Pages

Wednesday, 25 September 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad) -bab7-


BAB 7




“YOON!!”
Jessica terus meluru kearah adik lelakinya dan memeluknya erat. Yoon hanya ketawa melihat keletah kakak yang amat dirinduinya ini. Tetapi, pelukan Jessica seperti ingin membunuhnya.
“err..kak..yoon..tak dapat bernafas!”
Jessica segera melepaskan adiknya lalu tersengih tanpa rasa bersalah. Yoon terbatuk2 kecil membuatkan kakaknya menepuk belakangnya, kuat.
“uhuk2, akak memang nak bunuh yoon ye?”
“haha, sori..akak teruje sangat..dah lame yoon tak balik!”
“sekarang yoon faham kenape sume boipren akak tinggalkan akak! Akak ni RAKSASA!!”
Jessica mencebik lalu mencubit lengan Yoon dengan kuat. Diingatkan, kuku jess ketika itu baru polish, tajam dan bersinar..
“adoi! Kenape cubit yoon pulak ni?!”
“ko tanye kenape…?” Jess mencubit lagi lengan adiknya. Yoon cuba mengelak tetapi tangan kakaknya lebih pantas!
“dah dah..jangan cubit lagi! Abes lebam! Nanti orang ingat yoon ni mangsa penderaan pulak!”
“sape suruh cakap akak macam tu! Hah yang kau takde angin takde rebut tetiba balik Malaysia ni ape cite?”
“ai..tadi die yang teruje..tup2 macam tak suke je orang balik..takpelah camtu..yoon balik paris sekarang jugak! Bonjour !”
“BERAMBUS KAU KE PARIS!!”
Tae tiba-tiba memecah masuk ke pejabat Jess dan terus menumbuk muka Yoon hingga hampir terjatuh ke belakang.
“Taetae, cukuplah!” Tiffany mengejar dari belakang diikuti Sunny dan Sooyoung yang sempat membeli sebungkus karipap sardine.
Jessica berkerut memandang Tae yang sedang berapi, dia terlupa perkara penting yang terjadi suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan adiknya membawa diri ke Paris.


Setahun yang lalu..

“Kak Fany, I LOVE YOU !”
Tiffany terkejut dengan luahan perasaan yang secara tiba-tiba itu. Biar betul budak ni?!
“kak fany, dengar tak ape yang yoon cakap ni?”
“hah?”
“Yoon cintakan kak fany! Sekarang terimalah cinta yoon yang suci lagi murni ini..” kata yoon lalu melutut dihadapan Tiffany dan menghulurkan sebentuk cincin.
“Yoon, are you serious?”
“mestilah yoon serius! Ape kak fany ingat cinta yoon ni cinta monyet ape?!”
Lagu bukan cinta monyet – tilu pun berkumandang.
“yoon, kite tak boleh bersame..”
“kenapa pulak? Sebab yoon ni lebih muda dari kak fany?!”
“bukan sebab tu je..”
“ape die, kalau macamtu biar yoon panggil kak fany, Tiffany!”
“Yoon!”
“Tiffany!”
Tiffany mengeluh perlahan. Dia tahu budak ini takkan mengaku kalah dengan mudah.
“..Jessica tahu tak tentang ni?”
“Tak! Yoon nak rahsiekan dulu, sampai kak fa, eh Tiffany terima cinta yoon baru yoon bagitahu satu dunie!!!”
“Yoon, kak fany..takkan terima cinta yoon..”
Yoon terduduk, hatinya terasa seperti dicucuk duri yang tajam. Dia memandang Tiffany dengan wajah yang kecewa.
“kenape? Tak cukup ke selama ni yoon buktikan cinta yoon pada kak fany?”
“bukan sebab tu..kak fany..dah ade teman lelaki!”
“APE?!”
--------------------
“WOI PERAMPAS!” jerit Yoon menolak Tae yang sedang duduk lalu tergolek jatuh kebawah kerusi.
“HOI KO SAPE?” tae bangun dan ingin menentang Yoon semula tetapi disebabkan fizikalnya yang lebih pendek, dia mengalami kesusahan sedikit.
“SEBABKAN KAU, KAK FANY TOLAK CINTA AKU!!!” Yoon ingin menumbuk muka Tae dengan sekuat hati sebelum dihalang Jessica dan Sunny yang datang tepat pada masanya.
“EI LEPASKAN YOON! BIAR YOON AJAR MAMAT PENDEK TU CUKUP2!!”
“Yoon, jangan jadi bodoh boleh tak?!” jerit Jessica, marah. Yoon terus berhenti bergelut dan memandang kakaknya.
“Ape maksud akak? Salah ke kalau yoon jatuh cinta pada kak fany?”
“SALAH! Sebab die cintakan aku!!!” jerit Tae mengundang amarah Yoon. Mereka sekali lagi ingin bertumbuk sebelum Sunny menghalang mereka.
“Tae kau diam! “ jerit Jessica yang kemudian menarik Yoon pergi dari situ.
Dalam kereta menuju perjalanan balik kerumah. Yoon hanya mendiamkan diri, tidak berani memandang wajah kakaknya yang sangat menakutkan ketika itu.
“Yoon cume rase..mamat pendek tu tak layak untuk kak fany! “
“Yoon, ko diam!”
“ta..tapi..”
“nak akak cakap hal ni kat ayah? Kau sengaja cari gaduh dengan orang kat tempat awam macam tu! Buat malu jelah!”
“cakaplah ape pun, yoon tak kisah! Biarlah semua orang kat planet ni menentang yoon! Yoon tetap cintakan kak fany!”
“berhenti mengarut boleh tak? Kau tak cintakan die! Itu semua hanya disebabkan hormone kau yang tak stabil, darah muda!”
“tak! Yoon cintakan die! Akak takkan faham!”
“kenape pulak akak tak faham? kau tu adik akak, tiffany tu kawan baik akak! Jadi akak faham semuanya! Kau tu yang salah faham, salah tafsirkan perasaan kau tu..kau sebenarnya tak cintakan tiffany pun!!”
“tak!! Akak bukannye boleh bace isi hati yoon!!!!”
Jessica menarik nafas panjang. Bercakap dengan adiknya yang ini memang perlukan banyak kesabaran. Dia sendiri sedar sejak kecil, Yoon cenderung untuk memiliki apa yang dia ade. Bile dia ade anak patung, yoon akan kate die suke main anak patung tu! Bile die main basikal, yoon akan minta basikal tu dari die! Bile die ke sekolah itu, yoon juga akan meminta ibu bapa mereka supaya bersekolah ditempat yang sama.
Adik lelakinya itu cenderung untuk menyukai setiap perkara yang ada di sekelilingnya, termasuklah Tiffany!

Sudah seminggu sejak kejadian itu, dan Yoon masih lagi merajuk dengan semua orang sehingga mengurung dirinya dan langsung taknak keluar dari bilik. Datuk Jung, ibu bapa mereka, sudah puas memujuk yoon supaya keluar tapi langsung tidak berhasil.
Akhirnya mereka meminta Jessica menyelesaikan masalah ini.
Tukk Tukk Tukk
“sudahla..JANGAN GANGGU YOON LAGI!!” jerit Yoon dari dalam bilik.
“Yoon…janganlah macamtu..”
“KAK FANY?!”
“ye…ini kak fany..” Tiffany cuba bercakap dengan lembut sambil memandang Jessica dengan risau.
“APE YANG KAK FANY NAK? PERGILAH KE PANGKUAN LELAKI PENDEK TU!”
“Yoon..kak fany minta maaf sebab terpaksa tolak cinta yoon..mungkin kite memang tak ditakdirkan untuk bersame..”
“ARGHH ALASAN!!”
“Hei yoon! Cinta mane boleh dipakse! Kalau orang tu dah taknak, tak payahla nak pakse die!” jerit Jessica. Dia sudah mula bosan dengan drama yang dibikin adiknya itu!
“KAK SICA JANGAN SIBUK HAL YOON!”
“jess..biar aku uruskan..” bisik Tiffany. Jessica memandang kawan baiknya itu dengan curige.
“are you sure?”
“yes…”
“DAH PERGILAH! BIARKAN YOON MATI SORANG2 DALAM BILIK NI!”
“Yoon..janganlah buat perangai macam tu..kak fany tak suke!”
“ADE YOON KESAH? KAK FANY TETAP PILIH LELAKI TU KAN?”
“yoon..okay macam ni, ingat tak yoon ade dapat terima tawaran dari datuk jung untuk uruskan bisnes dekat paris kan?”
“SEKARANG KAK FANY NAK HALAU YOON JAUH2 PULAK?!”
“ish..bukan macam tu..yoon tahu kan kak fany suke lelaki yang macam mane?”
“err..lelaki yang berkerjaya dan mampu menanggung keluarga?!”
“hm pandai pun. Tapi cube yoon lihat diri yoon..adekah yoon sudah cukup semua aspek tu?”
“err..tak..”
“jadi, cube yoon muhasabah diri..fikir2kan tawaran kerja di paris itu, bila yoon dah bina kerjaya yang kukuh, malah bersikap lebih matang..yoon boleh balik semula ke Malaysia..dan mase itu, mungkin kak fany akan pertimbangkan cinta yoon. Macammane?”
Yoon mendiamkan diri untuk seketika. Dia berfikir panjang mengenai semua tawaran itu.
“BAIKLAH. Yoon akan kembali selepas setahun! Dan mase itu, kak fany akan jadi milik yoon!!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“KAU JANGAN HARAP DAPAT RAMPAS TIFFANY DARI AKU!” Jerit tae sambil mengacukan penumbuknya pada Yoon yang mula tersenyum sinis. Yoon mengelap darah yang keluar dari bibirnya. Dia mengerling tajam kearah tae.
“Bagus, sekarang kau dah cederakan aku..”
“bukan takat cedera! Bunuh kau pun aku sanggup kalau kau berani sentuh tunang aku!”
“taetae, jangan cakap macam tuh!”
“tapi ppani-ah..”
“Oh, jadi kak fany dah bertunang lah dengan mamat pendek ni..hrm..langsung tak tunggu yoon kan?” kata-kata yoon yang penuh nada sindiran membuatkan Tiffany rasa serba salah pula..
“Korang, cukupla tu! Jangan nak bergaduh lagi..cube korang setelkan hal ni macam orang dewasa! Cuba bawa berbincang!” Sunny mula membebel.
Yoon berjalan mendekati tae sambil tersenyum membuatkan Tae semakin berjaga-jaga.
“Encik Kim, aku balik sini bukan nak rampas tunang kau..”
“kau jangan nak memperdayakan aku pulak!”
“kak sica cakap betul..yoon tak cintakan kak fany, itu cume mainan perasaan yoon sendiri..” kata Yoon pada Jessica kemudian menoleh kearah Tiffany.
“kak fany, yoon nak minta maaf kalau selama ni yoon menyusahkan kak fany dengan perangai yoon yang tak matang langsung tu..”
Tiffany tersenyum sehingga matanya terpejam dan menepuk2 bahu yoon dengan mesra.
“sekarang kak fany rase yoon memang dah jadi lelaki yang matang…bukan macam orang tu yang membuta tuli nak serang orang lain…”
Tiffany sengaja menyindir tunangnya sementara Tae sudah mula rasa malu dengan perangai nya sebentar tadi. Dia hanya tersengih pada Yoon dan menarik Tiffany jauh dari pemuda itu. Yoon membeliakkan matanya pada Tae, Jessica menarik nafas lega setelah hal itu selesai, dia duduk semula di kerusinya. Sunny pula terus ketawa.
“ai, macam drama lah korang tadi! Tae komain nak jadi hero!”
“ha.ha.ha” tae pure2 ketawa apatah lagi bile dirinya dijeling tiffany dengan geramnya.
“tapi kenapa kau balik tibe2 yoon?” tanya sunny.
“eh, kan Nicole nak kahwin nanti..lagipun yoon dapat cuti sebulan..ape salahnye balik kampung jenguk family?!”
“tak salah..haha”
Sooyoung melihat semua orang dengan riak muka yang tak puas hati.
“kenape aku asyik tak dipedulikan je hari ni? aku ni wujud ke tak sebenarnye?!”
Yoon melihat kearah Sooyoung dan tersenyum penuh muslihat. Uhh..gadis ayu!
“awak wujudlah..saye dengar ape awak cakap..”
Sooyoung terperanjat. Dia menoleh kearah Yoon yang tersenyum2 seperti pakcik dalam iklan ‘senyum tak perlu kata apa2’ tuh!
“kau ke yang cakap dengan aku tadi?!”
“saye Jung Yoon A. Adik kepada Jessica. Awak kawan kak sica ke? Selamat berkenalan..”
“kau pun boleh cakap melalui minda macam dorang jugak  ke? Kau pun ade kuase tu jugak?!”
“bukan kuase lar..kite berdua sedang berada di frekuensi yang sama, itu je..”
“tak habis2 dengan frekuensi! Ape sebenarnye tu?!”
“Tak tahu. Tapi ianya seronok kan? Oh ye nama awak sape?”
“soo..sooyoung!”
“owh, cantik name tu..secantik orangnye..”
Sunny perasan yang Sooyoung dan Yoon sejak tadi merenung antara satu sama lain. Dia berkerut dan mula berfikir yang Yoon ingin merampas teman wanitanya pulak!
Aku taknak jadi macam tae!
“Sayang!” tegur Sunny sambil mencuit lengan Sooyoung membuatkan gadis itu sedar semula dari pukauan Yoon…
“Oww, Kenapa ni?” pertanyaan Soo tidak dibalas malahan Sunny terus menarik sooyoung pergi dari situ. Seakan-akan Yoon menjadi satu ancaman padanya!
“Bye, sooyoung..jumpe lagi!”
“berhenti bercakap dengan aku!!”
Yoon ketawa kecil melihat sooyoung yang masih keliru dan sunny yang cemburu! Dia kemudian menoleh pada kakaknya yang sudah mengangkat kening ala2 ziana zain.
“akak tak rase kau belajar ilmu perniagaan di paris tu..”
“…yoon belajar ilmu memikat perempuan..” kata Yoon sambil mengenyitkan mata pada Jess yang sudah tergelak.
Tae, sun..baik korang berhati-hati! hahah!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yuri yang baru menghabiskan shif kerjanya menyimpan barang ke dalam loker, dia sempat mengerling kearah cermin yang terdapat dalam lokernya. Kemudian mengambil cermin itu dan terus menelek wajahnya yang sedikit berkedut.
“aku kacak? Oh yeah..Haha”
Beep.
Yuri mengambil HP nya dan membuka mesej yang baru masuk itu.
From Soo
Yul, jum dinner luar. Aku amek kau.
To Soo
K
Yuri segera berkemas dan menyiapkan dirinya dengan pakaian kasual, selepas mengucapkan selamat tinggal pada beberapa rakan sekerjanya, dia terus berjalan ke perkarangan hospital dan melihat kawan baiknya itu sudah melambai2 kearahnya.
“Yul, cepatlah!!” jerit soo. Yuri hanya ketawa kecil.
“kalau bab makan memang kau tak boleh menyabar kan?”
Di dalam kereta..
“kite nak makan kat mane ni? kau belanja kann? Kan?”
“Yul, kau baru kenal aku semalam ke? Aku tak akan, TAK AKAN belanja orang lain makan!”
“ah, kau memang! Kedekut taik idung masin…”
“ala jangan risau..ni GIRLFRIEND kau yang nak belanja..”
“girlfriend aku?!”
“ala jess lah! Hadoii..”
“ohh..lupe lak..yelah..die kan girlfriend aku..haha”
“kau macam suke lagi seronok je menyamar jadi boyfriend die…”
“Yeke? Biase je..”
“biase je? Nampak sangat kau teruje!”
“aku teruje?!”
“kau ingat aku tak perasan, sejak malam tu..kau suke tengok muke kau kat cermin pastuh puji diri sendiri kacak!”
“err..ha.ha. aku pun tak tahu kenape, aku rase..bile aku jadi Kwon Yul..aku macam dapat satu keyakinan baru.”
“..selama ni doctor yuri tak yakin ke orangnye?!”
“hm, camner nak jelaskan kat kau..die macam perasaan bile kite ade identity lain dalam hidup. Dan dengan identity lagi satu tu, kite boleh buat banyak perkara yang kite tak boleh buat sebelum ni…”
 “ouh..macam sebelum ni kau tak dapat ngurat awek..bile jadi kwon yul baru boleh..kan? haha”
“bukanlah, sengal! Maksud aku..aku macam ade kehidupan lain selain menjadi doctor yuri…”
“..yang bosan, sukakan herba dan buat yoga tetapi tetap mendapat kedut di muka…”
“WO KAU MEMANG NAK KENA KAN?!” Yuri sengaja menggeletek Sooyoung menyebabkan minah tu geli lalu hilang kawalan dalam pemanduan.
SKREETTTT
“Arghhh!!!”
BOOM!!!
Tamat.
“gile lah kau ni. nasib baik kite tak eksiden taw!” marah soo sambil mengelap peluh dingin di dahinya. Dia siap terbayang jika keretanya jatuh gaung dan meletup!
“haha, sorry sorry”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiffany tergelak2 apabila Jess bercerita bagaimana datuk jung dan ibu bapanya sudah berkenan dengan teman lelakinya, Kwon Yul dan tak habis2 memuji ‘jejaka’ itu.
“Habislah kau jess…”
“tulah, atuk siap ajak die bercuti dengan kitorang!”
“yeke? Haha..habislah yuwree…”
“habis kenape?” sampuk Yuri.
“Eh, Yuwree!!!”
“err hai korang, lame tunggu?” sapa soo dan terus duduk di hadapan tiffany manakala yuri duduk dihadapan Jessica.
“hai makwe!” gurau Yul tersengih2.
“hai pakwe! Hihi” Jess pula melayan je..Tiffany dan sooyoung membulatkan mata antara satu sama lain.
‘Hai sooyoungie..^^”
“hai tippani..<3”
“perlu ke korang buat camtu?” tegur jess. Mereka pun ketawa.
“mane yang lain? Tae, sun?” tanya Yuri sementara si soo dah heboh memanggil pelayan untuk mengorder. Lagi2 mereka berada di restoran yang terkenal masuk rancangan Jalan2 Cari Makan dan orang nak belanja pula tu!
“dorang datang lambat sket kot. Alah tak payah datang pun takpe..jimat duit saye!”
“awak baik sediakan wang yang banyak..budak soo ni makan tak ingat dunie!”
“hamboi, kutuk aku nampak?!”
“oh yeke? Kalau macam tu, saye belanje awak jelah yul..soo bayar sendiri!”
“ei ape ni? TAK ACI!!!”

to be continued....
credit to: 
http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/




Tuesday, 24 September 2013

BICARA JANTUNG (BY AMISA AHMAD) -bab6-


BAB 6


Di lapangan terbang KLIA,
Seorang pemuda yang tinggi memerhatikan sekeliling kawasan lapangan seperti mencari seseorang. Dia menarik beg bagasinya dan mula berjalan keluar darii kawasan check out. Dia kemudian membetulkan topinya, menampakkan wajahnya yang kalau masuk Idola Tampan sure mesti menang! Sekumpulan gadis berjalan dihadapannya dan mereka masing2 berbisik sambil memandang kearahnya.
“ei, comel kot mamat tu!”
Pemuda itu tersenyum, bangga.
“Terima kasih!”
“hah? Die dengar ke?! Arh malunyeee….”
Pemuda itu kemudian ketawa kecil dan menarik nafas panjang. Lalu melepaskannya dengan kuat.
“arhh, welcome back to KL, Yoon!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yuri duduk di bangku dalam bilik rehat sambil termenung panjang. Sudah 30 minit dia berkeadaan sebegitu. Dr. Erma Fatima pula sudah 10 minit mengerutkan kening melihat rakan setugasnya itu merenung dinding. Dia duduk di sebelah Yuri dan melihat dinding dihadapan mereka untuk memastikan jika ada sesuatu yang menarik berlaku di dinding itu.
“Takde ape pun kat dinding ni! eh nanti dulu, ade tulisan kecil…hrm..lonely? call me at 01..EH APE NI?!”
Dr.Erma Fatima tergelak sendiri dengan tingkah lakunya yang mula menjadi aneh. Dia memandang semula pada Yuri, yang masih termenung. Dr.Erma menghayunkan tangannya berulang kali di depan muka Yuri namun masih tiada respons.
“API! API! TOOLOOOONGG!!” Jerit Dr. Erma ditelinga Yuri.
“Hah?! Api! Mane?! Mane?!”
Dr. Erma terus tergelak2 sementara Yuri memandangnya aneh.
Apahal orang tue ni? buang tebiat ape?
“takde api pun..ish doctor ni buat saye cuak je.” Ngomel Yuri. Ketawa Dr.Erma masih lagi bersisa.
“Kamu ni yang buat saye curige! Komain termenung sampai ke utara sane! Fikir pasal ape hah?”
“fikir ape….?”
Yuri sendiri tak dapat menjelaskan apa yang dia sedang fikirkan..mungkin kerana sepanjang 30 minit itu dia cuba mengimbas kembali apa yang sudah terjadi malam tadi.


Seluruh Keluarga Jung kemudian keluar ke halaman rumah yang luas seperti taman bunga yang indah untuk melihat bintang di langit. Malam itu cerah jadi datuk Jung mengajak semua orang menyertai nya melihat keindahan alam semesta ini.
Jessica berjalan berpimpinan tangan dengan Yuri kemudian mereka duduk di gazebo yang berhadapan dengan kolam sementara yang lain juga duduk melepak di lokasi masing2. Biasalah dah rumah pun besar dan luas! Orang kaye katekan..
Jessica tersenyum memerhatikan dirinya.
“asal? Saye nampak pelik ke?”
“eh mane ade! Cume saye masih rase kagum dengan rupa awak sekarang..”
“haha, saye sendiri pun tak percaya bile saye tengok cermin! Rase macam nak terjatuh cinta kat diri sendiri pun ade jugak!”
“…sekarang boleh tak saye nak ucapkan terima kasih?”
“hm, boleh!” kata Yuri, ketawa kecil.
“Terima kasih, yul..”
“same-same..”
“Betul saye cakap ni saye tak pernah jumpe perempuan yang sporting, baik hati, cool dan paling penting..memahami.. macam awak ni..”
“haha, janganlah puji lebih2 sangat..hohoho” hidung Yuri sudah mula kembang kempis akibat terlampau gembira dipuji.
“alamak, menyesal lah pulak puji! Haha”
”amboi, ni ikhlas ke tak puji ni?” mereka berdua sama-sama ketawa.
“saye rase saye perlu balas budi baik awak tolong saye ni…awak nak ape? cakap je!”
“eh tak payahla balas2 ni! kite kan KAWAN! Ape gunenye kawan kalau tak boleh nak tolong satu sama lain?” kata-kata Yuri menusuk ke kalbu jess.
“Kawan….?” Kata jess dengan air mata bergenang ala macam dalam komik tu..
Yuri mengangguk dan melemparkan senyuman yang ceria membuatkan Jessica juga ikut tersenyum.
“kalau awak nak tahu..sebenarnye..sejak kecil saye tak ramai kawan…kawan saye cume Tiffany dan sunny je..” kata Jessica perlahan lalu memandang Tiff dan Sun yang sedang duduk di bangku bersama Seohyun sambil minum jus.
“hm, bagi saye..tak kisahla kawan kite ade satu atau due..yang penting, mereka sayang dan setia pada kita. Well, persahabatan ni macam perkahwinan juga, perlu ada komitmen, kasih sayang dan kesetiaan. Dan saye nampak, mereka berdua ade semua cirri-ciri tu.”
Jessica mengangguk setuju.
“saye rase tae pun baik jugak orangnya..kawan yang baik.” Sambung yuri lagi.
“tae? Hm..bolehla…die cume nak ambil hati saye je..yelah, sape yang nak kahwin dengan tiffany mesti dapat restu saye dulu!”
“haha, awak ni macam mak tiffany pulak!”
“agakla…kitorang kalau mase kecik dulu main mak2, mesti saye jadi mak, sunny jadi bapak dan tiff akan jadi anak perempuan yang comel..”
“haha, comelnya bile bayangkan korang mase kecik..seronokkan, persahabatan yang korang bina sejak kecil berkekalan hingga dewasa.”
“kitorang siap dah pakat nanti nak jodohkan anak masing2 supaya boleh jadi besan!”
“itu kena tunngu lame lagi lar..yelah awak pun macam lame lagi je nak kahwin…”
“tahu takpe! Lainlah kalau awak nak kahwin dengan saye..hihi” gurau  Jessica sambil memukul bahu Yuri manja.
“Mentang2 lah saye ni memenuhi criteria lelaki idaman awak! Cume satu je kurang….”
“ape die?”
“haha, saye takde benda yang kat bawah tu..”
“ei yul! Jijik lah awak ni!!” Jessica memukul Yuri dengan kuat.
“Ouch sakitlah! Main kasar ye?” Yuri pun membalas pukulan jess dengan mencubit pipi minah tu.
Selepas itu mereka berdua pun ketawa serentak. Macam budak2 pula!
“jadi yul..ape pula cirri lelaki idaman awak?”
Yuri mengangkat kening dan membuat gaya berfikir.
“hm..seorang yang nampak dingin, tapi sebenarnya mesra..cool tapi kadang2 boleh jadi comel! Oh ye dan juge kaye!”
Yuri tersengih2 seperti orang nak minta penampar lalu menolehh kearah jess yang mendengar dengan teliti kemudian buat muka aneh.
“macam saye je..”
“yeke? Macam awak? Takdela..awak mane comel!” gelak yuri lalu kepalanya ditolak dengan brutalnya oleh Jess yang sebenarnya dalam diam ada bakat menjadi gangster.
“k fine! Walaupun tak comel..saye tetap jelita!”
“oh yeke?” gelak yuri lagi. Seronok pulak mengusik awek ni. tibe-tibe die rase perbualan mereka macam remaja yang baru dilamun cinta!
Jessica memandang wajahnya dengan mendalam.
“oh saye lupe nak tanye, siapa yang tolong kacakkan Kwon Yul ni?”
“haha, kacak ke? Mesti semua awek kalau nampak akan jatuh hati kan?”
“hmm..semua awek tu tak pastilah..tapi, kalau saye..saye akan jatuh hati.”
Mereka berdua terdiam seketika.
“eh, awak tak jawab lagi..sape orangnye?!” Jessica tiba-tiba bersuara, bagi menghilangkan situasi yang kekok sebentar tadi.
“Oh ye ye, Hyo! Dia memang sangat hebat dan berbakat!”
“Hyo?”
“Dia make-up artis..ala..adik kembar Tae!”
“Tae ade adik kembar?!”
“hrm!..tinggi diorang pun lebih kurang jek! Haha”
“ei mesti adik die tu jijik jugak macam abangnye kan?”
“ntahla.. tapi saye rase die okay je.. awak jumpelah die nanti. Mesti awak suke!”
“ei taknakla..dah terbayang dah muke tae ade due…URGHHH…”
“haha, kenapa awak dengan sunny anti sangat dengan si tae tu?”
“..sebab die rampas tiffany dari kitorang kott…”
Yuri memandang Jess pelik. Jess kemudian ketawa.
“mane ade..gurau jelah!”
Mereka pun ketawa bersama lagi, disamping itu jess pun sengaja baring di bahu Yul..
“EHEM!”
Mereka berdua terkejut dengan suara yang muncul tiba-tiba dan serentak menoleh ke tepi.
“Belum kahwin.. mane boleh.. duduk rapat2.. macam tu!”
“eh atuk, jemputlah duduk..”
Datuk Jung ketawa kecil dan duduk ditengah2 antara mereka berdua. Dia menoleh kearah Yul dan menepuk bahunya.
“Yul,.. jage cucu atuk.. elok2 ye?”
Yul tersengih. “baiklah, atuk..”
“minggu depan, keluarga kite.. akan pergi bercuti...jessica, kamu ajaklah yul sekali!”
“eh, tak perlu lah susah2 atuk.yul sibuklah kat hospital..” jess memberi alasan. Datuk jung berkerut.
“yul,.. kalau.. atuk yang ajak, kamu.. akan ikut kan?” nada Datuk Jung nampak sangat macam mendesak dan siap buat pandangan ‘kalau kamu tolak, atuk akan kecik hati!’
Yuri hanya tersenyum paksa dan mengangguk perlahan.

----
“Helo, Dr.Yuri?”
“Ye saye!”
“ish kamu ni asyik mengelamun je..sudahla, mase rehat pun dah habis..jom kite jenguk pesakit!” ajak Dr.Erma Fatima lalu menarik tangan Yuri supaya bangkit dari bangku. Yuri hanya mengikut tanpa banyak soal.
“oh ye yuri?”
“ye?”
Dr. Erma Fatima menunjukkan jarinya kearah kaki yuri.
“saye tak rase hijau dan merah warne yang matching untuk stoking..”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jessica termenung seketika menghadap kertas kerjanya. Fikirannya melayang pada adegan malam tadi. Dia betul rasa seronok berbual dengan Yuri.
Kalaulah Yuri tu betul2 Kwon Yul…
Tapi itu bukan masalahnya sekarang, apa yang lebih menggangu fikirannya ialah apa yang dikatakan Seohyun padanya.
Malam itu, selepas semua tetamu pulang mereka pula masih stay kat rumah datuk. Memang sudah menjadi tradisi setiap minggu, sekurang2nya sehari mereka semua akan bermalam di rumah datuk jung.
Sepanjang malam itu Jess perasan Seohyun memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia faham. Kerana seohyun pasti mengenali siapa kwon Yul yang sebenarnya..
“Kak sica, Kwon Yul?! Cepat jelaskan pada seo sekarang juga!”
“err,,seo..akak…”
“macammana kak yuri boleh jadi teman lelaki akak?! Kwon Yul?!”
“panjang ceritanya seo…pokoknya, akak harap seo boleh simpan rahsie ni..”
“bukan masalah simpan rahsie ke ape..tapi akak sedar kan akak dah tipu semua orang?!”
Jessica hanya mendiamkan diri dan menundukkan wajahnya kebawah. Bila Seohyun dah naik tocang, siapa yang boleh lawan?
“akak terpaksa seo..kau kena faham..”
“seo tetap tak faham kenapa teman lelaki akak tu kak yuri! KAK YURI! SHE’S A GIRL!”
“That’s because I didn’t find any right guy, and that girl suits my ideal!”
Bila adik beradik itu sudah mula berbahasa inggeris, itu petanda perang akan meletus! Nasib baik mak mereka sempat mengetuk pintu suruh mereka tidur, agaknya intuisi seorang ibu dapat merasakan sesuatu.
“Fine, akak taknak gaduh dengan seo..akak harap seo faham! Itu je..lagipun akak malas nak speaking banyak2 nanti pembaca(anem) tak faham!”
Seohyun cuba bercakap sebelum dipintas lagi oleh kakaknya.
“Tak kisahla, yuri cume menyamar untuk malam ni je..”
“malam ni je? Habis untuk hari yang seterusnya? Atuk sendiri ade ajak KWOON YUULL tu pergi bercuti dengan family kite kan? Abes camne kak yuri nak terus menyamar? Pernah akak fikir semua tu?!”
Jessica tunduk, tak berani bertentang mata dengan seohyun. Kelakar, Jessica Jung yang terkenal dengan renungan mautnya..boleh juga kalah dengan adik sendiri.
Jessica terpaksa akui apa yang Seohyun cakap itu ade betulnya.
“itu..kitorang akan fikirkan caranye…”
“tengok, akak dan kawan2 akak akan menipu lagi. Betullah kate orang, bile kite dah menipu sekali..kite akan terus tipu dan tipu lagi! Kemudian sampai akhirnya pun akak akan terus menipu keluarge kite!”
“SEOHYUN, CUKUP!!!” Tangan Jessica hampir sampai ke muka seohyun. Seohyun sudah memejam mata seperti bersedia dengan apa yang akan menimpanya. Tetapi tiada apa yang berlaku. Dia membuka matanya perlahan dan melihat kakaknya sudah duduk di atas katil, menangis.
Siapa yang rapat dengan Jessica akan faham , apabila Jessica marah, dia akan menangis. Seohyun berasa serba salah. Dia sendiri sedar percakapannya tadi sudah agak melampau.
“kak…seo minta maaf….” Kata seohyun perlahan lalu memeluk kakaknya erat. Jessica kemudian mengesat air matanya dan tersenyum tawar.
“Tak..apa yang seo cakap memang betul. Akak tahu akak salah..tapi..tolong jangan libatkan kawan2 akak..diorang cume nak tolong akak je..” perlahan Jessica membalas.
Seohyun menggangguk. “maafkan seo sebab cakap macam tu....”

---------------------------------
“kenape diorang macam bertekak je? Adekah sebab boipren kak sica tu? Mesti ade yang tak kena dengan doctor tu.. Sebab tu seohyun macam marah? Hehe…aku kena bagitahu Nicole ni!” bisik Hara seorang diri dengan mimic muka yang penuh niat jahat…



Yoon berjalan dengan penuh yakin dan berkarisma kearah sebuah kereta Mercedes yang telah lama menanti di luar bangunan.
“Encik Yoon, apa khabar?” sapa pemandu keluarganya yang kemudian mengambil bagasi dari tangan Yoon untuk diletakkan dalam bonet.
“baik, Pak Ali.” Balas Yoon, mesra. Dia menanggalkan jaket dan topinya dan meletakkannya sekali dalam kereta.
“Pak Ali, mak dan ayah yoon mane?”
“Tuan dan Puan Jung tak dapat datang sebab ada hal, tapi mereka tunggu encik yoon di pejabat.”
“Kak sica?”
“Dia juga berada dipejabatnya..”
“hrm nampaknye semua orang sibuk ye? Seobaby pulak mesti sekarang tengah kat kolej..”
Yoon tersenyum sinis.
“oh Pak Ali, ambil barang Yoon ni semua hantar kat rumah dulu ye?” kata Yoon dan terus berlalu pergi.
“Eh Encik yoon nak ke mane tu? Tuan Jung sedang tunggu dipejabatnye”
“takpe, ayah mesti faham punye..Yoon nak jalan2 kejap.. ambil angin KL NI!” jerit Yoon yang sudah berlari masuk ke sebuah teksi dan kebetulan lagu MR.TAXI pun berkumandang..
Yoon mengeluarkan HPnye dan mendail seseorang.
“Helo?”
“helo, kak fany…I’m back..”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiffany berjalan ulang alik dengan wajah yang agak panic. Sunny yang baru datang selepas ditelefon Tiffany berkerut.
“Tiff! Duduk diam boleh?”
“Sorry! Aku dah berjangkit dengan penyakit jess pulak!”
“Jadi hal penting ape sampai kau suruh aku datang cepat2 ni? tahu tak tadi aku dan sooyoung tengah breakfast same2?!”
“sorry lar ganggu! Tapi ni memang urgent!”
“ape die yang urgent sangat?” sooyoung tiba-tiba menyampuk dengan mimic muke yang kurang baik. Dia paling pantang kalau masa makannya terganggu!
Tiffany hanya tersengih pada sooyoung dan kemudian berbisik pada Sunny.
“DIE APE?!!”
“Ish tak payahla jerit2, sun!”
“haha, aku pun dah kena penyakit jess..apepun, betul ke die balik?!”
Tiffany mengangguk lemah, dia melepaskan keluhan kecil dan memandang sunny dengan pandangan ‘apa yang kite nak buat sekarang?’
“kau pasti ke die dah balik, jess tak cakap ape pun.”
“die sendiri yang telefon aku tadi!”
“hello, korang tengah bincang pasal ape niii…??”
Malangnya 2 kawan baik itu langsung tidak mepedulikan kewujudan Sooyoung. Soo yang bengang terus memukul belakang Sunny dengan kuatnya!
“ouch sakitlah, sayang!”
“siape suruh tak pedulikan I?!”
“I’m sorry sayang, nantilah I cite kat you ye?” pujuk Sunny dengan mimic muke urghh yang biase die buat tuh..memang takde modal lain! Nasib baik si soo ni suke muke macam tu. Dibuatnye soo ni jess dah lame sun dapat penampar.
“Kau dah beritahu Tae?” sunny menyambung perbincangannya bersama Tiff selepas berjaya merasuah Soo dengan nasi lemak yang kebetulan ade kat atas meja Tiffany.
“belum…”
“kenape nak rahsie pulak..bagitahu je die!”
“bagitahu aku ape?!”
Kemuculan Tae yang tiba-tiba itu mengejutkan mereka berdua, tak termasuk soo yang sedang asyik menikmati kelazatan nasi lemak mak joyah, Cuma muka sooyoung masih lagi tertanya-tanya mengenai hal apa yang terjadi ketika itu.
“err,,takde ape lah taetae..”
“Ppani-ah! TELL ME WHATS THE PROBLEM” Tae dah mula speaking London dengan mukanya yang serius. Sesiapa yang sudah lama mengenali Tae pasti rase ingin tergelak kerana mamat tu sangat jarang jadi serius.
Sunny menggeleng kepala, dari masalah jadi makin rumit baik dia berterus terang saje.
“Yoon dah balik!”


to be continued...
credit to:  http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/




Monday, 23 September 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad) -bab5-

BAB 5



Jessica menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Dia kini berada di rumah datuknya, berseorangan. Bukanlah maksudnya dia datang seorang diri – sebab dia datang bersama ibu bapa dan adiknya. Maksudnya seorang, tanpa teman lelakinya. Dia cuma berharap agar heronya akan cepat muncul. Jika tidak, semu orang akan tahu yang dia ini penipu, membuatkan keluarganya akan kecewa dengan dirinya. Dipandang hina, serta tak lupa diejek,gelak,dan pelbagai lagi aktiviti menyakitkan hati yang Nicole akan buat padanya,..
“kau betul Nicole…aku ni mane ade boyfriend…”
Membayangkan dirinya bercakap begitu saja sudah cukup buatkan Jess rasa seram sejuk. Perlahan-lahan Jess melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah. Mengharapkan agar malam itu bukanlah satu mimpi ngeri baginya..
GOOD LUCK, JESSICA !

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 jam yang lalu…
Tae tersenyum bangga melihat dirinya di cermin. Dia kelihatan bergaya dengan cermin mata hitam yang dia tak sengaja terjumpa di bawah meja. Berposing ala-ala model, Tae ketawa terkekek2 kerana kagum dengan diri sendiri. dia mengambil sikat dan mula menyikat rambut pula.
“wow, kacaknye aku!”
Tiffany yang terdengar tunangnya bercakap seorang diri dan perasan kacak hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala.
“ai nasibla aku dapat tunang perasan macam ni..”
“ape ppani cakap tadi?!”
“taetae kuat perasan!!!”
“hah? Amboi..pandai kutuk taetae ye? Nak kena ni!”
“ah taetae, janganlah!!”
Tae pun sengaja mengejar Tiffany yang sudahpun lari dengan penuh manja dan menggoda! Pasangan merpati dua sejoli itu saling berkejaran di dalam studio tetapi belum sempat Tae menangkap Tiff dari belakang, sebuah kusyen hinggap di kepalanya.
“OUCH SAKITLAH!”
“padan muke! Cube jangan nak buat perangai gedik kat sini boleh?” marah Sunny sambil bercekak pinggang.
“ppani-ah…sakeett..” Tae merengek meminta simpati.
“alala..siannya taetae..” pujuk Tiff mengusap lembut kepala Tae yang seperti biasa akan tersenyum2 (miang)
“ei serius aku bosan dengan aksi korang yang lovey dovey sangat ni!” ngomel sunny, bersedia untuk membaling sebiji lagi kusyen pada Tae.
“ALA MENGAKU JELA YANG KAU JELES DENGAN KITORANG!!” jerit Tae, sengaja mengundang kemarahan kawannya itu.
PUKK!
Sebiji bantal betul2 terkena tepat pada muka Tae. Sunny bersorak gembira dan melakukan tarian pelik sebagai meraikan kejayaannya.     Sooyoung yang sibuk mengunyah pizza memandangnya dengan penuh makna.
“you jeles dengan pasangan tu? Kenapa?” tanya sooyoung dengan wajah selamba.
“helloo..bile mase I jeles dengan diorang?! Buang mase je!” sunny membela dirinya. Sooyoung tersenyum penuh muslihat.
“you jeles sebab I tak pernah buat macam ni kat you kan?” bisik sooyoung dan terus mencium pipi sunny dengan cepat kemudian melarikan diri kearah yuri dan hyo,.
Sunny tergamam dan  mukanya terus merah keranna terlampau gembira! Hahah!
----------------------
“ok, duduk kat kerusi ni ye, encik yul..”
“encik yul?!
 “yelah, awak kan nak jadi lelaki lepas ni..kenalah guna gelaran encik kan?” kata hyo dengan senyuman yang ceria.
“suka hati awaklah..”
Hyo membuka sebuah peti yang penuh dengan alat2 make-up dan pelbagai jenis aksesori rambut, muka dan lain-lain. Yuri memerhatikan setiap satu dengan rasa kagum.
“Pertama kali saye jumpe lelaki yang mahir dalam bab mekap2 ni! Selalunye perempuan je suke benda2 macam ni..” kata Yuri lalu membuatkan Hyo ketawa kecil.
“ saye sendiri pun rase pelik kenapa saye suke buat benda ni..”
“Haha, awak pasti ke boleh mekapkan saye nii??” gurau Yuri.
“jangan diperkotak katikkan kebolehan saye okay, tahu tak saye ni make-up artis untuk ramai artis terkenal seperti Fasha Sonda, Maya Karen, dan kumpulan SNSD!
“wah biar betul? SNSD?!!”
“saye kan selama ni kerja kat luar Negara..saye kerja dengan mereka lah..awak kenal ke kumpulan tu?”
“saye ade sorang pesakit ni yang minat sangat dengan grup SNSD tu.. “
“budak tu suke SNSD?!!! BUKAN DIBO KE?!” Soo tiba-tiba datang menyampuk.
“Kite pun suke grup tu. Diorang comel..terutama yang pandai menari tu, ape name die Hoyon?” sambung Tiffany sambil tersenyum dengan trademark mata terpejamnya. Hyo ketawa.
“aku suke yang imej tu, dia selalu berlakon drama..ape namenye?” tanya Tae pada Hyo dan Yuri.
“Yuna!” Serentak mereka menjawab.
“oh ye Yuna..dia lawa sangat!”
“taetae…..(dgn nada yang sangat geram)” Tiff pun menarik telinga Taeyeon sampai merah. Kalau mereka kahwin nanti sah2 tae kena control je! Padan muke!
“Ei..yekk aku tak suke grup tu..gedik je lebih! Bukannya cun sangat pun, sume tuh plastic surgery je.. lagi2 yang pendek name Bunny tu. sooyoungie aku lebih jelita dari diorang sume..” kata Sunny yang muncul secara tiba-tiba.
“sun..kau ni makin lame makin kuat membebel aku tengokk..macam perempuan!  kau datang bulan ke?” tegur Tae dengan mimic muke URGHHH.
“KEPALA HOTAK KAU!”
“korang sehari kalau tak gaduh boleh tak? Dah jangan kacau hyo buat kerja..jum kite main kat luar je” ajak Tiffany lalu menarik lengan Tae dan Sun keluar dari situ.
“Yuri, nak aku temankan kau kat sini ke?”
“takpelah..mesti lame kat sini..kau pegila dengan sunny oppa kau tu”
Sooyoung hanya ketawa kecil dan mengucapkan selamat tinggal sebelum mengikut 3 orang yang lain. Kini tinggal Yuri dan Hyo sahaja di dalam studio itu.
Hyo membersihkan muka Yuri terlebih dahulu sebelum menyapu ratakan bedak asas ke seluruh mukanya.
“cantik kulit awak…”
“haha, thanks.”
“kulit cantik kurang sesuai untuk lelaki. awak sure nak jadi lelaki ni..?”
“maksudnya awok ni pun bukan lelaki lah! Kulit awak tu lebih cantik,putih dan licin dari saye!!” kata Yuri sambil menolak muka Hyo. Geram. Hyo ketawa sehingga menampakkan barisan giginya yang bersinar.
“oh, kasarnye! orait memang sesuai jadi lelaki !”
“Lelaki jambu!”
Mereka berdua tergelak serentak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua orang berbual antara satu sama lain dengan gembira di ruang tamu sementara menanti waktu makan malam. Kecuali Jessica. Dia sejak tadi hanya mendiamkan diri dan berharap orang lain tidak perasan akan kewujudannya kerana dia tahu bila dia cuba saja untuk membuka mulut, orang lain pasti akan bertanya mengenai Mr. Perfect aka teman lelakinya yang dia dakwa wujud itu.
Tapi Nicole takkan terleka.
“so… mane doctor tu, hah papan?”
Jessica terasa tekaknya disekat dengan sesuatu benda. Dia memandang Nicole dengan geram. Boleh tak dia ambil garfu kat dalam mangkuk buah tu dan cucuk kat mata Nicole. Boleh?
Seohyun menjeling kearah Nicole.
“kak Nicole, kenapa suka hati gelar orang begitu? takde rasa hormat langsung”
“Eleh Seohyun, kau pun budak kecik je..patut hormat kitorang!!!”
Suara Hara yang kasar itu meningkatkan lagi rasa menyampah di hati Jessica..dan Seohyun.
“saya hanya akan hormat orang yang hormat saya.”
“hamboi…”
“Biarlah Hara, aku tak perlukan sepupu yang kurang sopan untuk hormat pada aku..”
Seohyun mengambil pisau kecil dalam mangkuk buah yang sama Jessica ambil garfu tadi dan ingin meluru kearah Nicole dan Hara sebelum dihalang Jessica. Jess memandang Seohyun dengan pandangan ‘jangan masuk penjara sebab orang macam ni’. Seohyun melepaskan keluhan kecil dan meletakkan pisau kecil itu semula.
Ahli keluarga yang lain telahpun berkumpul di ruang makan kecuali mereka berempat yang merenung satu sama lain seperti nak terkeluar biji mata.
“akak, mak dah panggil kita, marilah.” Bisik Seohyun lalu menarik tangan Jessica menuju ke ruang makan. Nicole tersenyum gembira.
Hari ini Jessica akan dimalukan depan semua orang.

Dan dia amat sukakannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Jadi Jessica, mana.. teman lelaki yang kamu.. nak kenalkan tu? Atuk.. tak sabar.. nak tengok.”
Datuk Jung tersenyum sambil meneguk segelas air masak manakala Jessica terus bermandi peluh.
Yuri, mane kau?! Sengal punye Nicole!
Jessica hanya mendiamkan diri buat seketika.
“Jessi..atuk kan tanye tu..hm, aku pun excited nak jumpe boipren kau tu!”
Nicole yang duduk disebelah tunangnya tersenyum sinis. Dia tahu takde maknanya lah teman lelaki Jessica akan datang sebab minah muka sememeh macam papan tu tak mungkin ada orang suka! Dan semestinya dialah individu yang paling tidak menyukai Jessica. Sejak kecil Jessica telah menarik perhatian seisi keluarga dengan siri kejayaan cemerlangnya dalam akademik, tak termasuk dialah orang pertama dalam keluarga yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara, menjawat jawatan tinggi dalam syarikat dan selalu berlagak cantik macam puteri! Tsk! Biarlah malam ini Jessica yang dibanggakan itu mengecewakan hati semua orang! Kegagalan Jess mungkin menjadi kemenangan terbesar buat Nicole.
Ibu bapa Jessica pula merasa teruja dengan berita bahawa anak perempuan sulung mereka ini sudah mempunyai teman. Cuma mereka tertanya-tanya siapakah gerangannya pemuda itu kerana Jessica sudah lama tidak memperkenalkan seorang lelaki pun pada mereka. Sejak Taecyeon dan Donghae.. Lelaki yang mereka kenal berkawan rapat dengan Jessica cuma Sunny, itupun kerana ibu bapa Sunny juga berkawan rapat dengan mereka. Pernah juga mereka terfikir untuk menjodohkan Sunny dan Jessica tetapi ditentang keras tuan empunya diri dengan alasan “kitorang kawan baik lah mak!”. Jadi mereka cuma berharap agar anak perempuan mereka ini cepat bertemu jodoh. Itu sahaja.
Datuk Jung yang memang berasa gembira tidak berhenti dari tersenyum. Semua orang memang sudah jelas bahawa Jessica merupakan cucu perempuan sulung dan yang paling disayangi oleh datuk. Tambahan pula, malam itu Datuk Jung sengaja menyuruh Jessica duduk disebelahnya di meja makan. Dia menepuk bahu Jessica perlahan dan berbisik.
“atuk gembira.. kamu.. akhirnya mempunyai teman, ini masanya.. untuk kamu hidup bahagia..”
Jessica mengangguk lemah dan tersenyum tawar. Dia tak dapat mengelak dari rasa bersalah yang amat. Bagaimana dia mahu jelaskan pada semua orang, terutama datuk tentang Mr.Perfect dia yang tak wujud itu?
Ding Dong!*bunyi loceng pintu
“eh ade orang datang!” tegur Hara.
“Seohyun, boleh kamu.. bukakan pintu.. dan tengok siapa.. yang datang?” suruh Datuk Jung dan tanpa membuang masa seohyun pun berjalan menuju ke pintu utama.

“oh, Kak Tiffany! Eh, abang Sun pun ade?”
“hai Seohyun! Mane kakak kamu? Kitorang ade bawak hadiah special untuk dia..”
“hadiah? Ape?” Seohyun menjengukkan kepalanya ke luar pintu tetapi tidak melihat sebarang bungkusan hadiah pun. Apa yang dia nampak hanyalah seorang jejaka yang sangat segak berdiri di situ dan tersenyum ke arahnya.
“kak Sica! Kawan akak datang ni…” laung Seohyun tanpa matanya berganjak dari memandang jejaka misteri itu.
Macam kenal je lelaki ni…
“kak Sica? Dengar ke tidak orang tua ni?” kata seohyun terus berlari ke ruang makan untuk memanggil kakaknya.
----------------------------------------------------
“JESS!”
“TIFF!!! Datang jugak korang!!!” jerit jess dengan muka yang hampir menangis. “eh, mane die…?”
“Hai, Jessica..”
O.M.G Kacaknye! Sape mamat ni!!
Jessica terpaku melihat jejaka tersebut membuatkan Tiffany dan Sunny yang berada disebelah ketawa.
 “A..awak..yu..yu.”
“Ye, saye Yuri .haha” Yuri ketawa kecil melihat reaksi Jessica. Sekurangnya reaksi itu masih lagi okay berbanding reaksi yang dia dapat sebelum ini…
“WOW, YUWREEEE ~!!!!” jerit Tiffany sambil menarik2 mukanya.
“YUL?! KACAKNYE KAU!!! KAHWINLAH DENGAN AKU!!!” Jerit Sooyoung lalu memeluknya dan cuba menciumnya!
Dan reaksi paling jijik..dari Tae..urghh tak sanggup dia nak ingat semula…
“Woi, sudah2 la tu kau renung die! Macam nak telan je anak orang tu..” bebel Sunny.(mcm perempuan)
Jessica tersedar dari perbuatannya. Dia tersenyum malu dan kemudian tersedar lagi!
“Eh korang! Jom, KITA BUAT DIORANG SUME TERNGANGA!”
--------------------------------
Jessica masih lagi memandang Yuri sepanjang perjalanan mereka ke ruang makan. Dia betul kagum dengan transformasi baru itu. Rambut Yuri yang panjang ikal mayang itu kini pendek dan bergaya. Ala-ala fesyen rambut pelakon korea pun ade juga! Dia memakai seluar jeans, kemeja putih dan tali leher berwarna hitam serta sepasang jaket kulit berwarna coklat. Kelihatan cool untuk seorang perempuan..err..lelaki? Bentuk badannya yang memang 100% feminine itu pula kelihatan maskulin secara tiba-tiba! Siapakah individu yang mampu melakukan jenayah sebegitu?!
“suke tak?”
“suke ape?”
“yelah, lelaki idaman awak dah ade kat sini..” gurau Yuri membuatkan Jessica tersipu malu.
“suke sangat! Terima kasih ye yuri..terima kasih banyak2 sebab sanggup tolong saye.”
“ape ni jess..kite belum main pun lagi permainannya. Simpan terima kasih awak tu untuk pengakhiran cerita.okay? dan panggil saye YUL.”
“YUL? Abang yul~~~”
“Haha, eii gediknye..”
Jessica menggengam tangan Yuri erat dan menghayunkannya gembira. Sunny dan Tiffany dibelakang memandang dengan pandangan ‘amboi macam real la pulak!’

-------------------------------

“Inilah teman lelaki sica, Kwon Yul..”
Semua ahli keluarga Jung terkaku. Nicole tersedak dan buah yang dimakannya hampir terkeluar. Tunangnya pula tersedak air sirap! Ibu bapa Jessica hampir menitiskan air mata kegembiraan. Datuk Jung tersenyum bangga. Aunty Mary dan suaminya tak berkelip memandang Yul. Hara, kalau lah dagu dia tak melekat dengan muka, dah lama dagu dia jatuh sebab ternganga terlampau beso. Semua terlampau kagum apabila melihat Yul..kecuali Seohyun. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena dengan semua ini. Dia memerhatikan kakaknya, Jessica yang tersenyum disamping lelaki itu. Kwon Yul?
Tetapi mereka yang paling girang tak lain tak bukan, 2NY!
“kan aku dah kate idea aku memang boleh pakai!”
“kau memang otak genius, sunny!!”
“hah tolong cakap begitu dengan tunang kau ye tiff?”
“ish, tak faham aku kenape korang ni tak abes2 nak bertekak!”
“kau perempuan, mane nak faham hal lelaki!!”
“hm..yelah..ape2 je..”
“Eh, ape lagi? Jemputlah.. duduk..” ajak Datuk Jung. Tetapi sebelum itu, Yuri pun bersalaman dengan datuk jung, ibu bapa Jessica, ibu bapa Nicole dan hara dan juga tunang yang Nicole banggakan sangat itu. Melihatkan situasi itu, Sunny dan Tiffany juga mengikut perbuatan yuri.
Golongan tua di situ pun tersenyum, bangga.
“Bagusnye..sudahla kacak, berbudi bahasa pulak tu..” puji mak Jessica. Yuri tersenyum mendengar pujian itu. Membuatkannya teringat dengan kata-kata hyo.

“awak ni nak jadi lelaki, tahu tak gaye dan tata tertibnya?”
“ape susah, cakap cool, gaye kasar, jalan macam urghh..cukuplah”
“SALAH! Itu lelaki tak beradab!”
“abes, camne gaye lelaki ‘beradab’ sangat tu..”
“pertama sekali, bila jumpe orang tua…SALAM DIE!!”
“err..okay..”

Jessica tersenyum memandang yul. Dia kemudian melepaskan genggaman tangannya dan menjemput Yul untuk duduk.
“Jemputlah makan, semua.”
------------------------------
Golongan pakcik2 sibuk berbual tentang bisnes,politik,golf.. manakala makcik2 pula heboh bercerita tentang gossip terbaru manakala golongan muda mudi hanya mendiamkan diri dan makan dengan tertib. Terutama sekali Yuri. Dia sudah lama perasan Hara dan sudah semestinya, Nicole merenung kearahnya seperti dia salah satu bahan pertunjukan! Mata mereka tidak henti memerhatikan segala tingkah lakunya. Yul rasa betul2 terancam. Dia terpaksa duduk dengan penuh cermat dan gerak gerinya mula menunjukkan dia tidak selesa. Jessica yang sedar tentang keadaan itu merapatkan dirinya pada Yul dan berbisik.
“Yul, kenapa? Ade ape-ape tak kena ke?”
“sepupu awak tak henti merenung saye..seram tahu?!”
Jessica terus melemparkan renungan maut level 21 nya kepada 2 sepupunya itu dan mengeluarkan pandangan ‘oi berhenti pandang boipren aku okay?!’. Hara cepat2 memandang makanan dipinggannya manakala Nicole pura-pura menyendukkan lauk untuk tunangnya. Sunny yang memerhatikan pertarungan laser mata antara sepupu itu hampir tersedak apabila melihat Hara dan Nicole kalah serentak. Tanpa disedari, dia tercekik nasi.
“uhuk,uh,,a,,air..”
Tiffany terus memberikan Sunny segelas air. Sunny menghabiskannya dalam satu teguk sahaja. Tiffany menepuk belakang Sunny perlahan-lahan.
“Sun, makanlah elok2..”
“Terima kasih, tiff..”
Aunty Mary memandang mereka berdua dengan penuh minat.
“Jadi, kamu berdua ni bercinta?”
“hah? Siape?”
“kamu berdua lah. Pure2 tak tahu pula..baguslah kalau kamu berdua pun bersama, macam Jessica dan Yul..betul tak kate aunty ni?” kata Aunty Mary merujuk pada Sun dan Tiff kemudian memandang Jess dan Yul.
Mereka berempat pula serentak pure-pure ketawa. “ha.ha.ha.ha.”
“eh mane ade aunty..saye, sun dan jessi kekal sebagai kawan baik lah..lagipun saye dah bertunang. Dengan lelaki lain..aunty ingat tak?” lembut Tiffany menerangkan situasi sebenar pada Aunty Mary yang memang suka bergosip lalu sering memaksa mak Jessica melayan cerita2 nya yang dikatakan panas itu.
“Oh ye, aunty lupe pulak! Maaf ye..baru teringat kamu bertiga ni serupa macam drama pelangi kasih, haha, oh makan makan.” Gelagat Aunty Mary membuatkan semua di meja pun ikut ketawa – yang sebenarnya gelakkan makcik tu dan dalam hati masing2 cakap ape orang ni mengarot?
Sunny yang tak henti ketawa memandang kearah Tiffany dengan penuh makna.
“kalau tae tahu kite bercinta..haha! aku nak tengok reaksi die time tu”
“ape ni sun..mengarut je. Jangan cakap ape2 kat taetae..nanti die cemburu pulak!”
“biarkan die cemburu!”
“ape2 jelah kau ni..”
“kalau aku tahu, patut dari dulu aku ajak kau kapel..kan..tiff…<3”
“haha, kapel? Dengan kau?”
“yelah..sekali sekala curang ape salahnye!”
“kebetulan kan? Sekarang ni sooyoungie yang kau sayangi tu bersama taetae..ape la yang diorang tengah buat agaknye ye?!”
“yelah!! Tiiiidaaaaakkkkkk!!!!”
Sunny hampir2 menjerit sebelum mulutnya dicekup Tiffany yang terus tersenyum sampai matanya terpejam! Erkk, sekali lagi sunny tercekik nasi!
Seohyun membeliakkan matanya, menggeleng kepala melihat telatah 2 kawan baik kakaknya ini. Dia mengurut dahinya perlahan.
“Macammana lah kakak aku boleh berkawan dengan  2 orang pelik ni?”
“Oi, Seohyun, abang dengarlah!”
“eh, abang sun?”
“Kita dalam frekuensi yang sama lar seo! Jangan sampai abang cakap kat Jess hal ni..”
“hah? Ta..tapi?”
“ye seo, akak pun dengar juga! Kak sica mesti marah kalau dapat tahu kamu cakap kawan2 die pelik..”
“macam mana kak tiff dan abang sun boleh baca minda seo pulak ni? Ini semua mengarut!”
“kami memerhatikan kau, seobaby…”
Seohyun mengeluh perlahan dan teruskan menyuap mulutnya dengan makanan. Apa yang terbaik untuk dia pada masa itu adalah tidak mempedulikan apa yang 2NY hendak lakukan. Malang sekali kakaknya berada di frekuensi yang berlainan. Dia mungkin boleh menyelamatkan kakaknya sebelum terlambat.
“Jadi Yul, Jessica beritahu pakcik yang kamu ni doctor. Kepakaran ape?”
Bapa Jessica yang tiba-tiba menyoal Yuri membuatkan dia sedikit gementar tetapi dia tetap tersenyum dan menjawabnya dengan sopan.
“Ye saye. Saya pakar pediatric.”
“Doktor residen?”
“Ye. 2 tahun. Saya jadi pelatih di hospital banting sebelum dipindahkan ke sini.”
“baguslah.. kamu doctor, keluarga ni.. dah penat.. dengan usahawan je..” gurau Datuk Jung.
“kak sica kate doctor pandai bersukan? Sukan ape yang doctor main?” tanya Hara teruja.
“ouh. Saye selalu juga berjoging dan buat yoga..tapi sukan paling saye mahir ialah berenang.”
“kebetulan..kat dalam keluarga ni ramai yang tak pandai berenang. Bolehla kamu tolong ajarkan nanti ye?” sampuk aunty mary lagi. Yul hanya mengiakannya sahaja.
“Kamu tak main.. golf, yul?” tanya Datuk Jung.
“err..golf?!”
“ouh die memang hebat main golf!” balas Sunny dengan yakin.
Aku  tak pernah main golf pun!
“Iye? Kalau Yoon ade, mesti die suke..ade kawan nak main golf nanti..” kata Mak Jessica.
‘Yoon?”
“haha, anak lelaki makcik, adik jess yang lagi satu..dia selalunya akan ajak teman2 lelaki Jessica ke padang golf!”
“kenapa mesti..’golf’?”
“mungkin dia nak uji kekuatan bakal abang ipar die dulu agaknye..siapa tahu ape yang budak yoon tu fikirkan..sayang die kat paris sekarang ni..”
*sebenarnya terdapat beberapa insiden pedih terjadi dipadang golf semasa teman2 lelaki jess yang dulu pergi bermain bersama adiknya seperti bola golf yang dipukul tersasar ke tempat yang tak sepatutnya seperti…’bola’ mereka?*
“wah, Yoon tu seorang adik yang sangat baik dan ambil berat tentang kakaknya.” Puji Yul. Mereka yang lain hanya tersenyum mesra.
“kamu buat makcik hairan lar..”
“hairan kenapa makcik?”
Mak Jessica ketawa kecil. Yul memandangnya aneh.
“Hairan, macammana doctor yang baik macam kamu ni boleh jatuh cinta pada anak makcik yang perangai tak seberapa elok ni..”
“mak..” Jess mula berasa segan diperkatakan sebegitu.
“Yelah, aunty pun hairan! Kat hospital tu takde doctor lawa agaknye..” sampuk Aunty Mary pula.
“Jadi, doctor..cakapla, apa yang awak nampak pada Jessica?” Nicole melontarkan soalan dengan senyuman penuh muslihat yang sudah menjadi trademarknya.
Jessica mengerling kearah yuri. Tanpa disedari dia juga menanti jawapan dari mulut ‘jejaka’ itu. Secara praktikalnya, dia baru mengenali Yuri beberapa hari yang lalu. Dia tak pernah tahu latar belakang Yuri dan Yuri juga rasanya tak pernah tahu apa pun pasal dia. Mereka seperti orang asing! Orang asing yang ironiknya berasa selesa antara satu sama lain.
Jessica ingin memberi signal ‘minta tolong’ pada Tiffany dan Sunny tetapi mata Nicole yang sentiasa mengawasi pergerakannya membuatkan dia terbatas untuk berkomunikasi. Kalaulah dia juga boleh bertelepati!
Yuri menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Dia menunjukkan senyumannya yang menawan lalu mengambil tangan Jessica dan mengenggamnya erat.

“awak ade tips menarik sebagai lelaki lagi tak?”
“hmm, awak rase bile seorang lelaki tu jadi romantic?”
“bile die bagi bunga ros dan latar belakang lagu cinta?”
“Yuri..nampak sangat awak ni kurang pengalaman! Itu semua klise..dah biase..”
“Habis ape die?! Encik yang banyak pengalaman!!!”
“awak tak perlu susah2 keluarkan modal yang banyak.. apa yang awak perlu cuma.. senyum dengan menawan..” Hyo melemparkan senyumannya yang sejak dari mula telah menarik perhatian Yuri.
“awak genggam tangannya erat” Hyo mengenggam tangan Yuri erat.
“awak renung matanya…” Yuri mula rasa berdebar-debar apabila Hyo merenung matanya dalam-dalam. Dia segera menolehkan muka ketempat lain.
“awak ada mata yang cantik…”
“hah?!”
“maksud saye..lepas tu awak cakapla ayat romantic yang URGHH biase dalam drama tu..sure sume perempuan akan tangkap lentok punye..”
“er..okay..”


“Walaupun dia kelihatan dingin..tapi dalam dirinya sebenarnya terdapat satu sifat yang lembut, dan perasaan yang hangat. Bile saye bersamanye..saye rase macam saye boleh lakukan ape saje. Dia buat saye rase sesuatu..sesuatu yang tak boleh digambarkan dengan kata2. Dia buat saye rase istimewa..”
Kata Yuri lembut sambil tersenyum dan matanya tepat memandang anak mata Jessica. Jess terpaku di situ. Siapa sangka seorang gadis boleh menjadi lelaki yang sangat menawan?
O.M.G Kenape jantung aku tak henti berdegup laju ni?
Datuk Jung dan Ibu bapa Jessica tersenyum menyetujui pendapat itu. Bapa Jessica kemudian menepuk bahu Yul perlahan.
“Pandai kamu pilih ayat Yul.”
Yul membalas mereka dengan senyuman yang manis.

Ambil hati keluarga. CHECK.

Pembantu rumah kemudian menghidangkan seisi keluarga itu dengan pencuci mulut. Setiap orang telah disediakan semangkuk aiskrim vanilla. Jesscia terus mengambil sudu dan ingin memakan aiskrim kegemarannya itu sebelum Yul tiba-tiba menghalangnya.
“Jessi, saye rase ade timun dalam tu”
“Timon?! Mane?!”
Semua orang melihat Yul yang mengambil mangkuk Jessica dan mengeluarkan kepingan timun satu persatu. Mata Jessica mula terbeliak besar.
camner yuri boleh tahu aku tak suke timon?
Sunny dan Tiffany tersenyum. Mereka tahu bagaimana.

“Yuri, ingat taw..jess paling benci timon kat dunia ini.”
“oh yeke? Haha Kelakarnye..”
“aku rase mase dinner nanti, dorang akan sengaja letak timun dalam makanan jess untuk uji kau.”
“eh mane korang tahu?”
“aku dan tiff  dah lame berkawan dengan jess..sume fikiran ahli keluarga die pun kitorang boleh bace!”
“er..okay…”

Selepas dia puas hati, Yul memberikan semula mangkuk aiskrim itu pada Jessica.
“sekarang baru awak boleh makan..”
Mak Jessica memandang suami dan bapanya kemudian mereka bertiga mengangguk.
“Kamu baru sahaja lulus ujian kami, Yul.”
Yuri memandang mereka tanpa berkedip kemudian menoleh pada Sunny dan Tiffany yang sudah tersengih2.
sekarang aku percaya cakap sooyoung yang diorang ni boleh bace fikiran orang!
“kamu berjaya mengesan timun yang kami sengaja letakkan dalam mangkuk Jessica. Budak2 lelaki sebelum kamu gagal melakukannya. Mereka terlalu sibuk nak mengambil hati kami hingga terlupa untuk melindungi puteri kami ni. Disebabkan itu, kamu berjaya mendapat satu bintang.”

Tiffany tersenyum.  Buat mereka suka padanya?  CHECK.
Sunny mengerling kearah Nicole dan nampak mukanya yang kelihatan masam.
Buat Nicole bengang?


CHECK.



to be continued.....

credit to:  http://ketawa-ke-tidur.blogspot.com/