Pages

Saturday, 28 September 2013

BICARA JANTUNG(by Amisa Ahmad) -bab9-

Jessica meneliti setiap model bangunan yang dtunjukkan oleh seorang wakil Jepun walaupun  80% penerangan yang diberi tidak masuk ke otaknya. Dia cuma ada basic bahasa jepun. Apa yang syarikat harapkan pada die?!. Walaupun begitu, Jessica yang dihantar syarikatnya untuk berunding dengan syarikat dari jepun untuk kerjasama projek baru mereka nanti tetap melakukan tugas yang baik.
Dia kemudian mengikut kumpulan peninjau itu melihat sekitar kawasan projek. Mereka akan mereka plan untuk sebuah resort di tepi pantai yang indah ini. Konsep yang diinginkan pula – urban dan simple, masih mengekalkan ciri2 tradisional dan unik. Jess awal2 lagi sudah membeli buku JAPAN ART BUILDING yang akan menjadi rujukannya nanti semasa melukis plan rekaan.
Selepas selesai dengan tinjauan, kumpulan itu pun bersurai. Kini masanya untuk Jessica berehat selepas 3 hari bekerja, walaupun dia berada di kawasan percutian.
Bagus!
Esok dia akan berangkat pulang ke Malaysia, jadi baik dia gunakan masa yang ada ini untuk enjoy dan shopping!! Lagipun ramai sangat yang order cenderahati darinya. Ape diorang fikir dia pergi jepun ni untuk melancong ke?!
Jessica berjalan seorang diri di sepanjang pantai itu. Angin bayu yang membuai sepoi2 bahasa meniup kulitnya lembut.
Ah, tenangnya.
BUKKK!!
Jessica yang berjalan sambil memejamkan mata berlanggar dengan seseorang.
“Uh sumimasen!” kata jess pada lelaki itu apatah lagi minuman lelaki itu telah tumpah dan membasahi bajunya.
“ah, its ok..”
Lelaki itu masih boleh tersenyum walaupun bajunya telah kotor. Jessica dalam diam berasa kagum kerana kalau dia yang kena, dah lama dia mengamok.
Kemudian lelaki itu terus berlalu pergi selepas dipanggil seseorang manakala jess terpaku di situ.
“aku tak rase mamat tu orang jepun..oh lagipun tadi die speaking English..hrm..ah baik aku balik bilik, mandi dan….TIDO!”
-------------------------------------
Malam itu Jessica shopping sepuas hatinya di kota Shibuya. Dia kemudian memeriksa list cenderahatinya takut2 kalau ade yang tertinggal.
“OK semua dah beli!”
Tiba-tiba seorang budak lelaki merentap beg tangannya, jess yang terkejut tak dapat buat apa-apa, dia kaku tetapi 2 saat kemudian, dia sedar dalam beg tangannya itu ada segalanya, wang, IC, passport, kunci bilik hotel, arh banyak lagi!
“Tunggu! Cotto matte! My handbag!!!” jerit Jess, mengejar lelaki itu. Habis semua beg shoppingnya ditinggalkan di tepi jalan.
Jess cuba berlari dengan laju tetapi dia yang memakai kasut tumit tinggi terpeletok lalu terjatuh di lorong jalan itu.
“Ouch, ! somebody help me!!”
Situasi itu berlaku dengan sangat cepat, disaat jess terpeletok jatuh, seorang lelaki berlari dengan pantas, melintasi dirinya – jess boleh rasa angin laju melaluinya, mengejar peragut itu dan berjaya menangkapnya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertepuk tangan pada lelaki tersebut. Jess pula terasa seperti heroin dalam drama yang telah berjumpa heronya.
Harap hero aku tu kacak! >.<
Sedang Jess berangan, sepasang tangan telah menghulurkan beg tangan kepadanya.
“err, miss. Are you alright?”
Jess terus tersedar dari khayalannya.
“hm I’m fine..thank you sooo much for helping me!” jess mendongak untuk melihat siapa heronya tu.
O.M.G Inikan lelaki yang aku langgar kat pantai tadi!  Adakah ini satu kebetulan atau takdirku?
Lelaki itu menghulurkan tangannya pada Jess untuk menolong gadis malang itu bangun.
“thanks again.”
“ah..its ok..but I hope you be more careful and cautious to surrounding in the future. Can you?”
Lelaki itu tersenyum lagi. Ah, senyumannya menawan.
“do you remember me? Im the one who bumped you in the beach..”
“of course..How can I forget a beautiful lady like you?” kata lelaki itu sambil tersenyum dan mengenyit mata.
O.M.G die nak ngurat aku ape? tapi die kacak juga!
“hm..do you mind if I wanna  treat you a dinner, as my thankness for your favor?”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jessica membuka matanya perlahan-lahan, kepalanya terasa berat, badannya tidak bermaya, dia seperti tidak ingin bangun dari katil itu untuk selamanya. Dia ingin tidur semula tetapi jika dia berbuat demikian dia akan terlepas penerbangan pulang ke Malaysia.
Namun Jess masih berbaring. Terasa katil itu begitu empuk. Kepalanya masih berasa berat. Mungkin kerana keletihan. Matanya memandang siling bilik, warna putih dengan corak abstrak. Dinding pula berwarna kuning air sesuai dipadankan dengan perabot kayu yang anggun dan klasik. Entah kenapa dia berasa bilik ini lain seperti bilik hotelnya…
“!!!!”
Dia bingkas bangun dari pembaringannya tetapi masih tidak berganjak dari katil dan melihat sekeliling bilik.
“Ini bukan bilik aku! abes aku kat mane ni?”
Jess terdengar hembusan nafas kecil disebelahnya. Perlahan-lahan dia menolehkan kepala.
“KYAAAAAAAAAAA!!!!!!!”
Seorang lelaki, well lelaki yang sama dia terlanggar di pantai dan selamatkan dia dari peragut sedang nyenyak tidur disebelahnya, di atas katil, di dalam bilik…
Jessica menjerit sekali lagi. Dan kali ini sangat panjang, nyaring malah menyerupai seekor dolphin.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jessica masih tidak dapat melupakan insiden itu walaupun beberapa kali dia cuba memadamkannya dari ingatan. Dia tak pernah ceritakan hal itu pada sesiapa kerana dia tidak sanggup. Betapa dia rasa sedih dan bersalah terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Maknya selalu berpesan,
“Sica,,sebagai gadis perkara yang paling penting untuk kita jaga adalah mahkota diri kite, ingat jangan sesekali biarkan maruah kita dinodai”
Tetapi..malam itu…URGHHH
Jessica menepuk dadanya perlahan, hatinya BENGANG sebak.
Lelaki itu..lelaki itu.. (bayangkan lagu Lelaki itu – Anuar zain)
Lelaki itu yang merampas mahkota yang dijaga selama ini.
Lelaki itu yang dia tidak ingin berjumpa seumur hidup kini berada dihadapannya.
Kim Hyoyeon.
AKU AKAN BUNUH KAU SATU HARI NANTI!!!

------
“Jess, awak ok?” tanya yuri risau apatah lagi dia melihat jess memegang pisau dengan mimic muka yang pembunuh selalu buat dalam drama ataupun filem!
“oh yul..im fine! Hm korang..aku ade hal lah, aku balik dulu ye?”
“eh jess..takkan awak dah nak balik dah..?”
“sorry lah yul..takpe nanti I call u k?”
Jess pun meminta diri dengan cepatnya.
“eh makan ni sape bayar??” tanye sun.
“nanti aku bayarlah!!!”
Jessica berlalu pergi tetapi dia sempat memberi pandangan membunuh pada Hyo tanpa disedari tuan empunya diri.
Tetapi Tae perasan akan hal itu. Bukan ape, sebagai salah sorang mangsa ancaman bunuh jess, dia dapat rasa aura kebencian terarah pada adik kembarnya itu. Cuma, dia dapat rasakan aura yang ditujukan pada adiknya itu lebih banyak, berganda banyak dari dirinya.
“wei hyo..jessica dengan kau..”
Hyo hanya memandang abangnya dengan pandangan ‘aku tak rase nak bercakap dengan kau sekarang’. Kemudian dia menoleh dan berbual dengan Yuri dan Soo(yang dah nak pengsan sebab makan banyak sangat)
Tae dengan wajah yang curige terkejut apabila dia menoleh ke Tiffany, buah hatinya itu juga membuat muke yang same.
“Taetae..ppani rase pasti ade sesuatu yang berlaku antara jess dan hyo sebelum ni”
“kan? Taetae pun rase begitu”
“hm, aku pun rase benda yang same!”
“ala sun sibuk lar ko masuk frekuensi kitorang!”
“SUKA HATI AKULAH”
Tiffany mengetuk Tae dan Sun serentak dengan wajah pokerface nya.
“sebab jess takkan keluarkan aura kebencian pada seseorang yang die baru jumpe..”
“agaknye, die memang akan beci orang yang namenye start dari KIM..yelah orang name KIM kan URGHH”
“agaknye la sebab tu kot,…HOI AKU PUN KIM JUGAK!!”
“betul kan ape yang aku cakap?”
“sun..jessi tak benci taetae..die cume bergurau je bile die kate nak bunuh tae, langgar die dengan kereta..bagi dia minum racun, cekik die mase tido…”
“ppani-ah!!!”
“haha, gurauan jess memang sweet sangat..LOL”
“phew, nasib die bergurau..tapi, tak tahu kenapa..cara dia pandang adik aku tu..macam serius, bukan satu gurauan atau sweet moment ke ape..”
“hmm entahla..”
Trio bertiga itu serentak memandang Hyo yang sedang ketawa mendengar cerita yuri, tanpa mengetahui nasibnya pada masa akan datang……
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GAME OVER
“YES seo menang lagi!! 9 KALI BERTURUT2!”
“EI, ni mesti mase abang kat paris, seo berlatih main game ni tiap hari untuk kalahkan abang kan?”
“tak kisahla..abang dah janji nak belikan sweet potato banyak2 kalau kalah kan? Dah ape lagi jomlah beli!!!! >.<”
“hamboi, yang awak ni tak menyabar kenape? Tunggu lah esok pagi cik adik oii”
Yoon pun sengaja mencubit pipi seohyun yang tembam itu lalu melarikan diri sambil ketawa terkekek2.
“Abang jahat!” seo pun mengejar abangnya dengan pisau di tangan…(di mana dia mendapat pisau dan apakah motif dia masih menjadi persoalan..)
Tiba-tiba pintu utama di ruang tamu dibuka dengan kasar dan muncul Jessica, berjalan laju masuk kedalam rumah.
“eh kak sica dah balik! Ye ye kak sica dah balik! Nak jajan! Nak jajan!” teriak Yoon teruja lalu menghampiri kakaknya yang sedang dipenuhi aura kegelapan.
“BISINGLAH!!”
Yoon terus terdiam dan buat muka macam Aqieyl bile orang marah die sebab menjerit macam saiko anak dolphin!!.
“Kak sica, kenapa ni?”
“Seo, akak nak pinjam buku dan.. pisau kau ye.” Kata Jessica dan terus naik ke tingkat atas, kemungkinan besar terus menuju ke bilik seohyun yang mempunyai koleksi lengkap pelbagai jenis pisau di dinding dan pelbagai jenis buku ilmiah juga di rak dinding!
“eh, kenapa nak pinjam pisau seo pulak??” seohyun mengejar kakaknya dari belakang, tinggallah Yoon terkontang kanting seorang diri di bawah sambil mengenang nasibnya.
------
“akak, ..cakaplah kat seo kenape nak pinjam pisau seo??”
“seo, hari tu akak ade nampak kau bace buku 100 WAYS HOW TO KILL A PERSON kan? Mane? Akak nak bace sekarang!”
“Right now?”
“Yes, Right NOW, N.O.W! NOW”
Seohyun pun mencari buku yang diminta kakaknya manakala Jessica sedang meneliti satu persatu koleksi pisau Seohyun sambil tersenyum dengan senyuman yang menakutkan yang hanya ada pada watak orang hitam dalam cerita Detective Conan yang sebenarnya adalah pembunuh!
“Nah bukunye, tapi kenapa akak nak bace buku macam ni? hari tu kate Seo psycho sebab bace buku ni..”
“saje..akak nak cube fahami ape yang adik akak bace..tak salah kan?”
“err..tapi..”
“oh seo..antara semua pisau ni, mane yang paling bagus untuk tikam orang?!”
“akak! Semua ni untuk koleksi perhiasan jela!”
“haha, akak gurau jela..”
Jessica ketawa dengan gurauannya sambil menepuk2 bahu adiknya. Seohyun hanya memandang kakaknya dengan pandangan ‘ape masalah kakak aku ni?’(lebih kurang reaksi die dlm Dangerous Boys ep1 mase tgk video klip)
Dan Jessica terus tersenyum..dengan aura yang penuh kegelapan….
------------------------------
Yoon masih melepak di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dia asyik menukar channel kerana dia sudah lama tidak menonton siaran TV Malaysia jadi dia tidak tahu mana satu yang seronok untuk ditonton.
“Patah Seribu? Ceh tajukkk… CAMBEST”
My,My, My sweet delight
HP Kak Sica?”
Yoon pun gatal tangan lalu mengambil iPhone  Jessica dari beg tangannya yang dia tinggalkan di atas sofa sebelum berlari naik ke tingkat atas.
“ala security password? Keke..” Yoon pun main masukkan nombor(tarikh besday jess), dan kebetulan tekaan tepat!
“Yoon, u such a genius! LOL”

From : Yul <3
Thanks for tonight ^^

Yoon mengangkat kening dengan muka yang penuh persoalan.
“ini ke pakwe kak sica? Yul?”
Yoon pun tersengih dan membalas mesej itu.

To : Yul <3
Wlcome, honey..I LOVE YOU.

Yoon menunggu mesej itu dibalas tetapi sudah 18 minit masih belum mendapat respon.
“asal tak balas lagi? Tengah berak agaknye…”
Dia tak berpuas hati dan terus menekan butang ‘call’.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“sampai jugak rumah..aku nak tido!!burpppp.. arh kenyangnya!!” jerit Soo sambil sendawa kuat dan terbongkang atas sofa, mengusap perutnya yang kelihatan gendut akibat terlebih makan yang melampau.
“soo, nampak tak HP aku? aku dah cari tapi takde lar..”
“kat kereta tadi?”
“takde jugak..pinjam hp ko jap aku nak miskol.”
Tutt tutt tutt
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~ttutturuttuttuttu~

~kissing you baby~

~ttutturu ttuttuttu~

~loving you baby~
“Hm?”
Hyo melihat skrin HP untuk mengetahui siapa pemanggilnya. Jessica?
“helo, Jessica?”
“oh tak, ini bukan Jessica, ini adik die yoon.”
“ouh..jadi..”
“ini abang yul ke?!”
“YUL?” Hyo melihat skrin HP itu dan tersenyum.
“yep, ini YUL.”
“kenapa tak balas mesej kak sica tadi?!!!”
“mesej? Er tadi abang YUL memandu lah..”
“jadi abang yul dan kak sica ni memang sedang bercinta lah?!”
“yep, kenape? Ade ape2 masalah ke?”
“oh takde2..tapi..sesiapa yang nak jadi pakwe kak sica…ade satu syarat!”
“syarat? Ape die?”
“syaratnye…”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“dapat tak?”
“tak…talian sibuk…ei sape jelah yang terambil HP aku ni?!”
“agaknye tercicir mase kat restoran kot..”
“hrm, mungkin gak, sebab last aku ade keluarkan hp tu nak mesej Jessica..”
“nanti aku call sunny oppa, kot die atau tiffany ade simpankan..”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“YOON APE KAU BUAT DENGAN HP AKAK TU?!!!”
Suara jeritan Jess yang nyaring itu membuatkan jantung Yoon seperti nak tercabut kerana begitu terperanjat, dia terus mematikan panggilan dan hampir mencampak HP Jessica ke atas.
“eh takde ape la kak..”
“BAK SINI! grrr….”
Jessica terus merampas HPnya dari tangan Yoon sambil melemparkan pandangan ‘jangan sentuh HP aku, takde game untuk kau dalam ni!!’. Yoon hanya tersengih2 seperti monyet  dapat pisang.
Yoon menongkatkan tangannya di dagu seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Yul? Hmm..aku ade rancangan baikkk untuk kau. Tunggulah!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu pagi, di apartment yuri dan soo..( lebih kurang mcm apartment kang jong hee dlm cite wild romance. Serius lawa)
Ding dong
“Siapa tu?” Yuri memeriksa kamera di pintu apartment dan kelihatan Hyo sedang berdiri tegak sambil tersenyum.
Yuri pun terus membuka pintu.
“Yuri, nah HP awak.”
“terima kasih..”
“maaflah saye tak bagi terus kat awak malam tadi sebab saye fikir tak manis pula kalau saye pergi rumah perempuan malam2 kan.. tulah saye bagi waktu pagi.”
“eh takpe..awak sanggup hantarkan ke rumah saye ni pun saye dah berterima kasih sangat taw..”
“its ok..small matter dude.”

-----------------------

Soo bangun pagi dengan penuh kemalasan, tetapi hari itu tugas dia pula membuang sampah, jadi dia gagahkan jua dirinya untuk ke tempat pembuangan sampah. Lagipun dia kena mula bersenam kerana 2 minggu lagi dia ada photoshoot dan runway event.
Sebagai model fesyen dan komersial, dia kena mempunyai tubuh badan yang sempurna!
“aduh, sakit pinggang!” keluh Soo tatkala dia berjalan menaiki tangga menuju ke apartmentnya dengan misi untuk bersenam lalu membuat gaye makcik tue yang letih bekerja di kebun.
“ambooooiiiiiii, mude lagi dah sakit pinggang?” tegur seseorang dari belakang.
Soo terkejut. Dia terus menoleh belakang dengan penuh saspen!
“makcik G-Na?!”

------------------------

“ntah saye rase awak ni klau tak senyum, serius muke nampak garang.”
“macam ni? Gr….”
“Haha kan betul. Tapi lagi kacak kalau serius. Nampak berkarisma.”
Hyo mengangguk dengan muka yang konon serius. Yuri pula ketawa cover2 (mcm ketawa yg die slalu buat bile die dah start menggedik dgn lelaki tu..URGHH)
“amboooooiiiii, pagi2 dah bermadu kasih?!”
Yuri menoleh ke suara tersebut juga dengan wajah yang penuh saspen!
“MAK?! APE MAK BUAT KAT SINI?!”
G-Na hanya tersenyum di samping soo yang memberi pandangan ‘yul,kemas rumah cepat nanti mak ko bising!’. Yuri yang memang faham sangat dengan perangai maknya yang tak sukakan rumah bersepah sempat tersengih dan terus masuk kedalam dengan pantas.
Hyo pula terus berdiri di situ tanpa memahami situasi yang berlaku ketika itu. G-Na yang asyik tersenyum muslihat merapati Hyo dan menepuk bahu pemuda itu.
“apa khabar?”
“oh khabar baik” Hyo terus menunduk dan bersalam dengan G-Na.
“kamu ni kawan Yuri ke?”
“ye.  ni kakak yuri?”
“ha’ahh. Eh mengarutlah hoho..makcik ni mak yuri lah! Ape panggil kakak pulak! hoho“ mak yuri mula berasa bangga sehingga kembang kempis hidungnya.
“tapi makcik nampak muda..macam anak dare saye tengok!”
“ala, kamu saje je nak ambil hati makcik pulak!” mak yuri tersenyum bangga lagi.
“sekarang saye tahu mane yuri warisi kecantikan die, dari mak die rupenye..”
“hah betul ke? Hohohoho”
Sedang Hyo dan mak yuri berbual – yang sebenarnye lebih kepada mengampu dengan kata-kata manis yang makcik2 memang mudah tertawan, Yuri yang selesai mengemas rumah(sebenarnya ruang tamu je) pun muncul di muka pintu dan mengajak maknya masuk.
“eh, yuri, kamu tak ajak kawan kamu ni minum sekali ke? Hyo, masuklah!” ajak G-na seperti rumah itu miliknya pula. Yuri seperti berat hati untuk membenarkan Hyo masuk kerana apartment perkongsian dia dan Soo itu adalah kawasan larangan bagi lelaki. Peraturan itu mereka sendiri yang tetapkan waktu mula2 tinggal di situ.
“eh, tak apelah.” Hyo menolak dengan sopan.
“kenapa pulak tak ape? jomlah masuk..” G-na menarik tangan Hyo masuk kedalam, pemuda itu pula tak dapat lakukan apa2 selain mengikut saja. (ala sebenarnye hyo memang nak masuk pun..>,<)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di dapur..
“pst beb, mak kau tu macam dah suke giile kat hyo!”
“memang! Ei orang tue ni..dia datang sini nak jumpe anak die ke nak jumpe sape ni?!”
 Yuri mula bengang kerana sudah 30 minit maknya asyik berborak dengan Hyo, tapi kali ni mak yuri pula yang asyik bertanya. Tahulah makcik2 suke tanye ape kan?
“tinggal kat mane?”
“kelulusan ape?”
“keje kat mane?”
“gaji berapa?”
“keluarge macammane?”
“dah ade kekasih ke belom?”
Soo yang sedang menggoreng keropok ikan menyuruh Yuri supaya menyampuk sekali, kesian Hyo katenye. Tak memasal kena interview.
“mak, sudah2 la tu.. “
“sudah ape?” G-na pure2 tidak mengerti apa yang anaknya cuba sampaikan,
“ei mak ni..nah keropok ikan! Jemputlah makan..”
“ish budak yuri ni, kot ye pun tolonglah tuangkan air untuk hyo ni..”
“eh makcik, tak payahla susah2..”
“susah apenye? Kamu kan tetamu..”
Yuri menuangkan air teh di cawan hyo dan memandang lelaki itu dengan pandangan ‘sorry..’. Hyo hanya ketawa kecil.
“haha..its ok..”
G-na pula memerhatikan interaksi anaknya dengan pemuda kacak itu sambil tersenyum.
“hemm. Yuri, kenapa kamu tak cerita kat mak pun kamu dah ade teman lelaki?! Buat penat je mak cari calon2 untuk kamu taw!”
“teman lelaki? Siape?”
“eh, dia tanye kite pulak! Bukan kamu dan hyo ni bercinta ke?!”
Yuri buat muka ‘EH?!’ Manakala Hyo terus nak tergelak tapi dia berjaye cover sket2..
 “Makcik dah cari calon untuk yuri ke? NAK TENGOKK!!!” soo menyampuk tiba-tiba dan terus melompat di hadapan G-na.
“OMO budak ni, karang makcik kena heart attack camne? Kamu ni ponn..” Soo hanya tersengih sementara G-na mengeluarkan beberapa keping gambar dari beg tangannya.
“Mak datang sini sebab nak tunjuk kat kamu lah calon2 suami kamu niii…”
Yuri dan Soo terus mengambil foto2 tersebut dan meneliti setiap satu.
“yang tu anak mak enon, ala yang suke usik ko mase kecik dulu..die pun tak kahwin lagi”
“hah yang tu anak wak salbiah, anak die pun keje kat KL, ko jumpela die nanti”
“yang pakai baju hijau tu anak cik bedah, die ade masuk ujibakat raja lawak kat astro. tapi Tv mak mane ade astroo..”
“oh yang ini, mak berkenan sket, anak pakcik isa yang muke macam pelakon korea sket tu. Die skang keje posmen, gaji bolehla....”




URGHHHHHHH



Yuri tak pernah sangka maknya mempunyai citarasa yang sangat…….teruk.
Semua calon, kalau tak yang muka pecah rumah, muka minta penendang pun ade. Dan kebanyakannya semua yang sudahla tengok saje pun yuri dah tak berkenan lagi kalau nak diikutkan semua calon tu TAK LAYAK nak bersama die.
Lebih baik dia membujang sampai tua.
Soo hanya tergelak melihat semua calon (yang hancuss) itu. Dia dah kata dari awal lagi, Yuri takkan sanggup terima calon pilihan dari mak dia. Kawan baiknya itu tetap kena cari calon sendiri!
“tapi kamu pun dah ade teman lelaki kan? “ kata g-na ceria sambil memandang Hyo yang hanya mampu tersenyum.
“baguslah, mak pun dah berkenan sangat dengan hyo nii…” G-na menepuk2 bahu Hyo sambil ketawa.
Mereka bertiga juga, “ha.ha.ha.”
“jadi, mak nak kamu berdua bincang hal kahwin secepat mungkin, umur dah lanjut tak payah nak bercintan cintun. Umur kamu berapa hyo?”
“27.”
“hah sebaya dengan yuri! Bagus sangat!” G-na menepuk bahu Hyo lagi sampai mamat tu dah nak terbatuk2 dah.
“sini gambar2 tu, ke kamu nak simpan soo?”
“eh tak payah! Nah makcik ambil balik!!!”
G-na memandang anaknya dan Hyo dengan wajah yang gembira.
“akhirnya dapat juga aku rase ade menantu!!”
“mak… -.-“

--------------------

“Jadi, yuri..bile kite nak kahwin?”
“ha.ha.ha.”


to be continued...
credit to:  http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/




Thursday, 26 September 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad) -bab8-


BAB 8



4 orang gadis itu seronok berbual dan bergelak ketawa, apatah lagi dengan pinggan yang penuh bertindih di atas meja mereka..
“sebab tulah die tak suke minum susu…”
“haha patutlah tak membesar! Soo, kau kena pakse juge bf ko tu minum susu lepas ni!”
“Takpe..aku suke die pendek..comel sangat..uh my sunny bunny!” kata Soo ceria lalu menyumbat sesudu nasi kemulutnya yang berminyak.
“kitorang tak pernah sangke sun yang selenge tu boleh dapat awek cun macam kau, soo”
“time kasih..” balas Soo membuatkan Tiffany tergelak lalu menepuk2 tangannya manakala Jess mula buat muka pelik.
“camne ko boleh sangkut dengan mamat tu? Cite sket”
“ala..diorang berkenalan kat facebook!” kata yuri dengan muka selamba lalu menyanyikan lagu cinta muka buku.
“Kita berkenalan hanya dlm laman muka buku, kau hantar pesan suruh aku terima kamu”
“oh oh ohhh..hatiku rase sesuatu!” sambung tiff sambil ketawa dengan matanya yang terpejam.
“dan bile kau kata kau suka aku, ku terdiam tak tahu mana nak tuju” soo juga menyertai mereka.
“cinta di muka bu..ku..” sambung jess dengan sayu.
“oi asal kau tamatkan lagu tu tibe2?!”
“saje, hobi…”
“eh kejap, kalau korang kenal melalui FB..maksudnye..kau nilah CIK SHIKSHIN? Yang gune gambar burger sebagai profile picture tu kan?” Tiffany teruja dengan fakta tersebut.
“hah mane korang tahu ni?”
“ohh jadi kau nilah minah pelik yang sun selalu ceritakan tuh!!”
“hah aku lah tu kott. Hamboi, sape minah pelik?!”
mereka semua ketawa terbahak2 lalu membuatkan orang sekeliling memandang mereka dengan risau. Takut2 diorang ni sebenarnya pesakit mental yang terlepas dari tanjung rambutan.
“sun selalu cite pasal CIK SHIKSHIN kat kitorang..” kata jess sambil buat muke jijik sebab kat sebelah pinggan cicah asam tu ade timon…urghh..
“die kate ape je?” tanye yuri dengan muke yang sedikit spastic.
“err..tak ingat sebab banyak kali jugak die cite tapi aku paling ingat satu ni.‘woi korang nak tengok minah pelik tak? Sume photos die gambo makanan pastu status die mesti tulis. Argh laparlah nak makan ape eh? Haha lawakkan minah ni!’ pastuh die gelak mengilai cam pontianak.” Cerita tiff siap mengajuk gaye cakap sunny.
“SIOT PUNYE SUNNY!!! Die kutuk aku kat belakang rupenye! Tak aci camni, aku kena ngumpat die jugak! Wei jum kutuk dan hine boipren kite biar dorang tersedak sampai mati”
Mereka bertiga terdiam dan memandang sooyoung dengan wajah simpati.
“kejamnye kau…kesian…”
“APE MAKSUD KORANG SEBENARNYE HAH?!”
“takde ape. ha.ha.ha.”
“then bile korang jumpe..kau terus jatuh cinta ke? ” tanya tiff seperti wartawan majalah hiburan.
“jatuh cinta lagi, lagi2 ku jatuh cinta,kenapa bah kau berubah kenapa bah” nyanyi yuri lagi tanpa menyedari lagu yang dinyanyikan takde kena mengena langsung! Dia mesti tingin sangat nak karaoke!
“takla, lepas aku tahu die tu anak kepada CEO Green Global – syarikat penternakan dan perladangan terbesar kat M’sia.. barulah aku jatuh hati”
Jess dan Tiff terkejut dengan jawapan yang sangat jujur itu. Sooyoung tersenyum melihatkan reaksi mereka itu.
“AKU GURAU JELAH!”
“ouh..kalau betul pun tak ape..kitorang tak kesah..asalkan kau sayangkan die pun dah cukup baik”
“betul tu..as his bestfriends, kitorang cume harap dia dapat pasangan yang baik, yang dapat bahagiakan die..dan kitorang dapat rase die bahagia bersama kau soo..”
“betul korang rase macam tu?”
Jessica dan Tiffany serentak mengangguk. Yuri pula hanya tersenyum dan menepuk2 bahu kawan baiknya itu.
“Walaupun sun kadang2 suke membebel dan menjengkelkan, dia seorang yang boleh diharap, bertanggungjawab dan sangat setia orangnya. Jadi kitorang nak kau jage die baik2. Jangan sampai terlepas kat tangan orang lain. Faham?” Kata Tiffany lagi, sooyoung tersenyum manis dan mengangguk dengan ceria.
Dia teringat semula pertemuan pertama mereka..
“err..awak ke PEMUDA KAMPUNG?”
“…YE.awak..CIK SHIKSHIN?”
“ha’ah. Awak comel jugak ye. Saye bayangkan awak ni maskulin..yelah, name pun PEMUDA KAMPUNG!”
“WAIT, awak tak perlu nak menyamar kat sini, mane cik shikshin yang sebenar? Keluarlah !”
“eh, ape masalah awak ni? sayelah cik shikshin! “
“Dengar ye? Saye tak kisah langsung pasal paras rupe atau luaran..saye sukekan ‘cik shikshin’ seadanya. Jadi, awak tak perlulah nak menyamar kat sini. Keluarlah, cik shikshin!”
“haha, kenapa awak taknak percaye yang sayelah cik shikshin?!”
“err..awak terlalu jelita untuk menjadi shikshin..”
“time kasih…tapi saye memang shikshin tu!!”
“tak, awak jangan nak menipu saye!”
“betullah!! Saye lah orangnye!!!”
“tipu!!!”
Soo tersenyum mengingatkan kejadian itu semula.
Oh Sunny Bunny memang comel sangat ^^
“tapi jangan risau, takde sape nak rampas sun dari kau, soo..”kata yuri selamba.
“eh,mase dulu budak sun tu boleh tahan juga popular dengan gadis kalau kau nak tahu! Kan jess?”
“yep, sebab die urghh comel kott..tulah popular..tapi tak sepopular budak ni hah..” kata Jess sambil menepuk pipi tiffany lembut.
“haha, Tiff memang ade gaye budak popular..”
“eh, tiff! Camner lak kau boleh berkenalan dengan tae? Cerita lah..”
Jess terus tergelak apabila cerita itu ingin dibangkitkan membuatkan soo dan yuri lebih teruja untuk mendengarnya.
“yelah, tiff! Ceritalah..” jerit jess.
Tiffany hanya tersenyum dan meletakkan tangannya di dagu, seperti ingin mengumpul semua memori lamanya bersama tae.
“okay…semuanya bermula sewaktu…”
Tiffany, Jessica dan Sunny berada di zaman kolej. Mereka bertiga merupakan geng pelajar yang popular – kaya dan berpengaruh. Semua pelajar mengagumi mereka bertiga – yang sebenarnya sebab dorang anak orang kaya.  Mereka bertiga akan ke kolej menaiki kereta sport Jessica, mereka mempunyai tempat parking sendiri, loker khas sendiri, meja sendiri di cafĂ© kolej, malahan Jessica mempunyai katil khas sendiri di bilik sakit untuk dia tidur nanti.
Itulah untungnya datang dari keluarga yang kaya.
Selain dari kekayaan dan pengaruh, mereka juga mempunyai gaya dan rupa paras yang menarik terutama Tiffany.  Tiffany juga mempunyai peminat yang sangat ramai disebabkan dia seorang yang bukan sahaja cantik malah baik hati dan mesra.
Tiffany terlampau popular di kolej mereka sehingga tertubuh kelab peminat FANYSTATIC. Kelab itu bertanggungjawab untuk mengumpulkan semua surat2 dan hadiah dari peminat untuk dihadiahkan pada Tiffany. Selain itu kelab itu juga bertujuan untuk menjaga serta melindungi kebajikan Tiffany dari diganggu peminat yang tidak berdaftar serta terlampau agresif.
Kelab FANYSTATIC juga mempunyai blog rasmi sendiri iaitu FANYfied. Blog itu mengandungi beribu gambar Tiffany yang diambil secara curi2 mahupun terang-terangan. Malah terdapat forum, news, dan jadual belajar  Tiffany. Peminat juga sudah sedia maklum tiffany sangat rapat dengan Jessica dan sunny lalu peminat membuat nama couple untuk mereka seperti JeTi dan 2NY. Peminat yang ekstrem pula akan cemburu dengan Jessica dan Sunny lalu mereka menubuhkan kelab anti HATE SUNSIC FOREVER. Antis akan selalu mencari masalah dengan mereka berdua seperti memancitkan tayar kereta jess ataupun menyembur cat di loker sun.








“WO dahsyatnye bebudak kolej korang!”
“awak tak tahu, saye dan sun siap kena pasang bodyguard! Ni semua tiff punye pasallah!”
“TAK KESAH LA, BILE TAE NAK MUNCUL?!”
“sabarla soo! Biar tiff minum sirap bandung die dulu..”
“ahh air warne pink rase yg terbaekk, okay. Sampai mane tadi?”
“…kelab!!!”

Selepas diselidik, mereka bertiga berjaya mengesan siapakah pengerusi kelab Fanystatic, kelab anti sunsic dan juga pengasas blog Fanyfied.
Orang itu ialah..







KIM TAEYEON.




“LOL, BIAR BETOL?!” Soo dan Yuri terus ketawa terbahak2.
Jessica hanya ketawa kecil lalu memandang Tiff yang sedang tersenyum.


“Jadi kau lah yang tubuhkan kelab mengarut tu semua?!” Jerit Jess menolak Tae kebelakang. Lagaknya seperti ahli kongsi gelap yang nak mengutip hutang. Sun pula merentap kolar baju Tae dengan kasar. Mereka sengaja memanggil Tae kebilik stor lama itu untuk memberi amaran!
“aku taknak ko ganggu hidup tiffany lagi! Ko faham tak?!”
Tae hanya mendiamkan diri sambil matanya mengerling ke tepi.
“Kau dengar ke tidak ape aku cakap ni?!” Sun hampir menumbuk muka Tae, sebelum..
“Berhenti!!”
“Tiff?”
“Tolong jangan bergaduh dIsebabkan aku..!!”
“Tapi, mamat ni yang selalu ganggu privasi kau kan? Die ni STALKER!!”
Taeyeon merenung kearah Tiffany dengan wajah yang sayu.
“Ye, saye memang stalker awak. Awak boleh hukum saye kalau awak nak!” kata Tae tenang.
Tiffany menggelengkan kepalanya. Dia mendekati jejaka tersebut.
“Tak, bukan awak..tapi saye…SAYE YANG STALKER!”
Imbas kembali, pada hari pertama kuliah bermula.. Tiffany mencari Jess dan Sun kerana dia telah pun sesat. Maklumlah kolej itu besar dan dia masih tidak biasa dengan kawasan di situ. Tiba2 dia terlanggar seseorang. Pandangan mata mereka saling bertaut.
Saat itu, Tiffany merasakan dia sudah jatuh cinta.
Siapa lelaki itu?
Apa nama die? Die ambil jurusan ape? Die tinggal di mana?
Tiffany ingin mengetahui segala-galanya mengenai lelaki itu. Dia ingin mengetahui apa yang lelaki itu buat setiap hari, apa yang lelaki itu suke.. lalu dia mengupah seorang penyiasat persendirian.
Walaupun sudah mempunyai banyak maklumat mengenai lelaki itu, dia hanya dapat memerhatikan dari jauh, dia tak berani untuk meluahkan perasaannya.
“hah? Kau stalker?! Ape yang kau mengarut tiff?!”
“selama ni aku rahsiekan hal ni dari korang berdue..tapi ye, aku juga seorang stalker! Aku dah lama perhatikan die..sejak hari pertama kite di kolej!!”
“APE?!!!”
Kreekk kreekkk
“Tippani!!!” Tae terus melindungi Tiffany dengan badannya dari ditimpa barang2 lama yang terjatuh dari atas rak yang tinggi. (ala macam adegan biase hero selamatkan heroin..tsk)
“...Taeyeon! awak ok ke?!”
“saye ok..”
“tapi awak dah cedera! Cepat bawa ke hospitalll!!!” Tiffany cuba memimpin Tae yang sudah berdarah akibat dihentak objek keras yang jatuh tadi bangun dan berjalan keluar dari bilik stor itu.
“tippani…saye..”
“awak jangan bercakap lagi..sun dan jess akan datang dengan kereta kejap lagi!”
“saye tahu sebab ape saye selalu stalker awak..dan sebab ape awak pun stalker saye..”
“…sebab ape?”
“sebab kite mencintai antara satu sama lain..”


“Err..sorry to say, tapi bagi aku..itu bukan cinta. Itu OBSESS!” Komen Soo dengan nada bergurau. Yuri pula dari tadi asyik ketawa je. Baru die tahu sebab ape Jess dan Sun anti betul dengan Tae!
“nampak sangat pun kan? Korang berdua..Tae dan Tiff. Memang obsess antara satu sama lain!” sambung Yuri setelah puas ketawa. Dia memandang Jessica seperti meminta persetujuan.
“ memang! So lovey dovey and sometimes..too gross!”
Tiffany hanya tergelak dengan komen yang diberi kawan2nya itu. Dia sendiri cuba mengelak dari terlampau manja dengan Taetae tapi setiap kali dia memandang wajah insan yang dicintainya itu, dia tak boleh mengawal dari menjadi lovey dovey.
“…sebenarnya aku dan sun selalu cemburukan korang berdua..” kata jess perlahan. Tiff memandangnya meminta penjelasan.
“Kitorang selalu berharap dapat merasai cinta yang indah dan bahagia, macam kau dan tae..tapi sun dah khianati aku bile die jumpe dengan puteri die ni..” jess memandang kearah soo dengan senyuman yang tawar. Soo ketawa kecil membalas senyuman itu.
“jangan risau jess..aku yakin putera kau pasti ade, masih menunggu kau untuk berjumpa dengannya.”
Yuri mengangguk setuju.
Jessica merenung kearah yuri.
“hihi, yul..awak nak tak jadi putera saye?”
“….boleh ke?”
“tentulah boleh…”
“ouh kalau macam tu..okay je!”
Sooyoung dan tiffany memandang mereka berdua dengan pandangan yang aneh dan sedikit urghh.
*Beep
From Taetae My love <3.
Ppani-ah…miss u sooo much! >.< ppani-ah rindu taetae tak? Takpe..jap lagi taetae sampai k? dengan sun dan hyo skali ^^
p/s mmmuaaahhhh ;)
Tiffany tersenyum seorang diri.
Betul juga cakap dorang, aku dan taetae lovey dovey sangat..hm, mungkin aku patut jadi dingin sedikit. Mesti seronok kan?
Tiffany menyimpan semula HPnya kedalam beg tangan tanpa membalas mesej Tae.
“girls, the boys are coming~~”
“Tae and sun?”
“ouh, Hyo pun ade skali ^^”
“Hyo adik Tae tu eh?”tanya jess.
“Jess, kau belum pernah jumpe die lagi ke? Die boleh tahan hensem..” puji soo.
“hensem lah sangat…entah2 my yuri lagi hensem kan?”
Yuri ketawa dengan kata2 jess dan menunjukkan sign good.
“jess..kau kena cakap terima kasih kat hyo nanti. Sebabkan dia juga plan kite hari tu berjaya..”
Yuri dan soo mengangguk setuju.
“Fine,watever …”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Seobaby...Jom main dengan abang?!!!”
Yoon mengintai pintu bilik adiknya tetapi hampa kerana tiada seorang pun di situ melainkan koleksi patung keroro, beberapa kotak sweet potato, poster Johnny depp, koleksi pisau di dinding  dan himpunan,lambakan,segerombolan buku2 ilmiah. Dia menjengkit keluar dengan segera.
“Seobaby…where are youuuu…..??”
“abang? I’m here.”
“eh?” Yoon mendengar suara adiknya dari bilik Jessica. Dia terus masuk kedalam.
“ape seo buat kat bilik kak sica ni?”
“seo nak cari buku seo yang kak sica pinjam tu..tapi tak jumpe2..”
“buku ape?”
“tajuknye SAINS,SEJARAH,DAN POLITIK”
“wah bunyinye membosankan..ape kejadahnye kak sica nak pinjam buku tu”
“seo pun tak tahu..abang tolong carikan sekali ye?”
“okayyyy…” Yoon melihat bilik kakaknya sekeliling. Rak buku, rak buku, poster Daniel Henney, rak buku..
Kenapa kakak dan adik aku suka sangat membaca?!
Mata Yoon mula berpinar melihat buku yang banyak dan tersusun rapi. Seingatnya kali terakhir dia ke perpustakaan adalah semasa dia darjah satu. Itupun sebab die takde kawan dan terpaksa ikut Jessica ke mana sahaja.
“Yay, dah jumpe!” jerit seo gembira. Yoon tersenyum lega dan berjalan mendekati adiknya.
“cepatlah amek, lepastu kite pegi main ye?”
“abang tolongla ambilkan..seo tak sampai lah..”
Perlu ke kak sica letak buku tu tinggi2 padahal dia pendek?!
Yoon yang sememangnya tinggi lampai terpaksa menjengkit sedikit dan mengambil buku tebal berwarna hitam itu. Tanpa disedari sebuah buku lain ikut meluncur keluar dan jatuh diatas kepalanya.
“hadoi!!”
Seohyun mengutip buku itu dan menyelak halamannya sambil lalu.
“JAPAN ART BUILDING? Ni buku kerja kak sica..eh?”
Di halaman tengah buku itu terdapat sekeping foto yang betul2 menarik perhatian Seohyun.
“abang, cube tengok gambar ni..”
“gambar kak sica…dengan.. siape lelaki ni?”
 “Ingatkan abang tahu..seo tak pernah pula nampak lelaki tu sebelum ini.”
“kekasih gelap kak sica kott…”
“ish ape la abang ni ke situ pulak die..kak sica kalau ade kekasih die mesti bagitahu seo..tapi die tak pernah cerita pula pasal orang dalam gambar ni..”
“tulah abang kate kekasih gelap..haha”
“ape2 jela..”
“eh betul ke kak sica dah ade boyfriend sekarang?”
Seohyun berasa serba salah sama ada ingin memberitahu perkara sebenar atau tidak.
“err..ha’ah. doctor…”
“pergh, keje doctor? Kak sica memang pandai cari boyfriend..TAK SABAR NAK JUMPE DIE”
“abang nak jumpe die? Kenape?”
“eh mestilah abang kena jumpe! Itukan dah jadi satu tradisi keluarga! HABISLAH DIE NANTI..hehe”
Seohyun hanya mampu tersenyum walaupun dalam hatinya sudah berasa risau.
Sampai bila penyamaran ini akan bertahan?
“dahla, jom ikut abang turun bawah main game! Bosan main sorang2 tahu?!!”
Seohyun hanya memerhatikan Yoon yang berlari keluar dari bilik dengan cerianya. Dia menatap semula gambar itu sebelum meletakkannya kembali di tempat asal.
“……memang nampak macam kekasih gelap.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ppani-ah….” Jerit Tae meluru kearah tiffany sebelum tersadung kerusi dan hampir tergolek jatuh.
“Taetae!”
“Tiff tu tak lari ke mane..kau cubelah perangai elok sket!” marah Sun yang memang suke membebel terutama pada Tae.
“Yelah, makcik!”
“APE KO PANGGIL  AKU TADI?!”
“Korang ni macam anjing dan kucing lah, asek nak bertekak je!”
“Aku nak jadi kucing! Sebab ppani-ah sukekan kucing!!!”
“LANTAK KAULAH NAK JADI APE PUN”
Sun terus duduk disebelah Sooyoung manakala Tae sudah menggedik disebelah Tiffany yang kalau kita nampak time tu, dingin semacam.
“Eh, mane Hyo?” Tanye Yuri.
“Ouh die parking kereta tadi..hah tu die!”
Hyo berjalan dengan tenang menuju kearah mereka berenam sambil tersenyum mesra.
“Hai guys,”
Serentak Tiffany, Yuri dan Sooyoung membalas sapaannya. Melainkan Jessica.
Mata Jessica terbeliak melihat Hyo. Dan anehnya, Hyo juga mempunyai ekspresi yang sama.
“KAU?!”
 “eh, korang dah kenal ke?”
Jessica membeliakkan mata pula kearah Tae yang bertanya tadi.
“TAK! TAK KENAL LANGSUNG!! TAK PERNAH JUMPA PUN SEBELUM NI!!!”
“ye, ini baru pertama kali kitorang berjumpe..” sambung Hyo teragak-agak.
“kalau baru berjumpe, ape kate korang berdua berkenalan!”
Jessica dan Hyo memandang satu sama lain – atau lebih tepat, merenung satu sama lain sambil berlawan sinaran mata laser!
“… Jessica Jung!”
“Kim Hyoyeon, selamat berkenalan..”

Jika ditanya siapa orang yang Jessica tak mahu jumpa semula seumur hidupnya, jawapannya mungkin merujuk pada jejaka dihadapannya kini.


‘Bagus!’



to be continued....
credit to:  http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/