Pages

Sunday, 13 October 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad) -bab11-

BAB11




Seohyun menyanyi lagu kegemarannya ‘Vitamin’ sambil mengelap koleksi pisaunya di dinding. Tiba2 nyanyiannya terhenti. Dia terasa seperti ada sesuatu yang kurang!
“Mana pisau dagger aku?!”


---------------------------------------------------------------------
“helo, abang sun!”
“seo? Kenapa ni?”
“tahu tak kak sica kat mane??”
“kitorang pun tengah tunggu die. Tapi die off HP.”
“kite kena cari dia sekarang!”
“kenapa?”
“DIA MUNGKIN AKAN BUNUH SESEORANG!!!”
Sunny tersedak mendengar pernyataan seohyun. Tiffany menepuk belakngnya sambil buat pandangan ‘apa yang berlaku?’.
“Jess nak bunuh orang”
“hah?! KENAPA PULAK?!!!
Selepas mendengar  cerita Seohyun, Sunny dan Tiffany terus menghubungi semua kenalan jess sama ada mereka ada melihat atau bersamanya sekarang. Namun semuanya memberikan jawapan yang mengecewakan.
Sewaktu ketika dahulu, Jessica sebenarnya pernah menghadapi penyakit bipolar disorder – iaitu perubahan personality yang secara tiba-tiba dan kadang2 akan bertindak diluar kawalan (senang cite jadi giler la..). itu yang membuatkan Sunny dan Tiffany lebih risau. Walaupun Jessica telah sembuh, tetapi tak mustahil penyakit itu kembali semula padanya.
Pernah dulu, kucing Jessica mati dilanggar kereta dan Jess yang marah dan menyimpan dendam lalu cuba membakar pemilik kereta itu – Itu kerana dia mengalami bipolar disorder!
 Dan perkara ini hanya menjadi rahsia mereka bertiga, semua bekas teman lelaki Jessica mengalami kemalangan yang teruk selepas berpisah dengan Jessica. Itu kerana Jessica telah mengupah orang untuk melanggar kereta mereka.
Mereka menggelar Jess yang berubah personality itu sebagai HELLSICA.
“mungkin kite patut telefon polis!”
“eh janganlah sampai heret pihak berkuasa pulak..kite cube cari die dulu ye? Tiff, kau minta tolong tae sekali untuk cari jess.”
“hm baiklah!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hyo membuka matanya perlahan. Kepalanya terasa pening, berpinar-pinar, dia cuba untuk mengurut kepalanya tetapi tangannya tidak boleh bergerak. Baru dia perasan dia telah diikat dengan tali di sebuah kerusi dan lebih menarik lagi mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Aku kena culik ke?!
Dia cuba untuk membuka ikatan sebelum dia terdengar bunyi tapak kaki disertai ketawa sinis. Malah dia juga terdengar bunyi muzik latar yang saspen.
Jessica berjalan kearahnya perlahan sambil mengusap2 pisau dagger di tangannya. Dia mengacukan pisau itu ke dada hyo yang mula tunjuk reaksi panic + hairan + teruja.
Jessica?!! APE SEMUA NI?!!
Hyo cuba untuk bercakap tetapi mulutnya telah ditutup jadi dia hanya mampu berkomunikasi dengan ‘mmhh mmh mh?!!’
Jessica ketawa kejam.
“kau cakap ape pun dah tak berguna lagi! Sudah lame aku cube nak lupakan perkara keji yang kau lakukan ke atas aku! tapi, tapi…KENAPA KAU MUNCUL SEMULA DALAM HIDUP AKU?!”
Hyo makin tertanya-tanya, manakala Jessica terus berdialog seperti dia sedang berlakon teater.
“KENAPA KAU TAK JAWAB?!!” Jessica menampar muka Hyo.
“MMHH MHM MH!!!”
“OH, sorry.” Jess pun menarik pita pelekat di muka Hyo dengan ganasnya dan kedengaran lah jeritan kesakitan yang sangat tak merdu.
“DIAM!!!” Jessica menolak kepala Hyo pula!
“Jessica? Kenapa awak buat macam ni pada saye???”
“Kau tanye kenapa?! Agaknye kau dah lupe kan ape yang kau dah lakukan pada aku 2 tahun lalu!”
“..kenape dengan malam tu…?”
“kenapa dengan malam tu?! Arhh aku bunuh kau!!!”

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“semua tempat yang jess selalu lepak aku dah pergi, tapi tak jumpe die.. korang?”
Tiffany dan Tae menggeleng kepala perlahan.
“eh cube kau tanye soo dengan yul? Mane tahu jess ade dengan dorang.” Cadang Tae.
“dah tanye..diorang cakap takde..tapi soo kate die dengan yuwree akan cube cari kat kawasan diorang”
Sunny meletakkan tangan ke dagunya dan berfikir ‘kalau die jadi jess, die akan berada di mana?’
“korang! Aku dah tahu, budak tu mesti kat tempat tu!….”

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jessica meluru sambil menghunus pisau dagger yang tajam dan kalau cucuk orang memang mati punye kearah Hyo tetapi Hyo yang berjaya melepaskan diri dari ikatan(sebab jess ikat tak ketat, maklumlah mase perjumpaan Pandu Puteri dia selalu tido sbb tu die ikat tak ikut teknik yg betul) sempat menangkap tangan Jess dan memusingkannya ke belakang. Dia cepat2 merampas pisau itu dan mencampaknya jauh2.
“YAHHH!!! Lepaskan aku..” Jess cuba bergelut tetapi cengkaman tangan Hyo lebih kuat dan gagah! Dia kemudian terus menggigit tangan Hyo seperti harimau yang kelaparan.
“Ouchh!” Walaupun sakit tetapi Hyo tetap tidak melepaskan Jess.
“okay, bawa bertenang. Sekarang saye nak awak jelaskan kenapa dengan malam tu, dan sebab ape awak nak bunuh saye?!”,
Hyo melepaskan Jessica dan duduk semula di kerusi tadi lalu membuat muka yang serius.

ARGHHHHHHHHH!!!
Jessica menjerit sekuat hati sambil memukul Hyo yang terbaring disebelahnya bertubi2 menggunakan bantal.
“Sampai hati awak lakukan perkara keji ini pada saye? BINATANG!!!”

“kau memang jantan tak gune!”
“tunggu, Jessica..itu semua salah faham je!”
“salah faham?!! “

Hyo tersedar dari tidur selepas merasa kesakitan di seluruh badan terutama mukanya. Apabila dia membuka mata sahaja, sebuah bantal hinggap dimukanya, tidak termasuk jeritan dolphin yang kuat- yang dia fikir bunyi dari dalam mimpi.
 “err..ape semua ni..?”
”Binatang! Sekarang takde sape lagi yang nak kahwin dengan aku!! waaaaa”
“hah? Kenape awak ade di katil sa..”
PUKKKK!
“KAU PERGI!”
Sejurus selepas itu, sekumpulan polis/ pengawal muncul – slps jess call 999 lalu menangkap Hyo atas kesalahan melakukan jenayah seks keatas gadis yang naif dan pure2 comel tak bersalah.
“Tunggu, saye tak bersalah!!!”

“kau tak bersalah? Tahu tak kau telah merosakkan kesucian diri aku?!!”
“saye tak lakukan ape2 pun ke atas awak, OKAY?!!”
“Hm, kau ade bukti ke?”
“..cube awak ingat balik pagi awak terjage DALAM BILIK SAYE tu. Ingat balik!”

Jessica yang menangis – setelah penat menjerit, memandang Hyo diheret pergi oleh polis2 jepun itu. Dia kemudian segera keluar dari situ dan balik ke hotelnya, mengemas segala barang dan terus terbang pulang ke Malaysia!

“Tak, sebelum tu! Ingat balik mase awak baru terjage!”
“dah salah tu mengaku jela!” jess memukul Hyo dengan kuat namun masih cuba mengimbas semula kejadian pagi itu.

Jessica terjaga, dia di atas katil dengan Hyo di sebelahnya..Dia menarik selimut untuk menutup/ melindungi dirinya. Dia mengambil bantal dan terus memukul jejaka disebelahnya dengan penuh perasaan marah sambil berkata pelbagai perkataan kesat.

“Ingat tak saye pakai baju ape mase tu?”
“…err, MANELAH AKU INGAT!!!”
“tapi..saye pakai baju kan?”
Jessica mengangguk perlahan.
“awak pun lengkap berpakaian kan?”
“..iye….”
“MAKSUDNYE TAKDE APE2 LAH YANG DAH BERLAKU ANTARA KITE!!!!”
Jessica membeliakkan mata – tak tahu nak bagi reaksi apa- patut ke dia marah? Atau ketawa?
“ha.ha.ha.”
“HA.HA.HA.?! Awak tahu tak awak nyaris tikam saye dengan pisau tu sebabkan salah faham sahaje? Dan dalam kes ni, saye yang sepatutnya marah, sebabkan awak.. saye terpakse duduk dalam lokap selama sehari! Tahu tak betapa erghhnya duduk dengan banduan tu semua…ERGHHHH”
Hyo pula yang memarahi Jessica yang terkulat2 di situ selepas menyedari dia yang salah di sini.
“fine, saye salah..tapi tetap pelikkan macammane saye boleh bermalam dengan awak di BILIK AWAK pula? Pasti awak ade letak ape2 kat minuman saye..untuk ambil kesempatan!!!”
“jessica..saye bukan lelaki yang macam tu, okay? Dan saye rase awak yang letak benda bukan2 dalam minuman saye, sebab tu saye boleh pengsan dan ade kat sini. Kan?”
Jessica membeliakkan mata, geram. Lelaki ini dari tadi asyik nak melawan kata dia saje!
“lagipun..seingat saye..malam tu…awak yang ikut dan masuk bilik saye sekali..” Hyo bercakap dengan nada yang bergurau sambil ketawa kecil.
“PENIPU!!!”
“ntah2 awak yang nak ambil kesempatan ke atas saye…:p “
“YAAHHHH!!!”
Jessica cuba memukul Hyo tetapi dia tergelincir dan hampir terjatuh sebelum Hyo menyambutnya tetapi Hyo pula tersadung tali yang mengikatnya tadi dan mereka berdua sama2 terjatuh.
“ouh, awak tak ape2 ke?” Hyo terus bangun dan cuba mengangkat Jessica yang sudah terjelopok atas lantai.
Kebetulan, Yoon yang disuruh Seohyun mencari kak Sica mereka, masuk ke bilik pejabat Jessica di saat mereka berdua berada di posisi yang agak mencurigakan.
“HOI APE KAU NAK BUAT DENGAN KAKAK AKU?!!!”
Yoon terus meluru kearah hyo lalu menumbuk mamat tu hingga berlanggar dengan sofa. Dia menumbuk muka Hyo sekali lagi. Normal bagi seseorang untuk mengamuk jika dia lihat kakaknya terbaring atas lantai dan seorang lelaki di atasnya, kan?
“Kak Sica, ape mamat ni dah buat?! Cakap dengan Yoon?!!!” Jerit Yoon cuba memukul Hyo sekali lagi tetapi Hyo yang berbadan lebih gagah dapat mengelak dengan baik.
Jessica hanya berdiam diri.
“Jess!” Jerit Sun, Tiff dan Tae serentak sejurus mereka masuk ke pejabat Jessica.
Andaian Sunny bahawa Jessica berada di pejabatnya tepat sekali. Tetapi mereka terpaku apabila melihat adegan di mana Jess terduduk atas lantai dan 2 lelaki yang bertumbuk..?
Yoon yang terjatuh selepas ditumbuk Hyo menjerit tak puas hati. dia berlari sambil menjerit ‘kyaaaaa’ dengan tumbukan yang diacu seperti senapang namun sempat dihalang Sunny manakala Hyo yang sudah bersedia membalas serangan Yoon ditarik abangnya Tae.
“STOPPP!!!” jerit Tiffany membuatkan semua yang lain terdiam.
“Hyo, ape kau buat kat sini?” tanye Tae betul2 hairan.
Hyo hanya mengesat bibirnya yang luka sambil mengerling kearah Jessica yang dikerumuni Yoon dan Tiffany.
“tanyela Jessica.. “
Tae memandang adiknya dan Jessica berulang kali. Nampaknya dia seperti sudah mempunyai idea baru untuk manukskrip novel yang seterusnya!
“Kak sica, mamat tu sempat buat ape2 yang tak elok ke?”
“Hah, Hyo cube lakukan benda tak senonoh ke?!” kata Tiffany terkejut.
“ye, kak fany! Mamat tu nak ro..”
“YOOON!!!”
“KAK SICA?”
“itu semua salah faham je. Akak okay!”
“betul ni?”
“yelah! Wait, ape yang korang semua buat kat pejabat aku ni?!

------

Jessica pura2 seperti tidak mengetahui apa-apa semasa Sun dan Tiff bertanya pelbagai soalan kepadanya termasuklah kenapa dia tak datang berjumpa mereka dan apa yang dia buat dengan pisau Seohyun! Dia sempat lagi menguis tali yang dia gunakan untuk mengikat Hyo ke bawah sofa.
“Ha.Ha.Ha. korang ni ape2 la..mane ade aku nak bunuh orang!”
Mereka yang lain menarik nafas lega. Sekurang2nya bayangan mereka sebelum ini tidak betul dan dapat menunjukkan kawan mereka ini sihat!
“kalau macam tu takpe lah” Sunny mengusap kepala Jess lembut dan Tiffany memeluk bahu Jessica.
“tapi jess..lain kali jangan off hp, tahu tak betapa risaunye kitorang?!? BETAPA RISAUNYA SUNNY?!” kata Tiff sambil matanya melirik kearah sunny kemudian dia ketawa sendiri. Sunny menjeling kearahnya dan menunjukkan isyarat ‘syuhhh’.
“sorry…”
Jess pun memeluk 2 kawan baiknya itu dengan gediknya. (sila bayangkan situasi yg penuh dramatic)
Hyo hanya memerhatikan Jess tanpa mengeluarkan suara. Dia sebenarnya semakin tertarik dengan gadis yang baru saja ingin membunuhnya itu tadi!
Macammana seseorang yang manis ini boleh bertukar dari ganas ke manja dalam sekelip mata?
Hyo kemudian tersenyum. Dia rasa gembira pula dapat melihat sisi Jessica yang lain.
“korang, aku balik dulu ye? Dah lewat ni..” kata Jess tiba-tiba.
“eh kak sica, tunggu! Akak belum jelaskan lagi ape yang lelaki ni buat kat pejabat akak?!” Yoon segera menimbulkan isu itu semula membuatkan tae, sun dan tiff juga inginkan jawapan kepada persoalan itu.
Jess memandang Hyo dengan wajah yang bersalah.
“takde ape, dah yoon jom balik nanti mak marah!!!” Jess terus menarik tangan adiknya dan melarikan diri dari situ.
“Eh, nanti dulu…!!!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di dalam kereta Hyo sedang memandu dengan tenang lagi perlahan sambil mendengar radio Hot fm – lebih hangat dari biasa!, manakala budak bertiga itu dalam fikiran mereka sendiri.
“psst, nampaknya tekaan kite sebelum ni betul! Diorang berdua memang dah kenal antara satu sama lain!”
“tapi taetae…jess tak pernah pula cerita pasal hyo kat ppani..”
“ko tak tanye die ke tae? Die kan adik kau!”
“kalau aku tanye pun bukan die nak bagitau..eh tapi kan!”
“tapi ape?”
“si hyo ni ade kate kat aku yang die nak pergi date malam ni..”
“takkanlah…”
“jess dan hyo dating?!!”
Mereka bertiga serentak memandang Hyo yang sedang asyik mendengar lagu Kasanova – Stacy sehingga ingin ikut menari sekali!
“tak mungkinlah….”
“tak mungkin ape?” tanya hyo kembali apabila mereka bertiga tiba2 cakap serentak begitu.
“eh takde pape..ha.ha.ha.”
Hyo memberikan pandangan ‘lantak koranglah’ dan sambung berjoget semasa memandu.
“psstt..hyo sangat2 tak kena dengan lelaki ideal jess.”
“yep, setuju.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“abang yoon, kak sica dah balik?!”
“dah..die ade dalam bilik kott..haihh letihnya abang..seo..buatkan abang air millo?”
Yoon yang baru nak menggedik dekat adiknya baru tersedar yang dia bercakap dengan dinding. Berasa kecewa, dia pun ke dapur untuk makan semua yang ada dalam peti ais..
Dalam bilik, jess terus mencampakkan dirinya ke atas katil dan menutup mukanya dengan bantal. Dia sebenarnya rasa malu sangat dengan perbuatannya.
Arrhh,aku tak sanggup nak jumpe die lagi! >.<
“Kak sica!!!” jerit seo sambil membuka pintu bilik tiba-tiba membuatkan Jessica terkejut sampai dia terlompat dari katil.
“seo, tak reti ketuk pintu dulu ape?”
“kak sica, mane pisau dagger seo?!!!”
“ERRR…..”
“akak cepat pulangkan pisau tu…” seohyun seperti nak menangis apabila kakaknya memberikan respon yang urghh..-gayenye macam kakaknya dah hilangkan pisau kesayangan die!
“ala..tak payahla nak nanges2!! nanti esok akak bagilah! Dah2 akak nak tido, tutupkan lampu skali!”
Sebaik sahaja lampu ditutup, jess terus terbongkang atas katil. Selalunya sebaik sahaja dia baring, automatic matanya akan terpejam dan dia akan belayar kealam mimpi, tetapi hairannya malam itu dia langsung tak dapat lelapkan mata.
Memorinya asyik kembali pada adegan tadi,
Dia ingin memukul lelaki itu, tapi dia hampir terjatuh, lelaki itu menyambutnya, (bayangkan situasi ini dalam slow motion) dia terasa tangan lelaki itu mencapai tubuhnya, mukanye saling berhadapan dengan mukanya, dia memandang mata si dia yang terasa sangat berkarisma.
Jessica memegang dadanya, kenapa dia rasa jantungnya berdegup lebih cepat dari biasa?
Arhhh..
Jessica mencapai HPnya yang telah di ON semula.
18 missed calls from sunny, 9 missed calls from tiffany, 6 missed calls from seobaby, 5 missed calls from yul<3, 2 missed calls from Yoon.
Dia tersenyum teringatkan mereka yang sibuk mecarinya sebab risau dia akan bunuh orang! Ape-ape lah diorang tu..
Wait, aku memang nak bunuh orang pun tadi! LOL
“eh, yul pun ade missed calls aku?”
Jess pun menaip mesej,
To : Yul <3
Hai..dah tidur ke?
My my my sweet delight
From : Yul <3
Belum lagi..awak dah balik rumah ke? Tadi awak pergi mane hah?? Nakal ye! XP
Jess tergelak membaca perkataan ‘nakal’ itu. Dia dengan pantas menaip mesej untuk reply.
To : Yul <3
Nakal? LOL! U…I tak bole tidola…u datang lah sini temankan i..amacam nakal tak?? Hihi.. ; )
From : Yul <3
I dah ade kat luar ni.. you bukakla tingkap.. ;p
Sepanjang tengah malam itu, Jess pun menghabiskan masanya bermain mesej (yg mengarut) dengan Yuri (yg anehnya boleh pulak layan minah tu mesej malam2, bukan die ade keje ke esok?!!)
---------------------------------------------------------------
Sooyoung yang terjaga dari tidur untuk makan lewat malam mengintai ke bilik Yuri apabila dia terdengar teman serumahnya itu asyik ketawa. Seram jugak malam2 ni terdengar perempuan ketawa. Serius!
“Oit cik akak,yang awak terkekeh sorang2 ni kenape? Tak reti nak tido?” Jerit soo di pintu sambil tersengih macam kambing.
“omo! Soo! Kau buat aku terkejut je taw!” Yuri mengurut dadanya selepas disergah.
“kau buat ape?”
“mesej…”
“mesej?! Dengan sape?”
“awek aku lar..dah2 sibuk je..syuhh2”
Makin dihalau, makin soo dekat dengan yuri dan terus duduk di katilnya berhadapan dengan yuri dan membuat muka serius.
“korang mesej pasal ape?”
“ntah. Ape2 je..jess tu kelakar jugak eh? Tibe2 rase die comel pulak!”
“Yul…selama ni aku memang selalu bergurau pasal benda ni dengan kau.. tapi, kau ni..kau tahu..kau ni ‘bengkok’ ke?”
“hah?”
“yela..mungkin kau tak perasan sebab sebelum ni takde perempuan yang tarik minat kau..”
“ape maksud kau?”
“cube tengok aku? ape perasaan kau?” Soo membuat gaye seksi dengan melunjurkan kakinya yang panjang keatas paha yul dan menarik baju tidurnya ke bahu.
Mimik muka Yuri ketika itu terlampau URGHH sampai tak boleh nak ditulis dengan kata2.
“perasaan aku sekarang ialah,.. patutke aku tendang perempuan depan aku ni jatuh tangga? Atau patutke aku cekik kawan baik aku ni sampai die langsung tak boleh nak telan makanan untuk seumur hidup?”
“ha.ha.ha. okay, KAU NORMAL. Phew.. lega aku…”
“kenapa kau meragui seksualiti aku pula?!”
“yelah, kau ni dah dewasa, patut cari calon suami cepat2..tapi kau main cinta pulak dengan perempuan yang nampak dingin tapi sebenarnye comel, sape yang tak curige?!!”
“..betul juga cakap kau tu..tibe2 rase diri aku ni pelik….”
Yuri mula termenung mengenangkan dirinya yang pelik manakala soo bangkit dari katil ingin kembali ke biliknya. Tiba-tiba,
LalalalMA lalalaMA lalaMA (Ringtone mesej yang Yul baru download sebaik saja dia mendengar lagu Wonder Girls – Be My Baby)
Soo terus mengambil HP yuri untuk membaca msej yang sampai, Yuri yang tersedar dengan perbuatan soo itu cuba merebut hpnya, mereka pun bergusti di atas katil
“hahah! Tak dapat!” mungkin kerana soo baru lepas makan, jadi dia lebih kuat dan bertenaga. Selepas menendang yuri jatuh katil, soo pun membuka mesej dari Jessica itu.
From : JessiCAT
Yuri..awak rase saye ni jenis yang mudah jatuh cinta ke?
Soo ingin membalas tapi dia rase perbuatan itu agak kurang sopan, lalu dia memberikan hp itu kembali pada tuannya.
“jawabla, ape kau rase?”
Yuri sempat menjeling kearah Soo dengan geram sebelum membca mesej itu.
“kenape die tanye aku soalan ni?”
“yelah, kenape ye?” kata soo sinis tapi kemudian dia ketawa kecil. “mungkin dia yang bengkok. Yul, hati-hati” sambung soo dan terus berlalu pergi keluar dari bilik yuri, tapi dia bukan kembali ke biliknya. Kemungkinan besar, bawah tudung saji memanggilnya..
Yul hanya mengangkat kening dan kembali baring di atas katilnya.
To : JessiCAT
Manelah saye tahu sebab itu diri awak..cume saye rase.., awak jenis yang SUSAH jatuh cinta., mungkin sebab luaran awak yang nampak dingin..terutama dgn lelaki. Kenapa? Awk rase awak dah sukekan seseorang ke skrg ni?

From : JessiCAT
Agaknye….
Yuri terdiam seketika.
Siapa yang die suke? ..takkanlah AKU?
Yuri mengambil masa yang lama untuk emmbalas, dia teragak2 untuk bertanya, tapi dia tetap tekan send.
To : JessiCAT
Siape die?
Yuri menunggu untuk 10 minit dan masih tiada balasan dari Jessica, akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur. Nasib baik esok die mula kerja pukul 11 !
Kenapa die tak balas?..Takkanlah orang yang dia suka tu aku?!

---------------------------------------------------------

Jessica yang tertidur tetap memegang HP nya di tangan terjaga selepas mendengar bunyi ringtone mesejnya, tidak sempat untuk membuat apa2..dia terus rebah ke katil dan..ZZZZZZZZZZ.


to be continued...

Tuesday, 1 October 2013

BICARA JANTUNG (by Amisa Ahmad) -bab10-

BAB 10



Pagi itu Taeyeon hanya duduk melepak di biliknya, mempunyai profesion sebagai penulis novel menjadikan dia seorang yang berjiwa bebas dan tidak terkongkong dengan jadual kerja. Dia hidup dengan gembira selama ini sehinggalah sekarang apabila dia yang bosan mencuba nasib mendail stesen radio Klasik FM.
“pemanggil seterusnya, helo?”
“helo! Saye kim Taeyeon!!!”
“wah, bersemangat sungguh pemanggil kita kali ini, baiklah encik kim, apakah jawapan encik untuk teka teki ini ‘syarikat apakah yang terbesar di dunia?’ “
“arr…hah! Amerika Syarikat!!!”
“…..TEPAT SEKALI!”
“oh yeah!”
“Tahniah, encik Kim.. dengan itu anda telah memenangi 4 keping tiket filem Hantu Dalam Botol Kicap, tahniah sekali lagi. Okay, encik ade ape2 ucapan untuk dikongsikan pada pendengar pagi ini?”
“terima kasih..saya ingin ucapkan selamat pagi pada tunang saye..Ppani-ah gud mowning! I lab you!”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“LOL. Inikan Tae?! Camne die boleh masuk radio!” Gelak Sunny di dalam kereta yang sedang dalam perjalanan ke pejabatnya. Kemudian dia ikut menyanyi sekali lagu klasik ‘Gadis Dan Bunga’ dendangan Rahimah Rahim yang diputarkan stesen radio kegemarannya. Klasik Nasional, segalanya di sini menggamit kenangan~
“Berlenggang dia berjalan,si gadis desa yang manja~~”
Sunny menyanyi sambil matanya melirik ke tepi jalan dan dia memang nampak seorang gadis berjalan di lorong tepi jalan.
PIINNN *hon kereta
Seohyun yang sedang berjalan kaki menoleh ke kereta yang berhenti di sebelahnya.
“Seo, nak pergi mane?”
“Kolej!”
“nak abang hantarkan?”
“hm boleh juga.”
-------------------
“kenapa seo jalan kaki ke  kolej?”
“nak naik bas tadi..sekali tertinggal pulak..”
“kenapa tak telefon Pak Ali ke..takpun Kak Sica suh ambil hantarkan? Kan jauh tu..nasib baik abang nampak seo taw.”
“hee..taknak la susahkan dorang..”
“seo ni baik sangat…”
“ish mane ade, abang sun lagi baik hati orangnye..”
“hm baguslah kalau seo tahu..hahaha”
“abang sun…nak tanya sket boleh?”
“tanyela..ape die?”
“pasal kak sica…”
“kenapa dengan die?”
“seo rase pelik sangat dengan kelakuan dia malam tadi..ade ape2 yang berlaku ke?”
“ si jess memang pelik..tapi malam tadi kitorang memang rase die sedikit aneh. hm, die buat hal ape kat rumah?”
“dia tiba-tiba nak pinjam seo buku cara nak bunuh orang..then die siap tanye lagi pisau mane yang sesuai! Seo rase seram pulak dengan kak sica…”
“Tunggu, ade buku macam tu?!!!”
“ade…”  ß seohyun ade kelima buku koleksinya.
“bukan die memang suke cakap macam tu ke.. nak bunuh orang tu, orang ni..agaknye kalau membunuh tu bukan jenayah, dah ramai yang mati kat tangan kakak kamu tu!”
“tapi yang itu semua gurauan..yang ini..seo dapat nampak sinar matanya..dan senyumannya..URGHH SERAM”
“hm..Tae pun cakap benda yang same…”
Sunny kemudian terus berdiam diri, mungkin berfikir agaknye. Seohyun seperti ingin bertanya lagi tapi dia agak berat hati.
“err..abg sun…”
“hm?”
“pasal teman lelaki kak sica tu…kak yuri..sampai bile korang semua nak teruskan penip err penyamaran ni?”
“jadi kau pun dah tahu la ye? Abang tak pasti..semua ni bergantung pada jess dan yuri sendiri.”
“maksudnye?”
“maksudnye..kalau jess dan Kwon Yul tak berpisah secara rasmi..selagi tulah penyamaran ini akan diteruskan.”
“tapi..bukan ke satu masa ia akan terbongkar juga? Kak sica akan lebih malu nanti….”
Sunny ketawa kecil, dia mengusap kepala seohyun lembut.
“seo tak perlu risaukan kak sica…dia dah besar pandailah die handle masalah tu. Okay dah sampai! Belajar betul2 ye?”
“baiklah, terima kasih abang..”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ppani-ah..please…”
“tak boleh taetae..petang ni ppani ade meeting..”
“skip je lah meeting tu..dah lame kite tak keluar tengok wayang same2..”
“mane boleh suka hati skip, syarikat ni bukan bapak ppani yang punye!!”
“tapi..ppani-ah..”
“dah taetae tak payah nak ngade2, ..ajakla orang lain tengok wayang tu..”
“..takpe2, taetae ajak perempuan lain, sooyoung ke! Boleh?”
“suka hati lar….dah bos ppani dah jeling2 tu. Bye!”
Tutt Tutt..
Hari yang Taeyeon jangkakan bahagia bertukar penuh kesuraman…..dia duduk memeluk lutut sambil melukis bulatan di atas lantai.
“ppani dah berubah..uhuk2 ppani dah tak sayangkan aku…sob sob”
Hyo yang baru pulang ke rumah memandang abangnya hairan. Dia perlahan2 mendekati abangnya, dan menjerit dengan kuat di telinga Tae!
“arhhhh!!!”
Tae pun berguling2 di atas lantai sambil menekup kedua telinganya manakala Hyo sudah tergelak2. Baru puas hati die!
“HOI KO NAK JADIKAN AKU PEKAK APE?”
Gelak Hyo masih bersisa. “yang kau bertafakur atas lantai tu kenape pulak?!”
Tae terus berasa sedih balik dan menyambung aktiviti melukis bulatannya tadi.
“ppani dah tak sayang aku….”
“kenape ko fikir macam tu?”
“die taknak tengok wayang dengan aku…”
Hyo terus buat muke urghh dan baling abangnya dengan stoking yang baru dipakainya tadi.
“HOI BUSUKLA!!”
“AI..Bile la abang aku nak matang ye??”
“amboi sedap mengate orang? Aku baru terfikir nak bagi tiket wayang ni kat ko..tak jadilah…”
“tak kisah pun, aku bukannye ade sesape nak ajak keluar nanti..”
Tae memandang Hyo dengan pandangan yang mengharukan lagi simpati.
“uhuk2 tak sangke ade orang yang lebih sedih dari aku di kawasan ini..kesian hyo..langsung tiada teman..hidup yang sunyi…”
Tae pun datang pada Hyo dan cuba memeluk adiknya. Tetapi hyo dengan pantas mengelak lalu melemparkan stokingnya lagi sebelah. Betul2 bertepek di muka tae. Baru puas hati dia, lagi!
“HOI SIAP KAU NANTI!!!”
-------------
“tapi..takkanlah kau tak jumpe mane2 awek kat jepun tu?”
Hyo hanya mengangkat bahu.
“bukan awek jepun banyak yang comel2 ke? Lagi kau keje dengan grup snsd.. diorang kan lawa, takkan satu pun ko tak cube ngurat??”
“ntahla..”
“hyo…”
“ye?”
“kau ni….gay ke?”
“.…”
“OMO aku memang tahu lelaki yang keje mekap2 ni(tunjuk gaye pondan) banyak yang gay..takkanlah kau…pun same mcm dorang?!”
“KEPALA HOTAK KAU!” marah Hyo lalu mengetuk kepala abangnya dengan botol air.
“abes tu? Kau pernah tak jatuh cinta dengan mane2 awek?!”
“Aku pernah jatuh cinta..pandang pertama dengan seorang perempuan ni..”
“uh ooh..kemudian?”
“..kitorang cume kenal satu malam..dan dah 2 tahun berlalu..aku langsung tak pernah jumpe die lagi..”
“err..sedihnya kisah cinta kau..”
Hyo hanya tersenyum. Walaupun menyedihkan dan hopeless tapi memang itulah realitinya. Dia berjumpa dengan gadis itu melalui beberapa insiden dan mereka menghabiskan masa semalaman bersama. Ironiknya, dia tidak tahu siapa gadis itu, namanya, asalnya, dia tidak tahu apa-apa. Apa yang dia tahu ialah dia ingin berjumpa semula dengan cintanya itu.
Dan dia telahpun berjumpa dengan gadis itu, cuma dia tidak pasti itukah gadis yang dicari selama ini?
“Tae..dah berapa lama kau kenal Jessica?”
“hmm..sejak dari kolej lagi.. jadi lebih kurang 5 tahun kot”
“pernah tak Jessica tu pergi ke Jepun dulu?”
“hrm..tak ingatlar..tapi rasenye ade..eh kejap! Aku rase aku ade simpan lagi cenderamata yang die belikan dr Jepun tu..”
Tae berlari kebiliknya dan seketika kemudian, dia muncul sambil memegang key-chain berbentuk siput yang tertulis’ Shibuya’ di atasnya.
Hyo tersenyum
Kini dia pasti, itulah gadisnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jessica sedang khusyuk membaca buku yang dipinjam dari seohyun sambil minum kopi walaupun kertas kerjanya masih terbengkalai di atas meja.
My my my sweet delight
From : Sun
Jess, malam ni free tak? Jum lepak luar. Ade benda aku nak tanye kau.
To : Sun
Apahal? Tak boleh tanye skrg ke?
From : Sun
Tak boleh..malam ni ye pukul 8 kat tempat biase.
To : Sun
K Fine.
Jessica baru nak mencampak HP nya keatas meja sebelum dia perasan akan nama Yul di inboxnya yang berbentuk conversation.
“eh asal aku tak perasan Yuri ade mesej..wait, sape yang replykan?! YOOOOONNN!!!”
Jessica segera menaip mesej.
To : Yul <3
Yuri..ade tak sape2 call atau mesej awak benda pelik? Kalau ade tu mungkin adik saye!
My my my sweet delight
“eh die da reply? Cepatnye” Jess terus membuka mesej yang sampai dengan teruja sebelum dia melihat nama penghantarnya. Dia terus buat muka toya.
From : Tae
Jessica, saye nak jumpe awak malam ni, boleh?
“apahal pulak tae nak jumpe aku? dan kenapa die mesej camni? JIJIK BETOL”
To : Tae
Oi ko apahal? Salah nombor ape?!!
Jessica terus mencampak HP nya dan sambung membaca buku.
“Bring the boys out, we bing the boys out, be bing the boys out”
Tae calling…
Jessica mengangkatnya dengan malas.
“helo, jessica?”
“ko nak ape?”
“err..ini Hyoyeon.”
“!!!!!!!”
“saye nak jumpe awak malam ni. Boleh tak?”
Jessica mengangkat kening dengan muke yang penuh kejahatan sambil membelek buku berwarna putih bertulisan merah bertulis 100 Ways How To Kill A Person itu.
“hm, okay..”
“okay? Baguslah! Kite jumpe kat PakLi Kopitiam.”
“…jadi,awak dah ingat saye?”
“mestila, saye tak pernah lupe wajah awak!”
“….saye pun”  (sila bayangkan muzik latar yang penuh seram dan misteri serta ketawa kejahatan dari Jessica!)

----------------------------------------------------------------------------

Hyo begitu teruja apabila Jessica setuju untuk berjumpa dengannya. Habis satu almari dia geledah untuk mencari pakaian yang terbaik yang dia fikir mungkin boleh kagumkan Jessica. Bekerja sebagai juru stylish membuatkan dia sangat pentingkan rupa dan fesyen agar kelihatan yakin dan berkarisma.
Tae berkerut melihat adiknya yang sibuk menggayakan beberapa jenis kemeja dan meminta pandangannya untuk memilih mana satu yang terbaik.
“Kau nak date ke?”
“yep, mane ko tahu??”
“habis dah macam kat kedai pakaian aku tengok kau ni!”
“yeke? K mane lagi ok hijau ke kuning?”
“ish pakai jela apepun! Macam perempuan lah kau ni!”
“eh ko ingat lelaki tak boleh pentingkan imej? Itu dikira satu diksriminasi tahu?!”
“tak kisahla, kau nak date dengan sape? Cun tak awek tu?”
“…..sebenarnye aku jumpe je..bukan date.”
“same je maknenye..”
“..kau ingat tak perempuan yang aku jumpe 2 tahun lalu tu?”
“ingat. Tunggu, die ke yang kau nak jumpe?!”
Hyo mengangguk dengan senyuman yang ceria.

--------------------------------------------------------------------------

Malam itu cuaca agak baik, langit pun terang dihiasi bintang-bintang yang berkelipan. Hyo berjalan dengan wajah yang ceria di sepanjang laluan ke lokasi temujanjinya bersama Jessica.
Dia sengaja datang awal.

Hyo berjalan di pantai sambil meminum smoothie sementara menunggu grup SNSD habis shooting rakaman DVD khas mereka ‘Right Now Its Girls Generation’ dengan konsep kasual dan semulajadi memudahkan kerja Hyo sebagai jurumekap. Bekerja dengan 9 orang gadis, di tepi pantai dengan angin yang bertiup sepoi2 bahasa.
ah, tiada yang lebih membahagiakan dari ini.
BUKKK
Seorang gadis melanggarnya secara tiba-tiba. Minumannya tumpah membasahi baju, gadis itu meminta maaf, dia tersenyum. Tetapi hatinya berdegup kencang.
Cantiknya dia.
Matanya langsung tak dapat dialihkan dari menatap wajah gadis itu.
Kebetulan malam itu dia berjumpa lagi dengan gadis tersebut, dan kerana budak peragut itulah, mereka berpeluang untuk berkenalan.
Dia takkan lupa bagaimana wajah yang manis itu mengajaknya makan malam. Mereka berbual tentang pelbagai topic yang rambang dan ada kalanya mengarut malah sempat bergurau senda. Gadis itu kemudian mengajaknya menghabiskan masa bermain di tempat2 menarik di kota Shibuya. Mereka pergi ke taman tema, bermain luncur ais dan sempat juga pergi ke arked. Betapa dia tak mahu masa2 itu berakhir.
“hei name awak sape hah?” Hyo tersentap. Dia baru perasan, mereka langsung tidak bertanya tentang diri masing2.
“Sanji. Awak?” dia tiada niat langsung untuk menipu, Cuma nama itu terus meluncur keluar dari mulutnya. Jadi dia terus bernada seperti bergurau.
“Zoro. hihi”
Hyo tahu gadis itu pun hanya bergurau dan anehnya dia tidak kisah. Dia takde rase nak ambil tahu tentang maklumat diri gadis itu. Dia cuma ingin bersamanya untuk seketika, lebih lama.
“jum kite tangkap gambar same2 kat Picture Booth ni?”
“say cheese…^_^”
“okay, gambar ni saye simpan satu, awak simpan satu..”

Hyo tersenyum mengingat detik pertemuannya dengan Zoro aka Jessica. Dia mengerling kearah jam tangannya, menghirup sedikit kopi Americano dan memandang ke luar.
Bila dia nak datang?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“MANE JESS NI?!”
“ko cakap tak pukul berapa?”
“pukul 8..aku saje datang lewat 15 minit sebab tahu minah tu pun mesti lambat. Tapi ni dah pukul 9!”
“ala rileklar sun..macam tak biase pulak. Dah call die?”
“dah..tapi die off HP. Siot tol budak ni..”
“sun, sebenarnye ko nak cakap ape kat die?”
“..pasal die dengan ‘boyfriend’ die, dan lagi..pasal perangai pelik die tu..”
Tiffany mengangkat kening, hairan.
“pelik. Sebenarnya aku pelik dengan kau sun.”
“pelik ape?”
“aku rase..kau lebih ambil berat dan risau pasal hal jess berbanding diri die sendiri!”
Sunny memandang Tiffany dengan pandangan ‘apa yang kau nak maksudkan sebenarnya?’.
“..kau..kau ade simpan perasaan kat die ke? Jujur sun..”
Sunny tergelak seperti nenek dalam Invicible Youth 2 sampai tepuk2 meja.
“kau ni banyak sangat tonton drama lar tiff! Aku suke jess?! Lawak kerrrr….”

----------------------------------------------------------------------------------------

Yuri ketawa kecil apabila dia memeriksa inbox mesejnya. Mesej Jessica yang berbunyi ‘Honey I Love You’ sedikit sebanyak menggeletek hatinya.
“Ape yang kau suke sangat tu?”
“takde ape..syuhh syuhh sebok je”
“ala..baby chan sejak dah ade girlfriend..sombong btol”
“ei yekk. Jijik. Tepi.” Yuri menolak muka Sooyoung yang cuba membaca mesej di HP nya.
“I Love You? Habis, Yul.. ko love die balik tak?”
“ape love2 ni? ei tepila..jangan nak ngende2 kat aku..RIMAS!” Yuri menolak Soo sekali lagi tapi bibirnya tersenyum dan seperti mengucapakn perkataan ‘love’ perlahan.
“OMO OMO OMO! Yul, kau suke kat Jess ke? Like..a real feelings? !!!“
Yuri merenung kearah Soo dengan muka yang sebel. Dan URGHHH.
“MENGAROT”

----------------------------------------------------------------------------------

“tapi..tak mustahil kan kau suke die..”
“kalau aku suke die, dah lame aku setuju mase mak bapak aku dengan die nak jodohkan kitorang!”
“tapi..seingat aku..kau tak cakap ape2 mase tu, jess yang tolak. Tak setuju.” Tiffany tersenyum2 sambil mencuit bahu Sunny dengan pandangan ‘ala mengaku jela.’
“ish..lantak kau lah. Aku dah ade teman wanita sekarang. Ok?”
“haha. Aku gurau jelah sun. no need to take it seriously..”
Sunny memandang Tiffany dengan muka yang macam dalam video 2NY tajuk looking your eyes.
“tapi tiff..tak mustahil kau pun sukekan aku..”
“hm Sorry? Aku dah ade tunang sekarang Ok!”

--------------------------------------------------------------------------

“habis, kalau ko suke kat jess..camne dengan bakal menantu yang mak kau suke sangat tu? Hyo??”
“Soo..kau ni memang suke merepek kan? Ni mesti ko bace fanfic lagi, takpun manga Shonen Ai, Shoujo Ai, Yaoi Yuri semua ko bantai bace kan?!”
“OMO OMO OMO, mane kau tahu?!”
“dahla. Baik aku fikir ape yang aku nak buat sebab mak aku tu asyik pressure aku je, suruh aku kahwin! Die ingat kahwin tu semudah macam daftar kursus pendek kat kolej komuniti ape?!”
“well, kalau kau dah jumpe pasangan kau, kahwin memang akan jadi satu perkara yang mudah.”
“MASALAHNYA AKU BELUM JUMPE LAGI!”
“DAH TU, CARILAH!“

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hyo tercari-cari kelibat Jessica, tetapi bayangnya masih tidak kelihatan. Dia melihat jarum jamnya lagi. Sudah lebih dari satu jam dia menunggu.
Sudahla, mungkin dia tak mahu berjumpa dengan aku..
Hyo menarik kerusinya dan ingin berlalu pergi sebelum seseorang menarik lengannya. Dia menoleh ke belakang.
“sorry sangat sebab lambat! Kereta saye tak boleh nak start..”
Jessica muncul dengan wajahnya yang kelihatan bersalah. Hyo hanya tersenyum dan mengajak gadis itu duduk.
“its ok..”
Jessica menjeling kearah Hyo yang sedang memanggil pelayan kearah mereka.
It’s ok, its ok..itu je yang kau tahu cakap! Agaknya kalau aku cekik kau sekarang. Itupun its ok?!
Jessica melepaskan hembusan nafas berat dengan wajah yang penuh niat tersembunyi. Dia hanya menanti masa…..
Untuk membalas dendam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bonus :
“sooyoung tergelak seorang diri dgn dasyatnya selepas membaca fanfics bicara jantung by ami”
“ISH!MEMEKAK JE MEMALAM BUTA NI!!!”marah jess sambil membuat mke penuh errrgggg pada rakan sebiliknya yg pon sama errgg.
“lawak lah citer ni..hahahhahaha!!!”soo x boleh berhenti ketawa sampai menangis.(padahal x de benda yg lawak pon)
“citer ape!!”jess pon mengintai cerita yg dibaca oleh soo di laptopnya.
“x gne!!!sape yg buat citer ni!!!apahal watak aku camtu!!aku ni kan comel!apahal watak aku kegelapan!!!kenapa Nicole ngan hara menyesat pulak dalam kehidupan aku!!!kenapa!!!!”
Jess pon mengganas dgn membaling bantal ke muka soo.
Arhhhh!!





to be continued...