Pages

Sunday, 26 January 2014

BICARA JANTUNG by amisa ahmad -bab 13-

BAB 13
Jessica berjalan ulang alik, Tiffany dan Sunny hanya melihat dengan toya agaknya mereka dah biasa jadi tiada siapa rasa nak hentikan Jess, dan duduk diam.
“jess, kau risaukan ape sebenarnye?” Sun yang mula bosan membuka mulut.
“esok family aku bercuti dan yul kena ikut. Masalahnya aku risau kalau2 rahsia ni akan terbongkar.. boleh ke yuri bertahan untuk 3 hari 2 malam?”
Tiff dan Sun mengangguk setuju. Susah untuk menyamar untuk masa yang lama tanpa buat orang lain rasa curiga.
“aku ade idea.” Kata Sun sambil menoleh kearah Tiff kemudian Jess.
“Idea ape?” serentak 2 gadis itu membalas.
“kau kena sentiasa berkepit dengan yul. Jangan sampai die sorang2 dan tak sengaja terlepak pula dengan family kau yang lain.”
“ouh.aku kena jadi macam tiff dengan budak tae tulah?”
“ korang sindir aku ape?!”
“yep, macam belangkas.haha. Dan kalau boleh, yul kena diam je..dan paling penting. Aku rase die tak boleh nak tunjuk skil berenang die. Sebab skali die basah. Kau tahula ape yang akan jadi.”
Jessica mengangguk, serius.
“takpe, kau dengan yul boleh survive punye..jangan risau.”
“well, nasib baik korang pun akan ade mase percutian tu kan?”
“huh, kitorang?!!”
Jessica merenung kearah 2 kawan baiknya itu dengan senyuman kejahatan.
“KORANG AKAN IKUT PERGI BERCUTI JUGAK KAN..?”
Tiff dan Sun memandang satu sama lain dan serentak mengangkat bahu.
“Hm yelah..”
Jessica tersenyum selepas mendengar jawapan itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Hamboi, kau nak pindah rumah ke yul? Besar betul bagasi kau tu”
“esok aku nak pegi bercuti lah!”
“oohh..dengan family jess tu?”
“ha’ah. Aku tak tahula nak bawak baju ape lagi..sume baju aku dah buruk. Aku pinjam baju ko ye soo??”
Soo tak sempat nak cakap ‘tidak’ kerana Yuri terlebih dahulu sudah melipat baju2 nya kedalam bagasi. Bila masa orang tua ni ceroboh masuk almari pakaian dia?!
“tunggu, yul. Yul!”
“ape?!”
“kau kan jadi lelaki nanti, perlu ke bawa baju yang keperempuanan nie sume?!!”
“yelah! Haha..then aku nak bawa pakaian ape?”
“Hmm..ye tak ye jugak. Hah…”
“HYO!!!” serentak mereka berdua menjerit memanggil nama adik kembar Tae itu.

---------------------------------

Hyo tersedak semasa minum air sirap dan tersembur pada muka abangnya.
“HOI, minum tu elok2 arh sket?!!!!”
“haha, maaf..sape la yang sebut name aku ni?”

-----------------------------------

“ouh jadi hyo pun akan ade mase percutian tu juga?”
“yelah, die dah jadi guardian mekap aku ni! haha”
“guardian ke..bakal suami? LOL.”
“ko ni, nak jadi macam mak aku juga ke?”
“tapi hyo tu kan single lagi. Okay ape..die pun hensem jugak. Mak ko pun dah suke. Ko kahwin je dengan die..”
“suke2 kau je kan..ntah die suke aku ke tidak…”
“omo! yul..ko suke die eh? Eii..Yuri cinta hyo. Yuri cinta hyo!”
“dah dah berhenti merepek!” marah yuri lalu melontarkan pelbagai objek ke soo yg cuba melarikan diri sambil tergelak2.
“Soo, kau ikut temankan aku juga ye?”
“huh, taknak la. Segan aku..aku bukannye ade kena mengena dengan diorang pun.”
“alar..jomlah temankan aku..lagipun jess kate Tiff, Tae dan pakwe kesayangan kau si Sun tu pun ade..”
“yeke?? (mata bersinar2)”
“ala sebenarnye kau memang nak ikut kan? Cume ko malu nak cakap pastu tunggu aku ajak! Betul tak?!”
Soo hanya ketawa kecil dan sambung mengemas beg bagasi yul yang terisi pakaian2nya.
“mesti best kan?”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Selamat Datang ke Vila keluarga kami, Yul.”
Datuk Jung tersenyum sambil menepuk bahu Yul dan menolak ‘lelaki’ itu masuk kedalam dengan gembira. Jessica yang berada disebelah Yul pula kelihatan seperti tunggul. Nampaknya Yul sudah menjadi cucu favorite sekarang. Nicole pula masuk dengan gaya diva bersama tunangnya, Mat Saja diikuti Hara yang kelihatan teruja dengan percutian tersebut. Ibu bapa Jess iaitu En. Sharnaaz dan Pn. Shila juga melangkah masuk dengan senyuman di bibir masing2. Kemudian Aunty Mary dan suaminya Uncle Jep tiba dengan beg bagasi mereka yang banyak macam nak pindah rumah pun ade jugak. Selepas itu Seohyun dan abangnya Yoon pula menyertai yang lain di ruang tamu vila yang luasnya seperti padang bola itu.
Vila mewah itu mempunyai 3 tingkat, tingkat pertama seperti kawasan social iaitu sebagai tempat berkumpul, bersantai dan melepak kerana di situlah ruang tamu, dapur, ruang makan malahan terdapat taman mini, kolam renang dan jakuzi. Manakala tingkat kedua pula untuk penginapan Datuk Jung, ibu bapa Jessica dan aunty mary serta suaminya. Di situ juga terdapat pejabat Datuk Jung, perpustakaan mini dan bilik hobi. Tingkat ketiga pula semata-mata bilik sahaja. Tetapi rupanya kelihatan seperti berada di hotel 5 bintang! Terdapat lebih kurang 6 buah bilik di tingkat 3. Nicole dan tunangnya serta Hara sudah ke tingkat 3 dan kemungkinan besar mereka sudah mengecop bilik utama yang paling mewah dan besar.
Datuk Jung teruja untuk berjalan2 bersama Yul dan menunjukkan setiap kawasan di Vila mereka itu. Jess yang sebenarnya dah letih dan ngantuk terpaksa juga mengikut mereka berdua kerana dia sudah berjanji pada Yuri akan sentiasa berada di sisinya!
“oh ye, sica. Kamu kate kawan2 kamu akan datang juga? Mane mereka?”
“jap lagi diorang sampai lah. Hah, itupun mereka!” jerit jess terus berlari kearah pintu apabila melihat kelibat sun, soo, tiff, tae dan…..hyo. ergh.
Sun dan rombongannya sengaja datang lewat sedikit kerana tak mahu menganggu ahli keluarga jess yang lain.
Kemudian datuk jung mempelawa mereka semua masuk dan ikut sekali berjalan2 dengannya sebelum semuanya ke ruang makan untuk minum petang. Lagipun masing2 sudah letih semasa dalam perjalanan jadi inilah masanya untuk berehat.
Taeyeon melihat sekeliling vila dengan penuh perasaan kagum. Dia memang sudah tahu keluarga jess merupakan keluarga yang kaya dan berpengaruh Cuma dia belum berpeluang menyaksikannya. Sekarang dia sudah percaya.
“Besar sangatlah vila ni. lepas tu jarang digunakan..he.he.he macam seram je kan?”.
Tae melihat sekeliling dengan riak muka yang menakutkan. Dia cuba mengejutkan Tiffany pula dengan menyergahnya.
“taetae..jangan takutkan ppani!”
“ppani-ah..pernah tengok filem ‘Dilarang Keluar’. Same kan lokasinya dengan vila ni?he.he.he.”
Tiffany melihat potret di dinding yang berwarna putih dan terdapat ukiran, tangga yang agak panjang dan mencurigakan..memang kelihatan macam vila berhantu.
“Taetae! Tak baik cakap rumah orang macam tu!”
“tapi ppani..keluarga jess Cuma tinggal di vila ni bila bercuti..mungkin, makhluk lain yang tinggal sini kan…? He.he,”
Tiffany terasa angin bertiup di tengkuknya lalu membuatkan bulu romanya tegak.
“Taetae!!! T.T”
Sunny yang berada disebelah tak dapat menahan diri dari menyampuk.
“jangan risau tiff, kalau ade hantu pun. Orang pertama yang diorang nak kacau mesti Taeyeon!!!”
“kacaulah..aku tak takott!”
“ouh cakap besar ye…”
“buah atas meja tu boleh makan ke?”
Tiff, Tae dan Sun serentak memandang Soo yang asyik memandang buah plastic yang menjadi hiasan di atas meja bulat kecil di tepi sudut dinding.
“KENAPE KORANG PANDANG AKU?”

Selepas puas bersiar2 di dalam vila bersama pemandu pelancong tak bertauliah iaitu datuk Jung, mereka berhenti sebentar di ruang rehat disebelah tangga di tingkat 3.
“hai atuk…” hara tiba2 mucul dan mengedik kat Datuk Jung sambil buat muka aegyo. Datuk jung ketawa kecil dan mengusap kepala hara.
“kamu dah pilih bilik kamu, hara?”
“dah atuk. Hara sebilik dengan Nicole..kitorang kat MASTER ROOM. Ha.ha.” kata hara begitu teruja dan gembira.
“ouh patutlah kamu cepat2 naik atas. Nak dapat bilik besar rupenye..ha.ha.”
Mereka yang lain juga ikut ketawa ‘ha.ha.ha.’ tetapi masing2 buat muka ergh cam meluat sikit pun ade dengan gelagat hara yang agak batak tu.
Yoon dan Seohyun pun memunculkan diri selepas melepak bersama ibu bapa mereka tadi.
“oh semua muda mudi pun dah berkumpul ye? Macam rombongan sekolah pula kamu semua ni.” gurau Datuk Jung dan kali ini semua orang ketawa dengan ikhlas.
“kalau macam tu, atuk jadilah pengetua sekolah..pastu bahagi2 budak2 ni semua tido mane” sampuk Nicole yang datang tiba2 bersama tunangnya, Mat Saja (LOL)
“Budak-budak?!” marah jess.
“whatever…”
“ish kamu berdua ni cubala berbaik sket. Penat atuk tengok taw.”
“yelah atuk..nanti mase raye sica berbaik dengan Nicole ye?”
Datuk Jung hanya tersenyum menggeleng melihat cucu2nya.
Sun, Tae dan Hyo berkongsi bilik tengah manakala Soo dan Tiff telah memilih bilik yang di hujung  kerana mempunyai permandangan yang menarik.
“..yul jom.” Kata jess lalu menarik tangan yul berjalan ke salah satu bilik di hujung berhadapan bilik sootiff.
 “eh tunggu! Amboi sukati ye kau. Belum kahwin lagi nak sebilik pulak?! Atuk tengok Jessica tu..tak senonoh!!” bebel Nicole tak puas hati.
“yelah kamu ni pun sica..tunggulah kamu berdua kahwin dulu, time tu nak sebilik sebantal pun atuk tak kesah! Haha”
“ish atuk ni gurau macam tu pulak.”
“doctor yul boleh sebilik dengan saye.” Tawar mat saja.
Jessica terus terbeliak mata manakala Yuri menggeleng sampai skru kepalanya boleh longgar!
“eh takpe2. Kau boleh tidur sorang2. Nak sebilik dgn Nicole pun aku tak amek peduli!” kata Jess dengan pantas.
Datuk Jung berkerut hairan.
“kalau macam tu, yul. Kamu sebilik dengan yoon jelah.”
“YOON?!”
Yoon memandang kakaknya dan teman lelaki kakaknya bersilih ganti.
“Yoon tak kesah.. jom abang yul.” Kata Yoon terus menarik yul mengikutnya ke bilik berhadapan bilik Sun dan kawan2.
“eh, eh..tunggu..” Yul menjerit tetapi dengan nada perlahan(?) . Jessica pula masih memegang kuat tangan yul.
“ish akak ni, lepaslah! Tak mati nye boyfriend akak ni!!”
“ataupun yul boleh sebilik dengan kitorang?” cadang Hyo tiba2.
“err..perlu ke korang berempat sebilik? Tak sesak ke?” tegur Hara dengan hairan.
“betul tu. Err..takkanlah saye nak tinggal sorang2 dalam bilik tu??” sampuk tunang Nicole dengan riak muka yg takut. Nicole menampar bahu tunangnya dengan pandangan muka ‘you ni buat malu I jela’
Jess memandang sunny supaya masuk campur.
“Aku rase baik Hyo sebilik dengan Yul..sementara yoon dengan tunang si Nicole. OK”
“KENAPA PULAK YOON KENA SEBILIK DGN SI GENDUT NI?!”
“woi jage mulut kau sket!!!” marah Nicole.
Yuri pula hanya mampu menelan air liur. Itu kerana luarannya sekarang adalah lelaki, dia tiada pilihan lain sama ada sebilik dengan lelaki gendut yang tak pernah dikenalinya atau Hyo yang memang sedia maklum dia perempuan tetapi hyo juga kelihatan hot dan mengancam… ataupun..adik lelaki Jessica?
 “korang ni mcm budak kecik, pasal bilik pun kecoh sangat..!” ngomel Nicole dengan mimic muka menyampah.
Selepas beberapa adegan pergelutan, pembahagian bilik telah pun selesai..
Jessica akhirnya sebilik dengan Seohyun yang juga sebenarnya risau.
Apa akan terjadi pada kak Yuri??
Jeng jeng jeng…

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yul menyusun barang2nya di almari kemudian melihat sekeliling bilik. Memang cantik dan selesa..
Tapi kenapa Cuma ade satu katil dan saiz queen pulak tu! Takkanlah aku kena tidur sekatil dengan budak ni??!
Yoon pula melihat teman lelaki kakaknya yang kelihatan tidak keruan sejak dari tadi.
Dia tak tahu kenapa tetapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang aneh dengan Kwon Yul itu. Mungkin hanya perasaan dia, atau otak dia yang dah makin tak betul. Sudahla kali pertama berjumpa dia rasa doctor itu cantik..dan kini, dia rasa teman lelaki kakaknya kelihatan sedikit feminine pulak!
“..Abang Yul?”
“ye?”
“abang okey tak? Macam tak selesa je dengan yoon?”
“err..eh mane ade. Abang ok la.”
Yoon hanya mengangguk sambil membuat muka monyet.
“hrm, tadi atuk dah panggil turun minum petang,…” Yoon bergerak ke almari dan berdiri di sebelah Yul yang masih menyusun barang2nya. Kemudian dia mengambil sehelai T-shirt berwarna kelabu lalu menanggalkan kemeja yang dipakainya sekarang.
WO!kenapa dia tukar baju depan aku?!
Yuri tak tahu nak bereaksi ape. patutke dia tutup mukanya dengan tapak tangan seperti gadis naif yang tak bersalah atau buat selamba seperti lelaki normal yang lain??
Wah, badan dia ade abs lah.tengoklah six pack tuh..gagahnye.<3
YAH!!! YURI KENAPA KAU JADI MIANG NI?!!!
Yuri mengetuk kepalanya sendiri sementara Yoon mengambil jeans dan ingin menukar seluar pulak!
“ARGHHH!!” Yuri tterus menutup mulutnya dari menjerit. Yoon yang ingin menanggalkan seluarnya terus terbantut.
“kenape?”

---------------------------------------------------

“seo, biarkan je dulu barang akak tu!” kata jess dan terus ke pintu untuk keluar.
“akak nak kemana?”
“ke bilik sebelah la ape lagi?!”
Jess yang berlari ke bilik sebelah terus memulas tombol pintu dengan ganasnya.
“Yul..!!!!!!!!!!”
Apa yang dia lihat ialah Yoon yang cuba menanggal seluar dan Yuri yang menekup muka dengan tapak tangan seperti gadis naif yang kasihan.
“akak ni main masuk je! Cube ketuk pintu dulu! Inikan bilik lelaki!!” marah Yoon tetapi tidak serius kerana selepas itu dia ketawa kecil.
“ouh jess..err. jom kite turun bawah. Agaknye atuk dah lame tunggu!” kata Yul terus berjalan kearah jess yang sudah menghulurkan tangannya.
Pasangan kekasih palsu itu pun berpimpinan tangan lalu keluar dari situ.
Yoon memandang slek pada mereka berdua.
“cis, nak buat aku jeles la tuh”

--------------------------------------------------------------

Petang itu selepas minum teh dan makan kudapan yang lazat lagi penuh lemak krim disukai ramai, mereka bersiar2 di hutan yang dikelilingi taman bunga sambil menunggang kuda. Permandangan yang indah dan flora fauna yang memukau menjadikan suasana agak romantic. Terutama apabila menunggang kuda bersama insan yang tercinta dan membiarkan diri dibuai angin bayu. Seperti berada dalam filem pula.
“taetae, cepatlah sket!!” marah Tiffany apabila melihat tunangnya sejak dari tadi terkial-kial memanjat badan kuda dewasa berwarna coklat kehitaman itu.
“sabarla ppani-ah..kuda ni tinggi lar..”
Sunny yang siap berjalan satu pusingan dengan kudanya mentertawakan Taeyeon.
“kalau dah pendek memang tak boleh nak buat ape..”
“KAU DIAM!”
Tiffany yang memang teringin menunggang kuda naik bosan menanti kelembapan Taeyeon.
“Sun, bawa aku pusing taman ni juga” kata Tiff dengan kuat.
Sunny menarik Tiff keatas kudanya dan sengaja membiarkan tiffany memeluk dirinya. Kemudian dia mengarah kuda itu berjalan2 di hadapan Taeyeon.
“ppani-ah?!!” Taeyeon berteriak dengan wajah yang kecewa.
Sementara 3 orang itu membuat drama cinta tiga segi, soo berkelah dibawah pokok di atas tikar dengan pelbagai kudapan di hadapannya. Tiada yg dapat lebih menggembirakannya selain dari makanan, walaupun di kala itu teman lelakinya sedang berpoya-poya dengan awek seksi. Namun dia tidak berseorangan kerana seohyun juga di situ, membaca buku dan Yoon yang juga makan dengan gembira bersamanya dan tak habis2 menguratnya sejak dari tadi.
“cik soo,kek strawberi ni manis tapi ade yang lebih manis dari ini.”
“ape die??” kata soo teruja.
“ouh manis sekali, wajahmu itu.. ; ) “nyanyi yoon dengan suara yang romantic.
“ha.ha. manisnye mulut..”
“i tahu banyak restoran yang makanannya lazat2. Nak tak bile2 dinner dengan i?”
“tak kesah..tapi you kena belanja lar.”
“ouh semestinya, diriku sanggup melakukan apa saja..untukmu..; )”
“ha.ha. lagu ape tu?!”
Sementara 2 orang itu bermain cinta yang mana seo tak faham langsung kenapa abang sun dan kak soo ni suke berpoye2 dan kelihatan seperti tak setia, dia tercari-cari kelibat kakaknya Jessica dan doctor yul.
Tapi apa yang dia nampak Cuma 3 orang saiko, hara yang berpusing2 sambil memetik bunga berangan seperti puteri raja, Nicole yang hampir terjatuh dari kudanya dan tunangnya yang gendut mengejar di belakang.
Mane kak sica?!

----------------------------------------------------

“kuda ni atuk hadiahkan pada saye mase umur saye 17 tahun..”
“wah, dah lame la die berkhidmat untuk tuan puteri sica ye?” gurau Yuri.
“hurm, tapi tuan puteri sica pandai jage kudanye sebab itu Short tetap sihat, putih dan menawan!” kata Jess dengan bangganya sambil membelai rambut si Short yang berbulu putih seperti kuda diraja pula.
“saye rase short ni dah tue, tengoklar uban penuh satu badannya. Haha” komen Hyo selamba.
“ei kau diam.” Marah jess.
Yuri ketawa melihat telatah mereka berdua. Sejak dari tadi, mereka bertiga berjalan bersama. Asalnya Cuma dia dan Jessica tetapi tak tahu kenapa Hyo asyik cuba nak menyelit, itu yang membuatkan jess makin naik angin dan kemudian sentiasa bertekak dengan Hyo.
Hyo membuat muka selamba dan cuba membelai kuda jess, Short.
“ei tepila, short takkan layan orang asing! Kena tendang nanti baru tahu!!” sumpah jess, cuba menendang Hyo.
“hei, kuda! oi kuda! K.U.D.A kuda!!” kata Hyo pada Short meniru gaye budak yang dalam iklan vitamin yang cuba eja k.u.d.a tu..
“Short, gigit kepala die cepat!!” arah Jess.
Tetapi anehnya short bukan saja tidak menggigit kepala Hyo malahan dia menyondol badan jejaka itu seperti ingin meminta menaikinya.
“Wah, short suke kat hyo lah…” komen Yuri.
Hyo ketawa bangga dan cuba menaiki Short.
“jangan short!! Die tu orang jahat!!!” jerit jess tak puas hati.
“jessica jung, jom jalan2 dengan saye dan Short si kuda?” ajak Hyo, menghulur tangan pada Jess yang bengang sebab kuda kesayangannya menyukai musuh ketatnya.
“Ei tak hingin aku!!!”
“alala Jessica jung rase malu2 pulak..”
“ei blah arr!!!”
Yuri tiba2 berasa terpinggir saat dia melihat aksi hyo dan jess yang mesra.
Betullah kata pepatah, apabila bertiga, seorang pasti akan disisihkan..
Yul mula bermonolog sendiri, dia dengan wajah yang sedih pun menarik tali pedati kuda yang dia percaya milik seohyun lalu menunggangnya.
“jess, biarkan die. Meh sini naik dengan saye!” kata yul sambil menepuk2 tempat duduk yang terdapat di atas kuda berwarna hitam dan kelihatan kacak itu.
Jess terus menjerit ‘okay’ dengan gembiranya – sangat berbeza reaksi die terhadap ajakan hyo.
“tapi..takkan nak biar orang jahat tu dengan Short??”
“Jessica Jung! Saye tak jahat!! Berapa kali saye nak ulang?!!”
“jangan risau..rasenye hyo tak makan daging kuda..” yul cuba menenangkan jess dengan lawak (yg dianggap kejam bagi sesetengah pencinta kuda dan kuda itu sendiri)
“eh, jom kite lumba nak?? Siapa sampai dulu kat pokok besar yang ade orang berkelah tu, menang!” ajak Hyo cuba mencabar kredibiliti Yuri yang memang menjadikan sukan menunggang kuda sebagai hobi semasa dia di university.
“oohh..nak challenge aku yew? Jangan harap boleh menang!!!” Yul terus menarik tali pedati dan kuda hitam itu terus berteriak dan memecut laju, Hyo tersengih dan melakukan perkara yang sama. Manakala Jessica…
“kyyaaaaaaaa…” jerit jess seperti ikan dolphin(klau teringin nak dengar senang je, pegi YT taip Jessica Dolphin Screams)

---------------------------------------------------------------

Seohyun telah selesai menghabiskan 3 buah buku. Cukuplah untuk petang itu. Dia melihat kelibat abangnya dan kak sooyoung  sudah tiada lagi.
Dia menoleh ke belakang dan melihat yoon, soo, sun, tae dan tiff sedang bermain tunggang kuda seperti anda berada di zoo dengan riang sekali.
Dia terdengar abangnya menjerit memanggil namanya.
“seobeb..nak naik kude ni? abang pimpinkan! Cume bayar rm5 saje!!”
Dia bingkas bangun dan ingin menyertai mereka, tetapi tiba2 dia berlanggar dengan Nicole yang kelihatan marah.
“hei tepilah!!!” tengking Nicole padanya.
“ape masalah die tu?”

Nicole dan tunangnya yang gendut pun berlari berkejaran dengan gembira di dalam hutan tropika yang tidak tebal(sebenarnye tunangnya lari ketakutan dari amukan nicole – bukan jess sorang je ade amukan jess!)
“berhenti!! Jantan tak gunee!!!” jerit Nicole dengan marahnya! Entah apa yang tunang dia sudah lakukan tapi melihatkan situasi itu, mat saja pasti tidak akan mengulang perbuatannya lagi.
“mak tolooooong!!!”
Dia terus berlari keluar apabila dia melihat jalan.
“ARGHHHHHHH!!!!”
Yuri yang begitu teruja semakin mengasak kudanya supaya meningkatkan kelajuan, kini hyo dan short ketinggalan sedikit di belakang. Saat itu, terpacul seseorang di depan laluannya!
“kyaaaaaaa!!!”
Yuri terus menarik tali pedati supaya dapat membuat brek kecemasan, kuda hitam yg ditunggangnya terus berkeriot dan melompat kehadapan – senang cerita hilang kawalan.
Jessica terlepas pegangannya lalu tercampak ke belakang sementara yuri terjelopok jatuh di atas mat Saja yang sudah pengsan akibat terlampau terkejut.
Yuri yang sudah landing atas perot sape ntah, sempat menjerit name jess,
“jeshika!!!”
Jess yang tercampak terasa seperti berada di awangan. Dia seperti terbang di udara.
I believe I can fly, I believe I can touch the sky
Adakah aku akan mati?
Erghh!
Dia dapat melihat tangan seseorang menyambutnya dan memeluknya kedalam dakapan begitu erat.
Dia sekali lagi melihat mata yang serius dan berkarisma itu.
Ini ke heroku?
Mereka berdua bergolek atas rumput di tepi laluan itu.
Kemudian dia melihat ramai orang menghampirinya.
“jess, kau okay ke?”
“ade luka kat mane2??”
“wei cepat call ambulans!!!”
Dia terdengar suara cemas kawan2nya, suara panic adik2nya dan suare menjengkelkan sepupu2nya.
Dia ingin bangun tetapi dirinya masih dipeluk dengan erat membuatkan dia tak dapat bergerak. Tetapi dia tak tahu kenapa, dia suka begitu.
Kenapa jantung aku makin berdegup laju ni?
Hyo bangun perlahan2, masih memegang jess dengan erat.
“huh siket je tadi, nasib baik aku sempat tangkap!”
Hyo perlahan2 melepaskan jess. Jessica memandang wajahnya sekejap kemudian terus berpaling ke tempat lain.
“jessi ko nak pergi hospital tak?” tanya tiffany, risau.
Jess memandang kembali semua mata yang merenung kearahnya.
“I’m fine….jangan risau.”
Semua menarik nafas lega.
“err..korang!” suara yuri menarik perhatian yang lain.
“aku rase, tunang Nicole ni yang perlu bawak ke hospital!!!” tunjuk yuri pada sekujur tubuh yang terdampar di tengah jalan seperti ikan paus di tepi pantai.

Nee No! nee no!
--------------------------------------------------------------------

Bonus : (adegan yg tak bermakna lalu dipotong)
Tae: ppani! Cepat turun!!!
Ppani : kalau ppani taknak?
Tae: tae akan, tae akan…
Ppani: akan ape?!
Tae: taetae akan bela misai kontot!!! >.<
Ppani: tiiidaaaakk!!! Ok ppani turun! Sun, berhentikan kude ni! (melompat turun lalu disambut tae kemudian mereka berpusng2 sperti cite Hindustan)
Sun: ape2 jela..ish mane awek aku arr??
Yoon: puteri soo, sudikah dikau menerima ku sebagai puteramu? (atas kuda sambil hulur tangan pada soo)
Soo: (ketawa) herm beta akan pertimbangkan ; )
Sun: oiii! Berani kau nak merampas kekasih aku?!! (datang dgn kuda dan terus merangkul badan soo naik keatas kudanya) -à persoalan : sama ada sun amat gagah atau soo amat ringan
Soo: arhhh (dengan nada yg gedik)
Sun: (memandang wajah soo dengan jarak yg dekat) kau selamanya milikku.. (wajah kacak)
Soo: owh baby….<3<3<3
TaeNy: ( muntah) wekk jijik yekk
Yoon: (memandang taeny & soosun) arh bestnye kalau aku pun ade girlfren..sob sob sob T.T
seo : (dibawah pokok) URGHHHHH… (-.-)

 




[spoiler] Impian Tae :
                                          Sayang…<3<3<3                    Ye abang datang ni..XD