BAB 12
Yuri menguap tatkala dia mengemaskini
jadual kerjanya di papan kenyataan. Nasib baik tiada pembedahan yang dia harus
jalankan hari itu – sebab dia masih mengantuk akibat tak tidur sepanjang malam!
Mungkin kerana dia asyik memikirkan kata-kata sooyoung.
LalalaMA,lalalaMA,lalalaMA
From : JessiCAT
Morning! ^^ Yul im
sorry, tertido la malam tadi..saye baru terjage! Hihi awk free tak tghhari ni?
kite lunch together nak?
Yuri ingin membalas mesej jess itu tetapi
kata-kata soo kembali terngiang-ngiang di kepalanya,
“Mungkin dia yg bengkok, YUL
HATI-HATI..”
..Aku patut berhenti jadi Kwon Yul
sebelum benda lain yang jadi!
“tapi..patut ke aku balas?”
“BALAS APE?”
Yuri terkejut dengan suara yang muncul
tiba2 di belakangnya. Dia terus melatah sampai terlompat kehadapan. Dr. Erma
Fatima(pesalah) hanya tergelak melihat telatah rakan sekerjanya itu.
“tulah berangan lagi, orang tegur sampai
melompat kau!”
Yuri yang mengurut dadanya hanya mampu
tersenyum tawar. Kemudian dia kembali menunjukkan wajah yang blank, seperti
sedang memikirkan sesuatu.
“kenapa yul? Saye tengok kamu sejak dua
menjak ni asyik termenung je, kamu fikir ape sebenarnye?”
“eh mane ade fikir ape2..OKla Dr.Erma, saye
nak check pesakit kat wad. TATA”
“amboi, bertuah punye budak! Kite tanye
cepat2 pulak die lari ye?!” Dr. Erma Fatima pun berleter seorang diri sambil
melihat Yuri yang berjalan laju meninggalkannya.
Yuri berjalan menuju ke wad pesakit sambil
tangannya menaip sesuatu di HP.
To : JessiCAT
Sorry I cant. Busy at
hospital.. : (
Yuri tersengih, terasa seperti sedang
menipu teman wanita pula. Jadi ini ke perasaan kaum lelaki apabila mereka
memberi alasan supaya dapat lari dari girlfriend mereka? Rasa seronok betul !
Okey, aku memang makin pelik..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jalanraya di kota yang besar seperti KL
memang akan sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas tak kira masa dan ketika.
Kereta Ferrari – yg mempunyai kuasa enjin turbo-yang dipandu Yoon tidak berguna
apabila hanya mampu bergerak sedikit, tersengut-senggut akibat traffic jam!
Tetapi itu tidak menghalang Yoon untuk
kelihatan cool dan bergaya, dia sengaja memakai cermin mata hitam dan menyisir
rambutnya ke belakang, sempat bersiul dan mengenyit mata kearah awek2 yang lalu
disebelah keretanya. Adiknya seohyun hanya mampu menggeleng melihat perangai
abangnya yang sedikit playboy.
Sejak pulang dari Paris, seo perasan
abangnya memang suka melayan perempuan, kalau kat telefon tu berderet no.
telefon perempuan. Masing2 ada gelaran manja. Darling, Honey, Babyy la..
URGHHHHHHH. Seo sendiri hairan bagaimana abangnya yang suatu ketika dahulu
seorang yg pemalu boleh berubah dengan begitu drastic sekali? Adakah kerana
cinta abangnya pada Kak Fany ditolak membuatkan dia jadi begini?
Datuk Jung yang berada di sebelah tempat
pemandu kemudian ketawa sambil menepuk bahu Yoon.
“yoon, kamu ni..boleh tahan juga ye?”
“haha ape maksud atuk?”
“yelah, dari tadi.. atuk tengok kamu.. dok
ngurat perempuan!”
Seohyun mengangguk setuju dengan atuknya.
Dia berharap agar Datuknya boleh menasihati Yoon supaya tidak berpoya-poya dan
mudah terjebak dengan gejala social yang tidak elok.
Yoon ketawa.
“tapi..kamu ni masih..tak sehandal atuk..
Kamu ni masih kurang ilmu memikat lagi!”
Seohyun tersedak. “Atuk…!!!”
“Atuk mase muda2 dulu mesti popular kan?”
kata Yoon dengan ketawa yang masih bersisa.
“eh dulu.. atuk adalah pemuda.. yang paling
kacak tau kat kampung! Ramai anak dara.. yg tergilakan atuk. Termasukla nenek
kamu “
“patutlah cucu atuk ni pun kacak jugak! pastu
ramai perempuan suke..aish, susah kan jadi orang kacak ni?” kata Yoon mula
perasan dan membangga diri. Seohyun yg berada di tempat duduk belakang tak dapat
berhenti dari buat muka jijik dan gaye nak termuntah.
Datuk Jung juga ikut ketawa.
“tapi kamu kena ingat.., dalam ramai2
perempuan tu.., satu je yg kamu boleh pilih.. untuk jadi isteri, jadi kamu kena
pandai ..cari perempuan yg tepat dan sesuai.”
“yoon belum nak fikir pasal kahwin lagi la
atuk..yoon muda lagi!”
“eh atuk kahwin mase atuk baye kamu
nilah!takde rase muda pun”
“kalau macam tu..ape kate atuk kahwin lagi?
Yelah atuk pun dah lama kesunyian sejak nenek meninggal 10 tahun lalu..”
“atuk ni dah tue.., sape yg nak kat atuk
lagi hah?haha.. Lagipun kamu bakal ceo syarikat atuk..selagi kamu tak
berkahwin, atuk tak dapat.. nak serahkan jawatan tu pada kamu..”
“eh boleh pulak macam tu? Yelah2 nanti yoon
cari isteri cepat2 ye?”
“baguslah..atuk tak sabar nak lihat kamu
semua berumah tangga, terutamanya kak sica kamu tu! Atuk lega sangat bile die
dah ade teman lelaki akhirnya.”
Seohyun menelan air liur saat teman lelaki
Jessica disebut.
“Apa perasaan atuk, perasaan semua orang
bila tahu perkara sebenar?”
“PERKARA SEBENAR APE?!”
“Tunggu, Abang pun boleh masuk dlm
frekuensi seo ke?!!”
“ha’ah! Frekuensi abang memang luas!
Perkara sebenar ape seobaby?! CEPAT CAKAP!”
Seohyun memang seorang yang lurus dan tak
pandai menipu, tetapi dia sudah berjanji dengan kakaknya untuk merahsiakan
perkara ini.
“err..eh, baiknye cuaca hari ini..”
“SEOBABY?!!”
Datuk Jung baru teringat sesuatu perkara
yang ingin dia lakukan sebelum mereka pulang ke rumah.
“eh yoon, boleh hantar atuk ke hospital?”
“okay..hospital yg atuk biase pergi tu ke?”
“tak..kali ni kite pergi hospital tempat
teman lelaki kakak kamu tu kerja. ATUK NAK JUMPE DIE.”
Yoon membeliakkan mata, teruja.
“YOON PUN NAK JUMPE DIE!”
Seohyun membuat ekspresi cemas (mcm dlm
hello baby mase dlm kete).
Habislah..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuri berjalan di lorong hospital sambil
menyanyi lagu ‘Let It Rain’ dengan sengau serta off tune, malah dia sengaja
hendak membuat high note sehingga membuatkan kanak2 di wad hampir membalingnya
dengan botol ubat kerana tidak tahan mendengar suaranya. Yuri ketawa dengan
respons yang diperolehinya membuatkan dia makin menguatkan volume
‘nyanyiannya.’
“Just let ITS rain, let ITS rain, let ITS
rain~~~oohhh uuuhhh~~~”
Seorang budak kecik yg dipercayai masuk
hospital kerana masalah gegaran otak bernama Aqieyl terus menjerit dengan
nyaringnya dan memukul kepala Yuri secara ganas sambil menyebut ‘Ko paai!!!’
berulang kali.
“ouch, sakitlah!!!”
“ko paai?!!! Arhhhh !!!!!”
Yuri terpaksa menutup telinga dan melarikan
diri dari situ kerana jeritan aqieyl yang nyaring dan bingit menyakitkan
telinga serta membuatkan budak2 lain juga ikut menjadi agresif dan cuba
mengejar untuk memukulnya juga!
Dia berlari sambil ketawa hingga ke lobi
hospital. Tetapi lariannya terus terhenti apabila dia ternampak beberapa orang
yang tidak patut berada di situ! Dia terus bersembunyi di balik pasu pokok bunga
berdekatan kaunter pertanyaan.
WO itukan datuk Jessica?!! Ape dia buat
kat sini?!!
“Ye encik boleh saye bantu?” kakak
jururawat mula mengeluarkan borang dengan senyuman dan mata yang bersinar2
memandang Yoon yang berdiri dengan gaya cool.
“oh, cik jururawat ! atuk saye nak buat
check-up.” Kata Yoon sambil mengenyit mata. Kakak jururawat mula tersipu2 dan
terpusing2 di kaunter. Seohyun pula buat muka urghh kat belakang.
“okay, encik cume perlu isi borang ni
kemudian..” kakak jururawat tak dapat menyambung kata2 kerana telah terpukau
dengan senyuman maut dari yoon.
“kemudian?”
“ah, maaf! Hee..datuk encik nak berjumpa
dengan doctor mane satu?”
“haa..yang itu kami memang dah decide! Kami
nak jumpe Dr. KWON YUL !”
Yuri hampir menjerit kerana panic.
Oh tidak !
Tiba-tiba mulutnya ditutup seseorang dari
belakang, dia diheret pergi dari situ secara paksaan tetapi ini bukan satu kes
penculikan seperti ahjumma saiko yg menculik Jong Hee dan meletakkannya dalam
beg!
“eeii lepaskan aku! aku tak boleh
bernafas!!!”
“huh maaf2..”
“Hyo?”
“dah takde mase! Cepat ikut saye, kena
tukar awak jadi kwon yul sekarang!”
“tapi..camne awak boleh ade kat sini
pulak??”
10 minit yg lalu,
Seo to Jess : kak sica! Atuk dan abang yoon
nak jumpe Dr.Kwon YUL SEKARANG!!!
Jess to Sun : camne ni?? atuk aku nak jumpe
kwon yul NOW! N.O.W!!!
Sun to Tiff : suruh pakwe ko cakap kat adik
die datang jumpe yuri SEKARANG! Kwon Yul in ACTION!!
Tiff to Tae : Taetae! Yuwree needs to
transform NOW. Need Hyo’s help!!
Tae to Hyo : Hoi ko kat mane? Mekapkan Yuri
sekarang!!!
Hyo to Soo : Yuri keje kat hospital mane???
“tapi..sempat ke nak…”
Yuri belum sempat habiskan kata2 apabila
Hyo menolaknya masuk ke dalam satu bilik kecil dan mengunci pintu. OMO!(seorang
pelajar kolej dan seorang warga emas telah terlihat adegan tersebut dan
pelbagai perkara terbayang di fikiran mereka!!)
-------------------------------------
“Dr. Kwon Yul?” kakak jururawat kelihatan
bingung.
“ye, die sibuk ke sekarang?” tanya Datuk
Jung pula.
“err..tapi, rasenye kat sini takde doctor
name Kwon Yul..kalau ade pun Kwon Yurr”
“Hah itulah die doktornye!!!” jerit Seohyun
tiba-tiba membuatkan kakak jururawat terperanjat.
“oh, kalau die..rasenye die tengah free
sekarang. Encik boleh bawa memo ini dan tunggu di bilik pemeriksaan. Saya akan
informkan doctor Yuri.”
“Yuri?”
Seohyun menjerit lagi.
“maksud die YUL! YUULL..HA.HA.HA.”
“cik dah silap, bukan Yuuul..tapi YU.RI.”
kata kakak jururawat tegas.
“ALA YUL KE YURI KE SAME JERR!!!”
“kamu ni seohyun, pelik pula atuk tengok!”
“Ha.ha.ha. eh, atuk jum kite jalan2 tengok
orang cacat kat sebelah sane tu???” seohyun pun memimpin tangan datuk jung
menuju ke wad pesakit spastic.
“eh, bukan nurse tu cakap..bilik
pemeriksaan ke?!”
Datuk Jung teragak-agak untuk mengikut cucu
bongsunya yang kelihatan aneh Itu. dia sengaja membelok ke lorong yang
berlainan. Seohyun yang perasan datuknya telah hilang dari genggaman cuba
mengejar di lorong yang sama. Mereka tiba-tiba bermain kejar2 di hospital
seperti kanak2 riang. Tiba2 mereka ternampak sepasang kekasih berpegangan
tangan, kemudian si lelaki menolak yang perempuan masuk kedalam satu bilik dan
menutupnya! Seohyun membeliakkan mata besar melihat datuknya yang juga bereaksi
sama. OMO!
Yoon hanya melihat adiknya yang berkelakuan
pelik berlalu pergi sambil menarik datuk mereka yang sudah tua dan uzur. Dia
memalingkan wajah kembali pada kakak jururawat tadi.
“jadi..awak ni cute lar. Nak keluar minum
dengan saye? ; ) “
--------------------------------------------------------------
Jessica terus mengemas fail2nya dan kelam
kabut turun ke bawah untuk menuju ke hospital tapi malangnya tiada teksi pun
yang mahu berhenti dan mengambilnya. Kenapa lah dia hantar kereta sport
mewahnya pergi service pagi tadi? Masa
kecemasan jugalah benda tu takde!
“ouh please…aku harap yul tak kantoi
lagi..kalaulah aku ade kat sane, atleast aku boleh tolong cover!” Jess mula
bermonolog dengan diri sendiri namun, dia takkan sesekali berputus asa! Dia
takkan biarkan situasi remeh begini membongkarkan penyamaran yang telah disusun
rapi itu!
Sekali lagi dia melambai, cuba untuk
menahan teksi. Dia siap buat tarian Mr.Taxi lagi tetapi tiada satu pun yang berhenti kerana jalan
raya sememangnya sibuk terutama di KL. Semua manusia bergerak dalam kelajuan
yang pantas.
PINNN!
Jessica menoleh ke kiri dan melihat
Sooyoung menjenguk keluar dari tingkap kereta.
“Ko nak ke mane Jessica?”
“sooyoung!!!” jess terus berlari masuk
kedalam kereta soo membuatkan si pemandu terpinga2.
----------------------------------------------------------------------------------
“Eh, lambatnye Doktor kwon ni?” Yoon
melihat jam tangan mewahnya yang kalis air dan boleh dihentak ke batu tanpa
tercalar sikit pun. Sudah hampir 10 minit mereka menunggu di bilik pemeriksaan.
“ala..baru 10 minit! Kejap lagi doctor tu
sampai lah…” Kata Seohyun yg sebenarnya sudah risau jika abangnya akan
mengetahui perkara sebenar.
“tapi..die tak patut buat bakal datuk
mertua die menunggu. Tak patut…sah kena tolak 10 markah. Ni kalau muke tak
cukup hensem, abang reject terus!”
Datuk Jung pula begitu seronok bermain
stetoskop yang terdapat di atas meja tetapi dia masih mendengar perbualan
cucu2nya.
“jangan risau yoon. Atuk rase doctor kwon
tu kacak juga orangnya.”
“tapi tak sekacak yoon kan..? haha”
Serentak Seohyun dan datuk Jung buat muka
urghh manakala yoon masih ketawa sambil berjalan menuju ke pintu.
Yoon yang baru ingin mencapai tombol pintu
terkejut apabila tiba2 pintu dibuka. Dia terus berdiri tegak dihadapan pintu
itu.
“Atuk, maafla saya lambat sket. Ade hal
emergency tadi..” sapa Yul yang berjalan terus dan ternampak muka Yoon terpacul
didepannya.
“hei..” kata Yul sambil tersenyum.
Yoon terpaku.
Datuk Jung tersenyum melihat Yul yang
berjalan menuju kearahnya dan bersalaman, kemudian menyapa pula seohyun.
“takpe..atuk faham. Atuk pun tibe2 je datang
nak jumpe kamu ni. tak menganggu ke?”
“eh, tak mengganggu langsung. Atuk ade rase
kurang sihat ke?”
“haha..atuk sihat! Cume nak jumpe kamu
saje..” kata Datuk Jung sambil menepuk2 bahu Yul.
Yul tersipu dan menunduk tetapi sempat mengerling
kearah Seohyun yang sudah menarik nafas lega.
“Oh, atuk. Siapa tu?” tanya Yul menunjuk
kearah yoon yang berdiri tegak di situ.
“Haa..inilah die adik lelaki Jessica, Yoon
namenye. Die yang beria nak jumpe kamu.
Yul tersenyum dan menghulur tangan kearah
Yoon berjabat salam. Yoon menyambutnya dengan kaku.
“Selamat berkenalan, saye Kwon Yul. Teman
lelaki Jessica.”
“…..”
“abang, kenapa diam?” tanya seohyun pelik.
“err..saye Jung Yoon A! adik lelaki Kak
sica! Yang paling kacak dan menarik!”
Yuri ketawa dengan pernyataan Yoon, dia
mengangguk dan menepuk pula bahu Yoon. Lagaknya seperti seorang abang yang
penyayang pula.
Yoon hanya diam, melihat datuk dan adiknya
berbual dengan doctor Kwon itu. Dia merenung teman lelaki kakaknya secara
senyap2.
Kwon Yul. Lelaki yang tinggi, berkulit
sedikit gelap, stail rambut yang hebat, memakai cermin mata, senyuman yang
menawan, tak tahu kenapa walaupun hanya berpakaian uniform doctor, dia
kelihatan sangat bergaya.
Yoon tak dapat mengalihkan pandangan dari
doctor Kwon Yul.
Cantiknya die….
Yoon mengetuk kepalanya sendiri.
Peliknya aku! kenapa aku fikir dia
kelihatan cantik pula! Dia lelaki!
Tapi…cantiknye die…
Yoon menggeleng2kan kepalanya berulang kali
lalu mencubit pipinya dengan kuat. Mungkin dengan itu akan membuatkan dia
kembali sedar dan berfikir secara normal!
“eh yoon, kenapa kamu tak bercakap
langsung? Bukan kamu banyak soalan ke nak tanya pada doctor yul ni?” tegur
datuk jung apabila melihat yoon yang mengaduh kesakitan selepas cubaan
menghentak kepalanya di dinding pulak.
“err..ha.ha.ha.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“jess. Aku nak tanye kau boleh?”
“apahal?”
“hm..kau ni..’bengkok’ ke?”
“bengkok? Maksud kau aku jalan bongkok?!”
“tak! Maksud aku..er. kau ni LES ke?”
“..!! Bagus, lagi sorang spesies Hara…ape
yang buat kau fikir aku macam tu?”
“ntah. Aku rase kau macam betul2 suke kat
yul. Aka Yuri!”
“well, aku memang suke die pun!!!”
“hah, tengok! Kan betul cakap aku!”
“aku suke die sebagai kawan! Sengal!” Jess
menjeling kearah soo tetapi dia tersenyum. Selalunya dia akan sertakan dengan
renungan maut level 19.
“betul ni?”
“BETULLAH!! Aku ketuk juga budak ni
karang!!” jerit jess yang sudah selamat pun tangannya mengetuk kepala soo.
“ha.ha. sorry2. Aku bukan ape..aku risau
kalau2 korang berdua terpesong dari landasan yang betul! Itu je.. “
“k fine”
“jess, sorry ye? Aku harap kau tak kecil
hati..”
“takpe..dah biase…tapi soo. Aku rase kau
yang dah terpesong dari landasan yg betul. INI BUKAN JALAN KE HOSPITAL!!!”
“uppps..”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hyo duduk bersandar di bangku hospital
dengan penuh relaks sambil mendengar lagu menggunakan headphone nya. Dia tidak
sedar gayanya yang santai dan agak cool itu mengundang perhatian ramai kakak2
jururawat dan juga pesakit2 yang lalu lalang. Mungkin kerana apabila lagu itu
mula rancak sedikit, badan Hyo akan automatic menari mengikut rentak secara
tidak langsung memberi show percuma pada warga hospital.
Setelah puas menari, dia berhenti sekejap
dan mengintai ke bilik pemeriksaan. Situasi nampak agak selesa. Nampaknya dia
tidak perlu risaukan Yuri lagi. Dia terus mengangkat begnya dan melangkah pergi
ke pintu keluar dengan gaya ‘moonwalker’kegemarannya itu.
BUKKKK!!!
Seorang gadis yang berlari masuk melanggar
Hyo yang sedang ber’moonwalker’.
“hei, cik adik..relaks! uhh? Jesssica?!”
tegur Hyo sedikit terkejut. Jess hanya membuat muka pokerface dan terus berlari
meninggalkannya. Sooyoung yang ikut dari belakang menepuk bahu Hyo.
“camne? Okey tak?”
Hyo menunjukkan sign ‘good’ sambil menari
tarian ‘Time is Over’.
-------------------------------------------------------
Jessica terus membuka pintu bilik
pemeriksaan itu dan melihat datuk serta adik2nya sedang seronok berbual bersama
Doktor Yul.
Arh, rindu nak tengok doctor Yul...
Kacakkan die?
Jess cuba membuat bahasa isyarat pada Yul
yang memandangnya dengan pandangan ‘betul ke apa yang aku buat ni??’
“Kak
Sica, camne akak boleh ade kat sini?” yoon terus melontar persoalan pada jess
yang belum sempat duduk pun lagi.
“eh, sukati akak lah! Salahke akak nak
lawat boyfriend akak ni?” balas Jess
selamba lalu terus menggedik kat Doktor Yul.
“Yul, sorry lambat. Tapi awak boleh handle
kan tadi?” bisik Jess perlahan
“bolehla..nasib baik Hyo ade! Klau tak..”
“eleh akak, sombong betul!” ngomel Yoon.
Datuk Jung hanya ketawa,
“atuk rase cukupla atuk ganggu mase kamu
Yul..hrm atuk balik dulu lah ye” Datuk Jung bangkit dari kerusi dan Doktor Yul
dengan segera membantu memimpin Datuk Jung.
“atuk hati2, tadi saye dah periksa tekanan
darah atuk agak tinggi. Jadi atuk kena kawal pemakanan. Jangan makan banyak
sangat benda masin..”
“haha, baiklah. Seronok pula ade bakal
menantu doctor ni. boleh selalu jage atuk. Takdelah atuk jatuh sakit nanti.”
“betul tu! Atuk kena sentiasa sihat je
taw!”
“tahulah atuk.. haha. Oh ye sica.”
“ye atuk?”
“kamu jangan lupe ambil cuti lame sikit
untuk percutian keluarge lusa ni.”
“hm yelah. Biar sica cuti sebulan ye atuk?
Hihi.”
“eleh akak, nak tiru yoon lah tu, cuti
sebulan!”
Jessica dan Yoon saling mengejek dan
menjelir lidah antara satu sama lain. Yul yang melihatnya ketawa kecil, kerana
merasakan adegan itu agak cute and sweet!
Jess dan Yoon tiba2 tersipu2 malu..
“Yul, kamu pun same! Kamu dah mohon cuti ke
belum? Sebab atuk dah tempahkan tiket untuk kamu sekali.”
Jessica terkejut, dia sangka datuknya hanya
ajak2 ayam waktu makan malam itu. Rupanya datuknya serius menjemput Yul bercuti
sekali bersama mereka. Dia memandang kearah Yuri yang sudah cuak.
“atuk..Yul kan sibuk kat hospital..belum
tentu die dapat cuti nanti!”
“tapi..atuk fikir..inilah peluang yang
bagus untuk doctor yul, berkenalan lebih rapat dengan keluarga bakal
mertuanya.. lagipun kamu berdua dah janji mase makan malam tu kan..”
Jessica dan Yuri memandang satu sama lain
dengan wajah bersalah.
“takkanlah kamu berdua sampai hati nak
kecewakan harapan orang tua yang tak lama lagi dah nak mati ni…” Datuk jung
mula membuat drama air mata dengan tujuan dapat menagih simpati.
Yul tersenyum dengan penuh ‘pasrah dan
paksaan’.
“baiklah, atuk. Saye akan cuba mohon cuti
hari ini juga. Ye?”
Wajah Datuk Jung yang sugul tadi terus
berubah ceria.
“haha. Atuk memang tahu kamu pasti setuju!
Kamu memang lelaki yang baik” puji Datuk Jung sambil menepuk2 bahu Yul.
Seohyun asyik dalam fikirannya sehingga dia
tidak perasan dia telah jauh ketinggalan sementara yang lain sudah berjalan
keluar dari bangunan hospital.
“eh kamu ni adik yuri kan?”
Dr.Erma Fatima yang menegur seohyun tiba2
dan mnegejut itu membuatkan gadis itu terperanjat.
“kamu nak jumpe kakak kamu ke?”
Seohyun menggeleng perlahan.
“saye bawa datuk saye check up body..”
“datuk? Ouh patutlah yuri tibe2 hilang! Die
ade dengan datuk awak lah sekarang?!”
“err..sebenarnye doctor yuri bukan kakak
saye!”
“bukan kakak? Tapi kenape muke korang
same?!!”
“doctor seorang je yang fikir begitu..ouh
saye minta diri dulu ye doctor.”
Seohyun terus melarikan diri dari ditanya
lebih banyak soalan oleh dr.erma yang sedang dalam kekeliruan.
“peliknye budak tu….oh, tadi aku nampak
seorang doctor lelaki bersame dengannya. Doctor baru ke tu? Kenape aku tak tahu
pulak?!! Mane si yuri ni!?”
Dr.erma yang kebosanan terus mengomel
seorang diri dan meneruskan tugasnya meronda wad pesakit dengan penuh kesabaran
dan kesetiaan.
----------------------------------------------------------
Yuri dan Jessica melambai Datuk Jung dan
Seohyun yang berada dalam kereta yang dipandu Yoon sehingga mereka keluar dari
perkarangan hospital dan lenyap dari pandangan.
Mereka berdua serentak menarik nafas lega.
“huh, saye cuak giler arh tadi bile atuk
awak tibe2 datang nak jumpe saye!” luah Yuri berkenaan perasaan tadi.
Jessica mengusap bahu Yul lembut.
“saye lagi nervous betul! Sampai semua
kerja saye tinggal dan terus ke sini! “
Yuri hanya ketawa kecil dan mengiayakannya.
“tapi serius awak memang pandai berlakon.
Sampai adik saye, Yoon yang kaki perempuan tu pun tak dapat nak cam awak!”
“itu pujian ke ape…?haha”
“haha, dah masuk waktu lunch lar..tapi awak
busy kan?”
Yuri menarik nafas panjang. Dia terasa
jahat pula kerana menipu Jess tadi kerana hakikatnya dia sedang lapang
sekarang.
“dah tak busy..jom, kite lunch same2..”
“jom….!!!”
Jessoca pun menarik tangan Yul penuh
gembira.
“eh kejap, Hyo mane ar? Kena belanje die
lunch skali sebab die dah tolong kite tadi!”
“err..rasenye die dah balik tadi. Ouh..soo
pun tibe2 hilang.”
“soo?”
“die yang hantar saye ke hospital tadi..”
“die hantarkan?! Pelik..asal budak tu tibe2
baik pulak?!”
Yuri mengeluarkan telefonnya dan mendail
nombor Hyo, dia rase Hyo dah banyak bantu dia selama ini Cuma dia masih belum
dapat membalas budinya. Tak dapat balas banyak, belanja makan pun jadilah..
Manakala Jessica pula mula berasa terancam.
Sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Hyo. Kalau jumpa
pun dia akan cepat melarikan diri. Semuanya gara2 dia masih malu dengan kejadian
hari itu!
“okay, die tunggu kite kat Restoran Zaharah
& Rosly.” Kata Yuri selepas menyimpan HPnya.
Jessica pula menelan air liur, nervous
sedikit.
Arh, ape yang aku nak cakap dengan dia
nanti?
--------------------------------------------------------------
“Lol. Yuri, awak masih lelaki?!” tegur Hyo
dengan nada bergurau sejurus dia melihat Yul dan Jessica masuk ke restoran dan
berjalan kearahnya.
“yelah! Haha tak perasan pula..”
Hyo ketawa kecil dan mengerling kearah
Jess.
“Hai Jessica. Apa khabar?”
“oh..ha.ha. baik.” Jess menjawab macam nak
tak nak dan terus duduk di meja 4 kerusi itu. Yul pula duduk disebelahnya
manakala Hyo duduk dihadapan Jess.
Arh, apahal die duduk depan aku pulak?!
“Yul, kite tukar tempat duduk ye? Saye rase
nak duduk tepi tingkap larr..”
Yuri terus beralih tempat tanpa banyak
soal.
Hyo tersengih melihat gelagat Jess. Dia
perlahan2 bangun dan duduk semula dihadapan Jess dengan senyuman yang penuh
muslihat. Muka Jess pulak time tu macam.. GRRR…
APAHAL MAMAT NIE?!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bonus : Double Date.
Pasangan TaeNy dan Soosun keluar menonton
wayang bersama.
Tiff : Eii..taetae, takde movie lain ke nak
tengok? Ppani tak suke lah cerita hantu..kalau seram camne? Ppani takottt…
Tae : takpe, kalau ppani takut, peluklar
taetae..(hoho miang)
Soo : ape ko mengarut ni tiff? Cite Hantu
dlm botol kicap tu cite komedi la! Sayang, pegila beli popcorn sekarang!!
Sun : okay, you nak order ape2 lagi tak?
Soo : hurm kalau ade jual ayam gunting,
belikan skali! (sambil makan burger daging)
2
jam kemudian,
Tiff : hahaha lawaklar kan hantu tu..hahaha
Manakala Tae, soo dan sun masih bermuka
pucat.
“err..seram siott”