BAB 7
“YOON!!”
Jessica terus meluru kearah adik lelakinya
dan memeluknya erat. Yoon hanya ketawa melihat keletah kakak yang amat
dirinduinya ini. Tetapi, pelukan Jessica seperti ingin membunuhnya.
“err..kak..yoon..tak dapat bernafas!”
Jessica segera melepaskan adiknya lalu
tersengih tanpa rasa bersalah. Yoon terbatuk2 kecil membuatkan kakaknya menepuk
belakangnya, kuat.
“uhuk2, akak memang nak bunuh yoon ye?”
“haha, sori..akak teruje sangat..dah lame
yoon tak balik!”
“sekarang yoon faham kenape sume boipren
akak tinggalkan akak! Akak ni RAKSASA!!”
Jessica mencebik lalu mencubit lengan Yoon
dengan kuat. Diingatkan, kuku jess ketika itu baru polish, tajam dan bersinar..
“adoi! Kenape cubit yoon pulak ni?!”
“ko tanye kenape…?” Jess mencubit lagi
lengan adiknya. Yoon cuba mengelak tetapi tangan kakaknya lebih pantas!
“dah dah..jangan cubit lagi! Abes lebam!
Nanti orang ingat yoon ni mangsa penderaan pulak!”
“sape suruh cakap akak macam tu! Hah yang
kau takde angin takde rebut tetiba balik Malaysia ni ape cite?”
“ai..tadi die yang teruje..tup2 macam tak
suke je orang balik..takpelah camtu..yoon balik paris sekarang jugak! Bonjour
!”
“BERAMBUS KAU KE PARIS!!”
Tae tiba-tiba memecah masuk ke pejabat Jess
dan terus menumbuk muka Yoon hingga hampir terjatuh ke belakang.
“Taetae, cukuplah!” Tiffany mengejar dari
belakang diikuti Sunny dan Sooyoung yang sempat membeli sebungkus karipap
sardine.
Jessica berkerut memandang Tae yang sedang
berapi, dia terlupa perkara penting yang terjadi suatu ketika dahulu sehingga
menyebabkan adiknya membawa diri ke Paris.
Setahun yang lalu..
“Kak Fany, I LOVE YOU !”
Tiffany terkejut dengan luahan perasaan
yang secara tiba-tiba itu. Biar betul budak ni?!
“kak fany, dengar tak ape yang yoon cakap
ni?”
“hah?”
“Yoon cintakan kak fany! Sekarang terimalah
cinta yoon yang suci lagi murni ini..” kata yoon lalu melutut dihadapan Tiffany
dan menghulurkan sebentuk cincin.
“Yoon, are you serious?”
“mestilah yoon serius! Ape kak fany ingat
cinta yoon ni cinta monyet ape?!”
Lagu bukan cinta monyet – tilu pun
berkumandang.
“yoon, kite tak boleh bersame..”
“kenapa pulak? Sebab yoon ni lebih muda
dari kak fany?!”
“bukan sebab tu je..”
“ape die, kalau macamtu biar yoon panggil
kak fany, Tiffany!”
“Yoon!”
“Tiffany!”
Tiffany mengeluh perlahan. Dia tahu budak
ini takkan mengaku kalah dengan mudah.
“..Jessica tahu tak tentang ni?”
“Tak! Yoon nak rahsiekan dulu, sampai kak
fa, eh Tiffany terima cinta yoon baru yoon bagitahu satu dunie!!!”
“Yoon, kak fany..takkan terima cinta
yoon..”
Yoon terduduk, hatinya terasa seperti
dicucuk duri yang tajam. Dia memandang Tiffany dengan wajah yang kecewa.
“kenape? Tak cukup ke selama ni yoon
buktikan cinta yoon pada kak fany?”
“bukan sebab tu..kak fany..dah ade teman
lelaki!”
“APE?!”
--------------------
“WOI PERAMPAS!” jerit Yoon menolak Tae yang
sedang duduk lalu tergolek jatuh kebawah kerusi.
“HOI KO SAPE?” tae bangun dan ingin
menentang Yoon semula tetapi disebabkan fizikalnya yang lebih pendek, dia
mengalami kesusahan sedikit.
“SEBABKAN KAU, KAK FANY TOLAK CINTA AKU!!!”
Yoon ingin menumbuk muka Tae dengan sekuat hati sebelum dihalang Jessica dan
Sunny yang datang tepat pada masanya.
“EI LEPASKAN YOON! BIAR YOON AJAR MAMAT
PENDEK TU CUKUP2!!”
“Yoon, jangan jadi bodoh boleh tak?!” jerit
Jessica, marah. Yoon terus berhenti bergelut dan memandang kakaknya.
“Ape maksud akak? Salah ke kalau yoon jatuh
cinta pada kak fany?”
“SALAH! Sebab die cintakan aku!!!” jerit
Tae mengundang amarah Yoon. Mereka sekali lagi ingin bertumbuk sebelum Sunny
menghalang mereka.
“Tae kau diam! “ jerit Jessica yang
kemudian menarik Yoon pergi dari situ.
Dalam kereta menuju perjalanan balik
kerumah. Yoon hanya mendiamkan diri, tidak berani memandang wajah kakaknya yang
sangat menakutkan ketika itu.
“Yoon cume rase..mamat pendek tu tak layak
untuk kak fany! “
“Yoon, ko diam!”
“ta..tapi..”
“nak akak cakap hal ni kat ayah? Kau
sengaja cari gaduh dengan orang kat tempat awam macam tu! Buat malu jelah!”
“cakaplah ape pun, yoon tak kisah! Biarlah
semua orang kat planet ni menentang yoon! Yoon tetap cintakan kak fany!”
“berhenti mengarut boleh tak? Kau tak
cintakan die! Itu semua hanya disebabkan hormone kau yang tak stabil, darah
muda!”
“tak! Yoon cintakan die! Akak takkan
faham!”
“kenape pulak akak tak faham? kau tu adik
akak, tiffany tu kawan baik akak! Jadi akak faham semuanya! Kau tu yang salah
faham, salah tafsirkan perasaan kau tu..kau sebenarnya tak cintakan tiffany
pun!!”
“tak!! Akak bukannye boleh bace isi hati
yoon!!!!”
Jessica menarik nafas panjang. Bercakap
dengan adiknya yang ini memang perlukan banyak kesabaran. Dia sendiri sedar
sejak kecil, Yoon cenderung untuk memiliki apa yang dia ade. Bile dia ade anak
patung, yoon akan kate die suke main anak patung tu! Bile die main basikal,
yoon akan minta basikal tu dari die! Bile die ke sekolah itu, yoon juga akan
meminta ibu bapa mereka supaya bersekolah ditempat yang sama.
Adik lelakinya itu cenderung untuk menyukai
setiap perkara yang ada di sekelilingnya, termasuklah Tiffany!
Sudah seminggu sejak kejadian itu, dan Yoon
masih lagi merajuk dengan semua orang sehingga mengurung dirinya dan langsung
taknak keluar dari bilik. Datuk Jung, ibu bapa mereka, sudah puas memujuk yoon
supaya keluar tapi langsung tidak berhasil.
Akhirnya mereka meminta Jessica
menyelesaikan masalah ini.
Tukk Tukk Tukk
“sudahla..JANGAN GANGGU YOON LAGI!!” jerit
Yoon dari dalam bilik.
“Yoon…janganlah macamtu..”
“KAK FANY?!”
“ye…ini kak fany..” Tiffany cuba bercakap
dengan lembut sambil memandang Jessica dengan risau.
“APE YANG KAK FANY NAK? PERGILAH KE
PANGKUAN LELAKI PENDEK TU!”
“Yoon..kak fany minta maaf sebab terpaksa
tolak cinta yoon..mungkin kite memang tak ditakdirkan untuk bersame..”
“ARGHH ALASAN!!”
“Hei yoon! Cinta mane boleh dipakse! Kalau
orang tu dah taknak, tak payahla nak pakse die!” jerit Jessica. Dia sudah mula
bosan dengan drama yang dibikin adiknya itu!
“KAK SICA JANGAN SIBUK HAL YOON!”
“jess..biar aku uruskan..” bisik Tiffany.
Jessica memandang kawan baiknya itu dengan curige.
“are you sure?”
“yes…”
“DAH PERGILAH! BIARKAN YOON MATI SORANG2
DALAM BILIK NI!”
“Yoon..janganlah buat perangai macam
tu..kak fany tak suke!”
“ADE YOON KESAH? KAK FANY TETAP PILIH
LELAKI TU KAN?”
“yoon..okay macam ni, ingat tak yoon ade
dapat terima tawaran dari datuk jung untuk uruskan bisnes dekat paris kan?”
“SEKARANG KAK FANY NAK HALAU YOON JAUH2
PULAK?!”
“ish..bukan macam tu..yoon tahu kan kak
fany suke lelaki yang macam mane?”
“err..lelaki yang berkerjaya dan mampu
menanggung keluarga?!”
“hm pandai pun. Tapi cube yoon lihat diri
yoon..adekah yoon sudah cukup semua aspek tu?”
“err..tak..”
“jadi, cube yoon muhasabah diri..fikir2kan
tawaran kerja di paris itu, bila yoon dah bina kerjaya yang kukuh, malah
bersikap lebih matang..yoon boleh balik semula ke Malaysia..dan mase itu,
mungkin kak fany akan pertimbangkan cinta yoon. Macammane?”
Yoon mendiamkan diri untuk seketika. Dia
berfikir panjang mengenai semua tawaran itu.
“BAIKLAH. Yoon akan kembali selepas
setahun! Dan mase itu, kak fany akan jadi milik yoon!!”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“KAU JANGAN HARAP DAPAT RAMPAS TIFFANY DARI
AKU!” Jerit tae sambil mengacukan penumbuknya pada Yoon yang mula tersenyum
sinis. Yoon mengelap darah yang keluar dari bibirnya. Dia mengerling tajam
kearah tae.
“Bagus, sekarang kau dah cederakan aku..”
“bukan takat cedera! Bunuh kau pun aku
sanggup kalau kau berani sentuh tunang aku!”
“taetae, jangan cakap macam tuh!”
“tapi ppani-ah..”
“Oh, jadi kak fany dah bertunang lah dengan
mamat pendek ni..hrm..langsung tak tunggu yoon kan?” kata-kata yoon yang penuh
nada sindiran membuatkan Tiffany rasa serba salah pula..
“Korang, cukupla tu! Jangan nak bergaduh
lagi..cube korang setelkan hal ni macam orang dewasa! Cuba bawa berbincang!”
Sunny mula membebel.
Yoon berjalan mendekati tae sambil
tersenyum membuatkan Tae semakin berjaga-jaga.
“Encik Kim, aku balik sini bukan nak rampas
tunang kau..”
“kau jangan nak memperdayakan aku pulak!”
“kak sica cakap betul..yoon tak cintakan
kak fany, itu cume mainan perasaan yoon sendiri..” kata Yoon pada Jessica
kemudian menoleh kearah Tiffany.
“kak fany, yoon nak minta maaf kalau selama
ni yoon menyusahkan kak fany dengan perangai yoon yang tak matang langsung
tu..”
Tiffany tersenyum sehingga matanya terpejam
dan menepuk2 bahu yoon dengan mesra.
“sekarang kak fany rase yoon memang dah
jadi lelaki yang matang…bukan macam orang tu yang membuta tuli nak serang orang
lain…”
Tiffany sengaja menyindir tunangnya
sementara Tae sudah mula rasa malu dengan perangai nya sebentar tadi. Dia hanya
tersengih pada Yoon dan menarik Tiffany jauh dari pemuda itu. Yoon membeliakkan
matanya pada Tae, Jessica menarik nafas lega setelah hal itu selesai, dia duduk
semula di kerusinya. Sunny pula terus ketawa.
“ai, macam drama lah korang tadi! Tae
komain nak jadi hero!”
“ha.ha.ha” tae pure2 ketawa apatah lagi
bile dirinya dijeling tiffany dengan geramnya.
“tapi kenapa kau balik tibe2 yoon?” tanya
sunny.
“eh, kan Nicole nak kahwin nanti..lagipun
yoon dapat cuti sebulan..ape salahnye balik kampung jenguk family?!”
“tak salah..haha”
Sooyoung melihat semua orang dengan riak
muka yang tak puas hati.
“kenape aku asyik tak dipedulikan je
hari ni? aku ni wujud ke tak sebenarnye?!”
Yoon melihat kearah Sooyoung dan tersenyum
penuh muslihat. Uhh..gadis ayu!
“awak wujudlah..saye dengar ape awak
cakap..”
Sooyoung terperanjat. Dia menoleh kearah
Yoon yang tersenyum2 seperti pakcik dalam iklan ‘senyum tak perlu kata apa2’
tuh!
“kau ke yang cakap dengan aku tadi?!”
“saye Jung Yoon A. Adik kepada Jessica.
Awak kawan kak sica ke? Selamat berkenalan..”
“kau pun boleh cakap melalui minda macam
dorang jugak ke? Kau pun ade kuase tu
jugak?!”
“bukan kuase lar..kite berdua sedang
berada di frekuensi yang sama, itu je..”
“tak habis2 dengan frekuensi! Ape
sebenarnye tu?!”
“Tak tahu. Tapi ianya seronok kan? Oh ye
nama awak sape?”
“soo..sooyoung!”
“owh, cantik name tu..secantik
orangnye..”
Sunny perasan yang Sooyoung dan Yoon sejak
tadi merenung antara satu sama lain. Dia berkerut dan mula berfikir yang Yoon
ingin merampas teman wanitanya pulak!
Aku taknak jadi macam tae!
“Sayang!” tegur Sunny sambil mencuit lengan
Sooyoung membuatkan gadis itu sedar semula dari pukauan Yoon…
“Oww, Kenapa ni?” pertanyaan Soo tidak
dibalas malahan Sunny terus menarik sooyoung pergi dari situ. Seakan-akan Yoon
menjadi satu ancaman padanya!
“Bye, sooyoung..jumpe lagi!”
“berhenti bercakap dengan aku!!”
Yoon ketawa kecil melihat sooyoung yang
masih keliru dan sunny yang cemburu! Dia kemudian menoleh pada kakaknya yang
sudah mengangkat kening ala2 ziana zain.
“akak tak rase kau belajar ilmu perniagaan
di paris tu..”
“…yoon belajar ilmu memikat perempuan..”
kata Yoon sambil mengenyitkan mata pada Jess yang sudah tergelak.
Tae, sun..baik korang berhati-hati!
hahah!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuri yang baru menghabiskan shif kerjanya
menyimpan barang ke dalam loker, dia sempat mengerling kearah cermin yang
terdapat dalam lokernya. Kemudian mengambil cermin itu dan terus menelek
wajahnya yang sedikit berkedut.
“aku kacak? Oh yeah..Haha”
Beep.
Yuri mengambil HP nya dan membuka mesej
yang baru masuk itu.
From Soo
Yul, jum dinner luar.
Aku amek kau.
To Soo
K
Yuri segera berkemas dan menyiapkan dirinya
dengan pakaian kasual, selepas mengucapkan selamat tinggal pada beberapa rakan
sekerjanya, dia terus berjalan ke perkarangan hospital dan melihat kawan
baiknya itu sudah melambai2 kearahnya.
“Yul, cepatlah!!” jerit soo. Yuri hanya
ketawa kecil.
“kalau bab makan memang kau tak boleh
menyabar kan?”
Di dalam kereta..
“kite nak makan kat mane ni? kau belanja
kann? Kan?”
“Yul, kau baru kenal aku semalam ke? Aku
tak akan, TAK AKAN belanja orang lain makan!”
“ah, kau memang! Kedekut taik idung masin…”
“ala jangan risau..ni GIRLFRIEND kau yang
nak belanja..”
“girlfriend aku?!”
“ala jess lah! Hadoii..”
“ohh..lupe lak..yelah..die kan girlfriend
aku..haha”
“kau macam suke lagi seronok je menyamar
jadi boyfriend die…”
“Yeke? Biase je..”
“biase je? Nampak sangat kau teruje!”
“aku teruje?!”
“kau ingat aku tak perasan, sejak malam
tu..kau suke tengok muke kau kat cermin pastuh puji diri sendiri kacak!”
“err..ha.ha. aku pun tak tahu kenape, aku
rase..bile aku jadi Kwon Yul..aku macam dapat satu keyakinan baru.”
“..selama ni doctor yuri tak yakin ke
orangnye?!”
“hm, camner nak jelaskan kat kau..die macam
perasaan bile kite ade identity lain dalam hidup. Dan dengan identity lagi satu
tu, kite boleh buat banyak perkara yang kite tak boleh buat sebelum ni…”
“ouh..macam sebelum ni kau tak dapat ngurat
awek..bile jadi kwon yul baru boleh..kan? haha”
“bukanlah, sengal! Maksud aku..aku macam
ade kehidupan lain selain menjadi doctor yuri…”
“..yang bosan, sukakan herba dan buat yoga
tetapi tetap mendapat kedut di muka…”
“WO KAU MEMANG NAK KENA KAN?!” Yuri sengaja
menggeletek Sooyoung menyebabkan minah tu geli lalu hilang kawalan dalam
pemanduan.
SKREETTTT
“Arghhh!!!”
BOOM!!!
Tamat.
“gile lah kau ni. nasib baik kite tak
eksiden taw!” marah soo sambil mengelap peluh dingin di dahinya. Dia siap
terbayang jika keretanya jatuh gaung dan meletup!
“haha, sorry sorry”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiffany tergelak2 apabila Jess bercerita
bagaimana datuk jung dan ibu bapanya sudah berkenan dengan teman lelakinya,
Kwon Yul dan tak habis2 memuji ‘jejaka’ itu.
“Habislah kau jess…”
“tulah, atuk siap ajak die bercuti dengan
kitorang!”
“yeke? Haha..habislah yuwree…”
“habis kenape?” sampuk Yuri.
“Eh, Yuwree!!!”
“err hai korang, lame tunggu?” sapa soo dan
terus duduk di hadapan tiffany manakala yuri duduk dihadapan Jessica.
“hai makwe!” gurau Yul tersengih2.
“hai pakwe! Hihi” Jess pula melayan
je..Tiffany dan sooyoung membulatkan mata antara satu sama lain.
‘Hai sooyoungie..^^”
“hai tippani..<3”
“perlu ke korang buat camtu?” tegur jess.
Mereka pun ketawa.
“mane yang lain? Tae, sun?” tanya Yuri
sementara si soo dah heboh memanggil pelayan untuk mengorder. Lagi2 mereka
berada di restoran yang terkenal masuk rancangan Jalan2 Cari Makan dan orang
nak belanja pula tu!
“dorang datang lambat sket kot. Alah tak
payah datang pun takpe..jimat duit saye!”
“awak baik sediakan wang yang banyak..budak
soo ni makan tak ingat dunie!”
“hamboi, kutuk aku nampak?!”
“oh yeke? Kalau macam tu, saye belanje awak
jelah yul..soo bayar sendiri!”
“ei ape ni? TAK ACI!!!”
to be continued....
credit to: http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/
credit to: http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/
I love tiffany ...:3
ReplyDeletetiffany jer?
DeleteI love pretty girlsss ...:3
Deletedalam erti kate lain, semua gadis2 tu?
Deleteiyelah tuu ... semua gadis2 cantik tu ...:3
Delete