinta pada anak makcik yang perangai tak seberapa elok ni..”
“mak..” Jess mula berasa segan diperkatakan sebegitu.
“Yelah, aunty pun hairan! Kat hospital tu takde doctor lawa agaknye..” sampuk Aunty Mary pula.
“Jadi, doctor..cakapla, apa yang awak nampak pada Jessica?” Nicole melontarkan soalan dengan senyuman penuh muslihat yang sudah menjadi trademarknya.
Jessica mengerling kearah yuri. Tanpa disedari dia juga menanti jawapan dari mulut ‘jejaka’ itu. Secara praktikalnya, dia baru mengenali Yuri beberapa hari yang lalu. Dia tak pernah tahu latar belakang Yuri dan Yuri juga rasanya tak pernah tahu apa pun pasal dia. Mereka seperti orang asing! Orang asing yang ironiknya berasa selesa antara satu sama lain.
Jessica ingin memberi signal ‘minta tolong’ pada Tiffany dan Sunny tetapi mata Nicole yang sentiasa mengawasi pergerakannya membuatkan dia terbatas untuk berkomunikasi. Kalaulah dia juga boleh bertelepati!
Yuri menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Dia menunjukkan senyumannya yang menawan lalu mengambil tangan Jessica dan mengenggamnya erat.

“awak ade tips menarik sebagai lelaki lagi tak?”
“hmm, awak rase bile seorang lelaki tu jadi romantic?”
“bile die bagi bunga ros dan latar belakang lagu cinta?”
“Yuri..nampak sangat awak ni kurang pengalaman! Itu semua klise..dah biase..”
“Habis ape die?! Encik yang banyak pengalaman!!!”
“awak tak perlu susah2 keluarkan modal yang banyak.. apa yang awak perlu cuma.. senyum dengan menawan..” Hyo melemparkan senyumannya yang sejak dari mula telah menarik perhatian Yuri.
“awak genggam tangannya erat” Hyo mengenggam tangan Yuri erat.
“awak renung matanya…” Yuri mula rasa berdebar-debar apabila Hyo merenung matanya dalam-dalam. Dia segera menolehkan muka ketempat lain.
“awak ada mata yang cantik…”
“hah?!”
“maksud saye..lepas tu awak cakapla ayat romantic yang URGHH biase dalam drama tu..sure sume perempuan akan tangkap lentok punye..”
“er..okay..”


“Walaupun dia kelihatan dingin..tapi dalam dirinya sebenarnya terdapat satu sifat yang lembut, dan perasaan yang hangat. Bile saye bersamanye..saye rase macam saye boleh lakukan ape saje. Dia buat saye rase sesuatu..sesuatu yang tak boleh digambarkan dengan kata2. Dia buat saye rase istimewa..”
Kata Yuri lembut sambil tersenyum dan matanya tepat memandang anak mata Jessica. Jess terpaku di situ. Siapa sangka seorang gadis boleh menjadi lelaki yang sangat menawan?
O.M.G Kenape jantung aku tak henti berdegup laju ni?
Datuk Jung dan Ibu bapa Jessica tersenyum menyetujui pendapat itu. Bapa Jessica kemudian menepuk bahu Yul perlahan.
“Pandai kamu pilih ayat Yul.”
Yul membalas mereka dengan senyuman yang manis.

Ambil hati keluarga. CHECK.

Pembantu rumah kemudian menghidangkan seisi keluarga itu dengan pencuci mulut. Setiap orang telah disediakan semangkuk aiskrim vanilla. Jesscia terus mengambil sudu dan ingin memakan aiskrim kegemarannya itu sebelum Yul tiba-tiba menghalangnya.
“Jessi, saye rase ade timun dalam tu”
“Timon?! Mane?!”
Semua orang melihat Yul yang mengambil mangkuk Jessica dan mengeluarkan kepingan timun satu persatu. Mata Jessica mula terbeliak besar.
camner yuri boleh tahu aku tak suke timon?
Sunny dan Tiffany tersenyum. Mereka tahu bagaimana.

“Yuri, ingat taw..jess paling benci timon kat dunia ini.”
“oh yeke? Haha Kelakarnye..”
“aku rase mase dinner nanti, dorang akan sengaja letak timun dalam makanan jess untuk uji kau.”
“eh mane korang tahu?”
“aku dan tiff  dah lame berkawan dengan jess..sume fikiran ahli keluarga die pun kitorang boleh bace!”
“er..okay…”

Selepas dia puas hati, Yul memberikan semula mangkuk aiskrim itu pada Jessica.
“sekarang baru awak boleh makan..”
Mak Jessica memandang suami dan bapanya kemudian mereka bertiga mengangguk.
“Kamu baru sahaja lulus ujian kami, Yul.”
Yuri memandang mereka tanpa berkedip kemudian menoleh pada Sunny dan Tiffany yang sudah tersengih2.
sekarang aku percaya cakap sooyoung yang diorang ni boleh bace fikiran orang!
“kamu berjaya mengesan timun yang kami sengaja letakkan dalam mangkuk Jessica. Budak2 lelaki sebelum kamu gagal melakukannya. Mereka terlalu sibuk nak mengambil hati kami hingga terlupa untuk melindungi puteri kami ni. Disebabkan itu, kamu berjaya mendapat satu bintang.”

Tiffany tersenyum.  Buat mereka suka padanya?  CHECK.
Sunny mengerling kearah Nicole dan nampak mukanya yang kelihatan masam.
Buat Nicole bengang?


CHECK.



to be continued.....

credit to:  http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment