Jessica berjalan ulang alik, Tiffany dan
Sunny hanya melihat dengan toya agaknya mereka dah biasa jadi tiada siapa rasa
nak hentikan Jess, dan duduk diam.
“jess, kau risaukan ape sebenarnye?” Sun
yang mula bosan membuka mulut.
“esok family aku bercuti dan yul kena ikut.
Masalahnya aku risau kalau2 rahsia ni akan terbongkar.. boleh ke yuri bertahan
untuk 3 hari 2 malam?”
Tiff dan Sun mengangguk setuju. Susah untuk
menyamar untuk masa yang lama tanpa buat orang lain rasa curiga.
“aku ade idea.” Kata Sun sambil menoleh
kearah Tiff kemudian Jess.
“Idea ape?” serentak 2 gadis itu membalas.
“kau kena sentiasa berkepit dengan yul.
Jangan sampai die sorang2 dan tak sengaja terlepak pula dengan family kau yang
lain.”
“ouh.aku kena jadi macam tiff dengan budak
tae tulah?”
“ korang sindir aku ape?!”
“yep, macam belangkas.haha. Dan kalau
boleh, yul kena diam je..dan paling penting. Aku rase die tak boleh nak tunjuk
skil berenang die. Sebab skali die basah. Kau tahula ape yang akan jadi.”
Jessica mengangguk, serius.
“takpe, kau dengan yul boleh survive
punye..jangan risau.”
“well, nasib baik korang pun akan ade mase
percutian tu kan?”
“huh, kitorang?!!”
Jessica merenung kearah 2 kawan baiknya itu
dengan senyuman kejahatan.
“KORANG AKAN IKUT PERGI BERCUTI JUGAK
KAN..?”
Tiff dan Sun memandang satu sama lain dan
serentak mengangkat bahu.
“Hm yelah..”
Jessica tersenyum selepas mendengar jawapan
itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Hamboi, kau nak pindah rumah ke yul? Besar
betul bagasi kau tu”
“esok aku nak pegi bercuti lah!”
“oohh..dengan family jess tu?”
“ha’ah. Aku tak tahula nak bawak baju ape
lagi..sume baju aku dah buruk. Aku pinjam baju ko ye soo??”
Soo tak sempat nak cakap ‘tidak’ kerana
Yuri terlebih dahulu sudah melipat baju2 nya kedalam bagasi. Bila masa orang
tua ni ceroboh masuk almari pakaian dia?!
“tunggu, yul. Yul!”
“ape?!”
“kau kan jadi lelaki nanti, perlu ke bawa
baju yang keperempuanan nie sume?!!”
“yelah! Haha..then aku nak bawa pakaian
ape?”
“Hmm..ye tak ye jugak. Hah…”
“HYO!!!” serentak mereka berdua menjerit
memanggil nama adik kembar Tae itu.
---------------------------------
Hyo tersedak semasa minum air sirap dan
tersembur pada muka abangnya.
“HOI, minum tu elok2 arh sket?!!!!”
“haha, maaf..sape la yang sebut name aku
ni?”
-----------------------------------
“ouh jadi hyo pun akan ade mase percutian
tu juga?”
“yelah, die dah jadi guardian mekap aku ni!
haha”
“guardian ke..bakal suami? LOL.”
“ko ni, nak jadi macam mak aku juga ke?”
“tapi hyo tu kan single lagi. Okay ape..die
pun hensem jugak. Mak ko pun dah suke. Ko kahwin je dengan die..”
“suke2 kau je kan..ntah die suke aku ke
tidak…”
“omo! yul..ko suke die eh? Eii..Yuri cinta
hyo. Yuri cinta hyo!”
“dah dah berhenti merepek!” marah yuri lalu
melontarkan pelbagai objek ke soo yg cuba melarikan diri sambil tergelak2.
“Soo, kau ikut temankan aku juga ye?”
“huh, taknak la. Segan aku..aku bukannye
ade kena mengena dengan diorang pun.”
“alar..jomlah temankan aku..lagipun jess
kate Tiff, Tae dan pakwe kesayangan kau si Sun tu pun ade..”
“yeke?? (mata bersinar2)”
“ala sebenarnye kau memang nak ikut kan?
Cume ko malu nak cakap pastu tunggu aku ajak! Betul tak?!”
Soo hanya ketawa kecil dan sambung mengemas
beg bagasi yul yang terisi pakaian2nya.
“mesti best kan?”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Selamat Datang ke Vila keluarga kami,
Yul.”
Datuk Jung tersenyum sambil menepuk bahu
Yul dan menolak ‘lelaki’ itu masuk kedalam dengan gembira. Jessica yang berada
disebelah Yul pula kelihatan seperti tunggul. Nampaknya Yul sudah menjadi cucu
favorite sekarang. Nicole pula masuk dengan gaya diva bersama tunangnya, Mat
Saja diikuti Hara yang kelihatan teruja dengan percutian tersebut. Ibu bapa
Jess iaitu En. Sharnaaz dan Pn. Shila juga melangkah masuk dengan senyuman di
bibir masing2. Kemudian Aunty Mary dan suaminya Uncle Jep tiba dengan beg
bagasi mereka yang banyak macam nak pindah rumah pun ade jugak. Selepas itu
Seohyun dan abangnya Yoon pula menyertai yang lain di ruang tamu vila yang
luasnya seperti padang bola itu.
Vila mewah itu mempunyai 3 tingkat, tingkat
pertama seperti kawasan social iaitu sebagai tempat berkumpul, bersantai dan
melepak kerana di situlah ruang tamu, dapur, ruang makan malahan terdapat taman
mini, kolam renang dan jakuzi. Manakala tingkat kedua pula untuk penginapan
Datuk Jung, ibu bapa Jessica dan aunty mary serta suaminya. Di situ juga terdapat
pejabat Datuk Jung, perpustakaan mini dan bilik hobi. Tingkat ketiga pula
semata-mata bilik sahaja. Tetapi rupanya kelihatan seperti berada di hotel 5
bintang! Terdapat lebih kurang 6 buah bilik di tingkat 3. Nicole dan tunangnya
serta Hara sudah ke tingkat 3 dan kemungkinan besar mereka sudah mengecop bilik
utama yang paling mewah dan besar.
Datuk Jung teruja untuk berjalan2 bersama
Yul dan menunjukkan setiap kawasan di Vila mereka itu. Jess yang sebenarnya dah
letih dan ngantuk terpaksa juga mengikut mereka berdua kerana dia sudah
berjanji pada Yuri akan sentiasa berada di sisinya!
“oh ye, sica. Kamu kate kawan2 kamu akan
datang juga? Mane mereka?”
“jap lagi diorang sampai lah. Hah, itupun
mereka!” jerit jess terus berlari kearah pintu apabila melihat kelibat sun,
soo, tiff, tae dan…..hyo. ergh.
Sun dan rombongannya sengaja datang lewat
sedikit kerana tak mahu menganggu ahli keluarga jess yang lain.
Kemudian datuk jung mempelawa mereka semua
masuk dan ikut sekali berjalan2 dengannya sebelum semuanya ke ruang makan untuk
minum petang. Lagipun masing2 sudah letih semasa dalam perjalanan jadi inilah
masanya untuk berehat.
Taeyeon melihat sekeliling vila dengan
penuh perasaan kagum. Dia memang sudah tahu keluarga jess merupakan keluarga
yang kaya dan berpengaruh Cuma dia belum berpeluang menyaksikannya. Sekarang
dia sudah percaya.
“Besar sangatlah vila ni. lepas tu
jarang digunakan..he.he.he macam seram je kan?”.
Tae melihat sekeliling dengan riak muka
yang menakutkan. Dia cuba mengejutkan Tiffany pula dengan menyergahnya.
“taetae..jangan takutkan ppani!”
“ppani-ah..pernah tengok filem ‘Dilarang
Keluar’. Same kan lokasinya dengan vila ni?he.he.he.”
Tiffany melihat potret di dinding yang
berwarna putih dan terdapat ukiran, tangga yang agak panjang dan
mencurigakan..memang kelihatan macam vila berhantu.
“Taetae! Tak baik cakap rumah orang
macam tu!”
“tapi ppani..keluarga jess Cuma tinggal
di vila ni bila bercuti..mungkin, makhluk lain yang tinggal sini kan…? He.he,”
Tiffany terasa angin bertiup di tengkuknya
lalu membuatkan bulu romanya tegak.
“Taetae!!! T.T”
Sunny yang berada disebelah tak dapat
menahan diri dari menyampuk.
“jangan risau tiff, kalau ade hantu pun.
Orang pertama yang diorang nak kacau mesti Taeyeon!!!”
“kacaulah..aku tak takott!”
“ouh cakap besar ye…”
“buah atas meja tu boleh makan ke?”
Tiff, Tae dan Sun serentak memandang Soo
yang asyik memandang buah plastic yang menjadi hiasan di atas meja bulat kecil
di tepi sudut dinding.
“KENAPE KORANG PANDANG AKU?”
Selepas puas bersiar2 di dalam vila bersama pemandu pelancong tak bertauliah iaitu datuk Jung, mereka berhenti sebentar di ruang rehat disebelah tangga di tingkat 3.
“hai atuk…” hara tiba2 mucul dan mengedik
kat Datuk Jung sambil buat muka aegyo. Datuk jung ketawa kecil dan mengusap
kepala hara.
“kamu dah pilih bilik kamu, hara?”
“dah atuk. Hara sebilik dengan
Nicole..kitorang kat MASTER ROOM. Ha.ha.” kata hara begitu teruja dan gembira.
“ouh patutlah kamu cepat2 naik atas. Nak
dapat bilik besar rupenye..ha.ha.”
Mereka yang lain juga ikut ketawa
‘ha.ha.ha.’ tetapi masing2 buat muka ergh cam meluat sikit pun ade dengan
gelagat hara yang agak batak tu.
Yoon dan Seohyun pun memunculkan diri
selepas melepak bersama ibu bapa mereka tadi.
“oh semua muda mudi pun dah berkumpul ye?
Macam rombongan sekolah pula kamu semua ni.” gurau Datuk Jung dan kali ini
semua orang ketawa dengan ikhlas.
“kalau macam tu, atuk jadilah pengetua
sekolah..pastu bahagi2 budak2 ni semua tido mane” sampuk Nicole yang datang
tiba2 bersama tunangnya, Mat Saja (LOL)
“Budak-budak?!” marah jess.
“whatever…”
“ish kamu berdua ni cubala berbaik sket.
Penat atuk tengok taw.”
“yelah atuk..nanti mase raye sica berbaik
dengan Nicole ye?”
Datuk Jung hanya tersenyum menggeleng
melihat cucu2nya.
Sun, Tae dan Hyo berkongsi bilik tengah manakala
Soo dan Tiff telah memilih bilik yang di hujung kerana mempunyai permandangan yang menarik.
“..yul jom.” Kata jess lalu menarik tangan
yul berjalan ke salah satu bilik di hujung berhadapan bilik sootiff.
“eh
tunggu! Amboi sukati ye kau. Belum kahwin lagi nak sebilik pulak?! Atuk tengok
Jessica tu..tak senonoh!!” bebel Nicole tak puas hati.
“yelah kamu ni pun sica..tunggulah kamu
berdua kahwin dulu, time tu nak sebilik sebantal pun atuk tak kesah! Haha”
“ish atuk ni gurau macam tu pulak.”
“doctor yul boleh sebilik dengan saye.”
Tawar mat saja.
Jessica terus terbeliak mata manakala Yuri
menggeleng sampai skru kepalanya boleh longgar!
“eh takpe2. Kau boleh tidur sorang2. Nak
sebilik dgn Nicole pun aku tak amek peduli!” kata Jess dengan pantas.
Datuk Jung berkerut hairan.
“kalau macam tu, yul. Kamu sebilik dengan
yoon jelah.”
“YOON?!”
Yoon memandang kakaknya dan teman lelaki
kakaknya bersilih ganti.
“Yoon tak kesah.. jom abang yul.” Kata Yoon
terus menarik yul mengikutnya ke bilik berhadapan bilik Sun dan kawan2.
“eh, eh..tunggu..” Yul menjerit tetapi
dengan nada perlahan(?) . Jessica pula masih memegang kuat tangan yul.
“ish akak ni, lepaslah! Tak mati nye
boyfriend akak ni!!”
“ataupun yul boleh sebilik dengan
kitorang?” cadang Hyo tiba2.
“err..perlu ke korang berempat sebilik? Tak
sesak ke?” tegur Hara dengan hairan.
“betul tu. Err..takkanlah saye nak tinggal
sorang2 dalam bilik tu??” sampuk tunang Nicole dengan riak muka yg takut.
Nicole menampar bahu tunangnya dengan pandangan muka ‘you ni buat malu I jela’
Jess memandang sunny supaya masuk campur.
“Aku rase baik Hyo sebilik dengan
Yul..sementara yoon dengan tunang si Nicole. OK”
“KENAPA PULAK YOON KENA SEBILIK DGN SI
GENDUT NI?!”
“woi jage mulut kau sket!!!” marah Nicole.
Yuri pula hanya mampu menelan air liur. Itu
kerana luarannya sekarang adalah lelaki, dia tiada pilihan lain sama ada
sebilik dengan lelaki gendut yang tak pernah dikenalinya atau Hyo yang memang
sedia maklum dia perempuan tetapi hyo juga kelihatan hot dan mengancam… ataupun..adik
lelaki Jessica?
“korang ni mcm budak kecik, pasal bilik pun
kecoh sangat..!” ngomel Nicole dengan mimic muka menyampah.
Selepas beberapa adegan pergelutan,
pembahagian bilik telah pun selesai..
Jessica akhirnya sebilik dengan Seohyun
yang juga sebenarnya risau.
Apa akan terjadi pada kak Yuri??
Jeng jeng jeng…
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yul menyusun barang2nya di almari kemudian
melihat sekeliling bilik. Memang cantik dan selesa..
Tapi kenapa Cuma ade satu katil dan saiz
queen pulak tu! Takkanlah aku kena tidur sekatil dengan budak ni??!
Yoon pula melihat teman lelaki kakaknya
yang kelihatan tidak keruan sejak dari tadi.
Dia tak tahu kenapa tetapi dia dapat
merasakan ada sesuatu yang aneh dengan Kwon Yul itu. Mungkin hanya perasaan
dia, atau otak dia yang dah makin tak betul. Sudahla kali pertama berjumpa dia
rasa doctor itu cantik..dan kini, dia rasa teman lelaki kakaknya kelihatan
sedikit feminine pulak!
“..Abang Yul?”
“ye?”
“abang okey tak? Macam tak selesa je dengan
yoon?”
“err..eh mane ade. Abang ok la.”
Yoon hanya mengangguk sambil membuat
muka monyet.
“hrm, tadi atuk dah panggil turun minum
petang,…” Yoon bergerak ke almari dan berdiri di sebelah Yul yang masih
menyusun barang2nya. Kemudian dia mengambil sehelai T-shirt berwarna kelabu
lalu menanggalkan kemeja yang dipakainya sekarang.
WO!kenapa dia tukar baju depan aku?!
Yuri tak tahu nak bereaksi ape. patutke dia
tutup mukanya dengan tapak tangan seperti gadis naif yang tak bersalah atau
buat selamba seperti lelaki normal yang lain??
Wah, badan dia ade abs lah.tengoklah six
pack tuh..gagahnye.<3
YAH!!! YURI KENAPA KAU JADI MIANG NI?!!!
Yuri mengetuk kepalanya sendiri sementara
Yoon mengambil jeans dan ingin menukar seluar pulak!
“ARGHHH!!” Yuri tterus menutup mulutnya
dari menjerit. Yoon yang ingin menanggalkan seluarnya terus terbantut.
“kenape?”
---------------------------------------------------
“seo, biarkan je dulu barang akak tu!” kata
jess dan terus ke pintu untuk keluar.
“akak nak kemana?”
“ke bilik sebelah la ape lagi?!”
Jess yang berlari ke bilik sebelah terus
memulas tombol pintu dengan ganasnya.
“Yul..!!!!!!!!!!”
Apa yang dia lihat ialah Yoon yang cuba
menanggal seluar dan Yuri yang menekup muka dengan tapak tangan seperti gadis
naif yang kasihan.
“akak ni main masuk je! Cube ketuk pintu
dulu! Inikan bilik lelaki!!” marah Yoon tetapi tidak serius kerana selepas itu
dia ketawa kecil.
“ouh jess..err. jom kite turun bawah. Agaknye
atuk dah lame tunggu!” kata Yul terus berjalan kearah jess yang sudah
menghulurkan tangannya.
Pasangan kekasih palsu itu pun berpimpinan
tangan lalu keluar dari situ.
Yoon memandang slek pada mereka berdua.
“cis, nak buat aku jeles la tuh”
--------------------------------------------------------------
Petang itu selepas minum teh dan makan
kudapan yang lazat lagi penuh lemak krim disukai ramai, mereka bersiar2 di
hutan yang dikelilingi taman bunga sambil menunggang kuda. Permandangan yang
indah dan flora fauna yang memukau menjadikan suasana agak romantic. Terutama
apabila menunggang kuda bersama insan yang tercinta dan membiarkan diri dibuai
angin bayu. Seperti berada dalam filem pula.
“taetae, cepatlah sket!!” marah Tiffany
apabila melihat tunangnya sejak dari tadi terkial-kial memanjat badan kuda
dewasa berwarna coklat kehitaman itu.
“sabarla ppani-ah..kuda ni tinggi lar..”
Sunny yang siap berjalan satu pusingan
dengan kudanya mentertawakan Taeyeon.
“kalau dah pendek memang tak boleh nak buat
ape..”
“KAU DIAM!”
Tiffany yang memang teringin menunggang
kuda naik bosan menanti kelembapan Taeyeon.
“Sun, bawa aku pusing taman ni juga” kata
Tiff dengan kuat.
Sunny menarik Tiff keatas kudanya dan
sengaja membiarkan tiffany memeluk dirinya. Kemudian dia mengarah kuda itu
berjalan2 di hadapan Taeyeon.
“ppani-ah?!!” Taeyeon berteriak dengan
wajah yang kecewa.
Sementara 3 orang itu membuat drama cinta
tiga segi, soo berkelah dibawah pokok di atas tikar dengan pelbagai kudapan di
hadapannya. Tiada yg dapat lebih menggembirakannya selain dari makanan,
walaupun di kala itu teman lelakinya sedang berpoya-poya dengan awek seksi.
Namun dia tidak berseorangan kerana seohyun juga di situ, membaca buku dan Yoon
yang juga makan dengan gembira bersamanya dan tak habis2 menguratnya sejak dari
tadi.
“cik soo,kek strawberi ni manis tapi ade
yang lebih manis dari ini.”
“ape die??” kata soo teruja.
“ouh manis sekali, wajahmu itu.. ; ) “nyanyi
yoon dengan suara yang romantic.
“ha.ha. manisnye mulut..”
“i tahu banyak restoran yang makanannya
lazat2. Nak tak bile2 dinner dengan i?”
“tak kesah..tapi you kena belanja lar.”
“ouh semestinya, diriku sanggup melakukan
apa saja..untukmu..; )”
“ha.ha. lagu ape tu?!”
Sementara 2 orang itu bermain cinta yang
mana seo tak faham langsung kenapa abang sun dan kak soo ni suke berpoye2 dan
kelihatan seperti tak setia, dia tercari-cari kelibat kakaknya Jessica dan
doctor yul.
Tapi apa yang dia nampak Cuma 3 orang
saiko, hara yang berpusing2 sambil memetik bunga berangan seperti puteri raja,
Nicole yang hampir terjatuh dari kudanya dan tunangnya yang gendut mengejar di
belakang.
Mane kak sica?!
----------------------------------------------------
“kuda ni atuk hadiahkan pada saye mase umur
saye 17 tahun..”
“wah, dah lame la die berkhidmat untuk tuan
puteri sica ye?” gurau Yuri.
“hurm, tapi tuan puteri sica pandai jage
kudanye sebab itu Short tetap sihat, putih dan menawan!” kata Jess dengan
bangganya sambil membelai rambut si Short yang berbulu putih seperti kuda
diraja pula.
“saye rase short ni dah tue, tengoklar uban
penuh satu badannya. Haha” komen Hyo selamba.
“ei kau diam.” Marah jess.
Yuri ketawa melihat telatah mereka berdua.
Sejak dari tadi, mereka bertiga berjalan bersama. Asalnya Cuma dia dan Jessica
tetapi tak tahu kenapa Hyo asyik cuba nak menyelit, itu yang membuatkan jess
makin naik angin dan kemudian sentiasa bertekak dengan Hyo.
Hyo membuat muka selamba dan cuba membelai
kuda jess, Short.
“ei tepila, short takkan layan orang asing!
Kena tendang nanti baru tahu!!” sumpah jess, cuba menendang Hyo.
“hei, kuda! oi kuda! K.U.D.A kuda!!” kata
Hyo pada Short meniru gaye budak yang dalam iklan vitamin yang cuba eja k.u.d.a
tu..
“Short, gigit kepala die cepat!!” arah
Jess.
Tetapi anehnya short bukan saja tidak
menggigit kepala Hyo malahan dia menyondol badan jejaka itu seperti ingin
meminta menaikinya.
“Wah, short suke kat hyo lah…” komen Yuri.
Hyo ketawa bangga dan cuba menaiki Short.
“jangan short!! Die tu orang jahat!!!”
jerit jess tak puas hati.
“jessica jung, jom jalan2 dengan saye dan
Short si kuda?” ajak Hyo, menghulur tangan pada Jess yang bengang sebab kuda
kesayangannya menyukai musuh ketatnya.
“Ei tak hingin aku!!!”
“alala Jessica jung rase malu2 pulak..”
“ei blah arr!!!”
Yuri tiba2 berasa terpinggir saat dia
melihat aksi hyo dan jess yang mesra.
Betullah kata pepatah, apabila bertiga,
seorang pasti akan disisihkan..
Yul mula bermonolog sendiri, dia dengan
wajah yang sedih pun menarik tali pedati kuda yang dia percaya milik seohyun
lalu menunggangnya.
“jess, biarkan die. Meh sini naik dengan
saye!” kata yul sambil menepuk2 tempat duduk yang terdapat di atas kuda
berwarna hitam dan kelihatan kacak itu.
Jess terus menjerit ‘okay’ dengan
gembiranya – sangat berbeza reaksi die terhadap ajakan hyo.
“tapi..takkan nak biar orang jahat tu dengan
Short??”
“Jessica Jung! Saye tak jahat!! Berapa kali
saye nak ulang?!!”
“jangan risau..rasenye hyo tak makan daging
kuda..” yul cuba menenangkan jess dengan lawak (yg dianggap kejam bagi
sesetengah pencinta kuda dan kuda itu sendiri)
“eh, jom kite lumba nak?? Siapa sampai dulu
kat pokok besar yang ade orang berkelah tu, menang!” ajak Hyo cuba mencabar
kredibiliti Yuri yang memang menjadikan sukan menunggang kuda sebagai hobi
semasa dia di university.
“oohh..nak challenge aku yew? Jangan harap
boleh menang!!!” Yul terus menarik tali pedati dan kuda hitam itu terus
berteriak dan memecut laju, Hyo tersengih dan melakukan perkara yang sama.
Manakala Jessica…
“kyyaaaaaaaa…” jerit jess seperti ikan
dolphin(klau teringin nak dengar senang je, pegi YT taip Jessica Dolphin
Screams)
---------------------------------------------------------------
Seohyun telah selesai menghabiskan 3 buah
buku. Cukuplah untuk petang itu. Dia melihat kelibat abangnya dan kak
sooyoung sudah tiada lagi.
Dia menoleh ke belakang dan melihat yoon,
soo, sun, tae dan tiff sedang bermain tunggang kuda seperti anda berada di zoo
dengan riang sekali.
Dia terdengar abangnya menjerit memanggil
namanya.
“seobeb..nak naik kude ni? abang pimpinkan!
Cume bayar rm5 saje!!”
Dia bingkas bangun dan ingin menyertai
mereka, tetapi tiba2 dia berlanggar dengan Nicole yang kelihatan marah.
“hei tepilah!!!” tengking Nicole padanya.
“ape masalah die tu?”
Nicole dan tunangnya yang gendut pun
berlari berkejaran dengan gembira di dalam hutan tropika yang tidak tebal(sebenarnye
tunangnya lari ketakutan dari amukan nicole – bukan jess sorang je ade amukan
jess!)
“berhenti!! Jantan tak gunee!!!” jerit
Nicole dengan marahnya! Entah apa yang tunang dia sudah lakukan tapi melihatkan
situasi itu, mat saja pasti tidak akan mengulang perbuatannya lagi.
“mak tolooooong!!!”
Dia terus berlari keluar apabila dia
melihat jalan.
“ARGHHHHHHH!!!!”
Yuri yang begitu teruja semakin mengasak
kudanya supaya meningkatkan kelajuan, kini hyo dan short ketinggalan sedikit di
belakang. Saat itu, terpacul seseorang di depan laluannya!
“kyaaaaaaa!!!”
Yuri terus menarik tali pedati supaya dapat
membuat brek kecemasan, kuda hitam yg ditunggangnya terus berkeriot dan
melompat kehadapan – senang cerita hilang kawalan.
Jessica terlepas pegangannya lalu tercampak
ke belakang sementara yuri terjelopok jatuh di atas mat Saja yang sudah pengsan
akibat terlampau terkejut.
Yuri yang sudah landing atas perot sape
ntah, sempat menjerit name jess,
“jeshika!!!”
Jess yang tercampak terasa seperti berada
di awangan. Dia seperti terbang di udara.
I believe I can fly, I believe I can
touch the sky
Adakah aku akan mati?
Erghh!
Dia dapat melihat tangan seseorang
menyambutnya dan memeluknya kedalam dakapan begitu erat.
Dia sekali lagi melihat mata yang serius
dan berkarisma itu.
Ini ke heroku?
Mereka berdua bergolek atas rumput di tepi
laluan itu.
Kemudian dia melihat ramai orang
menghampirinya.
“jess, kau okay ke?”
“ade luka kat mane2??”
“wei cepat call ambulans!!!”
Dia terdengar suara cemas kawan2nya, suara
panic adik2nya dan suare menjengkelkan sepupu2nya.
Dia ingin bangun tetapi dirinya masih
dipeluk dengan erat membuatkan dia tak dapat bergerak. Tetapi dia tak tahu
kenapa, dia suka begitu.
Kenapa jantung aku makin berdegup laju
ni?
Hyo bangun perlahan2, masih memegang jess
dengan erat.
“huh siket je tadi, nasib baik aku sempat
tangkap!”
Hyo perlahan2 melepaskan jess. Jessica
memandang wajahnya sekejap kemudian terus berpaling ke tempat lain.
“jessi ko nak pergi hospital tak?” tanya
tiffany, risau.
Jess memandang kembali semua mata yang
merenung kearahnya.
“I’m fine….jangan risau.”
Semua menarik nafas lega.
“err..korang!” suara yuri menarik perhatian
yang lain.
“aku rase, tunang Nicole ni yang perlu
bawak ke hospital!!!” tunjuk yuri pada sekujur tubuh yang terdampar di tengah
jalan seperti ikan paus di tepi pantai.
Nee No! nee no!
--------------------------------------------------------------------
Bonus : (adegan yg tak
bermakna lalu dipotong)
Tae: ppani! Cepat
turun!!!
Ppani : kalau ppani
taknak?
Tae: tae akan, tae
akan…
Ppani: akan ape?!
Tae: taetae akan bela
misai kontot!!! >.<
Ppani: tiiidaaaakk!!!
Ok ppani turun! Sun, berhentikan kude ni! (melompat turun lalu disambut tae
kemudian mereka berpusng2 sperti cite Hindustan)
Sun: ape2 jela..ish
mane awek aku arr??
Yoon: puteri soo,
sudikah dikau menerima ku sebagai puteramu? (atas kuda sambil hulur tangan pada
soo)
Soo: (ketawa) herm
beta akan pertimbangkan ; )
Sun: oiii! Berani kau
nak merampas kekasih aku?!! (datang dgn kuda dan terus merangkul badan soo naik
keatas kudanya) -à persoalan :
sama ada sun amat gagah atau soo amat ringan
Soo: arhhh (dengan
nada yg gedik)
Sun: (memandang wajah
soo dengan jarak yg dekat) kau selamanya milikku.. (wajah kacak)
Soo: owh
baby….<3<3<3
TaeNy: ( muntah) wekk
jijik yekk
Yoon: (memandang
taeny & soosun) arh bestnye kalau aku pun ade girlfren..sob sob sob T.T
seo : (dibawah pokok)
URGHHHHH… (-.-)
|
|
Sayang…<3<3<3 Ye abang
datang ni..XD
No comments:
Post a Comment