BAB 8
4 orang gadis itu seronok berbual dan
bergelak ketawa, apatah lagi dengan pinggan yang penuh bertindih di atas meja
mereka..
“sebab tulah die tak suke minum susu…”
“haha patutlah tak membesar! Soo, kau kena
pakse juge bf ko tu minum susu lepas ni!”
“Takpe..aku suke die pendek..comel
sangat..uh my sunny bunny!” kata Soo ceria lalu menyumbat sesudu nasi
kemulutnya yang berminyak.
“kitorang tak pernah sangke sun yang
selenge tu boleh dapat awek cun macam kau, soo”
“time kasih..” balas Soo membuatkan Tiffany
tergelak lalu menepuk2 tangannya manakala Jess mula buat muka pelik.
“camne ko boleh sangkut dengan mamat tu?
Cite sket”
“ala..diorang berkenalan kat facebook!”
kata yuri dengan muka selamba lalu menyanyikan lagu cinta muka buku.
“Kita berkenalan hanya dlm laman muka buku,
kau hantar pesan suruh aku terima kamu”
“oh oh ohhh..hatiku rase sesuatu!” sambung
tiff sambil ketawa dengan matanya yang terpejam.
“dan bile kau kata kau suka aku, ku terdiam
tak tahu mana nak tuju” soo juga menyertai mereka.
“cinta di muka bu..ku..” sambung jess dengan
sayu.
“oi asal kau tamatkan lagu tu tibe2?!”
“saje, hobi…”
“eh kejap, kalau korang kenal melalui FB..maksudnye..kau
nilah CIK SHIKSHIN? Yang gune gambar burger sebagai profile picture tu kan?”
Tiffany teruja dengan fakta tersebut.
“hah mane korang tahu ni?”
“ohh jadi kau nilah minah pelik yang sun
selalu ceritakan tuh!!”
“hah aku lah tu kott. Hamboi, sape minah
pelik?!”
mereka semua ketawa terbahak2 lalu membuatkan
orang sekeliling memandang mereka dengan risau. Takut2 diorang ni sebenarnya
pesakit mental yang terlepas dari tanjung rambutan.
“sun selalu cite pasal CIK SHIKSHIN kat
kitorang..” kata jess sambil buat muke jijik sebab kat sebelah pinggan cicah
asam tu ade timon…urghh..
“die kate ape je?” tanye yuri dengan muke
yang sedikit spastic.
“err..tak ingat sebab banyak kali jugak die
cite tapi aku paling ingat satu ni.‘woi korang nak tengok minah pelik tak? Sume
photos die gambo makanan pastu status die mesti tulis. Argh laparlah nak makan
ape eh? Haha lawakkan minah ni!’ pastuh die gelak mengilai cam pontianak.”
Cerita tiff siap mengajuk gaye cakap sunny.
“SIOT PUNYE SUNNY!!! Die kutuk aku kat
belakang rupenye! Tak aci camni, aku kena ngumpat die jugak! Wei jum kutuk dan
hine boipren kite biar dorang tersedak sampai mati”
Mereka bertiga terdiam dan memandang
sooyoung dengan wajah simpati.
“kejamnye kau…kesian…”
“APE MAKSUD KORANG SEBENARNYE HAH?!”
“takde ape. ha.ha.ha.”
“then bile korang jumpe..kau terus jatuh
cinta ke? ” tanya tiff seperti wartawan majalah hiburan.
“jatuh cinta lagi, lagi2 ku jatuh
cinta,kenapa bah kau berubah kenapa bah” nyanyi yuri lagi tanpa menyedari lagu
yang dinyanyikan takde kena mengena langsung! Dia mesti tingin sangat nak
karaoke!
“takla, lepas aku tahu die tu anak kepada
CEO Green Global – syarikat penternakan dan perladangan terbesar kat M’sia..
barulah aku jatuh hati”
Jess dan Tiff terkejut dengan jawapan yang
sangat jujur itu. Sooyoung tersenyum melihatkan reaksi mereka itu.
“AKU GURAU JELAH!”
“ouh..kalau betul pun tak ape..kitorang tak
kesah..asalkan kau sayangkan die pun dah cukup baik”
“betul tu..as his bestfriends, kitorang
cume harap dia dapat pasangan yang baik, yang dapat bahagiakan die..dan
kitorang dapat rase die bahagia bersama kau soo..”
“betul korang rase macam tu?”
Jessica dan Tiffany serentak mengangguk.
Yuri pula hanya tersenyum dan menepuk2 bahu kawan baiknya itu.
“Walaupun sun kadang2 suke membebel dan
menjengkelkan, dia seorang yang boleh diharap, bertanggungjawab dan sangat
setia orangnya. Jadi kitorang nak kau jage die baik2. Jangan sampai terlepas
kat tangan orang lain. Faham?” Kata Tiffany lagi, sooyoung tersenyum manis dan
mengangguk dengan ceria.
Dia teringat semula pertemuan pertama
mereka..
“err..awak ke PEMUDA KAMPUNG?”
“…YE.awak..CIK SHIKSHIN?”
“ha’ah. Awak comel jugak ye. Saye
bayangkan awak ni maskulin..yelah, name pun PEMUDA KAMPUNG!”
“WAIT, awak tak perlu nak menyamar kat
sini, mane cik shikshin yang sebenar? Keluarlah !”
“eh, ape masalah awak ni? sayelah cik
shikshin! “
“Dengar ye? Saye tak kisah langsung
pasal paras rupe atau luaran..saye sukekan ‘cik shikshin’ seadanya. Jadi, awak
tak perlulah nak menyamar kat sini. Keluarlah, cik shikshin!”
“haha, kenapa awak taknak percaye yang
sayelah cik shikshin?!”
“err..awak terlalu jelita untuk menjadi
shikshin..”
“time kasih…tapi saye memang shikshin
tu!!”
“tak, awak jangan nak menipu saye!”
“betullah!! Saye lah orangnye!!!”
“tipu!!!”
Soo tersenyum mengingatkan kejadian itu
semula.
Oh Sunny Bunny memang comel sangat ^^
“tapi jangan risau, takde sape nak rampas
sun dari kau, soo..”kata yuri selamba.
“eh,mase dulu budak sun tu boleh tahan juga
popular dengan gadis kalau kau nak tahu! Kan jess?”
“yep, sebab die urghh comel kott..tulah
popular..tapi tak sepopular budak ni hah..” kata Jess sambil menepuk pipi
tiffany lembut.
“haha, Tiff memang ade gaye budak
popular..”
“eh, tiff! Camner lak kau boleh berkenalan
dengan tae? Cerita lah..”
Jess terus tergelak apabila cerita itu
ingin dibangkitkan membuatkan soo dan yuri lebih teruja untuk mendengarnya.
“yelah, tiff! Ceritalah..” jerit jess.
Tiffany hanya tersenyum dan meletakkan
tangannya di dagu, seperti ingin mengumpul semua memori lamanya bersama tae.
“okay…semuanya bermula sewaktu…”
Tiffany, Jessica dan Sunny berada di
zaman kolej. Mereka bertiga merupakan geng pelajar yang popular – kaya dan
berpengaruh. Semua pelajar mengagumi mereka bertiga – yang sebenarnya sebab
dorang anak orang kaya. Mereka bertiga
akan ke kolej menaiki kereta sport Jessica, mereka mempunyai tempat parking
sendiri, loker khas sendiri, meja sendiri di café kolej, malahan Jessica
mempunyai katil khas sendiri di bilik sakit untuk dia tidur nanti.
Itulah untungnya datang dari keluarga
yang kaya.
Selain dari kekayaan dan pengaruh,
mereka juga mempunyai gaya dan rupa paras yang menarik terutama Tiffany. Tiffany juga mempunyai peminat yang sangat
ramai disebabkan dia seorang yang bukan sahaja cantik malah baik hati dan
mesra.
Tiffany terlampau popular di kolej
mereka sehingga tertubuh kelab peminat FANYSTATIC. Kelab itu bertanggungjawab untuk
mengumpulkan semua surat2 dan hadiah dari peminat untuk dihadiahkan pada
Tiffany. Selain itu kelab itu juga bertujuan untuk menjaga serta melindungi
kebajikan Tiffany dari diganggu peminat yang tidak berdaftar serta terlampau
agresif.
Kelab FANYSTATIC juga mempunyai blog
rasmi sendiri iaitu FANYfied. Blog itu mengandungi beribu gambar Tiffany yang
diambil secara curi2 mahupun terang-terangan. Malah terdapat forum, news, dan
jadual belajar Tiffany. Peminat juga
sudah sedia maklum tiffany sangat rapat dengan Jessica dan sunny lalu peminat
membuat nama couple untuk mereka seperti JeTi dan 2NY. Peminat yang ekstrem
pula akan cemburu dengan Jessica dan Sunny lalu mereka menubuhkan kelab anti
HATE SUNSIC FOREVER. Antis akan selalu mencari masalah dengan mereka berdua
seperti memancitkan tayar kereta jess ataupun menyembur cat di loker sun.
|
|
“WO dahsyatnye bebudak kolej korang!”
“awak tak tahu, saye dan sun siap kena
pasang bodyguard! Ni semua tiff punye pasallah!”
“TAK KESAH LA, BILE TAE NAK MUNCUL?!”
“sabarla soo! Biar tiff minum sirap bandung
die dulu..”
“ahh air warne pink rase yg terbaekk, okay.
Sampai mane tadi?”
“…kelab!!!”
Selepas diselidik, mereka bertiga
berjaya mengesan siapakah pengerusi kelab Fanystatic, kelab anti sunsic dan
juga pengasas blog Fanyfied.
Orang itu ialah..
KIM TAEYEON.
“LOL, BIAR BETOL?!” Soo dan Yuri terus
ketawa terbahak2.
Jessica hanya ketawa kecil lalu memandang
Tiff yang sedang tersenyum.
“Jadi kau lah yang tubuhkan kelab
mengarut tu semua?!” Jerit Jess menolak Tae kebelakang. Lagaknya seperti ahli
kongsi gelap yang nak mengutip hutang. Sun pula merentap kolar baju Tae dengan
kasar. Mereka sengaja memanggil Tae kebilik stor lama itu untuk memberi amaran!
“aku taknak ko ganggu hidup tiffany
lagi! Ko faham tak?!”
Tae hanya mendiamkan diri sambil matanya
mengerling ke tepi.
“Kau dengar ke tidak ape aku cakap ni?!”
Sun hampir menumbuk muka Tae, sebelum..
“Berhenti!!”
“Tiff?”
“Tolong jangan bergaduh dIsebabkan
aku..!!”
“Tapi, mamat ni yang selalu ganggu privasi
kau kan? Die ni STALKER!!”
Taeyeon merenung kearah Tiffany dengan
wajah yang sayu.
“Ye, saye memang stalker awak. Awak
boleh hukum saye kalau awak nak!” kata Tae tenang.
Tiffany menggelengkan kepalanya. Dia
mendekati jejaka tersebut.
“Tak, bukan awak..tapi saye…SAYE YANG
STALKER!”
Imbas kembali, pada hari pertama kuliah
bermula.. Tiffany mencari Jess dan Sun kerana dia telah pun sesat. Maklumlah
kolej itu besar dan dia masih tidak biasa dengan kawasan di situ. Tiba2 dia
terlanggar seseorang. Pandangan mata mereka saling bertaut.
Saat itu, Tiffany merasakan dia sudah
jatuh cinta.
Siapa lelaki itu?
Apa nama die? Die ambil jurusan ape? Die
tinggal di mana?
Tiffany ingin mengetahui segala-galanya
mengenai lelaki itu. Dia ingin mengetahui apa yang lelaki itu buat setiap hari,
apa yang lelaki itu suke.. lalu dia mengupah seorang penyiasat persendirian.
Walaupun sudah mempunyai banyak maklumat
mengenai lelaki itu, dia hanya dapat memerhatikan dari jauh, dia tak berani
untuk meluahkan perasaannya.
“hah? Kau stalker?! Ape yang kau
mengarut tiff?!”
“selama ni aku rahsiekan hal ni dari
korang berdue..tapi ye, aku juga seorang stalker! Aku dah lama perhatikan
die..sejak hari pertama kite di kolej!!”
“APE?!!!”
Kreekk kreekkk
“Tippani!!!” Tae terus melindungi Tiffany
dengan badannya dari ditimpa barang2 lama yang terjatuh dari atas rak yang
tinggi. (ala macam adegan biase hero selamatkan heroin..tsk)
“...Taeyeon! awak ok ke?!”
“saye ok..”
“tapi awak dah cedera! Cepat bawa ke
hospitalll!!!” Tiffany cuba memimpin Tae yang sudah berdarah akibat dihentak
objek keras yang jatuh tadi bangun dan berjalan keluar dari bilik stor itu.
“tippani…saye..”
“awak jangan bercakap lagi..sun dan jess
akan datang dengan kereta kejap lagi!”
“saye tahu sebab ape saye selalu stalker
awak..dan sebab ape awak pun stalker saye..”
“…sebab ape?”
“sebab kite mencintai antara satu sama
lain..”
“Err..sorry to say, tapi bagi aku..itu
bukan cinta. Itu OBSESS!” Komen Soo dengan nada bergurau. Yuri pula dari tadi
asyik ketawa je. Baru die tahu sebab ape Jess dan Sun anti betul dengan Tae!
“nampak sangat pun kan? Korang berdua..Tae
dan Tiff. Memang obsess antara satu sama lain!” sambung Yuri setelah puas
ketawa. Dia memandang Jessica seperti meminta persetujuan.
“ memang! So lovey dovey and sometimes..too
gross!”
Tiffany hanya tergelak dengan komen yang
diberi kawan2nya itu. Dia sendiri cuba mengelak dari terlampau manja dengan
Taetae tapi setiap kali dia memandang wajah insan yang dicintainya itu, dia tak
boleh mengawal dari menjadi lovey dovey.
“…sebenarnya aku dan sun selalu cemburukan
korang berdua..” kata jess perlahan. Tiff memandangnya meminta penjelasan.
“Kitorang selalu berharap dapat merasai
cinta yang indah dan bahagia, macam kau dan tae..tapi sun dah khianati aku bile
die jumpe dengan puteri die ni..” jess memandang kearah soo dengan senyuman
yang tawar. Soo ketawa kecil membalas senyuman itu.
“jangan risau jess..aku yakin putera kau
pasti ade, masih menunggu kau untuk berjumpa dengannya.”
Yuri mengangguk setuju.
Jessica merenung kearah yuri.
“hihi, yul..awak nak tak jadi putera saye?”
“….boleh ke?”
“tentulah boleh…”
“ouh kalau macam tu..okay je!”
Sooyoung dan tiffany memandang mereka
berdua dengan pandangan yang aneh dan sedikit urghh.
*Beep
From Taetae My love
<3.
Ppani-ah…miss u sooo
much! >.< ppani-ah rindu taetae tak? Takpe..jap lagi taetae sampai k?
dengan sun dan hyo skali ^^
p/s mmmuaaahhhh ;)
Tiffany tersenyum seorang diri.
Betul juga cakap dorang, aku dan taetae
lovey dovey sangat..hm, mungkin aku patut jadi dingin sedikit. Mesti seronok
kan?
Tiffany menyimpan semula HPnya kedalam beg
tangan tanpa membalas mesej Tae.
“girls, the boys are coming~~”
“Tae and sun?”
“ouh, Hyo pun ade skali ^^”
“Hyo adik Tae tu eh?”tanya jess.
“Jess, kau belum pernah jumpe die lagi ke?
Die boleh tahan hensem..” puji soo.
“hensem lah sangat…entah2 my yuri lagi
hensem kan?”
Yuri ketawa dengan kata2 jess dan
menunjukkan sign good.
“jess..kau kena cakap terima kasih kat hyo
nanti. Sebabkan dia juga plan kite hari tu berjaya..”
Yuri dan soo mengangguk setuju.
“Fine,watever …”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Seobaby...Jom main dengan abang?!!!”
Yoon mengintai pintu bilik adiknya tetapi
hampa kerana tiada seorang pun di situ melainkan koleksi patung keroro,
beberapa kotak sweet potato, poster Johnny depp, koleksi pisau di dinding dan himpunan,lambakan,segerombolan buku2
ilmiah. Dia menjengkit keluar dengan segera.
“Seobaby…where are youuuu…..??”
“abang? I’m here.”
“eh?” Yoon mendengar suara adiknya dari
bilik Jessica. Dia terus masuk kedalam.
“ape seo buat kat bilik kak sica ni?”
“seo nak cari buku seo yang kak sica pinjam
tu..tapi tak jumpe2..”
“buku ape?”
“tajuknye SAINS,SEJARAH,DAN POLITIK”
“wah bunyinye membosankan..ape kejadahnye
kak sica nak pinjam buku tu”
“seo pun tak tahu..abang tolong carikan
sekali ye?”
“okayyyy…” Yoon melihat bilik kakaknya
sekeliling. Rak buku, rak buku, poster Daniel Henney, rak buku..
Kenapa kakak dan adik aku suka sangat
membaca?!
Mata Yoon mula berpinar melihat buku yang
banyak dan tersusun rapi. Seingatnya kali terakhir dia ke perpustakaan adalah
semasa dia darjah satu. Itupun sebab die takde kawan dan terpaksa ikut Jessica
ke mana sahaja.
“Yay, dah jumpe!” jerit seo gembira. Yoon
tersenyum lega dan berjalan mendekati adiknya.
“cepatlah amek, lepastu kite pegi main ye?”
“abang tolongla ambilkan..seo tak sampai
lah..”
Perlu ke kak sica letak buku tu tinggi2
padahal dia pendek?!
Yoon yang sememangnya tinggi lampai
terpaksa menjengkit sedikit dan mengambil buku tebal berwarna hitam itu. Tanpa
disedari sebuah buku lain ikut meluncur keluar dan jatuh diatas kepalanya.
“hadoi!!”
Seohyun mengutip buku itu dan menyelak
halamannya sambil lalu.
“JAPAN ART BUILDING? Ni buku kerja kak
sica..eh?”
Di halaman tengah buku itu terdapat
sekeping foto yang betul2 menarik perhatian Seohyun.
“abang, cube tengok gambar ni..”
“gambar kak sica…dengan.. siape lelaki ni?”
“Ingatkan abang tahu..seo tak pernah pula
nampak lelaki tu sebelum ini.”
“kekasih gelap kak sica kott…”
“ish ape la abang ni ke situ pulak die..kak
sica kalau ade kekasih die mesti bagitahu seo..tapi die tak pernah cerita pula
pasal orang dalam gambar ni..”
“tulah abang kate kekasih gelap..haha”
“ape2 jela..”
“eh betul ke kak sica dah ade boyfriend
sekarang?”
Seohyun berasa serba salah sama ada ingin
memberitahu perkara sebenar atau tidak.
“err..ha’ah. doctor…”
“pergh, keje doctor? Kak sica memang pandai
cari boyfriend..TAK SABAR NAK JUMPE DIE”
“abang nak jumpe die? Kenape?”
“eh mestilah abang kena jumpe! Itukan dah
jadi satu tradisi keluarga! HABISLAH DIE NANTI..hehe”
Seohyun hanya mampu tersenyum walaupun
dalam hatinya sudah berasa risau.
Sampai bila penyamaran ini akan
bertahan?
“dahla, jom ikut abang turun bawah main
game! Bosan main sorang2 tahu?!!”
Seohyun hanya memerhatikan Yoon yang
berlari keluar dari bilik dengan cerianya. Dia menatap semula gambar itu
sebelum meletakkannya kembali di tempat asal.
“……memang nampak macam kekasih gelap.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ppani-ah….” Jerit Tae meluru kearah
tiffany sebelum tersadung kerusi dan hampir tergolek jatuh.
“Taetae!”
“Tiff tu tak lari ke mane..kau cubelah
perangai elok sket!” marah Sun yang memang suke membebel terutama pada Tae.
“Yelah, makcik!”
“APE KO PANGGIL AKU TADI?!”
“Korang ni macam anjing dan kucing lah,
asek nak bertekak je!”
“Aku nak jadi kucing! Sebab ppani-ah
sukekan kucing!!!”
“LANTAK KAULAH NAK JADI APE PUN”
Sun terus duduk disebelah Sooyoung manakala
Tae sudah menggedik disebelah Tiffany yang kalau kita nampak time tu, dingin
semacam.
“Eh, mane Hyo?” Tanye Yuri.
“Ouh die parking kereta tadi..hah tu die!”
Hyo berjalan dengan tenang menuju kearah
mereka berenam sambil tersenyum mesra.
“Hai guys,”
Serentak Tiffany, Yuri dan Sooyoung
membalas sapaannya. Melainkan Jessica.
Mata Jessica terbeliak melihat Hyo. Dan anehnya,
Hyo juga mempunyai ekspresi yang sama.
“KAU?!”
“eh,
korang dah kenal ke?”
Jessica membeliakkan mata pula kearah Tae
yang bertanya tadi.
“TAK! TAK KENAL LANGSUNG!! TAK PERNAH JUMPA
PUN SEBELUM NI!!!”
“ye, ini baru pertama kali kitorang
berjumpe..” sambung Hyo teragak-agak.
“kalau baru berjumpe, ape kate korang
berdua berkenalan!”
Jessica dan Hyo memandang satu sama lain –
atau lebih tepat, merenung satu sama lain sambil berlawan sinaran mata laser!
“… Jessica Jung!”
“Kim Hyoyeon, selamat berkenalan..”
Jika ditanya siapa orang yang Jessica tak
mahu jumpa semula seumur hidupnya, jawapannya mungkin merujuk pada jejaka
dihadapannya kini.
‘Bagus!’
to be continued....
credit to: http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/
Hyosic <3 <3
ReplyDeleteshaddap u
Delete><